Zaid Ibrahim

Tok Guru dan Pakatan
Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang. Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan. Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham. Jadi eloklah kita teliti kembali apa yang saya sarankan.

Premis utama dalam cadangan saya itu ialah kita perlu kepada seorang “spiritual leader”, sama saperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Kita tahu pemimpin seperti itu diperlukan  untuk menerajui gerakan Pakatan. Pemimpin politik biasa, walau bagaimana hebat dan handal sekali pun, tidak akan cukup kuat untuk melawan gergasi Barisan Nasional.

Yang saya maksudkan sebagai pemimpin spiritual ini adalah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. Ini sama seperti Gandhi yang tidak mahu apa-apa jawatan, hanya setakat menyokong Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India merdeka. Yang Gandhi mahu hanyalah India yang merdeka, bersatu dan bebas dari penjajahan. Pemimpin seperti ini bergerak atas keluhuran perjuangan. Samalah saperti Mandela, dan Imam Khomeini . Pemimpin saperti  ini disayangi oleh rakyat kerana prinsip dan sifat humanisme beliau. Dia tidak ada masalah peribadi, tidak ada skandal, tidak ada cita-cita duniawi melainkan perjuangan untuk menegakan keadilan dan melawan kezaliman.

Jadi bila saya toleh kiri dan kanan dan saya lihat hanya Tok Guru Nik Aziz ada kelayakan tersebut. Beliau diterima oleh semua kaum dan agama. Maka saya terus mencadangkannya kerana saya berpendapat hanya apabila kita letak pertarungan Pakatan vs BN atas perjuangan spiritual melawan kuasa yang rakus dan rasuah, barulah rakyat akan bersemangat dan bangkit bersuara untuk memihak kepada kita. Formula politik lain memang ada tapi saya rasa ia tak cukup dan tak padan untuk menggerakkan satu usaha besar menggantikan BN sebagai kerajan pilihan rakyat.

Soal jawatan Perdana Menteri itu terserahlah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan sesudah mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru. Itu perkara mudah kerana Tok Guru pun tahu dan bersedia menerima orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi PM. Cadangan saya ini juga sama seperti dengan keududukan Pengerusi Parti Buruh atau Konservatif di UK yang tidak pernah pun menjadi Perdana Menteri. Tugas mereka adalah menjaga perpaduan dan kekukuhan parti. Saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti. Jadi penyokong dan peminat Anwar Ibrahim tak usahlah bimbang.

Yang penting  sekarang ialah menentukan apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan kemenangan Anwar dan Pakatan Rakyat. Apakah yang akan menggerakkan tsunami politik baru untuk memberi kuasa kepada rakyat melalui Pakatan? Sesudah Mac 8, 2008, ada orang kata bahawa Pakatan seolah-olah sudah hilang tenaga sekarang. Menurut Merdeka Centre dalam kaji selidik baru-baru ini, BN masih lagi akan menang jika pilihan raya umum diadakan hari ini. Malah BN dikatakan tetap boleh mengekaklkan dua pertiga kerusi Parlimen. Begitu membimbangkan sekali persepsi ini terhadap Pakatan.

Itulah sebabnya saya mahu para penyokong kita tanpa mengira kaum dan agama berfikir bagaimana kita nak memperkukuhkan Pakatan dan cuba mencari cara dan pendekatan baru. Kita jangan cepat panik atau takut kepada perkara-perkara kecil dan sampingan yang memang menjadi adat politik. Yang penting kita mesti pastikan Pakatan tidak lari dari landasan utamanya iaitu menolak BN untuk memberi ruang bernafas kepada rakyat menikmati keadilan, demokrasi dan kebebasan yang sebenar tanpa dicengkam salah guna kuasa, rasuah dan diskriminasi.

Yang utama mestilah kemenangan Pakatan kerana ia bererti kejayaan kepada rakyat. Saranan saya bukan sahaja kepada rakyat untuk berusaha gigih ke arah mencapai matlamat ini tetapi juga kepada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan supaya berkorban dengan bersikap jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah lebih baik lagi, para pemimpin dan ahli komponen Pakatan harus mengurangkan ketegangan dan salah faham sesama sendiri. Kita boleh buat demikian dengan cara bersabar dan bersifat maaf-memaafkan, cepat-cepat berbaik semula jika berlaku silap faham. Ingatlah rakyat mahu melihat kita bersatu sebelum kita merayu kepada rakyat untuk bersatu-padu menyatakan sokongan kepada kita.

Saya harap semua ini dapat diperjelaskan dengan jujur dan ikhlas di Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini. Saya juga harap kita dapat temui kata maufakat tentang  hal-hal penting dalam Pakatan Rakyat, dan berusaha menjernihkan apa-apa yang keruh. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yang akan mengerjakan ibadat yang mulia ini di Tanah Suci Makkah. Semoga semangat baru untuk menegakan keadilan dan menolak kezaliman akan terisi di hati sanubari kita semua. Labbaik Allah humma labbaik.

Posted in 1

Tengku Razaleigh dan Pakatan
Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.

Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah  untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu. Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai strategi politik, saya bukan pakar atau ada apa-apa agenda tersendiri. Saya sekadar ingin melihat satu perancangan dari parti-parti  pembangkang yang harus diketahui oleh rakyat; tentang bagaimana pelan tindakan mereka untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pusat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Buat masa ini pelan itu, kalau pun ada, masih tidak jelas.

Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka.Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan  pasukan.Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari.

Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama. Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah.

Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi  kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO.

Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan serius adalah mengkaji semula impian yang terlalu tinggi untuk menang besar di Sabah dan Sarawak. Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008. Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?

Yang penting untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu  mengatasi gergasi BN. Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari.

Saya harap tidak ada sesiapa akan terasa hati dengan cadangan-cadangan saya atau menuduh saya mahu tunjuk pandai. Saya tidak ada niat sedemikian. Namun begitu, saya tetap dengan pendirian bahawa segala usaha perlu dilakukan oleh semua parti pembangkang dan individu dengan seberapa segera supaya hasrat rakyat yang mahukan perubahan dapat dicapai.

Jika masih ada di kalangan Pakatan yang cuma memberi keutamaan kepada kepentingan parti masing-masing atau kedudukan mereka diletakkan lebih tinggi dari kepentingan muafakat, saya anggap mereka ini sebenarnya bukan pejuang perubahan. Golongan ini hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Rakyat akan melihat golongan tak ada bezanya dengan pemimpin UMNO dan BN.

Kita masih dalam era reformasi. Ini bererti semua pihak mesti sanggup membuat pengorbanan. Pemimpin tidak boleh suruh rakyat berkorban jika mereka sendiri tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Rakyat sentiasa mengawasi tingkah-laku para pemimpin, terutamanya mereka yang sanggup menggagalkan usaha perubahan ini demi kekuatan kumpulan mereka. Jika para pemimpin ini masih berdegil dan mengikut kaedah lama, rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya umum akan datang.

Posted in 1

Kalau Hati Dah Busuk…
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh-sungguh  melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.

Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk  dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana UMNO. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah UMNO diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta UMNO tersebut. Jadi dari situlah harta UMNO hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan. Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.

Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari UMNO pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden UMNO Baru, Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya UMNO, Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu kemana harta UMNO pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.

Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya, Saya Pun Melayu, saya tidak pernah menjadi orang kanan UMNO dan rapat dengan pemimpin tertinggi UMNO. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan UMNO waktu Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat UMNO. Yang jadi peguam korporat UMNO masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa–apa corporate deals berhubung Tan Sri Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.

Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan UMNO. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari UMNO. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa UMNO tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik UMNO, saya hanyalah ahli UMNO biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta UMNO hilang tetapi juga mengapa UMNO diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.

Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.

InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi political assassins seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.

Posted in 1

Undi POS
Tumpuan penganalisa politik sekarang ini ialah membuat ramalan sama ada Barisan Nasional mampu untuk tingkatkan majoriti mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Agaknya ramai telah meramalkan kemenangan BN. Bagi penganalisa- penganalisa ini, yang perlu diramalkan ialah berapa ramai pengundi bukan Melayu akan menyokong PAS untuk mengurangkan majoriti BN. Memanglah tidak salah kita membuat spekulasi tentang keputusan pilihan raya tetapi yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan tentang satu perkara yang besar ertinya kepada demokrasi di tanah air kita, iaitu proses pemilihan yang dikenali sebagai  “undi pos.” Malah saya berpendapat sistem undi pos ini sepatutnya menjadi isu utama dalam pilihan raya Bagan Pinang.

Daripada 14,192 pengundi di Bagan Pinang, kira-kira 5,000 atau 36% adalah pengundi pos. Bayangkan satu pertiga pengundi Bagan Pinang telah pun awal-awal lagi diramalkan akan mengundi BN kerana “terpaksa” atau “takut”. Daripada pengalaman lalu, ada bekas-bekas perajurit kita telah mengakui bahawa mereka tidak boleh membuat pilihan secara bebas kerana mereka perlu menyertakan nama dan nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan bersama kertas undi apabila membuang undi. Jadi undi mereka tidak lagi bebas. Sebahagian besar takut untuk mengundi pembangkang kerana undi mereka akan diketahui ketua mereka. Jelas di sini tidak ada keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya Malaysia.

Pilihan raya kecil ini menunjukkan dengan jelas sikap UMNO dan BN yang sanggup mengekalkan satu sistem mengundi yang ketara tidak adil semata-mata mereka dapat keuntungan dari proses tersebut. Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Suruhanjaya Pilihanraya tidak berani membuat perubahan dan reformasi terhadap sistem pengundian yang tidak adil ini kerana takut kepada para pemimpin BN.

Mengapa SPR tidak benarkan tentera mengundi seperti mana-mana rakyat Malaysia yang lain secara bebas dan rahsia? Sepatutnya undi pos hanya dihadkan kepada anggota dan pegawai tentera yang bertugas di hutan belantara sewaktu pilihan raya. Takkan lah semua pengundi yang ada dalam senarai pos sekarang ini bertugas dalam hutan semasa hari mengundi. Malah kakitangan keselamatan tidak perlu membuang undi dalam kawasan “kawalan”  mengikut sistem atau proses yang lain dari orang awam. Kita juga dengar kes mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan dan telah pun berpindah dari kem  masih disenaraikan dalam senarai pengundi pos.

Saya percaya tidak ada negara demokrasi dalam dunia sekarang ini mengadakan sistem pengundian yang berbeza dari orang awam kepada kakitangan keselamatan seperti yang dilakukan di negara kita. Calon dari parti pembangkang langsung tidak berpeluang bertemu dan berbincang dengan mereka yang mengundi melalui sistem undi pos. Calon tidak berpeluang menerangkan manifestonya kepada pengundi pos. Maksudnya pengundi pos dinafikan hak mereka dari kempen sah yang dibenarkan melalui sistem demokrasi. Apa ertinya kerajaan mengaku kononnya menghormati sistem demokrasi dan mengadakan pilihan raya tetapi tidak sanggup memberi ruang kepada semua rakyat membuat pilihan dengan bebas dan memahami isu-isu yang dibawa dan diperjuangkan oleh seseorang calon?

Sikap UMNO dan BN yang tidak berani membenarkan kakitangan keselamatan kita membuang undi secara bebas adalah satu petanda buruk kepada negara. Ini bererti BN tidak akan membenarkan sistem pengudian yang telus dan berintegriti bertapak di negara ini. Hanya sistem yang mengekalkan kuasa mereka akan dibiarkan.Inilah maksud MALAYSIA SABUAH NEGARA CONTOH ATAU MODEL STATE yang dilaung olih PM kita. Model untok rasuah, untok tidak menghormati hak orang lain.

Posted in 1

Kesian Isa Samad
Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan UMNO (yang sekarang  seolah-olah diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad) riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan UMNO perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh  UMNO mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam UMNO dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.

Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang UMNO ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin UMNO. Ada perwakilan menerima RM500 dan  ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi UMNO, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari UMNO yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan UMNO, rasanya tak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam UMNO semata-mata nak tunjuk kononnya UMNO ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara  kelulusan  retrospektif Cabinet  sebanyak $4billion  tanpa penglibatan  orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar  kerana  projek itu telah pun gagal . . Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan UMNO?

Kalau tak mahu Isa Samad bertanding, cakap saja kerana dia orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja UMNO mahu muka baru.. Saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menghormati pilihan akar umbi,  terutamanya UMNO Bahagian Teluk Kemang, yang benar-benar mahu Isa Samad bertanding. Beri peluang kepada Isa untuk bertanding.

Posted in 1

Renungan Hari Raya
Akhbar The Star telah memberi tumpuan dan perhatian rapi terhadap cadangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung tahun ini. Penulis rencana itu Joceline Tan menulis panjang lebar dalam kolumnya dua hari sebelum hari raya. Ini diikuti pula oleh penulis bebas Baradan Kuppusamy tiga hari kemudian. Mereka nampaknya mahu tahu sejauh manakah realistiknya harapan bahawa PAS, DAP dan KeADILan dapat mencari muafakat dalam hal-hal sensitif dan berbeza. Rakyat jelata pun ingin tahu sejauh mana Pakatan Rakyat sanggup melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.

Memang usaha mencari kata sepakat ini sukar dan amat mencabar sekali. Saya sedar tentang perkara ini tetapi kita ada tanggung jawab kepada rakyat bahawa Pakatan ini bukan hanya sekadar pakatan membantu satu sama lain sewaktu pilihan raya sahaja. Ianya juga bukan sekadar pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan bersama dasar-dasar yang kita janjikan dalam manifesto. Memang usaha ini sukar tetapi ini mesti kita cuba laksanakan, dan cuba mencari muafakat terlebih dahulu.

Sebagai contoh, bila Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri, sepatutnya PAS menyokong usaha ini. Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act), jika usaha murni awal SELCAT di Selangor telah pun disanggah dan dicabar oleh PAS.

Berhubung cadangan menggubal Akta Hak Mendapatkan Maklumat yang sememangnya terkandung dalam manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pihak yang sudah pun menguasai kerajaan negeri sepatutnya mengorak langkah ke arah pelaksanaan usaha ini. Maksud saya, KeADILan yang menerajui Selangor, PAS yang memimpin Kelantan dan Kedah serta DAP di Pulau Pinang, sepatutnya dapat melakukan sesuatu ke arah menjayakan hasrat ini. Tak payah tunggu nak sampai ke Putrajaya.

Untuk menjayakan undang-undang ini, mungkin masih perlu hal-hal tertentu terus diklasifikasikan sebagai “sulit” tetapi inilah masanya kita buka rahsia-rahsia kerajaan selama ini supaya rakyat dapat maklumat yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih telus dan kurang rasuah. Kita harus terima hakikat bahawa kerajaan yang terbuka akan memberi peluang yang lebih adil kepada rakyat. Khalid Ibrahim di Selangor dan Husam Musa di Kelantan telah pun membuat kenyataan terbuka tentang kesedian mereka melaksanakan dasar ini, tetapi sampai sekarang belum tercapai hasrat itu. Itulah beza antara janji dan pelaksanaan. Janji mudah dilafazkan tetapi melaksanakannya memerlukan pendirian dan iltizam politik yang kuat. Inilah cabaran sebenar parti-parti dalam Pakatan.

PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama? PAS berjanji mahu memghapuskan akta-akta zalim seperti ISA dan OSA, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan sebagainya. PAS juga berjanji akan menghormati hak asasi maanusia. Tetapi Pemuda PAS Terengganu masih lagi mahu “menangkap dab memberi nasihat” kapada  anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan  sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri. Nampaknya mereka rasa tangkapan yang dibuat oleh pegawai bertauliah yang diberi kuasa oleh majlis agama negeri sekarang ini masih tak cukup. Pemuda PAS juga mahu mengharamkan konsert itu dan ini. Seolah-olah bagi Pemuda PAS, usaha menentang rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan menabur api perkauman itu kurang penting berbanding usaha memastikan anak-anak muda yang baru belajar bercinta dan ingin bebas menonton hiburan disekat daripada menikmati sedikit kebebasan itu.

Rakyat ingin tahu di manakah garis panduan kebebasan yang dijanjikan dalam negara demokrasi pimpinan Pakatan Rakyat dengan dasar PAS mengenai hal-hal Islam dan bukan Islam, termasuk kebebasan individu yang sudah tentunya terhad mengikut tafsiran yang rigid. Rakyat juga ingin tahu tentang jaminan kebebasan Islam – yang dijanjikan dan yang diamalkan. Ini kerana kebebasan dan kreativiti Islam di zaman keagungannya dahulu terkenal di seluruh dunia., tetapi  yang menghairankan ialah mengapa zaman ini kebebasan Islam semakin sempit dan tertekan ?. Parti-parti dalam Pakatan harus sedia menjawab persoalan ini sebelum bermulanya Konvensyen Pakatan pada Disember depan.

Posted in 1

Berbuka Puasa di Kelantan
Saya berkesempatan berbuka puasa dengan ahli-ahli PAS dan KeADILan di Machang dan Tumpat, Kelantan minggu ini. Seperti biasa, ruang diberi oleh pihak penganjur untuk saya berucap ringkas . Di majlis tersebut, saya memberi pandangan dan penekanan dalam beberapa perkara. Saya tumpukan kepada usaha mencari jalan mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dan formula untuk menang pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Rakyat adalah gagasan politik yang baru. Jadi ia mesti sanggup membawa mesej dan idea poltik dan pentadbiran yang baru, yang berbeza dengan Barisan Nasional. Tidak ada makna kalau rakyat hanya menukar kepimpinan negara dengan orang baru kalau arah tuju dan dasar pentadbiran tidak jauh bezanya dengan cara UMNO sekarang. Tidak cukup kalau kita hanya mengkritik UMNO dan BN. Kita mesti bersedia menggariskan intipati perjuangan serta dasar politik yang lebih mulia, dinamis dan saksama berbanding dengan UMNO. Persoalan untuk diri kita sendiri adalah, apakah kita akan teruskan amalan menggunakan wang rakyat ratusan juta  untuk projek”glamour” seperti perlumbaan F1 sedangkan  ada kumpulan orang Asli ( Orang Asal)  di Pahang yang hidup dengan pendapatan 20 ringgit sabulan. Dan ramai lagi rakyat tidak ada bekalan elektrik dan air? Apakah kita akan terus mentadbir PETRONAS secara rahsia seperti sekarang dengan hanya Perdana Menteri dan Lembaga Pengarahnya sahaja yang tahu di mana wang dibelanjakan?

Selain dari dasar pentadbiran, kepimpinan dan ahli Pakatan Rakyat mesti dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga sanggup berubah. Berubah dari nilai politik dan kefahaman yang lama, dan sanggup memikirkan kepentingan kumpulan  sebagai lebih penting dari kumpulan parti masing-masing. Cara dan skop muafakat pilihan raya PAS, DAP dan KeADILan yang mungkin memadai untuk menang 82 kerusi dalam tahun 2008 sudah tidak lagi cukup untuk menang minimum 115 kerusi Parlimen bagi menubuhkan Kerajaan Pusat.

Pentadbiran 4 negeri yang ada dalam Pakatan sekarang sepatutnya sudah dapat menunjukkan muafakat yang lebih erat dengan dasar-dasar yang berani dan selari antara satu negeri dengan negeri yang lain. Ini termasuklah dasar perumahan rakyat yang memuaskan serta kerjasama antara negeri yang lebih memberangsangkan. Ini memerlukan mesyuarat Mentrei Besar/Ketua Menteri dari negeri-negeri Pakatan yang berteraskan agenda yang kukuh. Mereka perlu bertukar pengalaman dan kepakaran. Biar rakyat nampak mereka bersatu. Biar rakyat nampak mereka tolong-menolong; inilah cara yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat. Mereka juga harus kerap bermesyuarat; kalau boleh sebulan sekali.

Kalaulah kita selalu memperkatakan tentang perlunya Kerajaan Pusat yang telus dan tidak korup, maka kerajaan-kerajaan negeri Pakatan yang ada mestilah bersepakat untuk bersetuju mencuba idea-idea baru. Apa kata kita terima cadangan untuk mengadakan pilihan raya bagi Majlis  Berkuasa Tempatan pada satu tarikh yang ditetapkan. Ini antara cara yang dapat mengurangkan rasuah dan mewujudkan pentadbiran yang lebih efisien. Biar kita beri kuasa kepada rakyat untuk menentukan dasar-dasar di kawasan mereka. Biarlah pemimpin majlis berkuasa  tempatan,  seperti Shah Alam misalnya, dapat menentukan sendiri di mana dan berapa banyak masjid, surau, kuil dan gereja harus dibina; berapa banyak parit dan longkang perlu dibina atau dibersihkan; bagaimana mencari sumbe kewangan untuk melaksanakan perkara-perkara yang disebutkan itu. Lebih baik jika ahli-ahli majlis berkuasa tempatan  itu dipimpin oleh mereka yang dipilih oleh penduduk-penduduk di kawasan itu. Baru ada amalan demokrasi secara langsung di peringkat akar umbi. Baru nampak keadilan. Baru penduduk ada amanah dan tanggungjawab, dan bukan hanya menadah tangan mengemis dari kerajaan negeri atau Pusat.

Malah, majlis tempatan ini juga boleh menentukan sendiri kuota bumiputera dalam skim perumahan yang sering menimbulkan masalah kepada kerajaan-kerajaan negeri. Biarlah majlis tempatan yang meluluskan pelan perumahan dan menentukanya berdasarkan kepada keperluan kawasan itu. Lagi pun cara sekarang yang tentukan kuota 30% atau 50% atau 70% adalah kaedah ciptaan UMNO yang telah menimbulkan banyak masalah.

Sebagai contoh di Selangor, kita mampu untuk bertindak lebih canggih dalam  membantu keperluan orang miskin dan bumiputera dalam hal-hal perumahan dengan menggunakan agensi kerajaan seperti PKNS untuk mengisi keperluan ini tanpa bergantung kepada  syarikat pembinaan swasta. Jika perlu, PKNS boleh membina 100% untuk bumiputra.dan orang yang memerlukan tanpa mengira kaum. Jangan cari jalan mudah di mana PKNS hanya suka buat “joint venture” dengan pemaju besar  dan serah tanah kepada mereka untuk menerima “keuntungan” dan menentukan quota. Amalan ini bukan sahaj malas tetapi juga tidak amanah kepada rakyat yang mengharapkan bantuan kerajaan.

Untuk mencapai matlamat, ahli-ahli dalam parti-parti komponen Pakatan Rakyat hususnya perlu sentiasa komited dalam perjuangan mereka. Parti-parti dalam Pakatan pula mestilah tidak ada was-was dan syak wasangka antara satu sama lain. Soal siapa ada lebih banyak ahli atau siapa lebih berpengaruh dalam satu-satu kawasan pilihan raya, janganlah ia menjadi perhitungan buat masa ini. Ingatlah, matlamat kita ialah untuk mendapatkan sokongan rakyat; tak kira sama ada mereka ahli parti komponen Pakatan atau pengundi atas pagar. Kalau kita nak bermegah dan tunjuk lagak sesama sendiri, jangan terkejut kalau rakyat akan meluat kepada kita.

Yang penting kita mesti perkukuhkan parti masing-masing tanpa rasa curiga. Di peringkat negeri, parti yang memerintah wajar tolong parti yang kecil kerana  parti inilah yang membantu mereka dalam kemenangan tempoh hari. Perhitungan yang sepatut ada dalam perkiraan kita ialah bagaimana kita dapat menang dalam pilihan raya, dan memperkukuhkan Pakatan rakyat untuk melawan BN. Itu mesti menjadi keutamaan.

Kalau kita merasakan perjuangan parti kita akan “tercemar” apabila berada dalam Pakatan yang sememangnya dianggotai oleh parti-parti yang berbeza ideologi, dan takut kononnya ahli-ahli kita akan “lari” kerana kita berkongsi peranan dan berkerjasama dengan parti lain, maka muafakat ini akan menjadi rapuh dan mudah luluh. Kalau kita tidak sanggup membuka minda dan berani mencuba pendekatan baru  seperti mempersetujui calon yang tebaik dengan lebih awal tanpa perlu bertarik tali ke saat-saat akhir hari penamaan calon, kita tidak akan berjaya membina politik baru di Malaysia.

Rakyat sedang meniliti dan membuat perhitungan sama ada mereka akan terus memberi sokongan kepada Pakatan. Saya percaya mereka akan berbuat demikian bila mereka berkeyakinan bahawa kita akan menjadi kerajaan alternatif yang berwibawa. Mereka sedang melihat Pakatan sebagai pembangkang di peringkat Pusat. Jika rakyat yakin kita mampu memerintah kerana kita lebih telus, jujur dan berani daripada UMNO dan BN, maka tak lama lagi kita mampu membentuk Kerajaan Pusat dengan mandat rakyat dan restu Ilahi.

Posted in 1

Pegawai Kerajaan mengikut KSN
Wawancara Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam Malaysiakini patut dibaca oleh semua pegawai kerajaan berpangkat tinggi termasuk hakim-hakim yang akan bersara tidak lama lagi. Menurut KSN, 99 peratus pegawai-pegawai kerajaan tidak “political” ; kalau pun ada persepsi mereka memihak, mereka hanya menjalankan tugas mereka. Mereka bersikap profesional dan standard mereka standing dengan perkhidmatan awam negara-negara lain yang maju, kata Tan Sri Sidek Hassan. Mengikut penjelasannya, ini berterti pegawai kerajaan nampaknya tidak takut kepada arahan UMNO atau PM. Mereka penuh integriti maka mereka tidak akan membuat sesuatu yang  salah dari segi peraturan pejabat atau meyimpang dari kepentigan negara. Itulah agaknya maksud Tan Sri yang budiman itu.

Nampak nya , para pegawai kerajaan naik pangkat secara profesional dan atas kewibawaan mereka sendiri, dan bukannya kerana Perdana Menteri atau mana-mana Menteri UMNO yang menaikkan pangkat mereka. Wawancara KSN itu adalah salah satu cara BN mahu memperbaiki imej mereka, maka KSN juga perlu bersuara mempertahankan BN. Kesian Tan Sri Sidek, dia orang yang baik tetapi terpaksa juga ikut perintah. Tak salah jika pembaca blog saya mahu terima kata-kata  Tan Sri Sidek sebagai yang benar; tetapi setahu saya, hakikatnya  pegawai-pegawai  tertinggi kerajaan naik pangkat  kerana sanggup ikut arahan pimpinan politik tertinggi. Malah mereka dipilih kerana sesuai dengan agenda UMNO atau agenda Perdana Menteri. Kalau mereka benar-benar berwibawa, cekap dan amanah serta 100 peratus profesional, itu tidak memadai dalam perkhidmatan awam. Mereka yang jujur dan tegas tidak akan naik ke tahap yang tertinggi kalau mereka tak sanggup “play ball” dengan pihak berkuasa politik.

Kita hairan dengan beberapa pegawai Polis yang benar-benar profesional dan telah bersara gagal menjadi Ketua Polis Negara walau pun mereka ini lebih kanan atau “senior” dari yang ada sekarang. Kita juga hairan mengapa hakim-hakim yang pintar dan ada integriti tidak naik pangkat menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam jawatan tinggi yang lain (dari pengalaman saya), Badan Perhubungan UMNO Negeri dapat memastikan kenaikan pangkat sebagai Ketua Pengarah tertentu setelah UMNO puas hati dengan pendirian politik orang yang mahu mereka angkat sebagai Ketua Pengarah itu.  Banyak lagi kes-kes naik pangkat dibuat semata-mata atas kuatnya lobi UMNO dan Barisan Nasional. Saya juga tahu ramai pegawai berada dalam keadaan serba salah bila terpaksa menjalankan tugas kerana diarah olih orang kuat politik.Usahlah kita cuba menegak benang yang basah .

Mengenai kejayaan Malaysia yang disebut oleh Tan Sri KSN, saya setuju bahawa pada suatu masa dulu perkhidmatan awam kita adalah antara yang terbaik. Inilah yang menjadi pembina pembangunan negara. Tapi pada masa itu, perkhidmatan awam kita lebih profesional dan tak takut kepada Menteri. Mereka mempunyai takrif yang sebenar tentang apa itu  “profesionalisme” dan apa itu “integriti”. Dulu, yang terbaik dari perkhidmatan awam lah yang naik pangkat. Mereka lebih berupaya memberi sumbangan kepada negara dengan pendekatan yang sedemikian. Budaya mengampu amat kurang sekali. Tak perlu main golf dengan Menteri . Kini keadaan berubah.Usah lah kita bandingkan dengan Singapura. Di sana mereka lebih berjaya membantu negara membangun walau pun tak ada minyak, kelapa sawit, balak, getah dan sebagainya. Kerana perkhidmatan awam di sana tahu membezakan kepentingan negara dengan kepentingan parti memerintah. Di Malaysia, kepentingan negara dan UMNO dianggap sama.

Tan Sri KSN juga berkata tidak ada masalah kalau selepas bersara pegawai-pegawai tinggi kerajaan terus berkhidmat dengan syarikat-syarikat  besar; tidak salah atau aneh jika Ketua Hakim Negara mengadi pengerusi syarikat gergasi’ .Dan tidak salah kalau pegawai tertinggi polis juga memegang jawatan tinggi dalam syarikat swasta selepas bersara – walau pun syarikat-syarikat ini ada kaitan langsung dengan kementerian atau agensi yang mereka pimpin dulu. Inilah sindrom baru dalam 1Malaysia. Tidak ada lagi perkara yang salah, tidak berpatutan atau “unethical”. Ia hanya menjadi kesalahan  kalau UMNO dan BN tidak mengizinkannya.

Saya amat bimbang dengan gejala ini kerana pada suatu masa dulu, regim komunis dan fasis telah pun menggunakan pendekatan yang sama, iaitu kepentingan parti komunis dan fasis dianggap sama dengan kepentingan negara. Jadi berlakulah keadaan di mana syarat utama untuk mendapat pekerjaan atau naik pangkat adalah berasaskan keahlian dalam parti dan lobi dalam parti. Dengan itu, banyak negara komunis dan fasis runtuh kerana negara gagal dibangunkan oleh perkhidmatan awam mereka yang lebih mementingkan parti, dan bukannya rakyat.

Sebab itulah dalam Negara demokrasi saperti kita sepatutnya ada sistem atau “separation of powers”, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman, untuk menjamin kuasa tidak tertumpu kapada orang tertentu sahaja. Dengan cara ini mereka yang terlayak tahu mereka ada peluang naik ka jawatan tertinggi.  Sayangnya sistem yang bertujuan untuk membasmi kezaliman dan penyelewengan ini tidak lagi diamalkan oleh kerajaan UMNO dan BN. Gelap masa depan kita jika perkhidmatan awam gagal melaksanakan tugas untuk rakyat dan negara. Ini kerana kakitangan dan pegawai kerajaan yang jujur, ikhlas, amanah dan bersih tidak akan bersemangat lagi untuk menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

Posted in 1

Syabas Tok Guru dan Khalid Samad
YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang  berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka  berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri  perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini  memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka. Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid  itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka.  Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis  dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

Posted in 1

Jawapan Saya
Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat  saya terima ialah mengenai tulisan saya yang paling mutakhir sekali. Saya mengutarakan pendapat  dalam tiga hal. Pertama, mengenai arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Hassan Ali dari PAS mengenai usaha menangkap mereka yang minum arak dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penjualan arak di Selangor itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar. Kedua, pendapat saya supaya Pemuda PAS tak perlu melarang atau mendesak pembatalan konsert Michael Learns To Rock di Genting. Ketiga dan akhir sekali, mengenai hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana minum beer. Saya tidak bercadang mengulangi pendirian saya yang ditulis sebelum ini selain dari menjawab beberapa komen yang pedas dan hangat tetapi sayangnya tidak berasas dan menyeleweng dari isu sebenar.

Menegenai cadangan Hassan Ali itu, saya mengatakan arahannya sukar dilaksanakan kerana melibatkan banyak isu, termasuklah kuasa Raja dan polis. Juga ianya tidak sepatut dibuat pada hari orang mengundi di Permatang Pasir kerana hal-hal kontroversi boleh merugikan Pakatan Rakyat dan PAS. Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam. Jadi dalam soal mentadbir kita mesti teliti, berhati-hati dan berhemah. Jangan menampakkan diri kita ini ekstrem. Itulah cara kita menjaga hati rakyat; terutama  yang lain kepercayaan dari kita. Tetapi kalau cadangan Hassan Ali ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab, dan juga memberi keuntungan kapada PAS, buat sajalah. Adalah tidak adil bagi sesetengah pembaca membuat tuduhan yang menghina saya  secara peribadi dalam soal ini. Soal tunduk kepada tekanan orang bukan Islam tidak timbul sama sekali.

Mengenai konsert itu, saya cuma mencadangkan kepada Pemuda PAS supaya berikhtiar memikirkan masalah negara yang jauh lebih serius seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Ini semua punca keruntuhan masyarakat dan tamadun. Pemuda PAS boleh berusaha secara proaktif membela nasib orang miskin dan kurang upaya. Mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada isu pengangguran orang muda yang sekian hari makin bertambah. Soal kesan muzik Barat kepada anak muda kita, carilah pendekatan yang lain yang tidak perlu sampai melarang orang lain yang nak tonton. Disiplin diri kan lebih baik kalau diajar dan dilatih terlebih dahulu. Manusia mana pun tak suka dipaksa. Lagi pun lagu-lagu pop boleh dibeli atau diperolehi dimana-mana, dan Michael Learns To Rock ialah kugiran tahun 90-an yang sesuai kepada orang yang lebih dewasa yang sudah pasti lebih tahu menjaga moral dan nilai hidup mereka.

Dalam soal rotan wanita yang minum beer itu, banyak komen saya terima. Kesemuanya penuh emosi tetapi jelas banyak yang tidak memahami isu sebenar. Sebagai contoh, pertubuhan NGO yang menggelar diri mereka Pembela Islam telah dengan bongkaknya memberi amaran kepada Peguam Negara dan Kerajaan Pusat  supaya tidak masuk campur dalam soal Mahkamah Syariah. Mereka juga marah-marah kepada pihak yang tidak setuju dengan hukuman itu dengan menuduh orang yang berbeza pandangan dengan mereka sebagai orang yang tidak menghormati Islam. Pada masa yang sama, mereka  konon nya merujuk kepada undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas hujah mereka itu. Jadi saya terpaksa memperjelaskan isu ini sekali lagi. Ingat ya, saya menyentuh mengenai undang-undang yang ada di negara kita.

Undang-undang Syariah adalah undang-undang negeri, iaitu digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang negeri, termasuk enakmen agama Islam, mestilah tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. Kalau bercanggah, maka ia tidak sah. Jadi bila kita katakan hukuman rotan Mahkamah Syariah Negeri Pahang itu tidak sah, ia adalah kerana undang-undang Persekutuan atau “Federal law” di Malaysia melarang wanita dirotan. Jadi hukuman rotan itu dalam kes khusus itu tidak sah. Ini bukan bererti kita menolak Islam atau undang-undang Islam. Undang-undang Syariah Negeri Pahang mestilah tak lari dan bercanggah dengan Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965 dan juga Criminal Procedure Code (rujuk Seksyen 289). Oleh kerana ianya bercanggah, maka hukuman rotan terhadap wanita itu tidak sah. Saya harap Pembela dan penyokong mereka, terutamanya peguam-peguam di kalangan mereka, selalu membaca dan terus membaca supaya dapat mengeluarkan pandangan yang jujur, benar dan tepat.

Tidak semua tokoh Islam sependapat dalam semua perkara. Ini sememangnya hikmah dalam kebebasan bersuara dalam Islam sejak zaman-berzaman lagi; malah di kalangan imam-iman besar dahulu pun ada perbezaan pendapat. Dalam kes yang kita bincangkan ini, Imam Feisal Abdul Rauf dan beberapa intelek serta ulama Islam juga berpendapat hukuman rotan tidak wajar untuk kesalahan minum arak. Kata mereka arak itu lebih banyak buruk dari baik nya. Jadi jauhkanlah diri dari arak. Ini bukan saya kata, ini kata mereka.

Malah, pada bulan Mei yang lalu, Mahkamah Persekutuan Syariah Pakistan yang terdiri daripada Ketua Hakim Besar Haziqul Khairi, Hakim Sallahudin Mirza dan Hakim Fida Mohamad telah membuat keputusan sebulat suara – setelah mendengar hujah dan pandangan ahli fikir dan ulama Islam – bahawa Al-Quran tidak menetapkan hukuman rotan kerana minum arak. Ketiga-tiga hakim itu memerintahkan kerajaan Pakistan supaya meminda undang-undang Syariah yang sedia ada. Untuk pengetahuan umum, undang-undang Syariah di Pakistan lebih keras dan tegas daripada undang-undang Syariah di negeri Pahang. Terpulanglah kepada ulama dan ahli fikir Islam di Malaysia untuk menilai dan menimbang perkara ini.

Apa pun hujah dan pandangan kita janganlah mudah menuduh orang yang berfikiran lain dari kita itu sebagai musuh Islam. Kita tahu Islam itu bermahzab dan banyak pula para imamnya. Jika Islam dijadikan seperti satu pasukan bolasepak yang kita sokong, termasuk membenci dan mencaci pasukan lawan, maka akan hancurlah Islam itu sendiri. Tak mungkin orang Melayu/Islam akan maju kalau pemikiran sempit dan jumud menjadi petunjuk. Islam menggalakkan kita mencari ilmu. Kalau kita sendiri menutup pintu ilmu dan merasakan diri sudah pandai, sukar untuk kita kembali ke zaman gemilang Islam seperti dahulu.

Kalau kita mahu nilai dan hukum Islam berjaya dilaksanakan, maka kita perlu kepada pemikir dan ulama Islam yang jujur, pintar dan berhemah, yang juga tahu bagaimana untuk menggubal undang-undang yang tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan. Ini bukan soal tunduk kepada sesiapa atau apa-apa; ia juga bukan soal nak tunjuk megah dan bongkak serta tak mahu bertolak ansur. Ia adalah soal hikmah untuk memastikan undang-undang Islam itu sah dipakai dan tidak dipertikaikan orang. Masa saya kecil-kecil dahulu pun, orang di kampung saya sudah diajar awal-awal lagi tentang sejarah dakwah Nabi Muhammad S.A.W. setelah mendapat wahyu di Makkah. Tiada paksaan sama sekali melainkan menyampaikan dakwah

dengan cara yang sopan, mulia dan terhormat walaupun berada di tengah-tengah masyarakat Jahiliah.

Posted in 1