Pilihan raya kecil di kawasan “pengkhianat”

Muhyiddin Yassin sekali imbas nampak seperti serorang yang tenang dan tidak gopoh-gapah. Dia berusaha keras untuk menaikkan imejnya sebagai bakal Perdana Menteri. Pakaiannya sekarang pun nampak lebih bergaya dan ada stail berbanding dahulu. Sayangnya, usaha beliau untuk memperbaiki imej itu sia-sia sahaja bila dia akhirnya menampakan sikap ekstremnya yang lama terpendam. Entah apa tujuannya, dengan tak semena-mena dia menuduh Anwar Ibrahim sebagai seorang pengkhianat kepada bangsa Melayu. Itu satu tuduhan liar dan tidak sepatutnya dibuat oleh seorang ahli politik yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri. Lagi pun dulu Anwar itu pemimpin pujaan Muhyiddin sewaktu dalam Team Wawasan. Siapa agaknya pengkhianat? Alangkah baik Muhyiddin bentang tindakan kerajaan mengatasi wabak selsema A(H1N1) yang lebih berkesan dari melaung kosong.

Anwar Ibrahim kini adalah Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Ketua Pembangkang ada peranan yang sah dalam sistem demokrasi berparlimen. Secara langsung, beliau mewakili separuh daripada jumlah pengundi Malaysia (4 juta) yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. Sepatutnya Anwar diberi penghormatan yang sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah dalam Parlimen negara kita. Di negara-negara yang lebih faham tentang selok-belok demokrasi, yang tahu tata susila politik moden, yang tahu erti peranan yang berbeza di antara kerajaan dan pembangkang, Ketua Pembangkang amat dihormati. Malah Perdana Menteri di negara-negara yang matang demokrasi sentiasa menjemput Ketua Pembangkang untuk membincangkan hal-hal negara demi kepentingan umum. Mereka ketepikan politik kepartian demi rakyat dan negara. Ketua Pembangkang tidak dianggap sebagai musuh yang mesti dimaki dan cerca setiap masa. Cuma di Malaysia dan Myanmar, pemerintah ghairah nak tangkap pemimpin pembangkang.

Sejak dulu sampai sekarang, UMNO menganggap rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, adalah kurang cerdik. Sebab itu macam-macam tuduhan dan fitnah dibuat terhadap Pakatan Rakyat, dengan harapan rakyat akan percaya bulat-bulat. Saya ingin bertanya, bagaimana Anwar mengkhianati orang Melayu? Yang saya tahu Anwar telah berusaha keras untuk membuka mata Melayu tentang kepincangan dalam dasar UMNO atau lebih tepat lagi, dasar UMNO Baru. Hari demi hari makin ramai orang Melayu memahami apa yang Anwar sampaikan. Kerana inilah Muhyiddin dan pemimpin UMNO lain mula takut.

Nasihat saya kepada Muhyiddin dan pengikut-pengikutnya ialah kalau pun huraian Anwar mengenai UMNO tidak disetujui, sila jawab hujah-hujah Anwar. Tak payah nak jadi hero Melayu dengan menuduh Anwar pengkhianat bangsa. Takkanlah kerana takut atau malu nak jawab hujah, terus tuduh orang secara liar. Kita tahu memang susah untuk Muhyiddin menjawab hujah-hujah Anwar kerana kelemahan orang Melayu timbul daripada berbagai sebab dan punca. UMNO yang memerintah sekian lama tidak boleh lari dari bertanggung jawab dalam hal ini. Ada baiknya Muhyiddin baca tulisan Suflan Shamsuddin di Malaysia Today mengenai siapa yang menjadi “pengkhianat” kepada Melayu.

Nasib kita di Malaysia malang sekali. Pemimpin kerajaan BN takut benar hilang kuasa. Takut kalau rakyat akan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Mereka takut kepada Anwar Ibrahim sehinggakan menuduhnya pengkhianat dan “sodomist”. Mereka hanya tahu buat tuduhan liar. Ini kerana mereka tak mampu nak lawan dasar dan politik mesra rakyat yang dibawakan oleh Ketua Pembangkang secara hujah dan fakta dengan sopan dan tertib. Muhyiddin dan para pemimpin UMNO tidak faham yang orang lain juga ada pandangan dan pendirian politik yang tersendiri. Mereka hanya mahu orang Melayu ikut telunjuk UMNO sahaja. Ketakutan itulah yang membuat Muhyiddin dan hulubalang-hulubalangnya berteriak “pengkhianat” apabila berdepan dengan Anwar. Mereka sangka rakyat akan percaya fitnah ini untuk membolehkan mereka mengguna apa cara sekali pun termasuk kekerasan untuk menahan kemaraan Anwar yang membawa politik telus dan mesra rakyat.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir akan menjadi kayu pengukur sejauh mana “kejayaan” taktik kotor UMNO dan BN yang selalu digunakan terhadap lawannya. Selepas pilihan raya kecil Manik Urai, UMNO kini kembali sombong seperti dahulu; mereka yakin ada peluang yang baik. Mereka ada “formula Manik Urai” yang akan digunakan di Permatang Pasir. Kita semua tahu “formula” ini dan saya harap pengundi Permatang Pasir cukup matang untuk menerima atau menolak “formula” UMNO dan BN nanti. Tetapi jangan sekali-kali tukar pilihan hati sanubari kita.

Jika kita mahu kepada kebenaran, keadilan dan ketelusan, ingatlah bahawa PAS adalah rakan Pakatan Rakyat. Pilihlah calon PAS untuk pilihan raya kecil ini. Saya yakin segala masalah remeh antara parti-parti dalam Pakatan akan diselesaikan dengan baik. Semua ahli parti harus bekerjasama demi kepentingan rakyat. Semoga PAS dan Pakatan Rakyat akan berjaya. Ini adalah antara langkah awal kita untuk menolak UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, demi demokrasi dan negara yang lebih bermaruah, aman dan makmur tidak lama lagi.

Explore posts in the same categories: 1

9 Comments on “Pilihan raya kecil di kawasan “pengkhianat””

  1. bkho Says:

    Saya percaya Muhyiddin tidak akan mendapat peluang untuk naik “takhta”.
    BN = Bini Najib
    Kita sekarang mempunyai PM “wanita” yang pertama di negara kita.


  2. […] Pilihan raya kecil di kawasan “pengkhianat” Muhyiddin Yassin sekali imbas nampak seperti serorang yang tenang dan tidak gopoh-gapah. Dia berusaha keras untuk […] […]

  3. bigjoe99 Says:

    Kalau MCA dapat RM10 juta untuk PKFZ sebuah project berbillion-billion ringgit, berapakah yang didapat oleh UMNO dan ahli-ahlinya? RM100-200 juta sekurang kurang nya. Tidak mungkin UMNO orang beri makan MCA tanpa bahagian besar dimakan sendiri..Dan ini Ong Tee Keat baru jadi menteri. Dua menteri pengangakutan tentu ada, Jadi RM500 juta untuk UMNO dan ahli ahli nya pun tidak hairan…

  4. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Saya dari dahulu lagi tak percaya kepada pemimpin UMNO. Kemuncaknya ialah pada masa DSAI dijatuhkan oleh gerombolan-gerombolan UMno.

    Untuk pengetahuan Dato, saya ni berasal dari Pmtg Pauh. Saya biasa meminta bantuan sumber kewangan pelajaran dari pemimpin besar Umno P.Pinang, tapi pulang dengan rasa sungguh penuh kecewa.

    Tak payahlah di ceritakan lebih lanjut. Tapi saya berusaha gigih tanpa perlu bergantung kepada ketuanan Melayu seperti yang mereka laungkan.

    Dato, sebenarnya Umnolah pengkhianat be

  5. kzaman09 Says:

    besar orang melayu pada kacamata saya. Untuk pengetahuan Dato, dalam PRK ini, saya rasa peluang Umno untuk menang memanglah tipis. Bagi Orang Pmtg Pauh, DSAI ni umpama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan.

    Tak usahlah TPM membuat serangan peribadi, sebab segala percakapan yang keluar dari mulut seorang yang kononnya digelar sebagai TPM, melambangkan sejauh mana ilmu dan pemikiran yang dia miliki.

    Adalah lebih baik beliau memberi tumpuan yang lebih serius kepada wabak H1N1 yang tak terkawal sekarang ini, sebelum banyak lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Beliau harus ingat rakyat akan mengecam beliau pula pengkhianat sekiranya banyak nyawa melayang gara-gara wabak bahaya ini.

  6. fair2 Says:

    DMH, just in case you don’t know , let me tell you this; Dato Zaid resigned as a senior minister as a matter of principle to protest the abuse of human rights via Internal Security Act.

    As for Anwar Ibrahim, I am sure that he was quite ‘clean’ during his tenure in the government; otherwise it would have been easier for Mahathir to ‘convict’ him on corruption charges rather than some dubious charges which no one believed .

  7. sandusdawood Says:

    kekuatan manusia pada mental nya,keceluparan pimpinan
    umno sekarang menjadi2,seolah seorang itu sedang mengalami panggilan ilahi mencari2apa pon yg buleh berpaut utk melambatkan2 kematian walau dgn menipu malaikatmaut.tingut apa yg di katakan naib p/umno di muadzamshah membayangkan betapa dangkal penghujahan, saya harap ada jawapan2 terhadap kenyataan buduh nya.
    juga tingut kenyataan menteri dlm negeri dlm hujah nya
    mempertahankan isa ,sangat2 tidak relevan, di kait nya dgn perkauman, main terjah saja.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: