Di antara Chin Peng, Komunisme dan Perkauman

Meninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya  tidak terkejut kalau ada kedengaran rintihan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah Negara  Polis (‘Polis State’). Antara ciri-ciri sebuah ‘Police State’ ialah apabila polis menjadi  satu kuasa pengawalan yang ditakuti. Polis mula menyekat kegiatan serta kebebasan orang  ramai bersuara, yang merupakan amalan biasa di sesebuah negara bebas dan demokratik. Kita  dapat lihat bahawa pasukan polis lebih ditakuti dan bukan dihormati. Bloggers seperti saya juga turut berada dalam pemerhatian mereka. Undang-undang yang  digunakan mereka telah menyekat kebebasan rakyat. Di dalam sebuah ‘Police State’, Polis boleh mengambil tindakan atas apa sahaja yang ditafsir atau dianggap berbahaya kapada kerajaan. Ini membolehkan mereka menyekat apa sahaja kegiatan orang awam yang dianggap menjejaskan kententeraman awam. Hari ini rakyat ditangkap kerana memakai baju warna hitam, menjual CD, tidak mahu makan, berkumpul secara aman dan sebagainya.

Rakyat ingin tahu mengapa Menteri yang bertanggungjawab terus-terusan membiarkan polis  bertindak sedemikian? Besar kemungkinan Menteri juga sudah tidak mampu atau mempunyai kuasa  untuk mempengaruhi pihak polis. Mungkinkah Ketua Polis Negara lebih berkuasa dari Menteri? Saya masih lagi ingat tentang soal penubuhan IPCMC yang dicadangkan oleh Pak Lah dahulu. IPCMC merupakan satu cadagan  baik pada tahun 2004 supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan  bagi menyiasat penyalahgunaan kuasa, kepincangan etika dan amalan rasuah yang sering  berlaku dalam pasukan polis negara.  Cadangan ini merupakan saranan Tun Dzaiddin dan Tun Haniff serta ahli-ahli lain Suruhanjaya DiRaja pada masa itu. Menurut laporan mereka  terdapat banyak kepincangan dan kelemahan polis yang ketara. Walaupun Pak Lah berniat baik  untuk menubuhkan IPCMC dan merealisasikan saranan Tun Dzaiddin ini, pihak polis telah  menolaknya secara terbuka. Saya tidak fikir dalam sebuah negara demokrasi lain seperti Australia atau India, pihak polis mereka berani menentang secara terbuka akan dasar yang diusulkan oleh seorang Perdana Menteri. Namun di Malaysia, begitulah berkuasanya seorang  Ketua Polis Negara.

Saya juga teringat tentang kuasa polis dalam isu dadah. Parlimen telah lama menggubal rang undang-undang khas untuk penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan. Menurut undang-undang ini, segala isu mengenai dadah, sama ada kawalan siasatan dan rehabilitasi adalah tanggungjawab dan di bawah kuasa agensi ini. Ini sebenarnya telah diamalkan di negara Filipina dan  Amerika Syarikat. Peruntukan berjuta-juta ringgit telah disediakan untuk menggerakkan  agensi dengan kakitangan yang cukup. Namun sehingga hari ini, polis masih juga  bertanggungjawab dan berkuasa dalam hal ‘prevention enforcement’ dan siasatan kes dadah.  Mereka akan membuat keputusan mengenai segala aspek kes dadah dan bukannya Agensi Dadah  Kebangsaan. Kononnya agensi yang baru ditubuhkan itu tidak mempunyai pengalaman menjalankan  tugas-tugas tersebut. Begitulah berkuasanya Polis DiRaja Malaysia sehinggakan Parlimen atau  Perdana Menteri tidak boleh menukar apa sahaja yang mereka tidak restui.Parlimen sebenarnya memberi kuasa yang luas kepada polis di bawah the Police Act 1967.  Maklumlah kita sebuah negara yang masih di bawah pengisytiharan darurat. Kita juga  mempunyai sejarah  hitam seperti peperangan dengan komunis dan peristiwa 13 Mei. Kuasa luas  yang diberikan itu perlu dilaksanakan secara sederhana dan penuh bijaksana mengikut keadaan  politik dan keperluan semasa. Contohnya, walaupun undang-undang memerlukan rakyat memohon  permit polis apabila mengadakan perhimpunan lebih dari 4 orang, tetapi wajarkah kita  mengikut peraturan ini jika perhimpunan mereka itu tidak membahayakan masyarakat? Jika  mereka mahu pakai baju hitam dalam perhimpunan itu juga saya rasa tidak berbahaya dan tidak  perlu ditangkap. Tetapi begitulah hakikatnya Malaysia pada hari ini. Wakil-wakil rakyat dan  penyokong-penyokong mereka ditangkap semata mata berhimpun secara aman dan memasang lilin. Mereka juga ditangkap kerana mereka mahu berlapar selama 3 hari. Ini semua berlaku kerana  dalam sebuah ‘Police State, sesetengah kumpulan orang awam dianggap musuh kapada pihak  polis. Apabila musuh berkumpul maka tindakan menangkap mereka akan dilakukan. Namun jika yang berhimpun itu bukan musuh dan tidak mempunyai permit, ia dibenarkan tanpa tangkapan. Malang sekali nasib Malaysia. Polis sepatutnya tidak memihak kepada sesiapa dan tidak ada musuh dari kalangan rakyat. Polis perlu bertindak secara  professional dan adil dalam menjaga keamanan negara. Bukan menjaga Barisan Nasional sahaja.

Polis tidak perlu terlalu mendengar pandangan orang-orang politik. Menurut Rais Yatim dan Ahmad Zahid Hamidi, ada pula musuh baru sekarang ini. Kumpulan yang mahu hidupkan komunisme. Agaknya Pak Menteri  membuat kesimpulan begitu kerana ada segelintir orang Cina yang mahukan Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Ramai orang bersimpati dengan hasrat Chin Peng mahu kembali dan mati ditanah Malaya. Ini tidak bererti mereka ini mahu hidupkan Komunisme. Jauh bezanya antara mahu menghidupkan Komunisme dengan  rasa kemanusiaan yang membenarkan Chin Peng pulang. Lagipun ramai peguam, di antaranya dari International Bar Association berpendapat Chin Peng ada hak untuk pulang ke tempat lahirnya. Cuma mahkamah kita tidak bersetuju dengan hujah tersebut kerana Chin Peng tidak mempunyai sijil kelahiran. Saya tidak pasti jika Malaya pada waktu itu memberi  kemudahan pendaftaran kelahiran anak, terutama sekali di Baling, Kedah.

Berbalik semula kepada isu kononnya terdapat minat orang ramai kepada Komunisme seperti yang disebut oleh Pak Menteri. Orang-orang Cina di Negara China pun telah menjadi  Kapitalis besar dan selesa. Mereka ini berniaga dalam ‘Free Market Capitalism’. Ini adalah  sama dengan rakyat Malaysia berketurunan Cina. Mereka juga selesa dengan sistem Kapitalis di Malaysia. Tidak masuk akal jika mereka mahu bertukar kepada sistem Komunis. Jadi apakah  tujuan ahli-ahli fikir UMNO dalam memperbesarkan soal Komunisme hari ini? Janganlah kita  melaga-lagakan rakyat dengan mencipta musuh baru. Tidak cukupkah kita berjaya memecah-belah  rakyat selama ini kerana politik? Jika ada yang bersetuju dengan cadangan supaya Chin Peng pulang ke Malaysia kerana dia hendak menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Malaysia, itu tidak bererti bahawa dia adalah Komunis atau mahu menghidupkan ideologi Komunis. Dia seorang rakyat Malaya. Usia Chin Peng pun sudah tua. Mustahil dia boleh membuat kekacauan lagi. Pengaruh Komunisme telah lupus. Lagipun pihak polis cekap seperti yang  ada sekarang sudah tentu berupaya mengawal keselamatan negara. Saya terfikir, jika Chin Peng itu seorang Melayu, apakah pendirian dan emosi kita akan sama? Utusan Malaysia  berkempen secara agresif agar Chin Peng tidak dibenarkan pulang. Sehubungan itu gambar-gambar veteran tentera keselamatan yang cedera dan kehilangan kaki dipamerkan. Memang  benar, Chin Peng dan komunis berperang dengan kerajaan Malaya pada masa itu. Memang Chin Peng dan komunis kejam. Termasuklah Rashid Maidin dan Shamsiah Fakih. Dalam peperangan itu, kedua-dua pihak telah terpaksa melakukan kekejaman. Jepun juga pernah berlaku kejam kepada kita semasa zaman  pemerintahannya. Lebih kejam daripada Chin Peng. Namun kita tetap memberi pelukan yang  sangat rapat kepada Jepun. Kita juga memberi kontrak besar kapada syarikat milik Jepun  kerana Jepun memberi pinjaman wang kepada kita. Kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku dalam peperangan melawan British. Yang melawan British, ada komunis, ada yang berhaluan kiri (leftist) dan ada juga nasionalis .Ada bermacam-macam kumpulan. Namun mereka semua menetang British dan  menuntut kemerdekaan.

Kadangkala sejarah pahit lama hanya akan diterima apabila kita membuang rasa dendam dan digantikan dengan sifat kemanusiaan. Bila kita menyimpan dendam terhadap musuh, ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Lihatlah di Afrika Selatan. Kerajaan kulit putih dan polis risik kerajaan apartheid telah membunuh dan berlaku kejam terhadapan ratusan ribu rakyat kulit hitam  Afrika Selatan. Ramai yang telah hilang dan telah mati dalam penjara.  Namun Nelson Mandela tidak mahu berdendam. Sebaliknya beliau menubuhkan Badan  ‘Reconciliation and Truth’. Beliau mahu kedua-dua pihak hitam dan putih bersama-sama mencari  kebenaran tentang apa yang berlaku dalam zaman apartheid. Tujuannya ialah untuk mengajar  rakyat supaya bermaaf-maafan dan menghentikan prejudis serta persengketaan antara kaum. Amnesty  atau pelepasan dari tindakan undang-undang diberi kapada pihak pihak yang terlibat.  Ini supaya mereka tidak lagi berdendam dan menghentikan kekejaman antara satu sama lain. 15 tahun dahulu di Rwanda, orang Tutsi dan Hutus berperang saudara. Kedua-duanya rakyat  Rwanda. 800,000 rakyat mereka dari kedua-kedua kaum terbunuh dan dalam tempoh 8 bulan iaitu waktu kegilaan memuncak. Presiden baru telah memanggil semua kaum dan mengadakan dialog serta perbincangan tentang apa yang telah berlaku. Mereka menceritakan apa yang menyebabkan mereka benci dan membunuh satu  sama lain. Mengapakah puak Tutsi tidak membenarkan Hutus memasuki perkhidmatan kerajaan?  Mengapa Hutus tidak banyak mempunyai urusan perniagaan dan sebagainya? Mengapa hanya  pasukan tentera Hutus yang layak menduduki jawatan tinggi. Dialog in berjalan tahun demi  tahun dan telah menjadi satu penawar yang kuat dan membolehkan Negara kecil Rwanda kembali  aman. Hari ini Rwanda mengamalkan sistem demokrasi yang baik dan ekonominya kukuh kerana  mereka sudah tidak lagi bermusuh. Itulah kelebihan bangsa dan negara yang tahu serta  mempraktikkan nilai kemaanusian. Mereka sanggup bermaafan antara satu sama lain dan  bukannya sengaja mencari musuh. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Amatlah sukar bagi UMNO untuk berbuat demikian. Mahu minta maaf kepada hakim-hakim yang  dipecat pun mereka enggan. Masakan mereka sanggup melupakan Chin Peng? Saya harap  sekalipun kerajaan tidak mahu Chin Peng kembali, janganlah sampai menuduh mereka yang  bersimpati dengan hasrat Chin Peng mahu mati di Malaya  sebagai musuh kerajaan. Biarlah rakyat bersuara dan menunjukkan pendirian mereka  sendiri. Jangan terlalu mudah mengkategorikan rakyat dan menganggap golongan cina sendiri  sebagai musuh. Ini semua adalah  timbul dari  perbezaan pendapat kerana perspektif sejarah yang rumit dan tidak banyak diketahui umum.

Explore posts in the same categories: Politik

13 Comments on “Di antara Chin Peng, Komunisme dan Perkauman”

  1. mictiong0019 Says:

    Malaysia will not be able to achieve Vision 2020 is such mentallity is still runing around. Look at our economy is just like taking from the poor (tol, taxes, high living cost, etc…) and give to the rich (spending by giving contract to cronies)

    Anak Malaysia dalam kesusahan.

  2. bkho Says:

    Issue:
    1. Police force needs reformation. IPCMC was dropped as government lacked will to establish it when threatened by IGP regarding postal votes.
    2. Communism? It’s been dead for the past 15 years. If it’s true that China practises communism, then maybe Malaysia should because no other country can feed, clothe and house 1.3 billion citizens.
    Chin Peng killed one of my relatives in Sitiawan, but to politicise his return with the purpose of re-igniting ultras, then it’s really bad form. He’s just a human being and a zero threat to national security.

  3. nikmj Says:

    Sungguh dalam maksud tersirat dalam artikel Datuk kali ini. Namun diharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu agar negara Malaysia tercinta ini lebih aman dan rakyatnya tidak berada dalam ketakutan. Bukan takut kepada musuh, namun takut kepada pihak yang diberi amanah untuk menjaga keamanan. Mungkin pihak berkuasa kini gerun dengan tsunami politik dimana rakyat kini cenderunng memilih pembangkang. Walaupun begitu, kenapa harus mengambil langkah seolah negara polis sedangkan semua maklum kuasa sebenar adalah ditangan rakyat yang memilih?

    Cara elak dan sembuh penyakit ikut sunnah Rasulullah (saw)

  4. petraco Says:

    Datuk Zaid,
    Syabas datuk,inilah satu artikel yang kritis dan mencabar minda.
    Sebagai manusia bertamadun dan bijaksana ,ianya tidak boleh lari dari mendekati dan menghayati sejarah,tanpa sejarah manusia akan buta arah dan sesat di pangkal dan hujung jalan.Dari sejarah orang terdahulu kita belajar bagi dijadi tauladan dan sempadan,malah AlQuran mengulang sejarah Nabi junjungan,sahabat ,manusia baik dan jahat serta pengajarannya.
    Tapi taukah Datuk apa yang kerajaan buat hari ini mempunyai hubungkait dengan tabiat dan cara orang politik Malaysia terutamanya melayu Umno mempunyai kaitan suka mencari mangsa yang lemah ,menekan,memukul,membuli dan melanyak,lepas itu mengulangkan cerita lama kesalahan lama simangsa dan akhirnya mengaku diri sendiri adalah jaguh atau hero yang mengalahkan simangsa.
    Tentang keengganan pemohonan maaf kepada hakim-hakim,itu tidak ajaib datuk! Dengan Tuhan pun mereka tak pernah mintak ampun datuk ! kecuali……bini-bini menteri UMNO masing-masing mereka nangis-nangis mintak ampun ,sebabnya bagimereka binilah sebenar pihak yang mahakuasa yang boleh menjatuhkan mereka bukan Tuhan bukan pengundi!!!

  5. patchlover Says:

    Saya telah ikuti atikel dan kenyataan sdr sejak dulu. Sudah baca buku sdr tapi masih reserved ttg sdr kerana sdr bekas UMNO. Tapi dengan atikel ini saya yakin sdr berani ikhlas dan pasti menyokong sdr.

  6. neoseeker Says:

    I would like you to know that this is the first time I visit your blog, and I can say I admire your style of writing that is rational and courteous, unlike certain blogs that write for the reasons of bashing whenever you can, you can count me as a regular from now on. Your writing style has make your opinions to be acceptable even when we may disagree at times. Hoping to see more of your comments soon :D.

  7. beruangyogi Says:

    Selamat pagi Dato’
    Sekian lama kita merenung dan membuahkan fikiran… kita akan dapat menapis keluar “inspiration” yang menggelar diri sebagai pembela…

    Neoseeker, welcome to this refreshing site.. and actually if you had perused Dato’s maiden article on the “Hulubalang Besak”.. you would have balked at the kind of cyber-bashing you have seen in other places..

    Jadi kembali kepada kes Chin Peng…

    Pengajaran Buku-buku Sejarah sudahpun berakar-umbi dalam jiwa kita bahawa KOMUNIS JAHAT… KOMUNIS KEJAM… KOMUNIS PEMBUNUH…

    Our History books teach that in no uncertain terms… so no matter what we preach on humanitarian grounds, Chin Peng, in his frail old uninfluential age… will never ever be accepted into our Malaysian society.

    That said, the issue brought up by Dato’ is interesting…

    Macam mana respons kita kepada orang Jepun… macam mana pula dengan KEZALIMAN waktu PENDUDUKAN JEPUN… were there stories behind them in the period of 1941 till 1945 in Tanah Melayu that have since been embedded somewhere… consigned to be forgotten… UNLIKE the KEZALIMAN KOMUNIS.. ??

    As Dato’ you have rightly put in.. in war, anything goes… there is no right or wrong because ALL WRONGS are justified by the purpose of war… to win and overcome the enemy….

    Likewise, it is the way we selectively choose to judge our past EVIL LORDS that decide our present direction…

    As it is, the UMNO spin doctors are looking forward to … Chin Peng, Komunisme dan Perkauman. Just as an article a few days back in a Malay daily talks about an “arms cache find” in Perak attributed to an “unsur politik”..

    TIMES ARE INDEED DANGEROUS WHEN THESE GET OUT OF HAND…


  8. […] Di antara Chin Peng, Komunisme dan Perkauman Meninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya  tidak terkejut kalau ada […] […]

  9. bennymat7 Says:

    Datuk your thoughts on chin peng is much appreciated.The biggest threats to Malaysia today is the way Umnoputras leaders treat the wealth of the nation like their personal bank account, the executive interference in the judiciary,use of the police to supress opposition views and the constant racism practiced to divide the Rakyat.

  10. dochmal Says:

    zaid,
    terima kasih kerana menulis…tolong teruskan.

  11. shasama Says:

    salam datuk zaid ibrahim,

    Tidak bersetuju dengan sekerasnya untuk membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.

    Hanya kepada sesiapa yang pernah dizalimi oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dapat memahami keperitannya dan ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan.

    Mungkin datuk, tidak pernah mengalami peristiwa dizalimi oleh PKM yang diketuai oleh CHIN PENG. Diharap, sebagai seorang yang berpelajaran tinggi seperti datuk dapat menyelami perasaan orang yang pernah dizalimi oleh PKM.

    Kekejaman komunis hanya tamat pada 1989! Sudah berapa ramai orang yang terkorban, cacat, menjadi balu kerana kekejaman PKM?

    Jika kita membenarkan CHIN PENG pulang, sia-sialah perjuangan pasukan keselamatan kita sebelum ini (sehingga 1989) memburu dan memerangi PKM yang diketuai CHIN PENG.

    Bayangkan jika anak atau bapa Datuk Zaid Ibrahim sendiri yang menjadi korban PKM ini? apa perasaan anda?

  12. alvi3 Says:

    saya anak malaysia kaum cina mix, tapi saya tak kenal Chin Peng sebelum berita ini disebut, apabila saya mendengar kisah kisah sedikit tentang beliau di zaman lepas pada kemerdekaan sekarang, saya rasa kesian lah.kenapa ada sesetengah pemikiran suka sangat melekat diri dizaman lama sedangkan kita ada hari esok,adakah biasanya hal harian yang perlu selesai disapu bawah karpet? takut kesalahan yang diselindung akan keluar lagi hari esok? tapi kalau gitu, hal ini tiada penhujung penyelesaian . adakah hari esok ada jaminan tiada hal lain yang lebih teruk akan berlaku?fikiran secara positif lihat sejarah lain, sejarah sebahagian chin peng bolehkah hindar hal sekarang/akan datang berlaku, mungkin boleh dapat pendapat dari chin peng orang dirinya sekarang juga. kita bersepadu lahirlah kemerdekaan, sepadu ini antara cara penyelesaian hal-hal yang pahit(korban dll) atau memaniskan lagi kehidupan, hari ini bukankah sudah selesai masaalah chin peng yang lama? jikalau belum, terima hakikat,sekarang dah merdeka,kecuali ada hati nak menceroboh orang yang dibangunkan oleh korbanan mereka-datuk-datuk,ayah-ayah,nenek-nenek,ibu-ibu yang tersayang tak kira kaum di tanah malaysia terdahulu dan tak ingin bagaimanakah merdekakan lagi merdeka kita dihari ini serta akan datang. orang berjuang yg terkorban disebutkan shasama rasa megah,gembira,bangga sebab mereka korban dalam mepertahankan bersepadu, kaum, merdeka ini bukan hanya cakap tapi sampai darah mengalir.Disyurga mereka akan berfikir berbaloi untuk pekorbanan ini yg telah direalisasi oleh mereka, mereka aman disyurga .shasama boleh suruh mereka turun beri pendapat mereka jikalau mau,harap mereka mau turunlah.tak hairan pemikiran orang dimalaysia sekarang suka guna kepentingan memuaskan nafsu sendiri dan menggunakan sejarah sebagai alasan/Perisai untuk menutup kesalahan diri/hal yang tak direstui/mepertahankan segelintir kaum sendiri.

  13. nikkamarul3400 Says:

    Saya mungkin sokong pihak pembangkang… tp saya paling x sokong dengan pendapat nak bawak masuk chin peng. Yang Datok beria2 nk sokong bawak masuk chin peng nape?? ape kebaikannya untk datok?? ape kebaikannya untuk MALAYsia?? dulu isu nie xkeluar pn.. skrg nie datok lak yang beria2 sampai tulis dlm blog nk suruh org sokong chin peng masuk MALAYsia!! herm….


Leave a reply to dochmal Cancel reply