minyak Dan Politik

Rais Yatim, seorang Menteri dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa hari lalu telah membuat satu kenyataan yang luar biasa. Bukanlah saya terkejut bila Rais membuat kenyataan yang luar biasa dan aneh itu. Dah memang menjadi “trademark” Rais yang begitu rupa. Kali ini dia berkata Kelantan tak ada hak di bawah undang-undang untuk membuat tuntutan terhadap Petronas daripada hasil minyak dalam kawasan Laut Cina Selatan yang sudah dalam produksi sejak tahun 2004. Terengganu juga katanya tidak berhak kepada royalti minyak kerana apa yang diberi kepada Terengganu adalah wang ehsan mengikut budi bicara Kerajaan Pusat. Wah! Hebat sungguh kenyataan Menteri yang dikatakan pakar dalam bidang undang-undang itu.

Mungkin esok Rais akan mengumumkan pula bahawa Sarawak dan Sabah pun “tidak ada hak” untuk dapatkan royalti minyak dan beratus juta ringgit yang diperolehi sekarang hanyalah “wang ehsan” semata-mata. Kalaulah semua ini benar, maka ia bererti tak ada maknalah janji Petronas kepada Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah pada tahun 1975. Setahu saya, mengikut perjanjian itu, Petronas wajib membuat bayaran tunai dua kali setahun kepada negeri-negeri tersebut. Jumlah pembayaran itu adalah 5% daripada hasil jualan minyak dari kawasan-kawasan yang dikenal pasti di Laut Cina Selatan.

Rais sepatutnya menjelaskan kepada rakyat apa yang sudah terjadi kepada perjanjian yang saya sebutkan itu. Apakah perjanjian itu sudah tidak boleh dipakai lagi? Mengapa mahkamah sudah sekian lama membekukan atau “cold storage” tuntutan Terengganu terhadap royalti minyak itu? Nampaknya mahkamah di negara kita dalam kes-kes tertentu begitu cekap dan pantas sekali membuat keputusan tetapi dalam hal-hal yang tidak menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional, mahkamah mengambil masa begitu lama.

Apa dah jadi dengan tuntutan kerajaan Terengganu terhadap hasil minyaknya? Bilakah kes tuntutan kerajaan Terengganu mengenai minyak itu akan didengar? Ada baiknya Rais tunggu sebentar dan jangan cuba menjadi hakim yang tahu segala-galanya. Saya yakin Malaysia masih ada hakim yang jujur dan para peguam yang lebih bijak dan cekap daripada Rais. Jadi biarlah mahkamah yang menentukan keputusan sama ada Terengganu dan Kelantan ada hak atau tidak dalam perkara ini.

Kepada Rais, saya harap beliau dapat menumpukan lebih banyak masa untuk meningkatkan mutu rancangan TV dan radio RTM serta memastikan agensi berita Bernama yang dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai tidak menjadi alat kepada UMNO dan Barisan Nasional, daripada cuba berlakon menjadi hakim mahkamah.

Explore posts in the same categories: 1

3 Comments on “minyak Dan Politik”

  1. fair2 Says:

    Dear Dato Zaid, Rais Yatim is a man with no principle , didn’t he vow ” I had burned my bridge ” that he will never return to Umno while he was in Semangat 46 ?

  2. ekiin Says:

    Tidak tahu sejak bila, orang kanan Ku Li yang suatu ketika dahulu itu, menjadi semakin jahil.
    Kalau dahulu dia kata ” I had burned my bridge ”, saya masih boleh faham kerana jambatan boleh dibina semula.
    Tetapi, jangan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

    Ataupun itu suatu kebiasaan yang akan berlaku selepas menyertai AMNO – kejahilan?

  3. gemowe Says:

    People are fed up with decisions that are behind doors. We need TRANSPARENCY so that our leaders can be held accountable. Malaysians are more discerning now and this trend will just keep going up. Just because a minister says something does not mean it’s the truth.

    Show the PUBLIC the documents…..let the newspapers print without fear of licence suspension, as long as they don’t print false news.

    LET the COURTS decide and not the Executive, on what is printable and what is not.

    It makes me want to cry to see what my country has become, all because of no transparency and no accountability…..all going backwards, rich politicians, low standards, focusing on tension amongst races instead of jointly facing the challanges of the world…….

    Thank you for speaking out Datuk so that more people have another point of view other than our pro-government newspapers.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: