Satu Lagi Suruhanjaya?

Kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa; saya pula kata orang Malaysia juga mudah lupa. Dari tragedi kematian Teoh Beng Huat, ada antara kita yang sudah pun puas hati dengan pengumuman penubuhan Suruhanjaya Diraja oleh kerajaan Barisan Nasional. Seolah-olah dengan adanya pengumuman itu, semua masalah akan selesai.

Nampaknya ada orang Malaysia sudah lupa dalam soal salah laku polis dan kes-kes kematian semasa siatan dan sewaktu dalam tahanan. Mereka sudah lupa bahawa cadangan-cadangan pokok yang dibuat oleh Tun Dzaiddin dan Tun Hanif dalam Laporan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) lima tahun lalu masih belum dilaksanakan.

Mereka juga lupa mengenai cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh Tan Sri Haidar mengenai kes pita video V.K. Lingam. Walaupun kandungan laporan itu sudah dimaklumkan kepada umum, dan secara “prima facie” memang ada kes salah laku oleh orang-orang ternama, tindakan susulan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak pun berlaku.

Kini satu lagi sejarah hitam berlaku dalam negara kita di mana Teoh menjadi mangsanya. Rakyat Malaysia sekali lagi mahu sa buah Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh. Nampaknya sekali lagi kita akan dipermainkan, dan sudah pasti kita akan terus kecewa dan hampa.

Perdana Menteri menyediakan dua badan untuk menyiasat kes tersebut. Oleh kerana rakyat mahukan Suruhanjaya Diraja, maka Najib menghadiahkan satu Suruhanjaya tapi ia hanya untuk menyiasat prosedur yang digunakan oleh pihak penyiasat, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Yang menyiasat soal pokok yang lebih besar dan penting, iaitu mengenal punca sebab kematian Teoh yang memang semua orang ingin tahu; Najib menyerahkan tugas yang maha berat itu kepada seorang majistret, iaitu pegawai mahkamah yang paling rendah pangkat dan kedudukannya di bawah kawalan Peguam Negara.

Jadi, marilah kita sama-sama fikirkan sendiri, sejauh mana hasil siasatan sa orang majistret dan sama ada kebenaran akan terserlah nanti. Saya jangka satu lagi “cover up” akan berlaku.

Ingin dingatkan bahawa Suruhanjaya Diraja di bawah undang-undang hanya boleh membuat cadangan-cadangan sahaja. Tindakan muktamad terhadap orang yang didapati bersalah bergantung kepada Peguam Negara. Kalau Peguam Negara kata tak ada salah laku, maka dengan itu tak wujudlah kesalahan, walaupun Suruhanjaya Diraja mendapati ada kesalahan. Tengoklah apa yang berlaku dalam kes pita video Lingam. Sampai hari ini, yang jelas bersalah masih belum di bawa kamuka pengadilan.

Kalau rakyat mahu tahu dengan sebenar-benarnya mengenai bagaimana dan sebab-sebab Teoh, A. Kugan dan 1,500 orang lagi yang mati dalam tahanan sejak 6 tahun lalu, hanya ada satu cara sahaja – KITA MESTI MENOLAK BN. Biarlah Pakatan Rakyat pula diberi peluang memerintah. Itu sahaja harapan kita untok mengetahui perkara yang sabenar.

Explore posts in the same categories: 1

10 Comments on “Satu Lagi Suruhanjaya?”

  1. budakkampungonline Says:

    True… selagi ada yang tak buat kerja dengan betul dan transparent, kes akan berlalu begitu sahaja. yang naya rakyat m’sia. kena main… kena main lagi… kalau tak tukar kerajaan… kena main lagi bertahun-tahun.

  2. kzaman09 Says:

    Saya sokong Dato, beri peluang pakatan memerintah di peringkat federal. Sebabnya bukan apa, negara ini sedang nazak. Nak harap pemimpin BN semuanya tak boleh harap. Kami rakyat bawahan nilah paling teruk.

    Undang-undang negara ni hanya untuk rakyat biasa. Pemimpin BN semuanya clear walaupun buat salah. Yang terang lagi bersuloh tu ialah di depan mata kita, bekas menteri besar Selangor itu, sapu duit terang-terang, Tapi SPRM tu buat pekak badak saja.

    Sorrylah Dato bahasa kampong saja, tapi Dato orang macam kami nilah paling concern tentang apa yang puak BN buat. Kami mahu negara ni maju kehadapan bukannya mundur kebelakang. Sekarang ni saya fikir negara ni sedang berada di zaman tujuh puluhan, bukannya di abad ke 21.

  3. jamilkucing Says:

    Askm datuk,

    Pertama inilah kali pertama saya masuk blog datuk, tahniah dan terimakasih kerana sudi bersama kami. sebelum ini tak tahu alamat url datuk, silalah ke blog saya tetapi terus terang saya cakap blog saya jenis str8 to the point.saya tak pandai berpolitik , cara saya menaip kasar. jadi kalau rasa tak boleh terima saya pohon maaf,i am what i am.tanya dato seri anwar siapa jamilkucing,he knows…

    jamilkucing.

    Jiran kita indonesia
    Dalam sungai banyak buaya,
    kalau betul nak 1 malaysia
    Tangkap dulu pembunuh altantuya.

    Orang malaysia orang indonesia
    Jiran jamil nama ahok
    Kalau betul nak 1 malaysia
    tangkap cepat pembunuh beng hock

    Banyak sunguh pekerja indonesia
    silap termakan nasi basi
    Kalau betul nak 1 malaysia
    pecat semua anggota macc

    Di bukit bintang banyak bohsia
    Lepak makan najib terberak
    kalau betul nak 1 malaysia
    bubarkan segera dun perak

    Kecik-kecik jadi bohsia
    bangsa melayu pangkat bawah
    kalau betul nak 1 malaysia
    tangkap semua pemimpin umno rasuah

    Pembantu rumah orang indonesia
    suka makan mee segera
    kalau betul nak 1 malaysia
    lebih baik letak jawatan segera

  4. voonpeen74 Says:

    Tidak kira apa jenis suruhanjaya dibentuk, orang yang sama saja akan mengetuai suruhanjaya itu. akhirnya, laporan siasatan sama -tak tahu ini, tak tahu itu….cakap kosong……..
    Sampai sekarang, dengar-dengar bahawa pegawai macc yang terlibat hanya ditukar kerja tetapi bukan diperhentikan sementara waktu.
    UNMO hanya nak membantu macc suspaya membuktikan macc tiada kaitan dengan kematian teoh, pasal sebab teoh mati, tiada bukti, tolong teoh……..tak banyak orang akan percaya……..

  5. kian0teen Says:

    Thank you for reminding us on such blatant violation and flagrant disregard of basic human rights. The blame should be placed on the government for its lack of political will to correct the current state of both institutions, the police force and anti-corruption agency.

    I find it hard to believe our country is able to attract major foreign investments when the level of security and corruption is at the lowest since our independence. Many place little hope on the existing government to rectify this situation. I urge your party to intensify the effort on realising the reform agenda crafted since last general election.

    Best wishes,
    A middle-class Malaysian.

  6. leeslimshady Says:

    GULINGKAN KERAJAAN PIMPINAN MAT MOT MONGGOL

  7. leeslimshady Says:

    HANYA ITU SAHAJA PILIHAN YANG KITA ADA

    http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/


  8. […] Satu Lagi Suruhanjaya? Kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa; saya pula kata orang Malaysia juga mudah lupa. Dari tragedi kematian Teoh […] […]

  9. beruangyogi Says:

    UMNO leaders are masters of making promises… in the end, which are left unfulfilled.. completely..

    UMNO leaders are masters of making promises… which are coveniently forgotten.. with the passage of time.

    UMNO leaders are masters of making promises… because that’s what they are good at.. “thinking” they’ll get away eventually by doing nothing.

    WELL, NOT THIS TIME !!!

    WAHAI RAKYAT MALAYSIA !!! BANGKITLAH DARI KAKI BANGKU KAMU DAN LIHAT >>>

    KITA TIDAK BOLEH LAGI BERPELUK TUBUH…

    We need to change… and JOM TUKAR is no longer the by-word… it should be MESTI TUKAR !!!

    Voters that see through this “RoyalCommision/Inquest” smokescreen will know what to do, come GE13 !!!


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: