Saya Ahli Pakatan

Ramai orang sibuk bercakap tentang prestasi Datuk Seri Najib sepanjang 100 hari pertama pentadbirannya. Ada yang memuji Najib dan memberi amaran kepada saya bahawa UMNO akan bangkit semua dengan gagahnya di bawah kepimpinan beliau. Setakat ini saya lebih suka untuk tunggu dan lihat; bak kata pepatah Inggeris “new broom sweeps well” yang bermaksud yang baru selalunya indah. Tetapi saya sedikit pun tidak rasa bimbang mengenai “kebangkitan” UMNO ini.

Setelah 40 hari saya menjadi ahli Parti Keadilaan Rakyat, saya merasa begitu bangga dan yakin tentang perjuangan parti ini. Saya telah mula bertemu dengan pemimpin and ahli Keadilan di semua peringkat. Saya diterima dengan penuh hormat dan dijemput ke sana sini untuk berucap. Saya terharu dengan respons mereka. Jelas komitmen dan kesungguhan mereka yang memberangsangkan. Mereka rajin dan penuh inisiatif dan mempunyai semangat yakin diri yang tinggi . Mereka percaya bahawa Keadilan adalah wadah politik yang sesuai untuk memperjuangkan dasar yang baik untuk negara; demi kebaikan semua rakyat, dalam semua bidang. Parti Keadilan bukanlah parti untuk menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaungkan oleh propagandis UMNO. Maklumlah parti mereka hanya untuk kepentingan pemimpin besar sahaja.

Pengalaman yang sama menarik kepada saya ialah menyedari bagaimana kuatnya hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kekuatan ini timbul dari keinginan ahli-ahli Keadilan, PAS dan DAP yang mahu melihat Pakatan menjadi kerajaan; sebagai parti alternatif kepada BN. Hasrat mereka sama seperti dengan lebih 4 juta pengundi dalam tahun 2008 yang mahu memilih kerajaan baru di Putrajaya yang benar-benar adil, tidak gila kuasa dan tidak rasuah atau menyeleweng. Walaupun akhbar UMNO telah berjaya membesar-besarkan masalah kecil dalam Pakatan, hakikatnya ialah apa pun masalah kecil itu, pemimpin dan ahli Pakatan berjaya bersatu untuk mengatasi permasalahan tersebut. Resilience atau pun tahan lasak Pakatan ini membuktikan ia akan terus bersatu dan berjaya bila saja pilihan raya diadakan.

Saya sedar ramai pengkritik Pakatan menuduh Pakatan tidak ada dasar yang konkrit dan tidak ada dasar bersama. Kononnya kerana ideologi berbeza, Pakatan tidak mungkin dapat bersatu seperti BN, kata mereka. Golongan skeptik atau penimbul keraguan ini, termasuk sesetengah profesor dan akademik, sebenarnya sedar tentang kekuatan Pakatan yang semakin mendapat sokongan rakyat. Mereka tahu parti-parti dalam Pakatan serta pemimpin-pemimpinnya telah lama berkecimpung dalam politik. Para pemimpin dan ahli Pakatan telah merasai penat-lelah sebagai pembangkang. Mereka telah terbukti dapat bertahan dengan segala tekanan dari kerajaan diktator BN. Mereka telah diuji dan diuji berkali-kali. Mereka tekah masok penjara, masok tahanan ISA dan penyokong mereka berani dan kental.

Sebab itulah strategi utama BN ialah untuk memecahbelahkan Pakatan kerana takut untuk berdepan dan bertarung satu lawan satu. Maka berlakulah pertuduhan palsu terhadap Anwar Ibrahim, merampas kuasa kerajaan negeri di Perak, dan sedang berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan di Selangor, sehingga berlaku kematian Teoh Beng Hock. Sebelum itu pula UMNO sibuk memecahbelahkan PAS sehingga hampir berjaya dalam pilihan raya kecil di Manek Urai, Kelantan. Sehingga sekarang UMNO memainkan jarum perkauman untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang semakin ramai menyokong Pakatan kerana sudah jijik dengan politik kotor UMNO. Memang, UMNO dan BN sebenarnyaya takut kepada Pakatan.

Memanglah Pakatan ada kelemahannya dan banyak lagi perkara mesti diwujudkan untuk memperkukuhkannya. Ingatlah, Pakatan baru 18 bulan umor nya , dan perkongsian baru mesti lah ada tersilap dan tidak mudah dijalinkan . Tetapi saya yakin apa yang perlu dilaksanakan, akan dilaksanakan. Dasar yang perlu diumumkan kepada orang ramai akan digubal. Tekad dan kesungguhan pucuk pimpinan Keadilan, PAS dan DAP tidak perlu diragui. Keikhlasan dan kebolehan mereka serta penyokong mereka tinggi.

Sekarang ini pun Pakatan sedang bersusaha ke arah mendaftarkan diri sebagai satu badan politik untuk mewujudkan perkongsian perjuangan parti-parti politik secara rasmi. Saya dari sekretariat Pakatan akan berusaha untok menrealisasikan hasrat ini. Rakyat akan diberi pilihan sebenar dalam pilihan raya akan datang; satu lawan satu. Semua ahli parti gabungan Pakatan sudah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat atas nama Pakatan. Malah, dalam tindak-tanduk seharian kita; kita seolah-olah sudah pun menjadi ahli Pakatan dan bukan sekadar ahli Keadilan, PAS atau PAS. Dan inilah yang rakyat mahukan. Dan inilah yang amat digeruni oleh Najib, UMNO dan BN.

Explore posts in the same categories: 1

9 Comments on “Saya Ahli Pakatan”

  1. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Saya juga ahli Pakatan, sejak 1998. Saya sungguh menghormati Dato kerana kesedaran Dato sebagai warga Malaysia yang prihatin dan patriotik terhadap negara ini. Lupakan pengritik Dato, mereka semua hendak menjahanamkan negara yang kita cintai ini.

    Betul kata Dato strategi UMNO adalah putar belit. Mereka tidak mengetahui bahawa rakyat adalah golongan cerdik pandai walaupun duduk di kampong, macam kami ni.

    Saya setuju seratus peratus kata Dato, perjuangan Pakatan atau umumnya PKR, adalah jauh menjangkaui isu Anwar, itu semua difahami benar oleh pendokong-pendokong Pakatan cuma UMNO sahaja yang suka putar belit. Dari isu lilin, isu zakat oleh bukan islam, isu Ngah Khor Meng nak jadi ustaz dan bermacam-macam lagi, tujuannya ialah untuk menipu rakyat khususnya orang Melayu.

    Saya percaya strategi mereka itu memakan diri mereka sendiri, kerana rakyat dah meluat. Saya sejak dahulu lagi sangat yakin perjuangan Pakatan yang berteraskan kepada keadilan pada semua bangsa tanpa mengira warna kulit akan berjaya, kerana itulah yang sangat di tekankan dalam islam. Bukan macam mereka yang pilih kasih walaupun sesama bangsa yang terang-terang dilarang oleh islam.

    Dato, Professor dan ahli akademik yang skeptik tu tentang Pakatan adalah golongan upahan UMNO dan dipali oleh najis perkauman yang tebal.

    Saya berharap Dato dan pemimpin-pemimpin baru yang masuk Pakatan boleh bersama-sama berganting bahu untuk mencapai matlamat kita ke Putrajaya. Rakyat tidak mahu pemimpin rasuah dan kronisma, cuma yang mereka mahu adalah sebuah kerajaan yang bersih, seperti yang di war-warkan oleh Kerajaan Negeri Kedah yang menjunjung konsep “Amanah, Adil dan Aman”. Satu moto perjuangan yang saya cukup terpesona.


  2. Baling batu sembunyi tangan yang umno mainkan bagi memudahkan mereka memecahbelahkan Parti yang menentang mereka. Kalau dibandingkan usia, umno perlu berfikiran sebagai orang tua yang berpengalaman bukannya seperti budak-budak yang baru belajar politik. nangoi.. tul lah si ajib tu..

  3. voonpeen74 Says:

    No wonder how bad is PR, i don’t think PR is worse than BN which is totally corrupted.
    I don’t care what have DSAI done during he was in BN government, i don’t care whatever DSAI done in PR is for himself or rakyat. As long PR is better than BN, as long DSAI today is benefit to rakyat.
    I will vote PR!

  4. sunwayopal Says:

    It is so much better that people like DSAI and Datuk Zaid has realised how corrupt and evil BeeEnd has become.

    They have come clean!!

    It so much better than people like Najis and the rest of the corrupt and stale politicians left in BeeEnd.

    Continue your good works Datuk and thank you for representing all Malaysians for a better future.

    My vote to Pakatan.

    *2 Thumbs Up*

  5. maelzx Says:

    tertarik dengan “new broom sweeps well”. saya kira jika ds najib boleh menjadi penyapu baru yang akan menyapu segala perilaku rasuah, penipuan, kekejaman dan kezaliman pemerintahan kerajaan milik beliau ini … saya kira … sangat bagus lah.

    *setakat sekarang ini nampaknya penyapu baru tak digunakan lagi ye… disimpan agaknya, suruh orang gaji pakai vacuum saja!

  6. nazryan Says:

    Well said sir,

    During my younger years, I tend to believe everything that the mainstream media highlight. All the good things that the government of the day did for the benefit of the rakyat. Thus I can never understand my mom point of view of opposing many things such as the mega structure, mega project and others. She always mentioned about Bank Bumiputra, Perwaja, MAS, Proton etc bailout, She always ask to read and understand better on issues that matters such as NEP policy, privatization and transparency. She also urges me to understand more on judiciary and the separation of power between judiciary, executive and legislator.

    Well, I did read, I did saw way back in 1998 where everything start to crumble and now days it came out like worms everywhere. The failure of the political system, judiciary, high crimes rate, the un-solved murder cases, unexplained high profile cases that favors the ruling or associate with the ruling party. To make it worst, all these hanky panky project/ contract showed obvious fail structure or system such as the Trengganu Stadium, MR2, crack or collapse of the buildings, fail investment, PFKZ, Maika and many dubious contract revealed. And off course the evil of all evil like the DSAI prosecution, Perak fiasco, the Lingam case where the BN authorities and evil supremacy showed.

    Thus, I never doubt now why my mom is with the opposition from 1980 until now and being proud of it. She has seen it all and knows it all as like me now looking disgustingly at tragic events that occurred in Malaysia. With Pakatan Rakyat, it gave her a new breath of life and prays that one that she will be able to see that PR rule Malaysia before she closes her eyes. And I do pray that she will for the betterment of my children and grandchildren. Enough is enough, as the rakyat we need to convince our family, relatives, and friends of giving the PR opportunity to govern Malaysia to get rid of all these diseases.

    Like my mom, like you and others.. I am proud to say that saya ahli pakatan!

    p/s: And to dmh, please read more and open your eyes. The evil is obvious and no form of rasuah from the government can mitigate these. Pakatan may have different component/ ideology but same objective for a just and betterment of Malaysian

  7. fair2 Says:

    If BN is allowed to continue to rule at federal level, I afraid that Malaysia will become Zimbabwe of South East Asia in the not too distant future.

    Corruption , abuse of power, nepotism and cronyism by the current administration are just too deep-rooted; no significance change will happen unless the regime is booted out from Putrajaya.

  8. desertrose82 Says:

    Well, I never am in any side, be it BN, or Pakatan…But what can I tell you is, I am supporting the Pakatan(for the time being).Selamat Berjuang for us…

  9. jamilkucing Says:

    Dato askm

    Dato kira bertuah kerana msuk pakatan ataupun PKR di waktu semua orang berminat.tidaks eperti kami penyokong dan pendokong reformasi dari era awal parti keadilan nasional. di pandang serong,sepi, di hina, di perli,tetapi semangat kami kuat . dato dan banyak lagi bertuah.jagalah dan teruskan dengan cekal. jgn berpatah balik.

    http://bbcatlover.blogspot.com


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: