Jangan Mudah Benci Sesama Islam

a

Sisters In Islam (SIS) sebagai sebuah badan NGO yang ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu begitu aktif bergiat dalam membantu wanita Islam mengatasi permasalahan seperti menuntut hak mereka dalam kes perceraian, tututan tanggungan (maintenance), hak penjagaan anak (custody) dan sebagainya. SIS sentiasa memberi tunjuk ajar kepada wanita Islam supaya peka dan sedar hak mereka di bawah undang-undang negara. Mereka juga aktif memperjuangkan hak asasi manusia seperti yang dituntut oleh Islam dan nilai-nilai sejagat. Ramai peguam muda dalam latihan (chambering) turut mendapat manfaat dengan bekerja secara sukarela dengan SIS.

Oleh itu, alangkah pelik dan terkejutnya bila saya terbaca berita bahawa Muktamar PAS baru-baru ini meminta supaya siasatan dibuat ke atas SIS dan tindakan diambil terhadap mereka jika dianggap terpesong dari ajaran Islam. Selain itu, saya juga terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin dari Parti Keadilan Rakyat yang mendesak supaya SIS dilarang menggunakan perkataan Islam dalam nama pertubuhan itu. Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dari UMNO juga masuk gelanggang untuk menyokong musuh politiknya dari PKR untuk mempertikaikan niat dan tujuan SIS dengan mencadangkan supaya SIS tidak boleh menggunakan perkataan Islam sebagai nama pertubuhan itu. Begitulah budaya toleransi di Malaysia hari ini, hanya Khir Toyo dan Zulkifli Nordin layak membuat penentuan siapa boleh guna Islam, siapa tidak boleh.

Besar kemungkinan mereka yang membuat berbagai tuntutan di atas sedikit pun tidak mengetahui atau mengenali tentang kegiatan SIS. Mungkin mereka yang benci pada SIS langsung tidak pernah berhubung atau mengambil tahu apa yang SIS lakukan selama ini. Kalau mereka benar-benar mengetahuinya, mustahil mereka akan begitu marah.

Mengenai hak asasi manusia dalam Islam, SIS mempunyai pendirian yang kukuh dan berasas. Kita mungkin tidak setuju dalam segala aspek hak yang diperjuangkan oleh SIS tetapi ini tidak bererti mereka itu songsang atau menentang Islam. Ayatollah Mahmoud Hashemi Shahroud, Ketua Hakim Iran, telah pun menyatakan pendiriannya tentang perlunya hak asasi manusia dari perspektif Islam diterima oleh dunia. Malah beliau mencadangkan sebuah Mahkamah Antarabangsa khusus seperti European Court of Justice ditubuhkan.

SIS memberi pandangan mereka bagaimana aspek hak asasi ini perlu dipupuk di negara majoriti umat Islam seperti Malaysia. Kalau kita tidak setuju, kita memberi hujah dan alasan kita. Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir Mohamad, janganlah sampai nak haramkan mereka semata-mata kerana kita tidak faham atau tak boleh terima pandangan mereka.. Jawab sahaja hujah mereka. Itulah cara minda orang Islam boleh berkembang. Akidah orang Islam tidaklah begitu rapuh seperti yang disangkakan oleh pihak yang suka mengharam dan menghentam pihak lain. Itu bukan cara kita mahu memerintah negara ini.

Lagi pun SIS banyak membuat kerja sukarela menolong wanita Islam dalam banyak perkara. Program pertolongan melalui telefon Telenisa yang memberikan khidmat nasihat percuma kepada wanita dalam kesusahan sungguh berkesan. Melalui khidmat ini, wanita diberitahu hak mereka sewaktu menghadapi perceraian, hak untuk penjagaan anak dan hak tanggungan. Program SIS memerhati prosiding mahkamah (court watch) pula banyak membantu mempercepatkan prosiding mahkamah; kelemahan pentadbiran Mahkamah Syariah diteliti dan diberitahu kepada pihak atasan. Di sini kelemahan yang ketara dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa supaya kes-kes Mahkamah Syariah dapat dipercepatkan dan perjalanannya lebih licin. Malah dalam aspek pendidikan kepada wanita Islam, saya pasti tak banyak organisasi yang lebih banyak berjasa kepada wanita Islam selain dari SIS.

SIS juga sebuah badan yang dihormati di peringkat antarabangsa. Kalau tidak masakan Mufti Besar Mesir Sheikh Ali Gomaa mahu berjumpa dan berbincang dengan SIS. Banyak penulisan ilmiah disiarkan di majalah antarabangsa hasil kerja mereka yang bersama-sama dengan SIS dan ini mencerminkan kejayaan badan NGO dari Malaysia itu.

Dalam masyarakat Islam hari ini ramai pemimpin yang suka menggelar diri mereka pembela dan pejuang Islam tetapi hasil kerja mereka kurang sekali; langsung tak siapa yang mengetahui sumbangan mereka. Mereka hanya tahu bercakap mahu membela Islam. Ini berbeza dengan sikap dan amalan ramai sukarelawan Islam yang bertungkus-lumus menolong nasib sesama orang Islam membantu menyelesaikan permasalahan mereka, khususnya dari kaum wanita. Namun kumpulan inilah yang selalu dihina dan dicerca. Inilah nasib ummah hari ini.

Orang Islam dan parti politik Islam (Melayu) berbangga bila mereka dikatakan mempunyai sikap terbuka terhadap orang bukan Islam, iaitu menunjukkan sikap toleran dan memberi kebebasan kepada kumpulan bukan Islam melakukan sesuatu aktiviti. Tetapi alangkah cepat mereka menuduh sesama Islam dengan berbagai-bagai tohmah, dan cepat menghukum mereka ini jika kumpulan ini sedikit berbeza dengan mereka.

Saya difahamkan ramai ahli Kelab Penyokong PAS yang semuanya dari kalangan bukan Islam berpegang kepada prinsip demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan beragama dan kebebasan bersuara. Jadi mengapa double standard dalam sikap PAS terhadap SIS dan mereka yang menjadi ahli Kelab Penyokong PAS?

\

Explore posts in the same categories: 1

10 Comments on “Jangan Mudah Benci Sesama Islam”

  1. freemsian Says:

    ZI,

    Tell that to PKR

    PKR – “Pihak berkuasa Islam saperti bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mengkaji untuk mengambil tindakan pertuduhan jenayah keatas kumpulan ini”

    http://zul4kulim.blogspot.com/2009/06/sisters-in-islam.html

    Interfering into other countries’ affairs. How do we feel if Spore asks Msia to release Johor?:
    http://zul4kulim.blogspot.com/2009/06/umat-fatani.html

  2. dochmal Says:

    Zaid,

    lelaki melayu islam sepatutnya membantu wanita islam atau bukan islam untuk menubuhkan lebih banyak lagi NGO seperti SIS. Berfikiran seperti Khir, Zulkifli dan sesetengah ahli Pas yang menidakkan hak asasi wanita adalah amat memalukan…dan secara langsung memperlihatkan sifat kebodohan mereka…!

    Sangat perlu lelaki menghormati wanita untuk meneruskan tamadun manusia..!

  3. patchlover Says:

    Dengn menyerang SIS sebagai NGO yang tidak Islamik kerana ada anggotanya tidak kahwin adalah alasan yang paling jahil. Manakala tudung juga menunjukkan orang itu kurang nilai inteleknya. Cuma mereka ini hipokrit dan cuba menjadi jaguh Islam. Islam amat luas dan bukan menjadi monopoli sesiapa.

  4. bkho Says:

    Hopefully, people like Zulkifli Nordin are not too many in our country.
    We need more rational people in charge, not unreasonable ones like him!

  5. Prasert E.C. Says:

    Tahniah Datuk kerana sertai PKR. Pilihan yang tepat pada masa. Penyertaan Datuk bakal memperkuatkan PKR yang memperjuangkan keadilan untuk semua orang.

    Saya telah membaca buku “SAYA PUN MELAYU” tulisan Datuk. Buku yang teramat baik untuk dibaca oleh generasi muda yang bercita-cita tinggi.

  6. littlemalays75 Says:

    Salam Dato,
    Mengapakah dato memilih jalan dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat.
    Mengapakah dato sentiasa membuatkan penyataan yang boleh dikira sebagai mengeliru dengan isu yang berkaitan agama islam dan kepentingan kaum melayu.
    Bagaimana dengan kehebatan zaid & co? adakah ini tidak berkaitan dengan permulaannya dibantu oleh pihak kerajaan BN?

  7. alvi3 Says:

    Pertubuhan yang positif memang digalakan,

  8. alvi3 Says:

    pentingnya mengambil berat sesama manusia.

  9. nazryan Says:

    Sir,

    Let me comment first by saying that it’s the right move and collectively as an organization (in PKR), your voice and observation will be clear and heard more.

    Couldn’t wait to see your contribution (without any disrespect of your previous one in the goverment and when you’re partyless) to the party and Malaysia in near future. Together we can make great things!

  10. pinkpanther7 Says:

    Dato’

    Can you just tell me if it is okay for a Muslim to say “The rules of inheritance for women through the Faraid system must be reviewed and changed” and that “the rules of inheritance are outdated”?. The rules of inheritance is not man-made, it is written in the holy book. Do you agree with these opinions. Not once but on several occasions I have noted SIS making wrong statements or comments on Islam. They are not an authority on Islam.
    I hope SIS will stop giving views on Islam and instead do charity work or assist women in need of help. There are many women who are badly in need of help.
    I also feel that non-Muslims like the Wanita MCA chief should mind her business when an issue is related to Islam. Not every Muslim, men or women have the authority to simply give views on Islam. That goes to you and the Wanita MCA chief. I hope you will stop being an all rounder but rather concentrate on specific area such as your area of specialization, law and not Syariah Matters.
    I still remember when you were made a minister for a short period, you decided to settle a long outstanding issue concerning a few judges. I was also happy with what you did but I felt you over did it by deciding on the amount. You should have let the MPs in parliament decide on the quantum. From whatever we read in the newspapers, most of us felt you were wrong to decide on the quantum to be paid to each of the judges by virtue of your position as a minister. As a minister you have no right to decide on the quantum where public money is concerned. I wrote to the NST but it did not publish my letter.
    I support Zulkifli Nordin and PAS President that SIS should be banned. However I prefer them to continue with charity and relief work and assist women in need of help.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: