Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop”

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang bercita cita besar dan dikatakan oleh penyokong nya jauh lebih “bersih” dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman baru mengenai penggunaan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik tak lama lagi. Ramai menduga beliau akan merombak dasar yang telah diamalkan lebih 6 tahun lalu sejak diperkenalkan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Memang benar ramai anak Melayu masih ketinggalan dalam penguasaan Bahasa Inggris dan masalah ini tak boleh selesai dengan hanya mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Permasalahan penguasan Bahasa Inggeris oleh anak Melayu memerlukan satu kajian dan dasar khusus. Ianya tidak boleh dikaitkan dengan isu penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik sahaja.

Kita hairan mengapa selama 6 tahun terlaksana nya dasar tersebut, menteri-menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang mula memperkatakan tentang kelemahan dasar itu.Mereka tidak pernah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap masalah itu. Kalaulah mereka benar-benar memikirkan kepentingan anak-anak kita di sekolah kononnya sekarang mereka rugi belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris; mengapa sebuah dasar yang dikira gagal dan lemah dibiarkan berterusan sebegitu lama? Saya percaya perkara ini timbul kerana isu ini banyak diperkatakan oleh Pakatan Rakyat; jadi inilah cara UMNO dan Barisan Nasional bertindak – nak tunjukan seolah-olah merekalah yang lebih prihatin dan faham dengan isu tersebut.

Sepatutnya sebelum membuat keputusan itu, kerajaan perlu beri tahu dahulu kepada orang ramai keputusan kajian yang dibuat mengapa dasar ini perlu ditukar. Apakah itu sabenarnya punca permasalahan dan apakah kelemahan itu tidak boleh diatasi. Jika ianya kerana kita perlu tunjok cinta kita kapada bahasa ibunda kita dan dengan itu kita wajib mempelajari sains dan metamtik dalam Bahasa Melayu, timbul pula persoalan bagaimana kita dengan Bahasa Inggeris – apakah ia perlu dipelajari dan ditahap yang mana ia perlu dicapai.

Jika kita ingin letakkan standard atau tahap yang tinggi untuk Bahasa Inggeris dan terpaksa memberi tumpuan setimpal dengan kehendak itu, bukankah satu hari nanti ini pula dituduh sebagai bukti tidak sayang kepada Bahasa Kebangsaan? Menteri Pelajaran kita perlu lebih mendalam dalam kajian beliau mengenai soal pengguasan Bahasa Ingeris. Ia tidak semudah mewajibkan lulus kertas Bahasa Inggeris kepada pelajar SPM untuk meningkatkan penggunaan bahasa itu. Kalaulah kertas perperiksaan itu rendah standardnya (untuk mengurangkan calon yang gagal), itu juga satu pengkhianatan besar kepada anak-anak kita.

Harapan kita ialah supaya kerajaan BN ini menyediakan satu kajian yang dibuat dengan teliti sebelum meminda satu-satu dasar. Biarlah input dari orang ramai yang ada ilmu, pengalaman dalam pembelajaraan dan pengjaran serta dan berpengetahuan tinggi diterima. Lagipun Dr Mahathir melaksanakan dasar penggunaan Bahasa Inggeris itu supaya anak-anak Malaysia termasuk orang Melayu boleh meraih ilmu yang luas kerana bahasa ilmu sekarang ini ialah Bahasa Inggeris. Kalau kerajaan fikir dulu sebelum membuat sesuatu keputusan, rakyat juga akan untung. Jika tidak, ia jadi seperti pi mai, pi mai, tang tu juga. Ikut suka UMNO dan BN saja.

Sikap suka ubah dasar ikut sesuka hati pemimpin BN sama seperti dengan usaha UMNO yang kononnya mahu kepada perpaduan Melayu dengan PAS. Rasanya ini pun tidak difikir dan dihalusi terlebih dahulu. Sebab itu ramai rakyat merasa tertipu. Yang kita dengar sekarang PAS dan UMNO perlu bersatu. Mengikut Mukhriz Mahathir tanpa PAS dan UMNO bersatu , dan sekali gus tidak ada” Malay Unity” maka I Malaysia akan gagal. Kalau lah logik ini benar , mengapa tidak jaya kan Malay Unity itu dulu sabelum umumkan 1 Malaysia .. Bila PAS dan Pakatan Rakyat telah sebulat suara dan tegas menolak usaha UMNO ini, Perdana Menteri tak putus asa pula. Beliau terus berdakwah dengan mengatakan kita orang Melayu perlu bersatu, walau pun Timbalannya sendiri berkata dia tak tahu maksud PAS bila PAS memperkatakan tentang isi cadangan dan usaha untuk bersatu itu

Saya cadangkan Najib supaya jelaskan apa maksud dan tujuan UMNO nak bersatu dengan PAS. Oleh kerana PAS telah pun kata mereka tidak mahu bersatu dengan UMNO, eloklah Perdana Menter sendiri kupas panjang lebar mengapa perlunya kerjasama UMNO –PAS ini. Sama ada benar-benar nak satukan orang Melayu (dengan tidak mempedulikan warga Malaysia yang bukan Melayu) atau cuma mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Kalau Najib tak sanggup berterus terang, lebih elok kalau dia tumpukan masa untuk memulihkan ekonomi dan kurangkan bercakap hal-hal yang tak ada faedah.

Saya dan ramai lagi rakyat biasa melihat cadangan ini hanyalah untuk menyelamatkan Najib dari serangan musuh-musuhnya dalam UMNO. Sepertilah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu masa dulu yang begitu tertarik dengan muzhakarah dengan PAS. Sekarang kita tahu hasrat Pak Lah masa itu hanya untuk pertahankan dirinya dari serangan panglima-panglima besar dalam UMNO yang cuba menolaknya keluar. Dan mereka berjaya. Nampaknya Najib mungkin senasib dengan Pak Lah. Sebab itulah “kerajaan perpaduan” ciptaan Najib hanya mahu dijadikannya sebagai benteng baru untuk memanjangkan pemeritahannya sampai pilihan raya umum ke-13 nanti.

Explore posts in the same categories: 1

12 Comments on “Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop””

  1. freemsian Says:

    mahathir’s english project would have been a success had he implemented it sincerely and with careful thought.

    truth is, he used it as a tool to plant his racist little napoleons in vernacular schools. period.

    he never had Malaysians in his minds. there is only MAHATHIR’s MALAYsia in his eyes.

  2. nikmj Says:

    PPSMI pada dasarnya adalah suatu dasar yang berniat baik. Namun, saya agak terkilan kerana walaupun Chedet byk idea menarik tetapi kebanyakannya gagal dari segi pelaksanaannya disebabkan rasuah serta birokrasi UMNO.

    Yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata terutama diperingkat bawahan dan pertengahan iaitu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia.

    Alasan Chedet English sbg bahasa ilmu dimana journal ditulis dalam BI tidak boleh diterima pakai langsung. Mana ada murid darjah satu dalam dunia ini yang membaca journal? Tukang baca journal adalah mereka diperingkat universiti atau professional sahaja.

    Jika mahu melentur buluh dari rebung, subjek bahasa Inggeris itu sendiri harus diperkasakan. Contohnya kenapa cara pembelajaran intensif english dipusat pendidikan persediaan yg sangat efektif tidak digunapakai disekolah?

    Kenapa cara yg terbukti gagal diteruskan hingga kini? Kenapa data dan idea cerdik pandai tempatan tidak dibincangkan terdahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar?

  3. alias601213 Says:

    Dalam dunia menuju globalisasi tidak dinafikan semua manusia akan berhubung dalam satu atau dua bahasa utama dunia sahaja. Kalau kita andaikan English boleh menjadi bahasa dunia utama maka kita perlu menekankan pengajaran dan penghayatan bahasa English ini kepada rakyat Malaysia.
    Tetapi untuk mencapai keadaan itu kita perlu juga menggunakan Bahasa Melayu untuk masa sekarang. Dua-dua bahasa ini perlu diberi penekanan buat masa ini.

  4. alias601213 Says:

    Tentang kenapa UMNO mahu sangat bersatu dengan PAS pula, UMNO adalah parti yang berasaskan kaum, hanya orang Melayu dan bumiputera saja boleh jadi ahli parti. Tidak macam PKR dan DAP semua kaum dan agama boleh jadi ahli. Itu sebab UMNO perlu bersatu dengan PAS yang juga ahlinya orang Melayu.

  5. manifestogwl Says:

    Datuk bolehlah baca dari blog Tun Dr Mahathir

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html

    Difahamkan bahawa semasa pelaksanaan PPSMI pada peringkat awalnya, memang ada panel yang membuat kajian sebelum pelaksanaan. Malah, dalam proses penilaian semula PPSMI ini, memang tidak dinafikan ini berlaku kerana tindakan Pakatan Rakyat.

    Isu pendidikan dan PPSMI ini dijadikan bahan politik oleh rakan seperjuangan Datuk – Anwar Ibrahim dan PAS. Ada juga yang kata siapa sokong PPSMI, itulah golongan celaka. Rakan-rakan seperjuangan Datuk lah yang perlu mendengar input-input daripada ahli ahli akademik dan golongan professional.

    Kalau kita rajin membaca berita, penilaian Dasar Pendidikan PPSMI oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Wee Ka Siong kali ini tidak lain daripada semasa pembentukan PPSMI. Ada ahli-ahli akademik dan golongan professional termasuk ahli-ahli politik yang memberi komen serta pendapat. Malah, input input ini dipaparkan dalam media arus perdana – NST, UTUSAN, TheStar dan juga media alternatif – Malaysiakini.

    Apakah Datuk Zaid akan menyokong keputusan PPSMI yang baru nanti memandangkan TS Muhyiddin menerima pandangan daripada pelbagai pihak (seperti yang disarankan oleh Datuk Zaid sendiri di sini) ?

    Saya percaya Datuk Zaid perlu menyatakan pendirian dengan jelas sama ada sokong atau tidak dan mengapa. Sekiranya ada pendapat yang nak disumbangkan kepada pembangunan negara, saya percaya kerajaan Barisan Nasional akan dengar juga.

    Saya menunggu artikel pendirian Datuk Zaid yang baru dan pendapat yang konkrit dalam isu PPSMI.

  6. manifestogwl Says:

    Sebenarnya isu Unity Govt ataupun Kerajaan Perpaduan tidak membawa makna perkahwinan politik UMNO-PAS. UMNO tidak pernah kata nak tubuhkan gagasan politik yang baru dengan PAS dan UMNO tidak pernah berkata mereka akan tinggalkan Barisan Nasional untuk duduk semeja dengan PAS.

    UMNO dan pemimpin PAS jelas menerangkan bahawa idea kerajaan Perpaduan hanyalah demi rakyat. Adakah Malaysia lebih baik jika setiap hari setiap perkara dijadikan bahan politik ataupun Malaysia harus lebih cenderung ke arah “people first, performance now”?

    Tambahan pula, memandangkan apa-apa sahaja yang Barisan Nasional buat, Pakatan akan jerit – KRONI, ABUSE of POWER, INJUSTICE, no C.A.T. !

    Sekiranya parti politik yang mempunyai 1 juta ahli iaitu PAS (pembangkang) diberi kedudukan dalam Kerajaan eksekutif, maka percayakah Datuk bahawa tiada apa lagi yang boleh dijadikan isu debat oleh parti DAP dan PKR ?

    Having a strong critic and Opposition on board the Government, there will no longer be stories like this and the Opposition political parties can no longer spin stories they are good at. That is why, DAP and PKR are totally against PAS-UMNO talks.

    Sekiranya Barisan Nasional memang buat salah, maka jelaslah PAS berupaya membawa bukti bukti tersebut keluar daripada mesyuarat EXCO dan mengedarkannya kepada rakyat. Sudah tentu rakyat yang arif dan bijaksana akan memandang Barisan dengan lebih jijik lagi – ini pun sekiranya wujud salahlaku BN.

    MCA, DAP, PKR boleh duduk semeja dan berjabat tangan dengan Dewan-dewan Perniagaan, golongan professional dan akademik dari kaum Cina, India dan Melayu, dan sebagainya. Tetapi UMNO dan PAS tidak digalakkan duduk bersatu demi Malaysia ?

    Apakah justifikasinya kaum Cina dan India boleh bersatu tetapi kaum Melayu tidak boleh bersatu? Sudah tentu sesiapa yang menggunakan pendapat ini akan dilabel sebagai RACIST. Apakah sesiapa yang tidak menggalakkan Melayu dan Islam bersatu bukan RACIST juga ?

    1 Malaysia membawa maksud 1 negara Malaysia hidup bersatu padu dan aman damai. Perpaduan merupakan jalan yang jauh. Perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah kecil. Salahkah jika umat Islam dan Melayu bersatu ?

    Sudah tidak perlu dibincangkan lagi kini. Pemimpin PAS iaitu DS Haji Hadi Awang dan Nasharuddin pada asalnya setuju untuk berbincang dengan UMNO. Kesemua ini dibatalkan hanya kerana Kelantan PAS membantah. Demokrasi apa yang dipraktikkan di kem pembangkang ? Chairman DAP bagaikan tiada kuasa. Presiden dan Timbalan Presiden PAS pun tidak ada kuasa. Apatah lagi Presiden PKR yang hanya mengikut kata Anwar Ibrahim, suami beliau.

    Kalau Datuk Zaid ikhlas dengan reformasi, Datuk Zaid perlu mula mengubah sistem pentadbiran dan organisasi parti politik Pakatan Rakyat.

    • koneweh Says:

      Kenapa? siapa yg menindas bangsa melayu itu sendiri?. Bukahkah UMNO?. Untuk mendapatkan sebuah gerai kecil di dalam Majlis pembandaran maka kita wajib menjadi ahli UMNO apatah lagi untuk projek2 yg bernilai ratusan ribu. Apakah melayu yang bukan ahli UMNO di anggap bukan melayu?. Ya, cina mca, gerakan, dap dan pkr boleh duduk semeja berbincang pasal ekonomi mereka, survival bangsa mereka sbb mereka tidak campur aduk politik dalam kehidupan seharian mereka tapi UMNO?. Berpolitik sepanjang masa. Untuk dapatkan biasiswa atau pinjaman pendidikan juga mengenakan syarat tersembunyi..mesti ahli UMNO atau sekurang-kurangnya parent mereka ahli UMNO. Bullshit!. Dan sekarang mengharapkan UG dgn PAS…masa UMNO kuat, tak timbul UG tapi bila UMNO makin hilang pengaruh…maka menghulurkan tangan penyatuan…last sekali…..pergi mampos la lu UMNO….

  7. ikandarabdullah Says:

    The main reason the aims of teaching maths and science in English was not achieved is very simple. The majority of teachers who were teaching these subjects were ill equipped for the task, that mean very simply, they the teachers themselves had a poor command of the English language.

    We need to remember that full Malay medium was implemented in all schools for std. 1 enrollments in around 1971. I know, because I was in one of the experimental classes of 1970. The only reason many of my classmates had a good command of English despite this was because quite a few, like myself spoke English at home as well (my grandfather was an English teacher). This could not be said the same for a few of my Malay friends, who struggled to grasp the language for as long as I can remember.

    It will take at least 15 to 18 years to “naturally” undo the damage that has been done…why 15 years, we have 12 years of formal schooling, plus between 3 to 6 years of tertiary education and training to produce teachers who have grown up in an Englished focus language programme. Only when they start teaching, then there will be seen a marked improvement. So we have about 12 years more of struggling if we continue with the same programme.

    The other option of course would be to “find” , develop and promote teachers with a good command in the English language. We all know the sad truth about why that is hard to do for politicians today, as it may throw a real big spanner into the current “racial quota” system which is practiced in most government agencies… Meritocracy, is the only way out of this quagmire.

  8. alvi3 Says:

    bila sudah buat dasar suara orang orang besar, kerja memang dijalankan tetapi kurang buat penyelidikan yg lebih teliti sebelum atau selepas bersuara ,yg kebanyakannya hal dibuat buang gitu saja apabila sudah boring meneliti dan tidak kemaskini mengikut semasa.disarawak kata orang besar menyeru tanam padi,tapi tak sedia nadi-nadi jalan raya yang serupa untuk orang2 kampung, mungkin orang besar juga menyeru orang kampung bawa plane juga tu,


  9. […] Dasar Kerajaan Tak Boleh “Flip Flop” Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang bercita cita besar dan dikatakan oleh penyokong nya jauh lebih […] […]

  10. jasperchc Says:

    I dont understand why PKR and PAS are against the teaching of science and math in english, unless they think that its better to change all the subject into english. i for one think that all the subjects in school should be taught in english. Plus a compulsory mother tongue subject and an additional second language (malay, chinese, tamil, etc). Only teaching science and maths in english is not very logical if those pupils do not have a grasps for the english language in the first place. That is why it’s important to teach all the subjects in english.

    I went to a chinese medium primary school, a national secondary school and to english university. All 3 different communication medium i have learnt but had master none. The worst is that i cant communicate well in english and wish i had joined an english medium school from the beginning because it is the language of choice in the business world, which is everything since everyone needs to work for a living. And not being able to speak english well is a huge disadvantages when you go out to work.

    As most parents will teach/or speak to their children in their mother tongue, there is no chance the language will die out, plus they can learn them in school as well. So i don’t mind PKR and PAS in making so much noise about it as long as it’s for the right reason and not to gain some political mileage…


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: