Kalau Hati Dah Busuk…
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh-sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.
Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana UMNO. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah UMNO diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta UMNO tersebut. Jadi dari situlah harta UMNO hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!
Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan. Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.
Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari UMNO pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden UMNO Baru, Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya UMNO, Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu kemana harta UMNO pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.
Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya, Saya Pun Melayu, saya tidak pernah menjadi orang kanan UMNO dan rapat dengan pemimpin tertinggi UMNO. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan UMNO waktu Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat UMNO. Yang jadi peguam korporat UMNO masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa–apa corporate deals berhubung Tan Sri Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.
Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan UMNO. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari UMNO. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa UMNO tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik UMNO, saya hanyalah ahli UMNO biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta UMNO hilang tetapi juga mengapa UMNO diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.
Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.
InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi political assassins seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.
Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.
October 21, 2009 at 11:45 pm
Wartawan mengatakan sesuatu perkara itu tidak benar dengan harapan jika mereka terus mengatakannya berulang kali, lama-kelamaan perkara itu akan menjadi benar – Arnold Bennett
October 22, 2009 at 12:50 am
Saudara Zaid,
I have been seeing Kadir’s books in MPH since years ago when I accompany my kids to MPH bookstore. He’s one of UMNO veteran writers polishing wax although he may not live long to shine them any longer.
These to the Chinese they are “Small People”. What we do is we whack them with our shoes……the saying goes.
And I agree with you for PR to free the press and face real time real criticism if comes to power.
October 22, 2009 at 1:21 am
>As a Malaysian Chinese, i had never before felt such a undue respect to a malay malaysian, if all of us possess
mindset like Mr Zaid Ibrahim, then, a respectable malaysia
will soon be near our eyesight. I hope more of Malay leaders with such a wisdom and wise mentality comes up and bring us a truly laudable Malaysia.
October 22, 2009 at 1:37 am
Dato Zaid,
Di kampung saya ada seekor anjing hitam bernama DAM. Semasa muda DAM ini sangat garang dan bertenaga. Kesemua anjing lain takut dan di serang oleh DAM tanpa belas kasihan. Banayak anjing muda dan anjing betina menjadi mangsa DAM dahulu.
Tetapi zaman telah berubah. Kini DAM di kampung saya sudah tua. Giginya telah patah. Semua anjing muda tidak peduli lagi pada DAM. Malah anjing betina pun tidah hairan lagi pada DAM yang telah tua dan tidak ada taring walau pun DAM masih lagi menyalak dengan kuat.
Kasihan saya melihat DAM apabila pulang ke kampung. Kadangkala saya merasa hiba melihat DAM merenung jauh melihat anjing anjing muda berlari kesana sini. Malah DAM hanya dapat melihat sahaja anjing betina di Bulan Dua Belas. Kalau ia cuba mendekati anjing betina dia akan di gigit oleh anjing-anjing muda sehingga jatuh ke dalam sawah padi. Kali terakhir saya melihat terdapat luka parah di kepala DAM. Kepala DAM berulat dan berbau dasyat.
Saya amat simpati dengan DAM. Namun kerana jasanya mengejar babi dan biawak semasa muda, ia di biarkan juga hidup di bawah rumah sementara dia menemui ajalnya.
Demikianlah cerita saya mengenai seekor anjibg tua di kampung saya.
October 22, 2009 at 7:04 am
sdr zaid,
wartawan adalah satu kerja yang mulia tetapi orang seperti kadir jasin telah membusukan dunia kewartawanan. kadir jasin adalah wartawan pelacur. dia telah lama mengabaikan etika kewartawanan yang di pelajarinya!
October 22, 2009 at 7:33 am
UMNO under Mahathir’s rule have created a new breed of creatures… the living dead ( human who no longer have any moral, honesty, integrity and possibly faith in any religion). A fine example is this whatcamacallit thingy called kadir jasin. The thing is that as long as it’s master is still alive, this thingy will still roam our nation spewing venom and disease ridden spit trying to create more of his kind ( worse than H1N1). Oh! how I long for the curse of this nation called Mahathir to be lifted from this beautiful country and we no longer have to contend with his hideous creatures.
October 22, 2009 at 8:52 am
Adalah amat sedih wartawan seperti Kadir Jasin telah menjadi ‘wartawan upahan’, tak berapa jauh dari satu profesion yang sama, pelacuran — sama-sama terima wang untuk manjual maruah sendiri. Saya menjangkakan apa yang berlaku kepada Tun Eusoff Chin akan terhempa Kadir Jasin juga – bila dah pencen, semua hal-hal yang memalukan baru terbongkar.
October 22, 2009 at 8:59 am
Di bawah Kadir, jualan NST jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah. Ketika puluhan ribu rakyat berarak di KL tahun 1999, NST tidak melaporkan kejadian tersebut, sebaliknya muka depan NST menunjukkan cerita Tun Dr M suka makan daging bakar ciccah air asam dan sedang makan durian. Wartawan pelacur tua — itulah dia Kadir Jasin.
October 22, 2009 at 9:09 am
syukur saya tak minat jadi wartawan, jadi tukang MOP lagi murni dari berbohong sedunia demi sesuap kereta.
October 22, 2009 at 9:12 am
as-salam teanrean..
izinkan saya copy paste sketsa sdr.
October 22, 2009 at 12:12 pm
Saya ,rasa mereka ini takut Datuk jadi ‘glue’ didalam merapatkan hubungan PKR-PAS-DAP di Semenanjung dan Sabah, Sarawak. Teruskan usaha Datuk demi ketuanan rakyat bukan ketuanan pemimpin. Apa sahaja usaha usaha intra dan inter parti mesti diteruskan.
Biarkan suara sumbang mengetuk gendang dengan cerita rekaan mereka. Yang pasti Datuk tahu hala tuju perjalanan politik Datuk. Saya bangga usaha dan pengorbanan Datuk selama ini. Biarkan si luncai dengan labu labunya.Mat Jenin dengan lamunan tengaharinya.
October 22, 2009 at 3:16 pm
Dear Datuk,
Selamat petang.
It’s good to see you commenting again.
Most of the rural population reads papers and watch TV. No internet. This is the group that the writer is targeting, because the population in the cities won’t just believe what is written in the papers. There are other avenues for comments and rebuttals.
So unless the papers don’t want to go but (like in the USA), they must print facts and not insinuations.
Juga, di Malaysia ini, MCA, UMNO yang memiliki suratkhabar main stream. Lebih baik jikalau mereka lepaskan saham suatkhabar-suratkhabar ini. Jangan pegang satu saham pun. Kalau tidak, siapa akan percaya bahan yang tertulis?
Mereka boleh cetak suratkhabar BN sendiri…. Macam Harakah (PAS) and Keadilan (PKR). But leave mainstream media alone.
Hope the writer knows…..in the long run, everyone will get internet.
October 22, 2009 at 3:36 pm
Dato’
How I wish there are more trustworthy leaders like you to SAVE us from the jaws of the corrupt and unscrupulous mercenaries who have been robbing the rakyats of their rights for a decent living.
In the Middle East and Brunei, the wealth of the country are enjoyed by their people. They don’t have to pay taxes.
I hope I don’t have to wait too long to see this day!
I salute you Dato’. Carry on the good work and you can count on my support.
October 22, 2009 at 4:50 pm
“Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta UMNO hilang tetapi juga mengapa UMNO diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.”
Mungkin saja, atau PR akan kambus cerita lama semata2 utk jaga hati atau airmuka org terlibat?(kesian rakyat, terima ajelah nasib) Saya harap Datuk serius tentang membongkar penyamun dan mengembalikan wang yang disamun kepada rakyat. Terima kasih
October 23, 2009 at 2:18 am
Datuk,
Membaca artikel Kadir Jasin pada blognya,mengingatkan saya kepada Salman Rushdie yang dibela oleh golongan kafir Zionis dan barat yang berlindung diketiak hakbersuara dan kebebasan memberi pendapat ,ianya tersasar dan hina terhadap martabat manusia, dengan mempertikaikan kerasulan Nabi Muhamad SAW berasas rasa benci dan ingin melacur namanya demi kemashyuran dan kekayaan.Salman berkata tidakkah bebasan bersuara dan memberi pendapat ada dalam islam?
Memang sesuai dengan wajahnya yang seiras tok dalang wayang kulit disebelah pantai Timur Malaysia yang membuat cerita peliporlara mengenai kejahatan gergasi bayangannya di atas sekeping kulit kering dari bangkai lembu,si kadir ini berhujah bahawa dia mengenali Datuk dengan begitu dekat tanpa mengaku bahawa dia memakai” cermin mata Daim “yang sememangnya tidak menyukai Datuk sejak dahulu lagi kerna datuk banyak tahu tentang kerja-kerja rompakan harta rakyat dengan memakai lebel perjuangan melayu tak hilang di dunia.
Saya cukup malu mengetahui orang yang bertaraf ketua pengarang akhbar yang terkenal,bergelar datuk dan melayu berkelakuan seperti manusia dayus dan pengejut yang menyerang orang mengikut naluri kebencian dan nafsu yang lahir dari seketul hati yang hanyir dan busuk yang lahir dari rezeki haram bossnya yang dilahap bersama.
Pada satu ketika kadir ini menyerang UMNO atau kepimpinan negara dengan memberi petua itu dan ini serta berlagak pendita melayu di puncak gunung mahameru yang mengerakkan tangannya memberi restu dan berkatnya kepada rakyat marhaen melayu atau berlagak mengeji singa yang memakan kancil yang tidak berdaya tapi si kadir ini sebenarnya seekor dubuk(hyena) yang memakan bangkai yang sama.
Si Kadir ini jika dianalisa dan dinilai dalam kamus keusahawanan ,tidak bernilai tinggi di mana Kadir seorang yang menimbun wangnya dengan bergayut diseluardalam Tun daim dan mahadhir semata-mata.manalah beliau tahu erti kemiskinan,dayausaha,pemodalan dan cabaran seorang usahawan seperti datuk kecuali membaca buku-buku mengenai orang kaya dan berjaya dan mengeluarkan fatwa karutmarut tentang kipas mengipas dan menunggu bahagiannya selepas singa memakan kancil.
Itulah kadir Poorah yang memalukan Jasin dan orang Melayu
October 23, 2009 at 4:50 am
It has looked more and more pertinent for the Rakyat to take the step in the next General Election !!
WE MUST CHANGE the Barisan Govt at Federal level !!!!
Or else murderers get away.. coroners are told to tell the convenient story (which needs a Thai forensic expert to expose their scam !!)
Or else conspirators-accused-to-be-corrupt will go through a Sandiwara court case to reveal them to be “not guilty” and trumpet their innocence in their coming State Assembly sitting in Ipoh that they have since usurped from the Rakyat thru their vile means !!
Or else their kuncu-kuncu Umnoputras-cum-contractors will continue to reap the “commisions” they get for building this-and-that using tax-payers money.. earning a hefty cut.. as shown by the Auditor-Generals Report.. which in the end they will just “close-one-eye” !!
Or else they will orchestrate the downfall of a coalition partner President who had been bent on exposing the billions they were reaping in Port Klang.. to preserve their cash cow…
OPEN YOUR EYES RAKYAT MALAYSIA !!!!!
As Dato Zaid says.. if Pakatan is in power, maybe these excesses will finally be revealed !!!!
HIDUP PAKATAN !!!!!
October 23, 2009 at 2:20 pm
I thought PR are fighting for freedom of speech and expression without any control as what the Westerner are doing, if so why are you complaining when A kadir jasin is exercising his right to freedom of speech i.e to expressed his view about who you really are.
I would like to quote what Zukifli Nordin wrote in his blog:
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. ……. . Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. “Call a spade a spade”. Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada
This is to show that you Zaid having a typical PKR mentality that is, its ok for your spin Doctor such as RPK to spin something which is defamatory, slanderous, libelous, fitnah and humiliating to others especially the UMNO people, you all didn’t object or say anything but when someone wrote something about PKR people you better watch out as PKR people are so untouchable i.e. whatever they say is the gospel truth and other are liars.
If you read your own spin doctor RPK in Malaysia Today for which most of the articles is defamatory, seditious, incite hatred, condemnation of one own/others religion etc why didn’t you say anything, why didn’t you object but instead you condemn the government for taking action against RPK.
To me what the PKR people is fighting for is freedom of speech and expression to what they only want to hear otherwise they will condemn others for saying otherwise.
To me the PKR people are hypocrite of the highest order “cakap tak serupa bikin” and cannot accept especially when others is doing the same thing that you are doing to them.
If you cannot stand the heat please get out of the kitchen instead of making noise.
Who say politic is clean, it is the survival of the fittest, it’s not how you play the game but who would finally win.
A Kadir Jasin article might be true or not, so the best thing for you to do is to sue him and show proof that you didn’t become rich because of your association with UMNO or BN Government otherwise just keep quiet and sucked your thumb.
October 23, 2009 at 7:13 pm
dear dmh1876,
i beg to differ. sure PKR fights for freedom of speech and expression, but that should not be taken as a permission to slander another person without proof.
i am not sure why do you say that PKR does not practice what it preaches. kadir jasin exercised his freedom of speech to give his view on mr.zaid. mr.zaid in turn exercised his right to comment on kadir jasin.
if kadir can attack someones personality, then he should have to balls to take what others speak abt him too right. kadir attacked, and zaid couter attacked…so whats the problem here? why are you stopping zaid from giving his response and as him to get out of the hotseat?
as for RPK, he is not a PKR guy nor opposition. what he does is independant to mr.zaid or PKR. i have seen many RPK articles which whacks PR, and I do not see PR making any fuss on that. what PR did do is to object RPK from being politically procesuted by BN via ISA and sedition act. those are 2 law that PR have consistantly oppose. Isnt that obvious that it was BN who are trying to silence dissent like RPK, while seditious remarks from Utusan are being defended by BN?
And for the record, PKR did not oppose when the UUM professor sued RPK, did they? Again, my question, when did PKR not practise what they preach?
your suggestion that Mr.Zaid should sue Kadir have already been answered in Mr.Zaid article. read below:
“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.”
Basically, Mr.Zaid is saying that suing Kadir is not worth his time. He have exercised his rights to counter Kadir’s comments and for him that is sufficient. Who are we to tell Mr.Zaid what to do right?
I hope my explanation is clear enough to support my argument that ur opinion is wrong. I hope you will not question my rights to counter argue with you and ask me to get out of the kitchen too
October 23, 2009 at 6:49 pm
Dear Zaid sir,
Kata-kata anda tepat sekali. Masalah utama PR pada hari ini ialah ia tidak mempunyai manifesto bersama. Setiap parti mempunyai agenda tersendiri menyebabkan mereka bercakaran.
Paling penting pada masi ini ialah untuk melaksanakan manifesto bersama PR. Hal-hal seperti hak asasi manusia, kebebasan bersuara and berkumpul, kebebasan badan-badan kehakiman, executive dan legislative adalah priority pada masa ini.
Yang perlu disegerakan ialah untuk menyelamatkan negara daripada gelaja rasuah and menyalahgunaan kuasa oleh BN.
Tidak salah sekiranya DAP mahukan socialisma, dan PAS mahukan negara Islam. Tetapi itu bukan agenda yang “urgent”. Rakyat yang mementukan samaada mereka mahukan negara islam sekiranya PAS diundi dan menang 2/3 kerusi.
Saya sangat sangat berharap Pak Zaid mampu membawa ketiga-tiga komponen PR untuk mempunyai agenda bersama negara yang penting. Jangan dipaksa untuk PAS membuang perjuangan negara Islam, cuma rakyat belum bersedia untuk negara Islam lagi. Tetapi rakyat sudah bersedia untuk membuang kerajaan yang korup dan diktator.
October 23, 2009 at 9:30 pm
Dear e96anban,
the heading and opening paragraph would suffice to show that zaid is hypocryte i.e he can criticised others but others cannot critised him.
as for rpk, please read MT latest article where he defended zaid over a kadir jasin article for which the MT article is suffice to counter your comment that rpk is not a spin dr for pkr for which i rest my case.
November 4, 2009 at 7:07 pm
dear dmh1876,
i have re-read the title and opening paragraph before typing this reply. in the 1st paragraph, Mr.Zaid stated that he does not know Kadir Jasin in person and he wonders why KJ is very keen in defaming him with baseless allegation.
Again i think you are missing the point here. It boils down to your earlier article that Zaid and PKR in general does not support freedom of speech when someone critize them. No where in the 1st paragraph or any part of his article does Zaid asks KJ to be sacked as cheif editor, jailed, charged under sedition act or ISA, did he? My argument is, if you are being critized, you should be allowed to defend yourself or counter critized isnt it? How does that act is considered double standard?
Zaid have made blistering attack towards Mahathir, and Mahathir have replied them in his chedet blog. So if what Zaid does is wrong in ur eyes, the so does what Mahathir action? We may not agree with dissent, but we should not bar dissent. That is PKR’s and Zaid view, thus there is no double standard in this case.
As for RPK, i am not sure how his issue comes in here. Do we even know whether Mr.Zaid frequents RPK blog for him to comment on RPK? Maybe he thinks its not worth his while, I certainly do not know for sure. Personally thought for me i believe RPK speaks for fairness and just and he finds very little of that with BN. I know you disagree with me, but I will defend your right to disagree.
October 25, 2009 at 12:18 pm
dear zaid,
common policy framework is an excellent idea and
must be executed fast.we are worried with the extremist stand of hassan ali and how kg buah pala
resident were angry at guan eng.the malays are
appalled at the way tsk are running selangor.
what is shocking is that dsai are not in control.
hassan,tsk and you(you went to sabah anyway…)did
against his wish and tsk does that all the time.
while it wakes dsai up,could this be his limit to
lead?
we wait.
pico
October 27, 2009 at 1:56 pm
Salam 2 U Datuk ,
The general perception of a 2 party-system is a promising reality , not myth .
Strenghtening and holding them together is a great step
towards a greater political leap, enjoining good deeds against evil camouflages. God willing , success waits
malaysians in every walks of life.
October 31, 2009 at 9:43 pm
Salam Dato Zaid, Saya sudah tidak hairan lagi akan manusia serupa mcm Sdra Kadir Jasin ini, Memang banyak Pemimpin dan Manusia sifat seperti ini d dalam Umno @ BN.Mereka hany tahu dan ingat pada periuk nasi mereka saja dan mereka tidak akan ada Prinsip seperti mana Dato…Banyak manusia Zaman ini yg MUNAFIK tak punya Pendirian.Ada juga jenis Pemimpin dan Manusia yg suka memecahkan dan berprinsip “Divide and Rule”…Contoh macam cerita Pengarusi Perhubungan PKR Negeri Sabah ini…Tak ada Hujan dan ribut tiba2 “AHMAD TAMRIN HJ JAINI” d lantik menjadai Pengarusi Perhubungan PKR Negeri Sabah….Macam tidak ada lagi Manusia yg d Lantik menjadi Pemimpin d negeri Sabah ini.Seolah olah kami rakyat d negeri ini benar2 BODOH dan Mudah sahaja d peralatkan….
November 3, 2009 at 3:30 pm
Dato this is actually the first time I left a comment and as a member of PKR, I have some comment/feedback to the party leadership.
Probably you may not read this. Lately I come to know that a lot of malaysian especially the younger generation says “ although we dont like BN but PR is fighting among themselves”. Its actually pretty sad cause I have supported the opposition all the time.
To be honest I know it is not that serious but the mainstream media is keep on attacking PR. Now that BN which under Dato Seri Najib is just too aggressive.
I believe there should be damage control by PR to reduce the impact that the mainstream had play such as clean up those who has problem and concentrate more on electronic media to REBRANDING PKR.
Notably during the 8.3.08 election the candidate that PKR pick was just too low in quality, im referring to the port Klang ADUN and the 2 FROGS in Perak that had betrayed PKR. Hope that in the coming election, things will not repeat itself.
As a party member im very sad to see that the effort/support the people had given PR to form the government in Selangor is not apppreciated.
We see certain excos cross fire. Such as the Pas’ exco that had created numerous unnecessary action such as ban alcohol. These are all small matter. Develop this state better that BN is big matter. It would be good to concentrate on these areas than of tiny matters.
As an ordinary member/ supporter/ voter I think im qualify to give feedback to the leadership. Hope this message can reach you Dato.
November 13, 2009 at 12:40 am
Oh ye ke? Bukan ke satu masa dulu kau pun kuat dok mengipas Tun Dr M sampai nak saman PAS disebabkan hukum hudud, melayu mudah lupa kan zaid?
Nik Aziz ditaja untuk mengerjakan Haji oleh Abroad Technology, nak tau kenapa? klik disini
Cheers Zaid