Pilihanraya (Kecil atau Umum) Bukan Satu Pembaziran

Selepas majlis penamaan calon pilihanraya kecil Penanti selesai, saya terus ke sebuah kedai nasi kandar yang terletak di Seberang Prai. Di sana, saya sempat berbual dengan beberapa orang aktivis Pas dari Kelantan dan Selangor. Tanpa diduga, salah seorang daripada mereka mengistiharkan saya sebagai Melayu Terbilang. Saya fikir ada besar kemungkinan dia hanya bergurau. Barangkali itu cara dia memberi penghormatan atau pujian. Cara dia berucap itu menampakkan keikhlasan namun gelaran itu membuat saya tidak senang duduk dan rasa serba salah. Tiada ada apa yang gemilang lagi terbilang tentang diri saya ini.

Menurut UMNO, gelaran itu telahpun diberikan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada bulan lepas. Sebelum Tan Sri Syed Mokhtar, kita rasa kagum dengan para Melayu lain yang juga terbilang seperti Tun Daim zainuddin, Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim saad, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Tan Sri Abu Sahid (tuan punya Maju Holdings) dan termasuk beberapa orang lain yang dikenali sebagai Raja-Raja AP. Apa yang menyerlah tentang personaliti dan watak mereka yang terbilang ini ialah sifat mereka yang terlalu ‘low key’. Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah hidup mereka. Malahan, berita mengenati bisnes mereka juga tidak banyak mendapat liputan kecuali apabila  keadaan memaksa. Mereka ini seolah-olah malu untuk diketahui umum. Memang benar, terdapat juga jutawan dari negara-negara barat yang bersifat ‘recluse’ kerana tidak mahu kehidupan serta cerita kejayaan mereka diketahui umum, namun golongan ini tidaklah ramai. Di sana mereka lebih suka bercerita tentang kejayaan rakyat agar dapat dicontohi semua. Bill Gates, Richard Branson atau Warren Buffet adalah ikon mereka. Malah, saya begitu gemar membaca buku-buku yang ditulis oleh Richard Branson, yang menceritakan kejayaan beliau menjadi jutawaan terkemuka walaupun datang daripada sebuah keluarga miskin serta tidak mempunyai ijazah universiti. Alangkah baiknya jika terdapat buku-buku yang ditulis mengenai cerita kejayaan orang-orang Melayu terbilang? Analisis dibuat tentang bagaimana mereka berjaya dalam bisnes agar anak-anak Melayu dapat mempelajari teknik-teknik mencapai sukses dalam hidup.

Di Penanti juga saya agak kecewa bila bertemu dengan mereka-mereka yang masih lagi berpendirian bahawa pilihanraya kecil ini tidak perlu diadakan kerana membawa pembaziran. Saya berasa hairan bagaimana satu amalan demokrasi dianggap membazir. Wakil Rakyat Penanti sebelum ini, Fairuz telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Apapun sebab atau alasan yang diberi, hakikatnya dia telah meletakkan jawatan. Kita mungkin rasa marah kepadanya atau kepada partinya (PKR). Terpulang. Walaubagaimanapun, bila ada kekosongan kerusi, rakyat Penanti berhak  mendapat seorang wakil rakyat yang baru. Rakyat Penanti menjadi perkiraan utama. Kerajaan pernah menyatakan bahawa ia tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil apabila seseorang wakil rakyat meletak jawatan dengan alasan mahu menjimatkan wang. Jika itu keputusannya, maka gubal undang-undang baru agar kekosongan itu diisi oleh wakil parti yang memenangi kerusi tersebut sebelum ini tanpa melalui proses pilihanraya kecil. Dia perlu berkhidmat sehingga tarikh pilihanraya umum yang akan datang. Ini sebenarnya telah diamalkan oleh sesetengah Negara. Saya rasa kita perlulah bersikap realistik. Kadang-kala ada wakil rakyat yang terpaksa meletakkan jawatan. Jika dia sudah tidak mahu lagi menjadi wakil rakyat (walaupun telah puas dipujuk). Maka, dia tidak lagi berupaya menjaga kepentingan rakyat di kawasannya. Yang rugi adalah rakyat. Oleh itu pilihanraya kecil wajar bagi mencari pengganti wakil rakyat seperti ini. Jika kita anggap pilihanraya kecil membawa pembaziran, saya pasti tidak lama lagi kita akan diberitahu bahawa pilihanraya umum itu juga membawa pembaziran.

