Orang Kelantan Mudah Dipujuk?

Keputusan pilihanraya Manik Urai menunjokan bahawa tidak semua pengundi membuat pilihan berdasarkan isu yang penting dan mustahak. Semasa berkempen disana saya memberi tumpuan pada hal royalti minyak Saya ingat inilah isu yang sepatut nya diketahui rakyat Kelantan. Tapi malang nya keputusan tidak sebagitu. Inilah yang mengecewakan. Pada saya isu Kerajaan Pusat menafikan hak royalti minyak kapada Kelantan sepatut nya menjadi isu yang menyatukan hati orang Kelantan.Sepatut nya BN di hukum olih rakyat Kelantan kerana tidak memberitahu mereka perkara yang benar. BN patut dihukum kerana BN berdiam diri dan sengaja tidak mahu rakyat Kelantan mendapat hak mereka sebanyak RM 1 billion. Agak nya BN sanggup berbuat demikian kerana mereka tahu memadailah kapada orang Manik Urai kalau jambatan 7 juta ringgit dijanjikan atau wang 1000 Ringgit diberi kapada pengundi pengundi terpilih.

Tetapi semua nya tidak terlewat. Rakyat Kelantan mesti bersuara dalam hal ini. Tidak memadai Dato Nik Aziz dan Dato Husam yang bercakap soal ini. Rakyat Kelantan mesti bangun dan menuntut hak mereka. Kita sepatutnya mendesak bayaran wang tertunggak itu dibuat dalam masa terdekat. Kita sepatut nya bersedia berarak dan menunjokkan perassan kita secara aman sahinggalah BN bayar wang itu. Ini akan membolehkan Kerajaan Kelantan meneruskan pembangunan membasmi kemiskinan di negeri itu. Dato Mustapha Mohammad sebagai ketua UMNO Kelantan sepatutnya menyokong pembayaran wang tunai ini, dan lebih mementingkan kepentingan negeri dari parti politik nya. Bila kah agak nya Dato Pa sanggup bertindak untok kepentingan rakyat Kelantan.

Dari segi undang undang hak Kelantan adalah jelas. Jangan lah terkeliru dengan pandangan Rais Yatim yang karut itu. Perjanjian tersebut ditanda tangani olih Tengku Razaleigh bagi pihak PETRONAS dan HJ MOHD NASIR, Menteri Besar bagi pihak Kelantan pada tahun 1975. Tengku Razaleigh sendiri telah menyatakan bahawa perkara ini jelas dan Kelantan sepatutnya dibayar wang dari hasil minyak ini. Hanya BN dan penasihat mereka yang tidak bermaruah yang masih mahu menidakkan perkara yang benar.

Explore posts in the same categories: 1

7 Comments on “Orang Kelantan Mudah Dipujuk?”

  1. imanroy Says:

    Assalamualaikum Dato’.
    Orang2 MU tu bukan apa Dato’, dia orang lapar nakkan jambatan. Itupun orang tempatan kawasan tu je…cuba tengok carta keputusan di kawasan MU Baru dan MU lama.

    Lagipun pada pendapat di orang, kalau PAS kalah pun BN tak akan dapat memerintah Kelantan. Jadi, saja2 la di orang nakkan pembangunan. Nak harapkan duit royalti pun lambat lagi, entah dapat ke tidak. Jadi baik tumpu pada soal mikro.

    Yang kita bimbang ni takut kalau2 YAB Tok Guru Nik Aziz termakan pujukan serta ugutan BN….”kalau nak berbaik dengan BN mestilah ikhlas”, ulas Datuk Zahid Hamidi. Cuba lihat Mingguan Malaysia atau layari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

    InsyaAllah saya pasti beliau berpegang kepada kata2 beliau terdahulu.

  2. kzaman09 Says:

    Salam Dato’,

    Dato, saya melihat keputusan di MU tu menunjukkan betapa rakyat di MU dan Kelantan khususnya dahagakan infrastruktur. Apa kata Pakatan berusaha ke arah merealisasikan harapan itu.

    Saya melihat dalam kes ini, cuma di Kelantan saja janji pembangunan merupakan umpan yang cukup berkesan. Dilain kali berwaspada supaya Pakatan pun boleh menawarkan janji yang sedemikian supaya bersaing dengan BN untuk mematahkan umpan mereka.
    Kalau di Pantai Barat janji sedemikian dah tak laku.

    Tetapi di lain kali sambil kita juga boleh berusaha ke arah janji infra, saya rasa lebih baik di usahakan juga penerangan royalti minyak secara berterusan kepada orang Kelantan supaya jika Pakatan memerintah, segala tunggakan kepada kerajaan negeri dapat kita langsaikan dengan segera. Jangan harap dengan pimpinanan BN nak tolong rakyat. Tengok apa dah jadi dengan saranan TPM supaya Petronas menjawab isu royalti minyak pada masa kempen PRU dulu. Sampai sekarang ni pun habuk pun tarak Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin BN yang bersifat dengki dan pilih kasih.
    Apakah mereka sedar perbuatan mereka itu dengan terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam. Memang tak bersifat islamik langsung tapi mengaku lebih islam dari Pas.

  3. kian0teen Says:

    Terima kasih Dato’ atas usaha mengulas isu-isu semasa dalam bahasa Melayu. Saya, orang kota bukan Melayu, memang tidak memahami masalah-masalah orang kampung di Kelantan. Orang kata, bila perut lapar, manakah ada masa untuk memperjuangkan kebenaran.

    Saya bangga bahawa Dato’ dan Tengku Razaleigh baru-baru ini mengemukakan pandangan masing-masing dalam isu royalti minyak Kelantan. Mungkin tibanya masa orang Kelantan dipulangkan apa yang dicuri atau dirampas oleh pemimpin Barisan Nasional selama ini. Memang semua beranggapan bahawa proses ini akan mengambil masa yang lama tetapi kita tidak boleh melepaskan peluang ini. Dalam masa terdekat, satu dana kecil sumbangan bank-bank seperti SME Bank, Bank Rakyat dan Bank Pembangunan boleh diadakan supaya pengusaha-pengusaha kecil atau nelayan diberi modal untuk memperkukuhkan perniagaan mereka. Seperti konsep yang diperkenalkan oleh Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bank, hanya dengan membangunkan aktiviti-aktiviti ekonomi, masalah-masalah lain seperti kekurangan infrastruktur dan ‘human capital’ dapat diperbetulkan secara menyeluruh.

    Selain itu, saya berharap penulisan dan idea Dato’ juga dapat disampaikan kepada orang-orang kampung yang kebanyakannya tidak ada kemudahan internet. Diharapkan orang Manek Urai atau orang Kelantan secara umum akan menolak sandiwara Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang.


  4. Orang kampung tak kisah siapa yang memerintah malaysia. Jadi umnobn mengambil kesempatan ini dengan memberi gula2 manis. Sapa bagi pitih banyak itulah yang akan dipangkah oleh mereka. Jadi PR kena memperhalusi jiwa mereka dengan strategi tip top.


  5. […] jambatan 7 juta ringgit dijanjikan atau wang 1000 Ringgit diberi kapada pengundi pengundi terpilih. [Orang Kelantan Mudah Di Pujok? Zaid Ibrahim. July 26 […]

  6. nadzrihamzah Says:

    Hanya kita sesama kelantan saja yang tahu lagumana perok pedal orang kita….

  7. nikmj Says:

    Assalamualaikum Dato’
    Sebagai rakyat Kelantan, dan Dato’ juga, saya tidak bersetuju dengan tajuk diatas. Ia terlalu am.

    Mungkin ada sesetengah orang Manek Urai mudah dibeli, tetapi bukan semua. Contohnya Kelantan itu sendiri. Manek Urai hanya satu DUN sahaja. Jika benar Kelantan mudah dipujuk, maka sudah lama ia jatuh ketangan BN.

    Jika Chedet sendiri yg pernah menjadi Ketua UMNO Kelantan selama 2 penggal pun gagal merampas Kelantan, adakah Tok Pa yg tak mahu membangunkan Kelantan mampu?

    Rakyat Kelantanlah yg paling pandai berpolitik diMalaysia !!!

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/07/28/tgna-umno-takdok-maruoh/


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: