Undi Boleh diBeli

Selepas keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, banyak penganalisa politik terus memberi pujian kepada Najib Tun Razak dan Barisan Nasional. Kata mereka populariti Najib sekarang meningkat 65%, dan pemimpin muda UMNO seperti Khairy Jamaluddin pula berkata pengundi muda sekarang telah mula memihak kepada BN. Ada pula yang berkata PAS telah mula retak dari dalam kerana perbalahan kumpulan Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang. Ada pula yang berkata Pakatan Rakyat yang telah bertengkar sesama sendiri secara terbuka menunjukan komponennya kurang disiplin dan kematangan.

Saya pula berpendapat kemenangan 65 undi itu kepada PAS besar ertinya. Ia menunjukkan kekuatan PAS yang dapat terus bertahan walau diserang dengan pelbagai macam peluru berpandu.

Sebagai pendahuluan, Manek Urai bukan kubu tradisional PAS. Cuma Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih dikenali dengan nama Pak Su Wel, wakil rakyat PAS yang meninggal dunia itu, memang popular dan disayangi orang kampung. Itu saja. Bila dia tak bertanding pada tahun 2004, UMNO menang. Orang di Manek Urai pula kebanyakannya bekerja dan bergantung kepada ehsan Kesedar, agensi kerajaan Pusat yang dikawal rapi oleh UMNO. Orang Manek Urai juga adalah peneroka Felda, satu lagi agensi Pusat dikawal oleh UMNO. Jadi hanya penoreh getah sahaja yang tidak dikawal oleh UMNO. Penganalisa politik tidak boleh membuat andaian semua kawasan di negeri Kelantan adalah kubu kuat PAS.

Ramai pula pengundi Manek Urai berkerja di luar kawasan – lebih dari 1,300 atau 10% dari jumlah pengundi. Anak-anak muda ini dibayar begitu lumayan untuk balik mengundi. Kalaulah mereka dibayar RM500 atau RM1,000 seorang, mustahil anak-anak muda ini tidak memberi undi mereka. Mereka yang tinggal di Manik Urai pun tidak lah hidup selesa dan pendapatan mereka rendah. Harga getah pun telah menurun. Lagi pun orang Melayu mudah termakan budi. Gaji mereka sebulan pun tak begitu banyak. Mereka akan berterima kasih. Membayar untuk membeli undi anak-anak muda itu tidak salah mengikut pandangan sesetengah pihak yang sudah biasa dengan politik wang. Sama seperti janji nak bina jambatan bernilai RM7 juta yang juga dianggap tidak salah dari segi undang-undang kerana ikrar itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri.

Kepada penganalisa politik yang budiman, usahlah pandang terlalu jauh untuk memahami keputusan pilihan raya kecil Manek Urai. Selagi ada orang yang sanggup menjual undi, dan kemungkinan ini besar kerana ada pihak yang banyak wang bersedia membeli undi, maka keputusan pilihan raya (terutama di kawasan di mana pengundinya tidak ramai dan bergantung kepada ehsan kerajaan) akan sentiasa menjadi cabaran dan rumit kepada Pakatan Rakyat. Kuasa wang dan janji projek memang besar kesannya dan sukar diatasi.

PAS usahlah kecewa dan tidak perlu memperbesarkan masalah dalaman, walau pun ada. Keputusan Manek Urai jelas menunjukkan kecekalan PAS. Pekerja PAS harus dipuji kerana tidak putus harapan dan dapat bertahan. Tahniah kapada Abe Uji. Kepada rakyat sekalian Tumpulah kepada isu sabenar, iaitu isu rasuah politik; tumpukan kepada usaha bagaimana mengatasi fenomena penggunaan wang berjuta-juta ringgit untuk membeli undi. Fenomena pemimpin BN mengumunkan projek projek besar sabelum pilihan raya. Inilah cabaran Pakatan Rakyat yang sebenar dimasa depan.

Explore posts in the same categories: 1

6 Comments on “Undi Boleh diBeli”

  1. alias601213 Says:

    Tentulah ada perbezaan antara pilihanraya kecil dengan pilihanraya umum. Segala kekuatan BN tertumpu ke Manek Urai di pilihanraya kecil ini. Dengan media perdana dan agensi kerajaan berkempen untuk memenangkan UMNO di Manek Urai, memang kita respect lah kalau PAS boleh menang juga. Tidak mungkin TPM akan datang ke Manek Urai kalau setakat pilihanraya umum.

    Dalam keadaan pertandingan yang berat sebelah ini, kalau PAS dapat 40% dari jumlah undi pun sudah boleh dianggap menang.

  2. nazryan Says:

    It is my opinion that there will always those core supporters of PR & BN and the MU result shall be look positively. Say there is 30% each supporter of both coalitions. The 20% will always be the fence setter whom will vote by conscious or at the least the party that will be able to provide them more result or development. The remaining usually will not give a damn or even care to vote.

    To be fair to MU voters:
    1. The promises and monetary given by BN are too hard to resist
    2. The Kelantan state is already under PR. If they vote BN this time they will get what they want and can changed again during the next GE
    3. I personally think that the younger generation (including me)and outside voters thought that PAS candidate did not have the required qualification. Without any disrespect to him though.

    We shall see the result plus LKS, LGE and even Azmin comment as a wake up call for all PR components, party machineries. The rakyat is wise these days and will not just support or vote for pity or convenience.

  3. kzaman09 Says:

    Saya percaya penyokong BN dan PR di DUN Manek Urai adalah dalam kapasiti 50:50. Cuma pengundi-pengundi atas pagar dan tak berpartisan adalah penentu.Untuk lebih adil bagi pengundi di situ maka saya berpendapat dalam kes ini, pengundi MU dan khususnya untuk rakyat kelantan keseluruhannya pandai bermain politik. Apa salahnya mengundi BN sesekali-sekala, kalau dia menang tak kan jatuh Kelantan pada UMNO. Tetapi jauh sekali memberi undi itu untuk biarkan BN memerintah negeri, apalagi dalam keadaan BN tengah nazak sekarang. Janji piliharaya seperti jambatan baru itu betul-betul membuat pengundi-pengundi di situ terliur dan harap menjadi kenyataan.
    Tak dapat di nafikan dengan penafian peruntukan Kerajaa pusat, Kerajaan Pas Kelantan tidak dapat membangukan semua daerah di negeri itu dengan sempurna. Ini yang menyedihkan bagi penduduk-penduduk di situ. Jadi janji keselesaan oleh BN cuba di sahut oleh mereka walaupun dalam benak hati mereka, mereka tidak menyukai UMNO/BN.

  4. shahranie Says:

    Feedback demi feedback dari Datuk Mustapha Muhammad kepada TPM bahawa BN akan menang di Manek Urai sebenarnya telah membuat mereka begitu yakin dapat merampas MU dari tangan Pas. Segala jentera kerajaan dan kakitangan pelbagai agensi telah dikerahkan. Malah hampir sebulan mereka berkampung di sana. Sogokan wang dan pelbagai janji ditabur kepada pengundi di MU. Tetapi kuasa Tuhan lebih besar. Dalam pilihanraya, kelebihan satu undi pun sudah boleh menentukan siapa menang siapa kalah. Ini kan pula 65! BN pun pernah menang dengan majoriti yang kurang dari itu pada 2004. Mereka bersorak menang moral tetapi mereka pasti sedar hahikatnya mereka telah kalah! Kalah tetap kalah kerana pelbagai cara yang digunakan amat tidak bermoral!


  5. […] Undi Boleh diBeli Selepas keputusan pilihan raya kecil Manek Urai, banyak penganalisa politik terus memberi pujian kepada Najib Tun Razak […] […]

  6. danishsg Says:

    Sykr pd Ilahi, wlupn kemenangan tipis… pd pendapat sya PAS harus memastikn YB Manik Urai utk turun ke kawasan sekerap yg bole, mendekatan diri dgn rakyat & menyakin Rakyat perjuangan PAS & membawa peluang2 utk meningkatkn ekonomi MU.. supaya PRU-13 akan kembali majoriti yg membanggakn


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: