PAS jangan terlalu Overconfident

Semasa saya meninggalkan dewan Stadium Melawati di mana Muktamar PAS ke-55 diadakan, seorang pemberita akhbar bertanya apakah pandangan saya tentang ucapan Dasar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang. Sebelum sempat saya menjawab, dia juga cepat-cepat menambah satu lagi soalan iaitu apakah perancangan besar yang PAS akan laksanakan itu akan menimbulkan kebimbangan dan keresahan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

Inilah kali pertama saya hadir di Muktamar Tahunan PAS. Saya berasa kagum dengan persiapan, perjalanan dan sambutan penuh semangat oleh para perwakilan yang mengikuti ucapan Presiden. Pujian ini bukanlah kerana Pengerusi Tetap bermurah hati memperkenalkan saya, dan kerana itu saya diberi sambutan meriah daripada para Perwakilan. Saya tertarik kerana kalau dulu PAS hanya memberi tumpuan yang agak sempit dan khusus dalam Ucapan Dasar Presiden, tetapi kali ini PAS menunjuk minat dan kemampuan yang menjangkau isu dan perspektif yang lebih luas dan menunjukkan keyakinan yang tinggi tentang peranannya sebagai sebuah parti besar dalam politik negara. Hadi telah menunjukkan perubahan bukan sahaja dari segi kupasan terhadap dasar dan pendekatan PAS, malah dari sudut peribadinya pun telah menampakkan kesanggupan serta komitmen dalam membicarakan isu yang rumit dan mencabar seperti soal ekonomi, hak asasi rakyat dan hubungan antara kaum. Ucapan beliau selama 1 jam 40 minit itu jauh bezanya dengan muktamar yang terdahulu.

Tema Muktamar ialah Islam Memimpin Perubahan. Ada pemerhati yang cepat-cepat mencelah tema itu sebagai Islam (PAS) memimpin Pakatan. Dan yang ketara selain daripada slogan itu ialah pengumuman perancangan PAS untuk membina Pusat PAS di Putrajaya, memperluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak dengan lebih bersungguh-sungguh, dan penerimaan Kelab Penyokong PAS di kalangan bukan Islam sebagai salah satu sayap parti yang rasmi. Dan sebaik sahaja selesai ucapan dasar; semasa mengadakan sidang akhbar hari itu Hadi terus mempertahankan pependiriannnya supaya PAS meneruskan usaha menyokong konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government), iaitu berkerjasama dengan Barisan NasionalUMNO. Sedangkan dia tahu perasaan Tok Guru Nik Aziz dan ramai lagi pemimpin PAS dalam hal ini. yang kelihatan tidak begitu bersetuju dengan saranan Dato’ Seri Hj Hadi. Namun tanpa gentar, ia tetap diluahkan oleh beliau dengan penuh yakin. Sekaligus mempamerkan ketegasan dan keyakinannya, tetapi bagi saya, Hadi telah menjadi terlalu yakin (Overconfident).

Inilah yang menjadi kebimbangan saya. Hari ini parti-parti dalam Pakatan, sama ada PAS, DAP dan Keadilan semuanya menunjukkan keyakinan mereka yang tinggi untuk mencapai kejayaan seterusnya, khususnya dalam piliharaya umum yang akan datang. Mereka semua ada national aspirations, atau cita-cita untuk menjadi parti nasional yang terbesar dan berpengaruh dan sekaligus bakal membentuk Kerajaan. Tidak salah kita ada cita-cita besar kerana apabila parti komponen itu kuat, sepatutnya gagasan dan Pakatan parti-parti tersebut sepatutnya akan menjadi lebih kuat. Tetapi mereka juga perlu ingat kalau Pakatan atau kerjasama yang ada sekarang ini sebenarnya rapuh, maka mereka tidak akan mampu mengatasi BN, walaupun tinggi melangit cita-cita mereka. Kekuatan mereka yang sebenar ialah kekuatan yang timbul daripada usaha dan kerjasamna yang ikhlas daripada ketiga-tiga parti tersebut. Tidak ada parti dalam Pakatan termasok PAS sekalipun yang boleh mendabek dada dan berkata mereka kuat walaupun bersendirian. Mungkin mereka berasa kuat kerana UMNO sudi memberi “back up” yang kuat. Kalaulah ini politik PAS yang baru maka itu bererti pemimpin mereka tidak memahami perjuangan PAS Burhanuddin Helmi Zulkifli Mohamad dan Nik Aziz.

Bilakah agaknya Pakatan akan memberi tumpuan khusus untuk berusaha mencari dan memupuk dasar bersama dalam hal-hal yang kontroversi dan sensitif. Soal pokok pentadbiran yang baik atau good governance dan kaedah melaksanakannya mesti dipersetujui lebih awal kerana prinsip atau dasar yang kita laungkan sebenarnya amat berbeza apabila dilaksanakan. Apakah pendirian parti-parti dalam Pakatan dalam soal-soal seperti Perlembagaan, bahasa dan pendidikan, dasar ekonomi yang mempraktikan keutamaan atau Awlawiyat, semua ini nampaknya memang mudah dikatakan tetapi sukar dalam mencari atau mendapatkan persetujuan. Bagaimanakah kita mahu laksanakan “musyarakah bil gharam wal ghanam” apabila sebahagian besar ekonomi telahpun diswastakan kepada pihak yang kuat dan terpengaruh. Persoalan rumit juga akan pasti timbul dalam usaha “mengakhlakkan” aktiviti hiburan dan sosial tetapi dalam masa yang sama menghormati hak kebebasan individu dan menerima kepelbagaian masyarakat majmuk. Ini semua memerlukan perancangan yang rapi dan yang lebih penting perbincangan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan yang seterusnya dipersetujui dan diterima oleh semua pihak sebagai dasar untuk dilaksanakan. Sekiranya ini boleh dibuat, maka pastilah akan kelihatan parti-parti dalam Pakatan akan bersuara dalam nada yang sama dalam apa juga persoalan Negara dan masyarakat, dan tidak lagi dilihat bercanggah antara satu dengan lain.

Dengan lain perkataan, dalam usaha parti-parti politik pembangkang mencari kekuatan untok memerintah, janganlah ulangi apa yang berlaku dalam BN. Budaya, nilai dan perjuangan politik BN ditentukan hanya oleh sebuah parti. Sebab itu mereka menghadapi masalah mencari formula perubahan yang mereka laung-laungkan. Untok berubah kita perlu mendengar dan menerima pandangan yang berbeza dari perspektif yang luas terutama daripada rakan kongsi kita. Tetapi hari ini dalam BN mustahil perubahan ini dapat dilaksanakan kerana apabila setiap kali ada usaha untuk menerima pandangan dari kumpulan yang dahulunya hanya mengangguk, tindakan ini akan dianggap mengalah oleh kumpulan yang lain. Sebab itu kita sentiasa mendengar jeritan “jangan tunduk” daripada UMNO setiap kali ada isu yang agak rumit yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah parti komponen dalam BN. Gagasan Pakatan perlu bermula dengan pendekatan yang berbeza berbanding UMNO. Tidak perlu sesebuah parti itu menjadi “dominant”. Biarlah mereka bermula dengan keinsafan dan sikap bahawa ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu sama-sama kuat, tetapi hakikatnya sama-sama memerlukan satu sama lain. Ingatlah pepatah Melayu, sebatang ranting mudah dipatahkan, tetapi seberkas ranting, sukar atau tidak boleh dipatahkan dengan mudah.

Mereka perlu mencari kekuatan dengan maufakat dan kerjasama, bukan dengan dengan sikap `aku lebih kuat daripada kamu’ dan mencari usaha mengatasi kemampuan parti lain. Mustahak sekali Pakatan dapat menyediakan satu Master Plan bagaimana Malaysia dapat diperintah dengan baik adil dan saksama. Biarlah buat pertama kalinya rakyat merasakan bahawa pemimpin mereka mendengar rintihan mereka dan pemimpin pula berusaha mencari jalan penyelesaian yang baik untuk semua rakyat dan semua kaum. Kekuatan bukan sahaja datang daripada kemenangan kita melawan atau mengatasi pesaing kita, ia juga menjelma apabila kita tahu dan menghargai erti dan kebaikan amalan muafakat yang sebenar.

Explore posts in the same categories: 1

14 Comments on “PAS jangan terlalu Overconfident”

  1. nazryan Says:

    Salam Tuan,

    Satu pandangan yang bernas and a friendly reminder to PAS. Your observation goes back to the roots on why, where, when, and how that the PR should stand firm and collectively agreed on the way forward for a better Malaysia.

    I for see that the current Pas top people (whom pro-unity) is heading towards the same trap as before. The result of all by-elections where PR garner more majorities is already one of the clear signal that the people already rejected BN. The disarray in many of UMNO lead states such as Terengganu, Perlis, Melaka & NS had already shown that they are already weaken by infighting. And we are not just talking about UMNO but also infighting in PPP, MIC & Gerakan. If UMNO/BN is for unity, why then they back stab PAS/ PR in Perak crisis. Is Pas not confident with his partners in PR that they want to proceed with the unity talk? All these need to be sort out together for stronger PR.

    My suggestion is that VPs from respective PR parties can be seconded for a certain period of time in other PR component to represent the interest/focal point/ shared experience of his/ her party. To a better PR and Malaysia.

  2. alonso967 Says:

    actually, we, the normal citizens, are beginning to wonder whether we voted the right candidates for the seat in our constituency.

    how can PAS going back to their words and open to the idea of unity government at the back of their Pakatan partners?

    have they forgotten who is standing beside Nizar in the Perak debacle?

    Is it Umno? we will inform the fence sitting voters to vote carefully in the next GE if this is how Pas behave and treating the other Pakatan component parties.

    we do not want another BN to rule the country.

  3. borneorainbow Says:

    Saya sependapat dengan Datuk kuatir dengan hasrat PAS. Penerimaan politik PAS di Sabah dan Sarawak jauh berbeda dengan apa yang kita nampak di Semenanjung. PAS dan PR kena faham. Sebab perbuatan ini akan mengkuatkan parti UMNO. Dengan erti lain, yang tidak minat dengan PAS akan lebih senang dengan UMNO. UMNO akan gunakan sejarah dan tujuan asal PAS kepada kaum bukan Islam. Untuk Sabah dan Sarawak PKR adalah Parti yang boleh besaing dengan UMNO bukan PAS. Dalam masa yang sama parti-parti tempatan yang boleh berkerja sama dengan PKR dan PR adalah antara satu-satu cara yang terbaik buat masa ini untuk menentang UMNO.

    Pengundi bukan Islam di Sabah dan Sarawak melihat Hadi tidak seperti Nik Aziz, lebih-lebih lagi bila ada cerita tentang Hadi berunding dengan UMNO. Kekuatan dan keyakinan terhadap PAS di Sabah dan Sarawak masih ditahap bawah.

    amdcii

  4. edjohn1888 Says:

    SAYANG SERIBU KALI SAYANG.

    ANDAIKATA DATO PRESIDEN PAS BERHAJAT DENGAN KERJAAAN CAMPURAN DAN KALAULAH IA BERLAKU MAKA SEKALI LAGI PERPECAHAN DALAM PAS AKAN BERLAKU.

    SAPERTI SEJARAH SEMASA DATUK MOHD ASRI DULU JADI PRESIDEN PAS.

    LAMBAT LAUNG PAS AKAN TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI.

    WAHAI AJK YANG BARU DILANTIK NASIHATLAH KEPADA YB DATO PRESIDEN . ABAIKAN SAHAJA NIAT DENGAN KERAJAAN CAMPURAN BERSAMA UMNO DEMI KEHORMATAN PAS.

    SUDAH CUKUP DENGAN SEJARAH DIMASA LAMPAU .


  5. salam saudara..
    saya setuju 100% dengan pendapat yang diajukan oleh saudara Zaid..
    saya juga ada menyatakan sebegini di blog saya, mungkin berlainan ayat dan susun katanya, tetapi pengisiannya sama..
    tidak perlu ada parti dominan di dalam Pakatan Rakyat, masing-masing memerlukan antara satu sama lain..

    anda semua dijemput ke blog saya,
    ketuananrakyat.wordpress.com

  6. nazryan Says:

    Be patient dmh,

    Rome was not built in one day even so BN. Give PR a chance. At least this coalition outlasts the previous Semangat 46/ Pas and you should ask yourselves why. It’s already 10 years and PR already make significant road not just for the country but in the heart of many. They have provided an alternative government in waiting for many. Considering that one former Minister already said that Keadilan akan berkubur in GE12. I jst could not understand why they could not read the massess sentiment.

    I see a true strong coalition that may have different ideology but have common in principal – a just, equal opportunity for a true Bangsa Malaysia as outline by our fore father. We are already in a sorry state ; social, economical, cultural (and not to mention sport). If any of the races felt left behind, it can only coz by the failure of the current government to fight or develop for her people. You can’t blame PR for this except where they matters i.e their self rule states.

    And to have Mr. Zaid openly express his concern and observation, I trust this was also felt by may those whom love PR and/or want to see a better Malaysia, showed how opinion from it supporters/ sympathizers matters. Going into GE13, I for see that BN will be no more relevant

  7. nazryan Says:

    I myself is a by product of NEP but I feel that there are many ways to improve. Ask your selves, for the to be award contract by the goverment – is there any chances that you (already fullfill all the requirement) will have any chance? Not just to say in open tender since there will be no open tender at all. And these contract had already even been identified its owner before there was any contract. And we are not even talking about scholarship, loans etc.

    Please wake up but I do not think its worth talking or discussing with you looking at all your commment.

  8. dochmal Says:

    Zaid,

    Isunya ialah kebodohan. Kebodohan adalah tentunya satu kelemahan diri sendiri dan secara lansung merupakan satu kelebihan untuk pihak lawan. Kebodohan adalah satu sifat semulajadi…..pendidikan dan pengalaman seharusnya dapat mengurangkan tahap kebodohan…

    Kurang pendidikan/pengalaman kah si PAS sehingga masih terlalu bodoh??? Bukan sahaja bebodohan, malah sifat angkuh dan tamak telah menguasai PAS…

    Artikel yang bagus…teruskan menulis!

  9. thepplway Says:

    ini ada dua sudut , overconfident dan bercita-cita boleh mengubahkan Umno menjadi baik.

    dan sebaliknya tidak cukup confident bahwa Pakatan Rakyat boleh bersama-sama mengatasi segala rintangan.

    Dalam perhubungan politik ini boleh dikatakan tidak mempercayai atau tidak menghormati parti-parti di dalam pakatan Rakyat.

    Lebih-lebih lagi overconfident biasanya merupakan sesuatu perangai yang angkuh ,ini tidak akan membawa kebaikan untuk membentukkan sebuah kerajaan pusat yang mementingkan hak-hak rakyat.


  10. […] PAS jangan terlalu Overconfident Semasa saya meninggalkan dewan Stadium Melawati di mana Muktamar PAS ke-55 diadakan, seorang pemberita akhbar bertanya […] […]

  11. shanelooi Says:

    Bagi saya cara mahu menolong BN ialah baginya
    hilang permerintah pada masa depan, dengan ini
    orang yang rasuah kuat akan diganti oleh tokoh
    yg bersih dan amanah di bawah perubahan dlm dan paksa rakyat,sekarang PAS sebut kerajaan perpaduan adalah bodoh dan jahanamkan negara.
    nak tunggu BN sendiri jadi baik semula, tidak mungkin

  12. whatdhell Says:

    sungguh betul kata edjohn… SAYANG SERIBU KALI SAYANG.
    PAS membazirkan peluang keemasan bekerjasama dengan PKR UNTUK MEMBINA SUATU NEGARA YANG BOLEH MEMBANGGAKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA dan mengkhianiati PKR. Pemimpin PAS baru memikirkan tentang diri sendiri saja dan tentu akan memecah belahkan Parti PAS kerana ada ramai yang tak senang dengan UMNO.

    Pandangan Dato Zaid sekali lagi cukup tepat pada sasaran dan sungguh bernas. syabas Dato.

  13. alvi3 Says:

    hari esok tuhan saja tahu, yang perlu hal hal yang kita buat sekarang bersih, bertanggunjawab dan tekad sebab apa yang dibuat sekarang beri kesan/balasan di masa depan,orang akan ingat. rakyat juga mainkan peranan penting, pegawai terima rasuah kemungkinan sebab segelintir rakyat yang nak satu langkah ke langit, pegawai harus kena update mengikut keperluan tahun ke tahun sebelum hal yg tak dingini terjadi, jangan biar malaysia berhenti.


Leave a reply to thepplway Cancel reply