12 tahun dahulu, kita telah melakukan satu perkara luar biasa dengan membuat pindaan Perlembagaan. Wakil Rakyat yang membuat keputusan meletak jawatan akan hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun. Ini sebenarnya adalah cukup untuk menjadi penghalang atau ‘deterrent’ kepada mereka yang mahu meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Tidak ada siapapun yang siuman mahu melepaskan jawatan dengan mudah selepas bersusah payah bertanding pilihanraya dan memenanginya.Kita harus lebih bersimpati kapada Fairuz dan orang-orang sepertinya. Dia memang berhasrat mahu menjadi Wakil Rakyat tetapi keadaan adalah sukar dan tanggungjawab terlalu berat untuk dipikul. Mungkin juga terdapat tekanan lain yang dihadapinya. Jika BN tidak mahu bertanding di Penanti, katakan sahaja. Tidak perlu mereka cerita karut seperti perlu ada undang-undang menyekat atau denda mereka yang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Pada pendapat saya, jika Kerajaan mahu mengelak pembaziran, mereka lebih perlu membelanjakan wang rakyat secara berhemah. Mereka boleh mulakan proses ini dengan mengambil kira pandangan pegawai-pegawai JKR yang bertauliah lagi professional tentang kos atau harga kontrak projek yang sebenar.Bukanlah harga yang ditentukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Lagipun menurut blogger ‘ez42get’, negara telah mengalami kerugian lebih 100 billion ringgit sejak tahun 1980 kerana skandal dan pembaziran yang lain. Ini adalah lebih baik daripada menyalahkan seorang Wakil Rakyat yang terpaksa meletakkan jawatan dan membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan.

Explore posts in the same categories: Politik

25 Comments on “Pilihanraya (Kecil atau Umum) Bukan Satu Pembaziran”

  1. Din Kelang Says:

    ZI,
    Kenapa BN persoalkan PRK sebab penjawat letak jawatan, atas alasan membazir wang dan tenaga?
    Waktu Abu hassan nak jadi MB selangor dulu dari menteri Federal, BN boleh je buat 2 (dua) by elections untuk bertukar tempat. Tak pulak masa tu kata membazir?
    Ada dua set of laws kat Malaysia ni! Satu untuk BN, satu untuk non BN.

  2. hafiz Says:

    Malaysian G can be considered as “penny wise pound foolish”..why only now they care about rakyat money?? ohh what a pathetic G we got here..our next generation will be doomed if this kind of G continue running this blessed country..

  3. cerita Says:

    dato zaid ibrahim memang melayu terbilang, tak ramai melayu yang dapat berdikari, berprinsip dan berfikiran terbuka.
    cubalah bandingkan dengan kebanyakan orang umno

  4. Fiona Says:

    Dear Zaid,

    I am so glad that you’ve started blogging; you are one of the few politicians I admire. Really wish my Malay was better now!

  5. emerald Says:

    dato, saya amat setuju bahawa cerita ‘rags to riches’ oleh tokoh-tokoh melayu disiarkan untuk pengetahuan umum agar dapat dijadikan teladan. (BM lama adalah “tauladan”).

    mengenai perletakan jawatan oleh wakil rakyat, saya amat mengalu-alukan perkembang positif ini. ini menunjukkan bahawa Malaysia telah sampai ke tahap yang sama seperti di Barat di mana wakil rakyat yang terlibat dalam skandal telah meletak jawatan dengan sendirinya tanpa diminta oleh orang ramai, dan tak perlu juga tunggu sampai didakwa atau habis bicara kes. dengan cara ini ketelusan dan akauntabiliti yang diharapkan oleh rakyat dapat dicapai.

    baru-baru ini, di United Kingdom Speakernya telah meletak jawatan oleh sebab tuntutan yang tidak munasabah yang dibuat oleh beberapa orang ahli dewan perundangan (legislators). tak payah tunggu pendakwaan atau selesai kes.

    pendirian PKR untuk memerlukan semua wakil rakyat yang ‘tainted’ seperti dua orang ADUN di Perak yang untuk letak jawatan kerana didakwa berasuah dan wakil rakyat Penanti yang membuat keputusan untuk meletak jawatan adalah langkah-langkah yang memaju ke arah zaman ketelusan dan tanggung jawab (transparency and accountability). langkah ini harus diikuti oleh semua parti politik agar Malaysia boleh mencapai kematangan demokrasi.

    sebagai contoh, adalah tidak memasuki akal bahawa seseorang yang telah didapati bersalah dalam politik wang boleh dikekalkan sebagai seorang Menteri Besar dan kemudian dijadikan seorang ahli Jawatankuasa Tertinggi walaupun tidak dibenarkan bertanding ataupun telah kalah dalam pertandingan dan tidak diterima oleh ‘pengundi’. apa telah berlaku kepada proses ‘Demokrasi’? keputusan ramai secara undian telah dijadikan tidak bermakna. untuk memburukkan keadaan lagi, orang yang diundi dan menang dalam pertandingan secara sah dan adil disingkir dan tidak diberi sebarang jawatan untuk berkhidmat kepada negara.

    oleh ini saya setuju dengan dato bahawa pilihanraya di Penanti bukannya sesuatu yang membazirkan wang tetapi suatu langkah dalam mencapai kematangan politik dalam negara kita. sememangnya orang ramai mahukan wakil rakyat dan ADUN yang tidak ‘tainted’ dan dapat berkhidmat dengan penuh integriti dan akauntabiliti.

  6. soon Says:

    Hello Sir,
    good to that you have an editor for your blog. By having your piece edited some of the jist on your writing might be perceived differently though.
    I also do acknowledge the wordings on your previous article is of your genuine personality.

    But hey, everything on the web/internet is some what “spinned” or designed (writing) for specified person/ groups/camps.

  7. nikmj Says:

    That’s right Datuk. Malaysia sepatutnya menjadi lebih maju dengan apa yang kita ada. Namun walaupun bermacam projek dan dasar dilaksanakan, oleh kerana cara pelaksanaannya yang lemah dan diselimuti rasuah, rakyat negara kita terpinggir dinegara sendiri. Walaupun banyak kelemahan telah di’expose’ oleh Jabatan Audit, namun pembaziran tetap berlaku dan mereka yang terbabit tidak dikenakan tindakan.

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/25/ydpa-pecat-pm-hm/

  8. rainstorm Says:

    BN memang tahu mereka akan kalah teruk dalam pilihanraya kecil Penanti jika bertanding. Sebab itu, beri alasan pembaziran… Tak apo, dalam pilihanraya kecil di Manek Urai; let’s bury BN for good !!!!

  9. mongol Says:

    Dear Datuk Seri,

    Would appreciate if you blog in english as well, or have a translated version for all your blogs, much like DSAI’s.

    Regards.

  10. Ahmad Syafiq Says:

    On a personal level, PRK is not a waste at all. Whenever there’s a PRK, it acts like an economic stimulus. Money coming in, unemployed people get temporary employment like hanging the flags of political parties. People are given money to vote for whoever is concerned… Oh yes. A true economic stimulus. How I wish there was a PRK every month so that the people’s money won’t go to waste instead of being wasted in the PKFZ scandal. RM12 billion gone under our noses. *Sigh*…

  11. antifeudal Says:

    BRAVO MR ZAID…
    INILAH BARU DIKATAKAN PENDAPAT…
    BUKAN PENDAPATAN.

  12. samsaimon Says:

    Salam Dato’

    Sebenarnya Barisan Nasional di dalam delima ‘MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI’ akibat krisis Perak, and this drags on to GE13!

  13. GoMalaysian Says:

    Pilihan Raya bukan pembaziran tetapi adalah satu sistem yang patut dilakukan oleh sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi!

    Pilihan Raya adalah hak setiap warganegara!

    Siapa yang menjadikan pilihan raya itu satu pembaziran? Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, pilihan raya merupakan syarat utama sebuah negara demokrasi!

    Regards,
    Malaysian Come First
    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

  14. johnny soo Says:

    Sometimes bn just do not know to make a simple statement at a simple situation. If you know very well that was Anwar strong hold, just admit it.
    Masih lagi dalam denial mode. Rakyat dah sedar yang mana benar yang mana salah.
    cheers!

  15. Dawn Says:

    Benar Datuk, apalah sangat kos pilihanraya kecil jika dibandingkan dengan 100 million yang telah lenyap dari tangan rakyat…. tiadakah rasa berdosa dalam hati
    bila amanah rakyat dicabuli…..??

  16. DR Zikrillah Says:

    Salam hormat Datuk,
    Saya amat terkesan dengan perkembangan yang berlaku terhadap diri datuk,kegigihan dan kemampuan datuk berdiri dipersada dunia perniagaan dan politik bumi Malaysia yang tercinta .Di sini juga berada orang-orang Melayu yang rosakbinasa persepsinya terhadap taksiran keusahawanan dan erti kejayaan sebenar kepada bangsa dan tamadunnya sendiri.
    Malang lagi apabila datuk tidak dikandung oleh ibu dan berbapakan orang bangsawan dan aristokrat atau anak emas pemimpin berkuasa di alam politik dan khazanah Negara,yang boleh melambung datuk kepada anugerah” Tokoh Mee segera Melayu” yang pernah dikecapi olehTan Sri Tajuddin Ramli (MAS),Shamsuddin Abu Hassan,Halim Saad yang diternak dari sarang pintasan koporat ,namun di mana mereka dan kekayaan mereka?mereka semua tergolek kaku di gelanggang sendiri!.
    Orang Melayu yang penuh hasaddengki dan memperlekehkan bangsanya sendiri telah disedari oleh bangsa-bangsa lain didunia ini.mereka pandai menafikan kejayaan orang lain dengan tuduhan dan kebencian yang meluat-luat dengan sedikit maklumat dan khabar angin.Mereka menolak ilmu orang alim yang terbukti kelulusan dan pengiktirafan dunia islam dengan khatam satu kitab yang baru semalam dibacanya!
    Mereka pejam mata ke atas kejayaan datuk yang berjaya “mengurung” peguam berbangsa bukan Melayu dan asing untuk berkhidmat kepada ZaidIbrahim & Co sehingga menjadi firma gergasi di Asia.Mereka tidak paham skil pengurusan terbaik kecuali skil ugut dan ancaman dalam perniagaan!
    Paling mengejutkan lagi Bapak Ekonomi Melayu dan Legenda Bangsa Tun Mathadir memandang sinis kejayaan Zaidibrahim & Co apabila beliau mengetahui pendapatan tahunan datuk mencecah RM2juta,dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah tersilap pilih profesyen!!! Beginikah pandangan orang Melayu kepada kejayaan orang Melayu lain?
    Dengan pakar2 jurutera,Ekonomi,Sains Jepun dan eropah yang bersara berduyun-duyun memasuki kembali ke Universiti masing-masing ,mengajar dan menyerap daya keintelektualan dan kehebatan mereka kepada anak-anak bangsa,namun kita melihat di depan mata Tokoh Melayu Terbilang membaham sesame sendiri tanpa segan dan malu kepada anak-anak bangsa yang memerhati dan menilaikan mereka!
    Biarkan siluncai terjun dengan labu2nya datuk oii.

  17. serupasekala Says:

    betul kata dato saya sokong , cuma saya terkilan sikit.untuk dapat kuasa YB berkempen mati matian tapi dah dapat YB .Dia orang tak fikir lansung tentang sokongan dan harapan rakyat ( pengundi ) ikut pandai dia saja. Kuasa ditangan YB , nak melompat ke , nak letak jawatan ke ikut suka dia pengundi sudah tidak diperlukan lagi.

  18. cinta Says:

    sangat bersetuju..ia tak membazir langsung..ingat rakyat adalah tuan..pembayar cukai..maka adalah hak kami untuk mendapat wakil rakyat..kenapa nak di nafi kan..memang BN UMNO pengecut..yg cakap tu lah BAPAK segala pembaziran.

  19. Raja Mohammad Says:

    Assalamualaikum Datuk,

    Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada Datuk yang berani dan berpegang teguh kepada prinsip keadilan.

    Walaupun saya berada di dalam bidang perakaunan, namun saya amat menghargai keadilan dan rule of law.

    Sepertimana Datuk, saya juga merupakan bekas ahli UMNO. Bezanya saya telah terlebih dahulu (1988) meninggalkan UMNO/BN. Pada saya, UMNO menggamalkan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, dan amalan ini amat bertentangan dengan agama Islam. Peninggalan saya kepada UMNO adalah berikutan kejadian malang (dan memalukan negara) yang menimpa badan kehakiman pada tahun 1988 yang membawa kepada perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara dan 7 hakim mahkamah persekutuan/tinggi. Ketika itu saya mengikuti setiap perkembangan Tribunal Tun Salleh Abas dengan begitu dekat. Malah saya telah mengambil inisiatif membeli dan membaca beberapa buku/makalah undang-undang dan perlembagaan untuk memahami dengan jelas kes Tun Salleh Abas dari sudut perundangan. Buku “The Law, Constitution and the Judiciary” yang dikaitkan dalam tuduhan terhadap YAA Tun Salleh Abas juga ada dalam simpanan saya.

    Seingatan saya , Datuk ketika itu berada di dalam barisan pemimpin/menteri UMNO/BN. Malah, Datuk sendiri telah mencadangkan agar Majlis Peguam yang kuat membela YAA Tun Salleh Abas ketika itu ditukarganti dengan “Law Academy” ? Sejak 1988 sehingga sekarang saya tertanya-tanya apakah sebenarnya pendirian Datuk akan kes Tun Salleh Abas ? Apabila YAB (Tun) Ahmad Abdullah Badawi melantik Datuk sebagai Menteri yang bertanggungjawap kepada perundangan, Datuk telah mengesyur dan melaksanakan bayaran pampasan (atau gratuity) kepada Tun Salleh Abas. Sebagai seorang yang memihak kepada YAA Tun Salleh Abas, saya berterimakasih atas usaha murni Datuk. Namun dalam masa yang sama, saya terasa terkilan juga apabila pihak kerajaan enggan meminta maaf. Pada pendapat saya, Tun Dr. Mahathir telah memainkan peranan utama dan melaksanakan citanya atas nama kerajaan/Agong dalam kes Tun Salleh Abas. Sehubungan itu, saya rasa tidak salah atau mencacatkan nama kerajaan yang diteraju oleh PM yang kemudian untuk membersihkan nama Tun Salleh Abas.

    Maaf Datuk, saya sudah terkeluar dari topik perbincangan. Keadaan badan kehakiman Malaysia yang telah tercemar sekian lama ini menghantui pemikiran saya. Justice must not only be done, but it must also seen be done. Sebagai rakyat Malaysia saya merasa amat kecewa kerana “doctrine of separation of power” telah dinodai dan para hakim yang bersidang dilihat “FLIP-FLOP” and is best describe as quoted by En Sulaiman Abdullah to the press, dalam kes Nizar-Zambry di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

    Quote: “WE HAVE EXTRAORDINARY JUDGES WITH EXTRAORDINARY ABILITY”

    —————————————–

    Okay Datuk, kita kembali kepada topik di atas.

    Quote:
    “Di Penanti juga saya agak kecewa bila bertemu dengan mereka-mereka yang masih lagi berpendirian bahawa pilihanraya kecil ini tidak perlu diadakan kerana membawa pembaziran. Saya berasa hairan bagaimana satu amalan demokrasi dianggap membazir.”

    Saya faham akan kekecewaan Datuk. Saya sendiri telah menemui orang-orang sebegini. Kita telah tunjuk dan terangkan berbagai-bagai amalan kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO/BN dari sudut perundangan dan juga agama. Namun, mereka ini masih dibelenggu dengan “ketuanan melayu” dan/atau mempercayai maklumat yang disajikan oleh media masa perdana, bulat-bulat. Tapi pada golongan ini saya tidak merasa amat terkilan kerana IQ dan mentaliti mereka yang rendah. Jadi bagaimana mereka nak faham akan amalan demokrasi yang sebenar ?

    Apa yang saya nak ketengahkan di sini adalah golongan yang berpelajaran. Mereka ini bukanlah buta demokrasi. Mereka ini pada hakikatnya bukan tidak tahu atau tidak faham atau tidak nampak akan apa yang sedang terjadi. Malah ada diantara mereka mengakui amalan kemungkaran yang diamalkan UMNO/BN. Tapi mereka sebaliknya tidak kisah, janji hidup mereka senang dan mendapat kemudahan dalam bermacam bentuk (permohonan pinjaman dan sebagainya) . Tidak terasa terancam dengan pihak polis berbanding dengan mereka yang menentang kerajaan UMNO/BN. Datang pilihan raya, duit masuuukkk. Pada mereka ini nilai perjuangan itu tidak membawa ke mana. Sebaliknya, nilai material penting dalam survival. Dan itulah yang dikatakan”smart” bagi mereka. Jadi pegangan mereka (walaupun bukan ahli UMNO) adalah seiring dengan UMNO itu sendiri – MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

    Kesian aku dengan bangsa aku yang menjunjung “ketuanan melayu”. Saya percaya 20 tahun akan datang mereka tetap ditahap yang sama. Sesuai dengan slogan UMNO – dulu, kini dan selamanya.

    Wassalam.

  20. Raja Mohammad Says:

    typo error:
    It should read as ..
    “Justice must not only be done, but it must also seen to be done.”

  21. Beruangyogi Says:

    Pembaziran ialah bila kita belanja melebihi apa yang harus dibelanjakan.

    Pembaziran ialah bila kita bayar RM100juta untuk satu “Projek Kerajaan Barisan Nasional” (seperti yang kita selalu lihat tertera di tapak binaan tertentu).. walhal kosnya cuma RM60juta. Pembaziran RM40juta kerana perlu membayar “duit kopi” untuk upline dan downline yang telah “bertungkus-lumus” mendapatkan projek ini… membuat berbagai-bagai panggilan telefon ke Ahli-Ahli MMK yang bertanggungjawab dalam pemprosesan projek-projek sedemikian… menguruskan pakej percutian mereka supaya fikiran tenang bila membuat keputusan… dll

    Tak lupa juga kepada putera-putera kecik yang menanti suapan makanan, ayam dia tak mahu… ikan dia mahu.. Ikan Besak perlu makan Ikan Kecik.. Itu naluri alam semulajadi kita…

    Jadi kalau pembaziran waktu pilihanraya kecik… fikirkan RM berjuta-juta, malah berbilion-bilion yang telah kita bazir untuk melaksanakan “Projek-projek Barisan Nasional”… sekian lama kerajaan pusat di bawah kuasa BN..

    Khabak yang saya dengar ni, ada “Projek Bina Stadium Futsal di kawasan sekolah”… pasti rezekinya banyak…

    Bazir atau Tak Bazir… that is the question….

    and I think the answer is very, very obvious… a no-brainer, unless you have “no brain” to comprehend what a no-brainer is..

    Cheers Datuk… you are certainly amongst the Melayu Terbilang by your bravery and boldness !!! There is still hope for our Malaysia !!!


  22. dengan segala hormatnya DATUK, susah untuk membawa perubahan apabila sikap dan fikiran , seperti yang di pegang oleh kerajaan umno baru – barisan ini , sebab semua orang tahu fikiran bisa ini di tanam terlampau dalam di dalam fikiran mereka dan fikiran ini sudah jadi amalan biasa bagi mereka . ugama islam mengajar nilai nilai baik untuk di amalkan oleh semua orang islam dan juga bukan islam . tetapi ahli ahli umno baru – barisan berpilah untuk amalkan nilai nilai bisa ini sebagai amalan baik pula . terbalik nya pula , mereka ini cuba mengambarkan dirinya sebagai pengikut ugama islam yang baik ? akhirnya , bukan sahaja kaum melayu akan jahanam tetapi ugamanya juga akan hancur.

  23. W.Ang Says:

    Memang saya sokong dengan pandangan Dato. Cara yang baik untuk jimat wang bukan dengan cerita karut ini yang pilihan raya kecil membazirkan wang sedangkan Kerajaan membelanjakan wang yang begitu besar untuk projek projek lain yang merugikan lebih kurang RM100 bilion sejak 1980???

  24. rbbakar Says:

    Assalam Dato’

    Working with your organization back in yr2000 to 2002 and environment dealing with all those great lawyers in town was great experience as well.There is where we realised that we have to acquire wisdom in life. Wisdom that been developed with the process that we need to gone through.We really appreciate and acknowledge all the wisdom that you try to transmit to our community.Yet some of them just don’t understant and can’t comprehend all the wisdom due to their principles and values they carry in life.What kind of wisdom that our PM acquire to become a great leader?He don’t acquire all that due to his process in his life.


  25. [...] Pilihanraya (kecil atau umum) tidak membazir 28 05 2009 Ikutilah pandangan daripada bekas Menteri Undang-undang disini. [...]


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: