Semalam Di Kangar

Saya telah dijemput oleh Sdr Johari Shafie dan badan perhubungan Parti Keadilan Rakyat Perlis untuk berceramah di Kangar pada malam semalam (8 Ogos). Apa yang menarik hati saya adalah minat dan semangat yang ditunjukkan oleh KeADILan Perlis, walau pun setakat ini belum memenangi sebarang kerusi dan kini sedang dalam proses untuk menambah jumlah ahli. Saya gembira melihat kesungguhan dan komitmen. Saya juga berkesempatan berkenalan dengan Sdr Firdaus, seorang anak muda dari Pulau Pinang yang aktif dan berminat dalam politik. Memang cabaran besar dan tidak mudah bagi KeADILan untuk mencari pengaruh dalam masa yang singkat. Tetapi saya melihat bahawa KeADILan semakin bertapak di hati rakyat hari demi sehari. Itulah masa depan KeADILan kerana daya tarikannya adalah “keadilan”. Bukan sahaja di Perlis tetapi di mana-mana juga, rakyat khususnya orang Melayu yang berkelayakan dan berpengalaman sudah “masak” benar dengan UMNO yang semakin celaru. Mereka yang sedar sudah sedia untuk berhijrah mencari wadah perjuangan yang lebih sesuai untuk semua; malah lebih baik dari UMNO dalam menjamin hak dan kepentingan orang Melayu. Melayu dan bukan Melayu di bandar dan luar bandar kini menaruh harapan supaya KeADILan dapat memperjuangkan dasar yang konkrit dan bernas.

Malam saya di Kangar, saya berucap ringkas mengenai betapa mustahaknya kita mengutamakan isu-isu penting dalam mengukuhkan KeADILan di samping menjayakan Pakatan Rakyat. Dalam politik, memang tak boleh dielakkan, akan ada bermacam isu dan karenah pemimpin serta ahlinya. Kalau tak berhati-hati, kita boleh tenggelam dek kekalutan menyelesaikan tomahan, kehendak dan desakan pihak-pihak yang tidak berpuas hati. Dalam keadaan yang kalut ini, kita sering lupa perkara-perkara yang mustahak serta perjuangan pokok kita. Bagi saya, itu cara yang merugikan.

Saya mencadangkan supaya kita semua dalam Pakatan Rakyat menentukan focus kita dan mengenal pasti perkara-perkara pokok yang boleh dan patut dipersetujui bersama. Sesudah itu kita gubal dasar dan perancangan yang akan kita laksanakan apabila diberi mandate oleh rakyat untuk mentadbir negara nanti. Dengan cara ini rakyat boleh menilai parti atau gagasan mana yang lebih berupaya untuk menerajui kerajaan pusat. Jika kita tidak bergerak sekarang, sampai bila-bila pun kita akan terkandas dengan remeh politik.

Saya mencadangkan empat (4) perkara pokok, iaitu:

Pertama, Pakatan Rakyat mesti sanggup menyatu padukan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Pakatan rakyat mesti hidup dan kembalikan impian Tunku Abdul Rahman dan pemimpin kemerdekaan yang lain. BN telah gagal dalam hal ini.Pakatan mesti menolak amalan diskriminasi antara rakyat dengan menggubal satu undang-undang anti-diskriminasi. Ini sahajalah yang boleh menyelamat dan memajukan negara kita. Perlu saya tegaskan bahawa cadangan ini tidak menjejaskan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera secara khusus yang telah ditetapkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Rang undang-undang yang saya cadangkan ini adalah untuk diskriminasi yang tidak tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan. Jangan kita dengar fitnah UMNO dan Utusan. Rakyat bukan Bumiputera sejak Merdeka tak pernah menuntut supaya Perkara 153 dihapuskan. Itu adalah persefahaman rakyat antara kaum di Malaysia. Dengan itu, Pakatan Rakyat akan terus membela keistemewaan bumiputra dan dalam masa yang sama menjamin hak bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia. Rang undang-undang yang saya cadangkan ini adalah untuk memastikan orang Cina dan India tidak boleh mendiskriminasi orang Melayu, dan Melayu dan kerajaan Melayu tidak boleh mendiskriminasi Cina dan India serta kaum-kaum lain. Maksudnya tiada siapa boleh buli atau tindas sesiapa kerana kita akan mempunyai undang-undang yang akan menghalang kezaliman itu. Hanya hal spesifik yang termaktub di bawah Perkara 153 akan terus dikekalkan. Kita tahu Perdana Menteri yang beria-ia dengan 1Malaysia tidak berani dan tidak sanggup menerajui UMNO untuk bersetuju dengan cadangan ini. Hanya Pakatan Rakyat akan mampu melaksanakannnya.

Kedua, Pakatan Rakyat mesti menggubal satu dasar ekonomi yang mempuyai ciri-ciri “safety net” iaitu menjamin perlindungan kepada rakyat berpendapatan rendah untuk memperolehi pendapatan yang cukup, kemudahan pemilikan tanah dan rumah, bekalan makanan dan kemudahan asas yang lebih baik dari apa yang dijanjikann oleh BN sekarang. Negara kita bukan negara miskin. Malah kita semua sepatutnya hidup makmur dan sejahtera kalau kita kurangkan pembaziran dan kebocoran kerana rasuah dan penyelewengan. Pakatan tetap komited untuk basmi rasuah kerana kita sedar negara akan mempunyai cukup wang bagi membiayai peruntukan-peruntukan ini.

Ketiga, Pakatan Rakyat mesti menggubal dasar pelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan negara supaya orang Melayu dan kaum Bumiputera khususnya mempunyai bakat dan kemampuan untuk lebih mampu bersaing atau kompetitif. Saya lihat sistem pelajaran sekarang hanya menumpukan kuantiti dan bukan kualiti, selain Menteri yang selalu cakap besar sahaja. Antara cadangan saya ialah kajian yang menyeluruh untuk memperbaiki kelemahan mata pelajaran yang diajar, mutu guru dan tenaga pengajar termasuk dasar pemilihan kemasukan mereka untuk dilatih sebagai guru serta penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah untuk menentukan mutu pelajaran yang terbaik kepada anak-anak kita. Kita tahu bajet pelajaran amat besar tetapi ke mana perginya wang itu semua jika anak-anak kita masih tidak mendapat pendidikan yang baik di sekolah, kolej dan universiti. Rombakan besar-besaran perlu dibuat dari peringkat tadika hingga ke institut pengajian tinggi.

Keempat, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti bebas dan tidak sentiasa menakutkan rakyat. Ia perlu bersikap terbuka dalam mendengar dan menerima kritikan rakyat. Ini hanya boleh berlaku dengan mewujudkan kerajaan yang demokratik dan bebas. Ini bererti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta melonggarkan peruntukan yang memberi terlalu banyak kuasa kepada pihak berkuasa seperti yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan banyak lagi undang-undang yang tidak mesra rakyat. Ini juga bererti institusi kerajaan seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Mahkamah perlu reformasi besar supaya mereka lebih adil, jujur, profesional dan berkemampuan untuk menjaga kepentingan rakyat. Hari ini kebanyakan institusi dilihat sebagai alat kerajaan dan bukannya badan melindungi rakyat. Negara yang berteraskan undang-undang atau mengamalkan “rule of law” mampu menggubal undang-undang yang adil dan saksama supaya rakyat dapat merasai dan memahami erti sebenar keluhuran undang-undang.Penubohan Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court juga perlu dipertimbangkan.

Saya yakin apabila Pakatan Rakyat bersetuju dengan matlamat pokok di atas,keyakinan orang ramai akan bertambah. Ia akan membuat para pemimpinnya sibuk berusaha mengisi matlamat tersebut dan tidak akan ada masa untuk bertengkar dalam hal yang remeh-temeh. Apabila kita tumpukan usaha kita kepada soal dasar dan pokok, maka mudahlah kita menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh sesetengah pemimpin dalam Pakatan. Dan UMNO sukarlah sadikit untok masok jarum. Dengan itu, rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan mudah termakan fitnah UMNO dan Utusan yang kini rancak untuk memecahbelahkan perpaduan kita. Akhirnya rakyat sendiri akan menolak hasutan perkauman Utusan yang cuba membakar api perkauman Melayu.

Kalau kita tumpukan kepada perkara pokok, rakyat juga akan merasa selesa bahawa Pakatan Rakyat bukan hanya parti “anti ISA” sahaja. Rakyat ingin melihat gabungan alternatif yang mampu memerintah dengan adil dan dalam masa yang sama memajukan negara kita. Rakyat mahu melihat bagaimana kita mampu menubuhkan kerajaan. Pakatan Rakyat mesti menjadi gagasan yang ada isi atau “substance” dengan dasar yang baik dan berani. Rakyat tidak mahu melihat Pakatan sebagai kumpulan yang hanya berkerjasama sewaktu pilihan raya, tetapi masing masing mempunyai perjuangan politik yang usang saperti UMNO. Mereka mahu melihat mulai sekarang bayangan dasar kerajaan Pakatan yang mampu mengisi dan menggantikan yang sedia ada. Pemerintahan negara secaraUMNO dan BN sudah semakin tidak disukai ramai. Jadi kita dalam Pakatan perlu bertanggunggjawab menyahut seruan dan harapan rakyat.Kita buktikan Muhiyuddin salah bila dia kata Pakatan akan hancur tahun depan

Saya bersyukur kerana pertemuan saya dengan kawan-kawan di Kangar pada malam itu banyak memberi saya inspirasi yang sebenarnya diilhamkan sendiri oleh rakyat yang mahukan perubahan baik untuk negara kita. Dari aspirasi rakyat, saya tahu mereka kadang-kadang bosan dengan telatah sesetengah pemimpin Pakatan tetapi jiwa mereka tetap mahu kepada kerajaan alternatif yang lebih baik dari UMNO dan BN. Inilah cabaran buat Pakatan.

Explore posts in the same categories: 1

10 Comments on “Semalam Di Kangar”

  1. nazryan Says:

    Sir,

    There is a concerted effort by BN lead by UMNO to start to divide the PR. Again, this is a hideous effort that is unthinkable and yet it happened in Malaysia. With the help of some of the government agency, media and I can say NGOs, these countless attack are persistent, consistent and at a certain level copy cat.

    The trademark is as follow and can be found in nearly every state under PR:
    1. Attack PAS, then DAP and then PKR
    2. Then the MACC come in to investigate assemblyman/ women of suspected corruption
    3. Media portraying and highlighting the problems between PR
    4. Continue to label PR leaders, betrayer of their own race especially the Malays

    Now, the PR’s public relationship department must play critical and vital role to continue cascade and distribute all information to counter these countless attack in many forms of PR mass media from ceramah, to friendly blogs, web-portal,

    Below some of soft skill to counter such allegations:
    1. Don’t easily get distracted, some of the PR leaders especially the middle rank senang melatah and this will be highlighted by the mainstream media the following day.
    2. A powerful PR secretariat should already be in place to control outflow of information. Since the PR main objective is the same, thus information for all PR component is never then less the same, which make it easier to communicate to the rakyat
    3. No need to resort to the slandering of the opposite side.

    With this continue attach by BN – UMNO, one positive thing is for sure. PR is on the right step for the next GE

  2. pakmalekbaretta Says:

    Salam Reformasi Sdr Zaid daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB..

    Pak MB sering memperingatkan YB-YB (MP & ADUN) Pakatan Rakyat khususnya dari PKR bahawa kemenangan sebahagian besar dari mereka pada PRU12 yang lalu adalah dari perolehan undian 3(tiga) kelompok pengundi-pengundi iaitu :-

    1. undian dari ahli parti (masing-masing) yang telah sedia menerima ideologi & perjuangan parti yang calun wakili.

    2. undian dari ahli parti dalam PR yang tidak menerima ideologi parti yang calun wakili tetapi mengundi atas dasar beliau adalah calun dari PR.

    3. undian dari para-pengundi yang bukan dari kelompok 1&2 di atas yang hanya ‘meminjamkan’ undian mereka kepada YB-YB PR kerana mereka mengharapkan PERUBAHAN. Sebab itulah kita dapati calun kita yang tidak fasih berbahasa Melayu sekalipun mampu memenangi kerusi Kelana Jaya (contohnya..)

    Pak MB merasai YB-YB kita kini terlalu sibuk dengan agenda parti masing-masing untuk menjadi parti dominan dalam PR sehinggakan mereka menjadi leka dan mengabaikan kepentingan untuk mengekalkan sokongan pengundi (terutamanya kelompok ke 3) bagi menghadapi PRU13 nanti.

    Bagi Pak MB, sikap bercakaran sesama sendiri atas isu-isu ‘routine’ secara terbuka di Selangor baru-baru ini(yang kononnya atas dasar ketelusan, keterbukaan dsbgainya.. dalam pendekatan pemerintahan PR) adalah karut semata-mata. Mungkin Pak MB mampu menerima semuanya ini ‘due to my having a wider scope of understanding on politic’. Bagaimana pula kepada Rakyat yang lain. Tidak keterlaluan jika Pak MB nyatakan bahawa sebahagian besar Rakyat dah mula merasakan (dengan fikiran mudah) bahawa sekiranya PR tidak berkemampuan memerintah Kerajaan Negri dengan baik masakan pula berupaya memerintah Kerajaan Pusat.

    Kepimpinan Tinggi PKR, PAS & DAP perlu memahami dengan jelas bahawa ‘WORDS SPOKEN BY THEM MAY BE CONSTRUED AS MEMO’ bersandarkan kedudukan mereka di peringkat dasar dalam parti masing-masing. Adakah perkara semudah ini tidak boleh mereka fahami..

    Adakalanya Pak MB rasa macam nak minta DSAI kumpulkan YB-YB kita ini dalam satu program khas di mana kami Otai-Otai Reformis (yang tidak berkelulusan tinggi ini tetapi telah bermain dengan politik semasa kebanyakan mereka masih di bangku sekolah lagi..) dapat membantu untuk mengajar mereka menjadi seorang YB yang lebih berdedikasi & berwawasan.

  3. johncaine Says:

    Sir,
    Kudos to you for the above proposal. This is the kind of maturity that we look for in our leadership. For too long there has been rhetoric about unity in this country but very little to show for.

    Your proposal of relaxing Sedition Act and Official Secret Act does not go far enough. The sedition act is an anachronism. It does not serve any useful purpose in the internet age. Instead we should promote freedom of speech. Arguably we may not agree what everything that is being said but we must promote debate. Only then we can effectively engage in dissent. When you ban thoughts and ideas it will only go underground and it will simmer a long time before it blows up in our faces.

    The Official Secrets Acts serves only to hide and mask the workings of the government and public office. It merely hides corruption and wrong doing by our public servants. There are probably military secrets and police investigations that need to be hidden. There must be a time limit to all these. Even military secrets become redundant after a period of time. I know of a Scandinavian country that outlaw secrets. It is in no way disadvantage them economically, militarily or politically. I don’t see any other country that is being disadvantage by the free flow of information. Instead we should enact a Freedom of Information Act, whereby the public has the right seek any kind of information. This will minimise corruption and abuses.

    We should introduce anti competition law similar to the US Sherman Anti-Trust Act. The purpose of the act was to oppose the combination of entities that could potentially harm competition, such as monopolies or cartels. Its reference to trusts today is an anachronism. At the time of its passage, the trust was synonymous with monopolistic practice, because the trust was a popular way for monopolists to hold their businesses, and a way for cartel participants to create enforceable agreements.
    The law attempts to prevent the artificial raising of prices by restriction of trade or supply. In other words, innocent monopoly, or monopoly achieved solely by merit, is perfectly legal, but acts by a monopolist to artificially preserve his status, or nefarious dealings to create a monopoly, are not.
    As explained by the U.S. Supreme Court in Spectrum Sports, Inc. v. McQuillan:

    “The purpose of the [Sherman] Act is not to protect businesses from the working of the market; it is to protect the public from the failure of the market. The law directs itself not against conduct which is competitive, even severely so, but against conduct which unfairly tends to destroy competition itself.”

    We should bring back English medium school. This is the fastest was to provide competitive edge to our education system. There is a larger pool of teachers, lecturers, professors and educators that are conversant in english.

    • pakmalekbaretta Says:

      Hebat johncaine…

      Komen bernas johncaine yang dibentangkan dalam ayat yang tersusun jelas menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang yang berilmu malah pengupasan isu olehnya adalah di tahap yang pemikiran yang tinggi.

      YB-YB kita perlu mencontohi dan perolehi kemampuan berfikiran sebegini yang kemudiannya diterjemahkan ke beberapa peringkat penyampaian bahasa. Yang penting, setiap lapisan Rakyat memahami akan apa yang nak disampaikan.

  4. pakmalekbaretta Says:

    Salam Reformasi saudara Zaid daripada pakmalekbaretta @ Pak MB..

    Hari ini Pak MB berasa amat seronok melayari blog saudara Zaid. Pak MB telah mengambil keputusan untuk terus mengunjunginya bagi membolehkan Pak MB perolehi pandangan-pandangan politik yang bermutu daripada saudara Zaid dan komen-komen yang bernas dari pengunjung-pengunjung seperti johncaine & nazryan..

  5. kzaman09 Says:

    Reformasi, Reformasi, Reformasi.

    Salam Dato,

    Memang cadangan Dato itu adalah sebahagian sahaja dari perubahan yang perlu di lakukan. Pada kami rakyat biasa, negara ini memerlukan transformasi mutlak atau total untuk menjadi negara yang di segani di dunia. Dalam kata lain kita mengidamkan sebuah negara Malaysia yang baru.

    Ibarat antara langit dan bumi, pemerintahan kerajaan PR mestilah tidak berpaksi kepada sistem kerajaan BN yang telah gagal akibat penyelewenggan yang sudah membarah dalam setiap institusi kawalan mereka.

    Untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat maka adalah penting perkara asas seperti keperluan hidup seharian rakyat di ambil berat oleh pemimpin PR biar ADUN atau MP. Keperluan itu adalah seperti kesenangan dalam pergerakan seharian untuk mencari nafkah, yakni negara ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang sofistikated. Kita memerlukan perkhidmatan bas, keretapi, pedestrian walk yang cekap dan selesa, biar di bandar mahupun di luar bandar. Apa yang saya dapati perkhidmatan asas ini tidak langsung di beri keutamaan oleh pemerintahan masa kini. Operasinya memalukan. Perkhidmatannya hanya bagaikan melepaskan batuk di tangga. Kalau di bandingkan dengan negara-negara maju, perkhidmatan asas ini masih mendapat sambutan yang tinggi di kalangan rakyat mereka biarpun antara mereka itu korporat perniagaan mahupun pekerja biasa di pejabat-pejabat.

    Selain dari kemudahan infra, kerajaan PR perlu memikirkan dan berusaha bersungguh-sungguh agar pendapatan perkapita rakyat negara ini, dari peringkat bawahan hingga keatas sentiasa meningkat, bukannya ‘stagnant’ atau menjunam. Pada masa kini saya melihat negara ini menghadapi krisis ini. Dengan kos sara hihup yang terus meningkat dengan gaji yang tak meningkat, rakyat boleh memberontak, seperti yang terjadi pada BN pada PRU 2008.

    Kita perlu belajar mengambil iktibar dari kemajuan Korea yang pada seketika dulu, sekitar tahun 70an hanyalah setaraf Malaysia tetapi sekarang sudah kehadapan dari negara ini dari segi ekonomi dan sosio-politik. Kalau menggunakan formula BN nampaknya kita telah mengundurkan kemajuan negara ini kebelakang.

    Untuk maju, minda rakyat hendaklah bebas dan merdeka dari pemerintah masa kini yang di cengkam oleh pelbagai akta yang ‘sonsang dan tak masuk akal’, seperti yang Dato maklumkan. Kesemua akta ini bukan saja ‘mudarat’ tapi menafikan ‘hak asasi rakyat’ negara ini malah melanggar peraturan Maha esa yang menganugerahkan otak untuk manusia berfikir sebaiknya untuk kesejahteraan seluruh alam.

    Berkenaan dengan pendidikan pula, pemimpin PR pula merombak sistem sedia ada kepada yang lebih praktikal. Di negara-negara maju ada pelajar Universiti yang lulus cemerlang( 1st class) tapi tak lulus ujian bertulis. Ini adalah kerana markah lulus adalah nisbah 10:90. 10 peratus teori, 90 peratus projek. Oleh itu, ini mesti di ambil iktibar oleh negara ini kalau mahu menjadi negara pencipta atau negara pengguna. Tidak guna mendapat berapa puluh A pun tapi bila di suruh bekerja tak tahu macam mana nak bermula.

    Banyak lagi isu-isu yang tidak di bangkitkan oleh pemerintah masa kini boleh kita perbaiki, malah tak tertulis di sini.

  6. msoba Says:

    Salam Dato’

    Huraian yang amat bernas yang saya tunggu2 selama ini yang pastinya datang dari orang yang cukup berpengalaman dan berilmu.

    Dato’
    Rantaian coretan dari blog dato kini menjadi bahan yang pasti saya tatapi demi mencari sumber dan bahan yang boleh dikongsi untuk kepentingan perjuangan PR.

    Teringain sanngat nak jumpa dato mungkin bila dato balik KOTA BHARU. Walau pun saya kini bersama PAS namun sejarah perjuangan menempatkan KEADILAN khasnya di bumi Kelantan ini tidak akan saya lupakan sampai mati.Apa yang dato lalui kini hampir sama dengan apa yang saya lalui dan rasai 10tahun lalu dimana lonjakan semangat dan kesedaran datang mendakap diri dan insaf bahawa selama dalam UMNO banyak masa dihabiskan dengan sia sia malah dipergunakan oleh pemimpin UMNO untuk mencapai cita cita mereka sahaja.

    Mungkin banyak yang dapat kita kongsi bila berjumpa nanti…INSYAALLAH.

    Teruskan PERJUANGAN MU..KITA DIPIHAK YG BENAR.

    SALAM.hmohdsoba@yahoo.com

  7. bigjoe99 Says:

    Dear Mr. Zaid Ibrahim,

    From the latest news, get ready to be Minister of Law again. The hope of the nation on judiciary and law reform lies with you..

  8. m2molo Says:

    Is it wise to confirm that Anwar Ibrahim to be the Prime Minister should PR wins the next general election? Will anyone in PR sabotage?


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: