Undi POS

Tumpuan penganalisa politik sekarang ini ialah membuat ramalan sama ada Barisan Nasional mampu untuk tingkatkan majoriti mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Agaknya ramai telah meramalkan kemenangan BN. Bagi penganalisa- penganalisa ini, yang perlu diramalkan ialah berapa ramai pengundi bukan Melayu akan menyokong PAS untuk mengurangkan majoriti BN. Memanglah tidak salah kita membuat spekulasi tentang keputusan pilihan raya tetapi yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan tentang satu perkara yang besar ertinya kepada demokrasi di tanah air kita, iaitu proses pemilihan yang dikenali sebagai “undi pos.” Malah saya berpendapat sistem undi pos ini sepatutnya menjadi isu utama dalam pilihan raya Bagan Pinang.

Daripada 14,192 pengundi di Bagan Pinang, kira-kira 5,000 atau 36% adalah pengundi pos. Bayangkan satu pertiga pengundi Bagan Pinang telah pun awal-awal lagi diramalkan akan mengundi BN kerana “terpaksa” atau “takut”. Daripada pengalaman lalu, ada bekas-bekas perajurit kita telah mengakui bahawa mereka tidak boleh membuat pilihan secara bebas kerana mereka perlu menyertakan nama dan nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan bersama kertas undi apabila membuang undi. Jadi undi mereka tidak lagi bebas. Sebahagian besar takut untuk mengundi pembangkang kerana undi mereka akan diketahui ketua mereka. Jelas di sini tidak ada keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya Malaysia.

Pilihan raya kecil ini menunjukkan dengan jelas sikap UMNO dan BN yang sanggup mengekalkan satu sistem mengundi yang ketara tidak adil semata-mata mereka dapat keuntungan dari proses tersebut. Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Suruhanjaya Pilihanraya tidak berani membuat perubahan dan reformasi terhadap sistem pengundian yang tidak adil ini kerana takut kepada para pemimpin BN.

Mengapa SPR tidak benarkan tentera mengundi seperti mana-mana rakyat Malaysia yang lain secara bebas dan rahsia? Sepatutnya undi pos hanya dihadkan kepada anggota dan pegawai tentera yang bertugas di hutan belantara sewaktu pilihan raya. Takkan lah semua pengundi yang ada dalam senarai pos sekarang ini bertugas dalam hutan semasa hari mengundi. Malah kakitangan keselamatan tidak perlu membuang undi dalam kawasan “kawalan” mengikut sistem atau proses yang lain dari orang awam. Kita juga dengar kes mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan dan telah pun berpindah dari kem masih disenaraikan dalam senarai pengundi pos.

Saya percaya tidak ada negara demokrasi dalam dunia sekarang ini mengadakan sistem pengundian yang berbeza dari orang awam kepada kakitangan keselamatan seperti yang dilakukan di negara kita. Calon dari parti pembangkang langsung tidak berpeluang bertemu dan berbincang dengan mereka yang mengundi melalui sistem undi pos. Calon tidak berpeluang menerangkan manifestonya kepada pengundi pos. Maksudnya pengundi pos dinafikan hak mereka dari kempen sah yang dibenarkan melalui sistem demokrasi. Apa ertinya kerajaan mengaku kononnya menghormati sistem demokrasi dan mengadakan pilihan raya tetapi tidak sanggup memberi ruang kepada semua rakyat membuat pilihan dengan bebas dan memahami isu-isu yang dibawa dan diperjuangkan oleh seseorang calon?

Sikap UMNO dan BN yang tidak berani membenarkan kakitangan keselamatan kita membuang undi secara bebas adalah satu petanda buruk kepada negara. Ini bererti BN tidak akan membenarkan sistem pengudian yang telus dan berintegriti bertapak di negara ini. Hanya sistem yang mengekalkan kuasa mereka akan dibiarkan.Inilah maksud MALAYSIA SABUAH NEGARA CONTOH ATAU MODEL STATE yang dilaung olih PM kita. Model untok rasuah, untok tidak menghormati hak orang lain.

About these ads
Explore posts in the same categories: 1

4 Comments on “Undi POS”

  1. gemowe Says:

    Dear Dato,

    If what you said is true, that our military personnel have to give in their “nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan BERSAMA kertas undi” then it’s a terrible thing to do.

    Tetapi kalau nombor perkhidmatan di serahkan untuk dapat kertas undi sahaja, dan undi dibuat secara sulit ke peti pos, tak apa.

    But if both kertas undi dan boring akuan is given to the polling personnel for them to put in the box…… …. then it’s not right. As they can open the letter to see the vote.

    Also, are the representatives of other contesting parties present?

    Maybe the Govt should explain how it’s done thru the media as it’s a very serious issue.

  2. zeqzeq Says:

    andai bertambah 1k,tak padan sebab PRk, semua jentera seluruh Malaysia ada masa datang.Kerah.

    jika berkurang 500 pengundi, memang memalukan.

    jika kalah, tak tau nak kata..banyak kena bedah..

  3. gemowe Says:

    Dear Datuk,

    Good afternoon…..

    Below is a quote taken from Malaysiakini website dated 8 Oct 09. If they just ask for IC and give the voting slip (without recording IC number against vote slip no)…. then it’s the same as what we all do.

    Any comments from or military personnel out there?

    “””Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang turut berada di Pusasda bagi memantau keadaan, berkata pengundian pos di situ hanya membabitkan kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal dalam kem.

    “Undian pos di Pusasda dikendalikan oleh para anggota tentera yang kita lantik, dalam proses ini, anggota tentera membawa kad identiti masing-masing ke meja semakan nama dan mengambil kertas undi dengan disaksikan wakil-wakil calon yang berada di belakang meja berkenaan sebelum ke petak untuk mengundi,” katanya.

    Proses ini berjalan dengan begitu telus sekali dan wakil-wakil calon yang menyaksikannya berpuas hati dengan perjalanan urusan ini.”””

    Keep speaking up on public issues Datuk… and thanks.

  4. kyle8c Says:

    Dato’,

    Saya tak pasti macamana menghubungi Dato’ jadi akan saya tinggalkan komen di sini untuk Dato’.

    Sedih sungguh hati saya apabila mendapati Dato’ mengambil cuti dari biro politik PKR. Saya berharap Dato’ tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang amat memerlukan seorang pemimpin yang telus seperti Dato’. Kedengaran khabar angin mengatakan bahawa Dato’ mengambil cuti kerana beza pendapat dengan sesetengah pemimpin dalam PKR. Harap-harap segala ketidaksefahaman boleh diselesai secepat mungkin.

    Saya menaruh harapan yang tinggi pada Dato’ dan akan sentiasa memberi setinggi-tinggi sokongan kepada Dato’.

    Keadilan untuk semua!


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: