Sayang Malaysia Negara Polis

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersurai, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.

Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.

Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.

Explore posts in the same categories: 1

24 Comments on “Sayang Malaysia Negara Polis”

  1. peipanlization Says:

    Saya tahu polis sering diperkuda oleh pihak-pihak berkepentingan untuk ‘mengajar’ rakyat supaya jangan turun ke jalanan untuk bersuara sedangkan hak itu telah termaktub dalam undang-undang. Dimanakah demokrasi kita sebenarnya?

    Apa salahnya biarlah rakyat bersuara sedikit di jalanan. Mereka bukan membawa senjata pun. Setelah perhimpunan surai mereka akan balik. Tiada siapa perlu menyakiti sesiapa. Pihak polis selalunya akan suraikan perhimpunan tersebut secara keganasan.

  2. kian0teen Says:

    From the fact pattern over the last 5 months, Najib’s 1Malaysia can be succinctly described as ‘My Way or No Way’. I hope he inherited the positive gene of Tun Razak but my hope was completely quashed after the event yesterday.

    Security is our most basic expectation of any government. Everything else is built on this foundation and the police are entrusted with this noble responsibility. The irony is they are the biggest threats to our security – ‘harap pagar, pagar makan padi’.

    I wish you well and many Malaysians, including myself, thank you for your courage, hope for our nation and leadership.

  3. tupin Says:

    Saya sungguh terharu membaca artikel ini.

    Kepada saya, ini ada lah contoh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

    Seorang pemimpin yang sanggup berserta dengan rakyat biasa untuk merasai sendiri pahit maung berdepan dengan kekejaman.

    A LEADER WHO WALKS THE TALK.

  4. eddiewrong Says:

    Welcome to the opposition🙂

  5. serikaya Says:

    Saya memang sanjung Datuk Zaid Ibrahim sebagai pengamal undang-undang yang berpelajaran dan pengalaman tinggi.

    Tetapi saya kecewa bila mengetahui yang Datuk Zaid sanggup turun berdemonstrasi dengan kumpulan-kumpulan jahil undang-undang.

    ISA itu bukankah undang-undang? Undang-undang bukankah mesti dipatuhi? Jika tidak suka pada sesuatu undang-undang, maka tukarlah. Kuasailah Parlimen, dan tukar undang-undang. INI NEGARA DEMOKRASI! Cuba tukar kerajaan, baru boleh. Orang minoriti tak boleh tukar undang-undang secara berdemonstrasi jalanan. Tak kan pengamal undang-undang macam Datuk Zaid tidak tahu?

    Saya sokong ISA kerana ia undang-undang yang menentukan rakyat yang sukakan keamanan dilindungi dari anasir-anasir jahat yang minoriti, bukan majoriti.

    Lagi pun dengan ISA kerajaan boleh menahan mereka ini yang bercadang berbuat jahat. Setengah keburukan itu kalau sudah berlaku, jika ditangkap yang bersalah pun tidak berguna. Nasi sudah menjadi bubur.

    Orang-orang jahat ini, amat cerdek dan susah hendak dibuktikan kesalahan mereka. Dengan ISA, kerajaan dapat melindungi rakyat yang kurang arif dan senang tergoda dengan tipu muslihat mereka. Tengok sahajalah siapa yang pergi demonstrasi! Orang-orang Melayu akan dilindungi, alhamdullillah.

    Ada yang mempertikaikan siapa yang ada hak dan kuasa menentukan yang seseorang itu merbahaya. Sudah tentulah kerajaan. Itu kerja mereka. Dia kerajaan, dia tahulah. Serupa macam di zaman yang silam, kita beraja. Dia raja, di tahulah. Kalau tidak, tak kan Melayu boleh kekal dibumi Allah hingga sekarang. Sudah terbukti bukan, Datuk Zaid?

    Kalau kerajaan itu lemah dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dan tidak serba mengetahui, kita tukar di pilihanraya nanti. Kalau kerajaan kita pun, kita tak mahu percaya. Polis, mahkamah dan SPR kita tak mahu percaya, susahlah. Nak percaya siapa lagi? Kita balik duduk dalam gualah, Datuk Zaid.

    Saya merayu dengan seikhlas-ikhlasnya kapada Datuk agar menggunakan ilmu yang Datuk dapat usaha dari bantuan kerajaan itu sebaik-baiknya.Sekarang sudah kaya pun dengan pertolongan kerajaan.

    Jangan lupa pada kami yang masih terasa-rasakan nikmat yang Datuk sudah mendapat. Kami perlukan perlindugan ISA. Apa lagi yang Melayu ada?

    Saya faham yang mungkin berlaku kesilapan, kapada orang-orang yang pelanduk dua serupa. Pokoknya, janganlah terlibat dengan orang-orang jahat ini. Pasti tidak akan terpalit tuduhan palsu.kalau kita sentiasa berbuat benda yang betul dan tidak cuba menderhaka kapada pemimpin.

    • tongamae Says:

      Sayangnya, kerajaan telah menyalahgunakan ISA.
      Kerajaan menangkap orang-orang yang dianggap menggugat kedudukan perdana menteri dan menteri-menteri.
      Orang-orang tersebut tidak membawa bahaya kepada negara dan rakyat.

      Bayangkanlah, sekiranya En.Serikaya telah mengkritik pemimpin kerajaan kerana salahlakunya, dan ini telah menimbulkan kemarahan pemimpin tersebut dan terus menahan En.Serikaya dengan ISA. En.Serikaya tidak diberi peluang untuk membela diri dalam mahkamah.

      Adakah En.Serikaya rasa adil untuk diri En.Serikaya?

      ISA sepatutnya dimansuhkan awal-awal lagi.
      Malangnya, pemimpin kerajaan sayang sangat pada ISA kerana walaupun pemimpin-pimimpin kita ini banyak buat jahat dan salahlaku, ISA akan memastikan kedudukan mereka dalam kerajaan tidak akan tergugat.

      Inilah sebab sebenar pemimpin-pemimpin kita tidak mahu memansuhkan ISA .

    • e96anban Says:

      Hi Serikaya,

      Saya cuba jawab pendapat anda dengan pandangan saya. Pertama sekali, saya rasa tidak wajar untuk berkata kumpulan yang berdemonstrasi adalah jahil undang-undang. Pertama sekali, mereka yang berdemonstrasi mempunyai hak. Satu, hak untuk bersuara dan dua, hak untuk berkumpul secara aman. Ini dalam perlembagaan iaitu undang-undang tertinggi negara kita dan perlu dipatuhi oleh semua termasuk polis dan kerajaan. Polislah yang jahil undang-undang kerana mereka memanggilnya perhimpunan haram walaupun secara terang terang ia termaktub dalam perlembagaan bahawa kita berhak untuk berhimpun secara aman.

      Memang benar bahawa, kerajaan sekarang telah dipilih secara “demokrasi” maka ia adalah kerajaan sah. Dan memang benar ISA adalah undang-undang di Malaysia pada masa ini. Sebab, mereka berhimpun secara aman adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan untuk menukarkan ISA kerana pada pendapat mereka undang-undang itu zalim. Hujahan anda untuk menukar kerajaan untuk menukar undang-undang tidak wajar. Di malaysia ada beribu-ribu undang-undang dan tak kan kita nak tukar kerajaan cuma untuk menukar 1 undang-undang, betul tak? Kita undi BN bukan maksudnya kita sokong ISA. Kita mungkin ada alasan kita sendiri.

      Jangan fikir kalau dah sokong BN maksudnya sokong ISA. Saya pasti, dalam ramai ramai yang sokong BN mesti ada yang tak sokong ISA. Seperti saya sendiri. Yang berkumpul, tidak semestinya semua anti-BN. Yang berkumpul adalah mereka anti-ISA sahaja. Dan En.Zaid adalah salah seorang daripada mereka. Pada saya, beliau rasa ISA adalah undang-undang yang tidak wajar, maka beliau telah meluahkan melalui letak jawatan menteri. Tetapi saya bukan menteri, nak saya cakap pada siapa saya tak sokong ISA?

      Anda ingin sokong ISA, itu hak anda. Saya tidak sokong ISA itu hak saya. Kalau kerajaan BN memang prihatin, mereka patut buat referendum supaya kita boleh undi samaada mahukan ISA atau tidak.

      Anda berpendapat bahawa ISA boleh membantu mereka yang berbuat jahat. Apa maksud berbuat jahat? Pada saya mencuri pun berbuat jahat, berkahlwat pun berbuat jahat. Maka adakah mereka boleh dimasukkan terus ke ISA? Bayangkan bertapa bahayanya kalaulah saya menteri dalam negeri, boleh saya sumbat siapa saja yang saya suka. Alasan apa-apa pun boleh bagi, betul tak? Ini yang tidak saya sokong. ISA patut dibuang atau ditukar supaya hanya terrorist seperti komunis sahaja boleh ditangkap di bawah ISA.

      Anda perlu sedar, dalam kerajaan demokrasi, tiada sesiapa mempunyai kuasa tidak terbatas. tidak kira sama ada perdana menteri, hakim atau polis. yang ada kuasa tidak terbatas adalah yang maha esa sahaja. sekiranya seseorang itu mempunyai kuasa seperti ISA, ia mungkin disalah gunakan. bayangkan, kalau kita tersalah pilih Hitler menjadi PM. Adakah anda bersetuju bahawa dia lebih tahu siapa yang bahaya cuma kerana dia kerajaan. habis semua musuh dimasukkan kedalam ISA. kalau kita nak bangkang pun kena masuk ISA.

      Anda patut perbetulkan anggapan bahawa kerajaan yang berkuasa menentukan siapa yang bersalah. Sebenarnya kerajaan tiada kuasa langsung untuk menentukan siapa yang bersalah. Kuasa sebenarnay di tangan mahkamah. Itu pasal, pendakwaraya yang mewakili kerajaan akan membawa kes kepada mahkamah. Tetapi ISA lain pula, Menteri dalam negeri boleh sain je. Terus masuk jail. Adakah ini patut? Fikirkanlah.

      Polis, mahkamah dan SPR sepatutnya badan yang bebas dan sepatutnya tidak bergantung kepada BN. Saudara kata kita perlu percaya kepada mereka. Tapi, kalau dari perlakuan tak betul, tak wajar dan tak adil, MACAM MANA NAK PERCAYA? Kalau anak anda balik kerumah pukul 12malam berbau rokok, adakah anda akan percaya yang dia pergi belajar tuition? Kalau Ketua Hakim Negara dulu orang UMNO, dan boleh jadi Ketua Hakim dalam masa 2 tahun pengalaman, macam mana nak percaya kalau dia bilang dia seorang yang Adil?

      Tahukah anda, satu masa dahulu Mahkamah kita ada system juri? Ini penting kerana juri dipilih secara rawak untuk setiap kes. Maka kalau Ketua Hakim orang UMNO pun, juri yang menentukan Razak terbabit dalam kes altantuya atau tidak. Itulah pentingnya juri. Tetapi, hari ini BN telah membuang system juri. Hari ini, PM boleh pilih ketua hakim sukaannya dan beliau diberi kuasa mutlak untuk memberi keputusan sesuka hati dia. Saudara fikirkanlah, adakah saya akan mempercayai Mahkamah kita hari ini?

      Akhir sekali, saudara berkata, kalau tiada ISA, apa lagi yang Melayu ada. Saya tidak faham apa yang ingin saudara katakan? Adakah anda berpendapat bahawa tanpa ISA, Melayu tidak akan ada apa-apa lagi? Apa kena mengena isu Melayu dengan ISA? Yang ditangkap dalam ISA ramai orang melayu. Jangan salah anggap bahawa orang melayu dalam bahaya setiap masa. Sudah ramai orang melayu yang berjaya di negara luar seperti Australia dan USA. mereka masih boleh berjaya tanpa ISA di negara tersebut. Untuk berjaya, perlu modal satu sahaja, usaha kita.

      Jangan tertipu oleh suara-suara yang menakut-nakutkan anda mengenai bahay yang mungkin ditimpa orang melayu. Semasa kecil dahulu, kita ditakut-takut kan ada hantu, bila dah besar kita rasa bagaimana kita mudah ditipu semasa kecil. malangnya, rasa takut itu tidak pudar lagi di hati ramai melayu termasuk anda, takut kepada hantu diganti oleh takut kononnya orang melayu bahaya dan perlu ISA untuk menjaga mereka….sedarlah…

    • e96anban Says:

      Hi Serikaya,

      Saya cuba jawab pendapat anda dengan pandangan saya. Pertama sekali, saya rasa tidak wajar untuk berkata kumpulan yang berdemonstrasi adalah jahil undang-undang. Pertama sekali, mereka yang berdemonstrasi mempunyai hak. Satu, hak untuk bersuara dan dua, hak untuk berkumpul secara aman. Ini dalam perlembagaan iaitu undang-undang tertinggi negara kita dan perlu dipatuhi oleh semua termasuk polis dan kerajaan. Polislah yang jahil undang-undang kerana mereka memanggilnya perhimpunan haram walaupun secara terang terang ia termaktub dalam perlembagaan bahawa kita berhak untuk berhimpun secara aman.

      Memang benar bahawa, kerajaan sekarang telah dipilih secara “demokrasi” maka ia adalah kerajaan sah. Dan memang benar ISA adalah undang-undang di Malaysia pada masa ini. Sebab, mereka berhimpun secara aman adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan untuk menukarkan ISA kerana pada pendapat mereka undang-undang itu zalim. Hujahan anda untuk menukar kerajaan untuk menukar undang-undang tidak wajar. Di malaysia ada beribu-ribu undang-undang dan tak kan kita nak tukar kerajaan cuma untuk menukar 1 undang-undang, betul tak? Kita undi BN bukan maksudnya kita sokong ISA. Kita mungkin ada alasan kita sendiri.

      Jangan fikir kalau dah sokong BN maksudnya sokong ISA. Saya pasti, dalam ramai ramai yang sokong BN mesti ada yang tak sokong ISA. Seperti saya sendiri. Yang berkumpul, tidak semestinya semua anti-BN. Yang berkumpul adalah mereka anti-ISA sahaja. Dan En.Zaid adalah salah seorang daripada mereka. Pada saya, beliau rasa ISA adalah undang-undang yang tidak wajar, maka beliau telah meluahkan melalui letak jawatan menteri. Tetapi saya bukan menteri, nak saya cakap pada siapa saya tak sokong ISA?

      Anda ingin sokong ISA, itu hak anda. Saya tidak sokong ISA itu hak saya. Kalau kerajaan BN memang prihatin, mereka patut buat referendum supaya kita boleh undi samaada mahukan ISA atau tidak.

      Anda berpendapat bahawa ISA boleh membantu mereka yang berbuat jahat. Apa maksud berbuat jahat? Pada saya mencuri pun berbuat jahat, berkahlwat pun berbuat jahat. Maka adakah mereka boleh dimasukkan terus ke ISA? Bayangkan bertapa bahayanya kalaulah saya menteri dalam negeri, boleh saya sumbat siapa saja yang saya suka. Alasan apa-apa pun boleh bagi, betul tak? Ini yang tidak saya sokong. ISA patut dibuang atau ditukar supaya hanya terrorist seperti komunis sahaja boleh ditangkap di bawah ISA.

      Anda perlu sedar, dalam kerajaan demokrasi, tiada sesiapa mempunyai kuasa tidak terbatas. tidak kira sama ada perdana menteri, hakim atau polis. yang ada kuasa tidak terbatas adalah yang maha esa sahaja. sekiranya seseorang itu mempunyai kuasa seperti ISA, ia mungkin disalah gunakan. bayangkan, kalau kita tersalah pilih Hitler menjadi PM. Adakah anda bersetuju bahawa dia lebih tahu siapa yang bahaya cuma kerana dia kerajaan. habis semua musuh dimasukkan kedalam ISA. kalau kita nak bangkang pun kena masuk ISA.

      bersambung…

  6. niknik68 Says:

    Saudara Zaid, Saya rasa pengalaman kezaliman ini sebagai seorang Rakyat Malaysia biasa akan menjadikan anda seorang pemimpin Malaysia Baru yang terhebat. Dengan segala harapan.

  7. millamo Says:

    This incident does not frightened me off but instead fired up my courage. I remember seeing an old Chinese couple who can barely walk joining the crowd at Sogo. I was very concerned and try to keep an eye on them. I was worry…what if the police blast water canon, chase after them or worse, attack these frail looking senior citizens who only wanted to demand justice for the people of Malaysia? I hope they are fine.

  8. desertrose82 Says:

    i never thought that the police would be that brutal…there are still lots of people out there who think ISA is good for them, the question is, was there any ISA applied during zaman Nabi Muhammad S.A.W??Unless they could answer the question, by then I would think we should have ISA…Tahniah, Datuk,during your years as one of the members in the ministry, you never knew the cruelty of our BELOVED policemen, now you do….

  9. kyle8c Says:

    Good to know that your family and you are safe. Do take care, continue to write, and continue to fight for your ideals!

  10. Deniel Ahmad Says:

    Tahniah Datuk !

    Saya kira datuk sudah mengerti dan lebih memahami apa yang rakyat mahukan. Saya yakin Datuk mampu untuk melakukan yang terbaik bagi sama megembalikan hak dan kemajuan negara ini.

    Pengalaman dan pengetahuan Datuk selama ini, sudah pasti banyk membantu perjuangan maheran Ini. pedulikan kata2 belakang , yang penting Niat dan apa yang ingin kita lakukan.

    When God Is You Friend, who is You Enemy,

    Regard,

    Deniel Ahmad

  11. seetanggang Says:

    ok lah tu. Cuba cuba banyak lagi, boleh rasa makanan anjing pulak, ok kan.

  12. jamilkucing Says:

    Assalamualaikum dato.

    Hehehe welcome to malaysia dato. saya dah rasa secukupnya di era reformasi. sekarang dato rasa lah pula ya.bukan perli tetapi terharu dato dapat merasakan apa yg kami rasa dari dahulu.semoga dato cekal menghadapi hari hadapan.

  13. the queen Says:

    Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar.

    –> tak lah…ni patutnya “mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Singapura..”

    Saya pun turut tumpang rasa…Kerajaan Singapura pun ada hak untuk arrest/detain anybody without any evidence, kita pun tak ada civil rights…tapi ye lah, nak buat macamana…tak suka, kenalah angkat kaki pegi belah…Saya sebagai orang melayu pun meluat tengok keadaan Malaysia macam ni, sebab saya anggap Malaysia tu juga tanah air datuk moyang, tapi inilah tanda yang pemimpin itu tetap manusia sahaja, tak boleh nak expect that they will do their part as leaders…Kepada Allah sahajalah tempat bergantung.

  14. leehuix Says:

    I am studying overseas, and I feel so angry reading these reports of how the rally was handled. If I was in Msia, I would have marched. Please continue to fight for the people’s rights, Zaid.

  15. mountdweller Says:

    Salam Datuk.

    Selamat terjun ke alam perjuangan baru. Saya ucapkan tahniah semuga tujuan murni dihasilkan Allah.

    Saya sendiri sudah lama membisu dan tidak aktif lagi. Rasanya sudah condong ke Pembangkang, cuma parti mana yang saya nak pilih. Harapkan boleh lagi sama-sama berjuang di dalam wadah yang sama kelak.

    Wasslam,

    Fakhruddin Yusoff
    Paya Senang.

  16. nazryan Says:

    Dmh,

    As usual, you’re missing up the point here. As mentioned by e96anban, there are events that the police and those participated in walking for a cause, be it Deepavali, Merdeka etc can work together and have a peacefull rally. Thus permission for an assembly can be given in the first place. Thus all that happened in KL on August 1, 2009 will not happen at all.
    And the example shown is how developed country, which practice democracy carry out their demo. If we want to bench ourselves or KPI, might as well against developed country where tolerance are norms in the name of democracy. Thus I could not understand why all those opposed (typical UMNO mindset), can’t be accepted as positive and must migrate somewhere. Malaysia is our home!
    And if by giving opinion to the government of the day of its wrongfulness, unjust and undemocratic, did not mean that the others (around 49% of Malaysian voters in the last GE) as ungrateful citizen. It is because we want to see a wonderful, beautiful and just Malaysia!

  17. gemowe Says:

    ISA telah di salah gunakan…Operasi Lalang, remember?

    Macam mana nak 1 Malaysia kalau rakyat tak boleh ada opinion sendiri? Kalau opinion seseorang beza dari kerajaan, takkanlah nak diamkan dia. Ini kan negara demokrasi…..

    Mereka tu hanya nak hantar petition ke Istana sahaja… kalau ada yang riot..arrest mereka yang riot lah.

    Inilah akibatnya keajaan tampa pembangkang for so long….. tak biasa mereka gunakan cara lain untuk menang hati rakyat…. hanya tahu guna wang dan kekerasan.

    Takkanlah kerajaan yang ada beribu-ribu expert, scholar yang belajar di universiti USA, Cairo, India, Cina, etc….. ????

    I think Najib is trying to make things work….but the people under him, whose support he needs, are too set in their ways. See what happened to Pak Lah?

  18. nazryan Says:

    Dmh,

    As usual, you’re missing up the point here. As mentioned by e96anban, there are events that the police and those participated in walking for a cause, be it Deepavali, Merdeka etc can work together and have a peacefull rally. Thus permission for an assembly can be given in the first place. Thus all that happened in KL on August 1, 2009 will not happen at all.

    If permission is given then it is not prohibited by law right?

    I just need to repeat the above. Thanks

  19. sandusdawood Says:

    datuk
    nampak nya proses utk mendemokrasikan malaysia akan
    menemui rintangan yg memenatkan memandang kpd sestem
    pemerintah ala autokrasi berakar umbi dlm segenap
    institusi negara kita dari perkhidmatan awam seperti
    polis dan lain2 sektor.rombakan itu tidak sakses melainkan pr dapat menguasai tampok pemerintahan
    negara.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: