Ku Li

Saya tertarik dengan kenyataan Tengku Razaleigh bahawa beliau masih setia kepada prinsip dan perjuangan UMNO. Hati saya berkata mungkin beliau maksudkan perjuangan dan “legacy” zaman Tunku Abdul Rahmand, Tun Razak dan Tun Dr Ismail. Kita semua tahu tak ada prinsip dan “legacy” UMNO Baru yang perlu Ku Li bela dan pertahankan. Malah dari kenyataan umum yang dibuat oleh Ku Li kebelakangan ini, banyak dasar kerajaan Barisan Nasional dibidas oleh Ku Li. Malah rasanya tak ada satu pun dasar UMNO hari ini yang Ku Li pertahankan sekarang. Jadi agak terkejut bila saya dengar Ku Li masih setia kepada perjuangan UMNO. Tapi siapalah saya nak mempersoalkan pendirian orang lain.

Yang saya nak utarakan hari ini ialah tentang UMNO Baru. Sebenarnya semasa UMNO Lama diharamkan dan ditutup oleh Dr Mahathir pada tahun 1987, Ku Li tidak dibenarkan masuk parti baru itu. Itu arahan Che Det. Kita tak boleh lupa dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah meluluskan UMNO Baru sebagai pengganti UMNO Lama. Kita tak harus lupa dengan keputusan Pendfatar Pertubuhan yang telah membolehkan UMNO Baru mengambil alih semua aset dan harta UMNO 1946 dan tidak membenarkan pemimpin kanan parti seperti Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menjadi ahli. Satu tindakan yang tidak bermaruah, salah dan tidak sah.

Tapi inilah budaya politik UMNO Baru. Ketepikan pemimpin sah yang mempunyai ramai pengikut dan tak perlu ikut undang-undang. Maka apakah sah sebenarnya UMNO Baru ini? Anak-anak muda yang berminat dengan politik hari ini mesti menyedari perkara ini. Jangan kita mudah lupa sejarah. InsyaAllah, bila Pakatan Rakyat diberi mandat opleh rakyat nanti, kita akan kaji semula semua ini.

Jadi kalau Ku Li nak tahu sama ada UMNO Baru ini sah, dan harta-harta yang diambil dari UMNO Lama itu sah; dan sama ada harta-harta yang diberi kepada kroni-kroni oleh pemimpin atasan UMNO Baru itu pun sah; Ku Li mestilah membantu perjuangan Pakatan Rakyat.

Kes saya dengan jaguh wartawan A Kadir Jasin yang terkenal sebagai orang yang memuja Dr Mahathir mungkin dapat memberi gambaran tentang ke mana perginya harta UMNO Lama. Kadir telah menuduh saya menjadi “orang perantaraan” dalam pembahagian harta itu kepada UMNO Baru dan orang orang tertentu. Lalu Kadir tuduh saya jadi kaya-raya. Kita tunggu drama ini di Mahkamah dan lihat siapa sebenarnya yang dapat harta-harta itu dan siapa pula yang jadi “orang perantaraan” yang sebenar.

Tapi lebih seronok lagi kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat . Di bawah Pakatan Rakyat, kehakiman dan undang-undang akan dijamin adil dan saksama. Satu Suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelawengan . Kalau harta bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang diperolehi secara haram di zaman pemeneritahannya boleh diambil tindakan oleh kerajaan Thailand sekarang, mengapa tidak di Malaysia suatu hari nanti?

Explore posts in the same categories: 1

6 Comments on “Ku Li”

  1. anakmamat Says:

    That statement “satu suruhanjaya bebas akan kita bentuk untuk menyiasat semua penyelewengan” alone will win you the next election, especially with the added promise that the stolen national wealth will be returned to the rakyat.
    But to me, forget about Ku Li. His coyness and misplaced repeated statements of being an UMNO faithful has gone for far too long so much so that it seems to suggest that he is waiting to pounce on an opportunity that has yet to surface – and that looks dangerous if not sinister. Care to comment on this Zaid?

  2. sezhian6911 Says:

    Salam 1Malaysia, Datuk (minta maaf, terikut gaya stesen TV Malaysia)

    I read with interest the above article. At the same time, a question triggered my head.

    Will PR really live up to its words ? If you remember clearly, Obama promised the masses on ending many wars, but instead the war finds inroad to new lands as well. People put high expectation in Obama to see real changes, but quite the opposite, the real changes started oppressing the citizens of the super power even further. In politics, all is well until the power is in hand. I do not perceive PR a bad thing as my hope has been strongly built on PR to set a good example of governance. More and more people are ashamed to associate themselves with BN, which is a good indication for PR to grab the power. Just keep up the noble efforts and victory would certainly follow suit. Cheers.

  3. sputjam Says:

    Ku Li, the architect behind PDA, stealing states oil rights and giving all that wealth to one man, the PM.
    No wonder Ku Li and mahathir, the perpetual cheater, fought to the death in the last original UMNo elections way back in 1987.
    And mahathir continued to cheat in other elections, including the 1999 elections, whereby newly registered voters were denied their right to vote.
    Unfortunately, anwar ibrahim was no different, especially on how he defeated Pairin in the sabah election, by dumping money by the helicopter loads.

    We need someone who can stand up to the threats of extreme right wing malay muslims. i cannnot see anyone who can do this except maybe RPK.

  4. rosn2010 Says:

    hebat dato’, kenyataan beginilah yang rakyat tunggu sekian lama.keberanian pemimpin yang tidak ada dalam kamus pentadbiran m’sia.
    lupakan ku li..dia cuma masih berillusi dan masih terkenangkan umno yang asal.logiknya mana ada lagi umno spt yang ku li lihat.umno lama dan umno baru mana boleh sama,umno lama ditubuhkan oleh tengku dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan..semua tu dah hilang selepas penubuhan umno baru oleh mahadir.logiknya untuk kaburkan rakyat maka digunakan nama yang sama padahal 2 pertubuhan dan perjuangan yang berbeza..dulu memperjuangkan kemerdekaan dan sekarang mempertahankan kepimpinan..berbeza sekali perjuangan walaupun nama yang sama.
    permerintahan umno baru hanya untuk mempertahankan kuasa yang ada bukan lagi berteraskan perjuangan asal diawal penubuhan umno lama..
    so jangan tertipu dengan nama,apa ada pada nama.biarlah mereka menipu rakyat asalkan rakyat tahu apa yang mereka itu tipu..rakyat faham sejarah dan rakyat juga tahu bagaimana sejarah berulang diselangor dimana duit isteri2 wakil rakyat selangor dilarikan..2 peristiwa tetapi 1 cara.
    bagitau ku li,umno baru dengan umno lama berbeza perjuangannya.

  5. myrayza Says:

    Kenyataan saudara adalah sangat bernas. Memang layak untuk bergelar peguam yang terbaik di Malaysia. :)

  6. fair2 Says:

    Perjuangan Umno Tunku Abdul Rahaman adalah “demi guru, nelayan dan petani”;
    Umno sekarang adalah “untuk menantu, anak serta kroni “.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: