PAS-Dulu Dan Sekarang

Saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar anjuran PAS di Kota Bharu pada Sabtu lalu (15 Ogos). Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PAS Kelantan kerana penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Maklumlah sayalah orang yang menyaman kerajaan negeri pada suatu masa dulu berhubung soal hukum hudud. Namun sebagaimana yang pernah saya jelaskan dahulu, saman itu dibuat atas dasar perundangan dan Perlembagaan, dan tidak ada kena-mengena dengan agama. Kalau ingin tahu lebih lanjut hal itu, saya telah jelaskan dalam buku saya “Saya Pun Melayu”.

Yang menarik dalam seminar Sabtu lalu adalah perbincangannya berkisar hal-hal dalamam dan permasalahan parti yang diperkatakan secara terbuka. Itulah tanda keterbukaan PAS masa kini. Seminar itu diadakan di dewan Kelantan Trade Centre, sebuah bangunan canggih bertaraf 5 bintang, untuk membuat post-mortem keputusan pilihan raya kecil Manek Urai serta merangka perancangan kekuatan PAS di masa depan. Kalau dalam tahun 1990 dulu bila UMNO teruk, pemimpin mereka berkata PAS hanya dapat bertahan satu penggal saja. Kini terbukti PAS telah memerintah Kelantan selama lima penggal dan sekarang menguasai Kedah pula. PAS telah bertambah maju manakala UMNO bertambah tempang.

Di seminar itu, saya telah mencadangkan PAS supaya jangan berpuas hati sebagai parti orang Kelantan sahaja. PAS, sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, dan sekarang berkuasa di Kedah, harus befikir sebagai parti nasional. Putrajaya mesti menjadi sasaran PAS dan Pakatan Rakyat. Amatlah perlu PAS meneroka jalan baru dalam usahanya meluaskan pengaruh. Bukan saja intipati mesej politiknya perlu disampaikan dengan yang lebih canggih, pendekatan baru juga diperlukan supaya lebih ramai orang Melayu dan Islam menerimanya. PAS harus yakin bahawa ia adalah alternatif kepada UMNO untuk orang Melayu.

Pada masa yang sama, mesej politik PAS pula mestilah mendapat sokongan semua kaum, atau sekurang-kurangnya orang bukan Islam tidak menentang atau menolak PAS. PAS mesti memperjuangkan hak asasi maanusia atau ‘human rights” yang memangpun dituntut oleh Islam. PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia ada lebih 100 suku kaum dan kepercayaan agama yang berbeza. Saya setuju dengann kata-kata YB Dato Nik Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, iaitu cara atau proses penyampaian sama pentingnya dengan dasar dan intiparti perjuangan parti. Kita mesti bulatkan kata. Jangan pula pepat di luar, pencong di dalam.

Walau pun sudah banyak perubahan dalam PAS hari ini berbanding tahun-tahun 1990an dahulu, masih ada segolongan kecil pemimpin mereka yang was-was tentang cita-cita parti lain dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada juga parti lain dalam Pakatan yang turut syak wasangka terhadap PAS. Ini mesti berubah dan perlu diatasi oleh pucuk pimpinan Pakatan. Hanya kekuatan muafakat sebenar dari ketiga-tiga parti Pakatan ini mampu mengatasi Barisan Nasional.

Kita tahu UMNO akan sentiasa mempermainkan cita-cita kita dalam Pakatan kerana memang tabiat mereka suka memperlekehkan keupayaan orang lain. Bukan sahaja Pakatan, malah orang Melayu dan Islam yang mereka tak suka juga mereka hina dan jatuhkan maruah. Tetapi itu tidak mengapa. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP serta parti parti lain di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi BN jika pilihan raya yang bersih dan adil dapat diadakan. Syaratnya kita mesti teguh bersatu. Ketiga-tiga parti Pakatan ini tahu bahawa mereka hanya mampu mengatasi BN dengan dasar yang kukuh dan kemas yang dicapai secara perundingan dan konsensus serta boleh dipercayai oleh rakyat semua kaum.Menjadi rakan hanya untuk membantu dalam masa berkempen pilihan raya tidak cukup. Kita harus menjadi sahabat dan saudara seperjuangan untuk memastikan berakhirnya era ketidakadilan UMNO dan BN.

Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti ini sudah pun bersetuju dengan prinsip-prinsip utama perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma huraian yang terperinci perlu dibuat di atas platform dan dasar bersama ini. Jika ini dapat dipenuhi dengan isi yang memuaskan, maka proses untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan atau wadah rasmi akan berjaya tidak lama lagi. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, apa-apa isu remeh dan salah faham sesama pemimpin dan ahli perlu diselesaikan segera. Rakyat pula diharap bersabar dengan proses ini. Saya yakin jika rakyat dapat menanggung sengsara UMNO dan BN lebih 50 tahun, apa salahnya diberi peluang untuk Pakatan bersiap sedia mengharungi badai politik. InsyaAllah hasrat rakyat melihat Pakatan bersatu melawan BN satu lawan satu akan tercapai juga akhirnya.

Explore posts in the same categories: 1

6 Comments on “PAS-Dulu Dan Sekarang”

  1. stupidmalaysianpolitics Says:

    i have been reading your posts lately and i really like your positive attitude. this is a simple attitude but has a lot of strength. for me, knowing that someone like you is working towards improving malaysian lives – insha Allah bright future is ahead of us.

  2. pakmalekbaretta Says:

    Salam Reformasi Sdr Zaid daripada Pakmalekbaretta @ Pak MB….

    Kepimpinan kita perlu memperkemaskan tahap perhubungan di semua peringkat dalam PR. Pak MB berpendapat bahawa skop kefahaman & kompromi yang tinggi di peringkat kepimpinan perlu diperturun & diterjemahkan dengan sejelas-jelasnya ke peringkat bawahan (akarumbi) parti masing-masing.

    Pak MB yakin bahawa tragedi rampasan kuasa di Perak (contohnya..) adalah atas kehendak Allah jua. Dengan bantuanNYA tersebut maka kini kepimpinan DAP Perak mengiktiraf ‘secara total’ akan kewibawaan & kepimpinan YB Ir Nizar serta (yang paling penting) mula memahami dan/atau bersedia untuk membuka minda mereka bagi memahami akan kehebatan, keindahan & keadilan Islam. Malah ada di antara mereka yang telah mula menggunakan ayat-ayat Allah sebagai panduan & rujukan dalam kempen masing-masing. Mungkin tidak keterlaluan jika sekiranya Pak MB menyatakan di sini bahawa kepimpinan DAP Perak kini berada dalam keadaan yang lebih matang dan tenang serta mudah berkomproni (dengan PAS & PKR) apabila dibandingkan dengan rakan-rakan DAP mereka di negeri-negeri lain.

    Pada waktu yang sama, Pak MB tidak nampak adanya perhubungan dalaman PR (secara total) yang kemas di Selangor terutamanya di peringkat DUN dan akarumbi. Pak MB kerap menerima keluhan dari sahabat-sahabat (baik dari kalangan PKR, PAS & DAP) tentang insiden-insiden negatif seperti perebutan kawasan, perjawatan masjid/surau, penguasaan pengurusan pasar pagi/malam, pengagihan peruntukan DUN dan sebagainya.

    Pak MB juga yakin bahawa serangan umno/bn (dengan bantuan sayap umno yang lain seperti macc & pdrm dll..) terhadap Kerajaan PR Negeri Selangor ketika ini adalah juga merupakan kehendak Allah jua. Mungkin episod ini akan membuka mata semua pihak dalam PR akan kepentingannya untuk memperkemaskan perhubungan sesama sndiri. Kita juga telah mula merasai akan adanya kelemahan kewibawaan & pendekatan pentadbiran kepimpinan Negeri Kerajaan Selangor sediaada yang telah memberi ruang kepada pihak musuh untuk ‘re-group’ dan perolehi keupayaan merancang dan menyerang hebat PR dalam masa hanya setahun lebih kita mengambil-alih penguasaan pemerintaan Kerajaan Negeri Selangor.


  3. […] Links to this post PAS: DULU DAN SEKARANG Selasa, Ogos 18, 2009 | Author: Tok Kiyai oleh ZAID IBRAHIM […]

  4. bigjoe99 Says:

    Memang masuk akal untuk PAS berpandangan lebih luas dari kawasan traditional mereka. Tetapi PAS tidak dapat meluaskan pengaruh mereka jika mereka tidak dapat mempertahankan kubu mereka. Itu realitinya dengan serangan hendap UMNO sekarang yang diketui Muhiyiddin and Zahidi Hamid. Mereka sekarang berani menyerang kewibawaan Nik Aziz sendiri memutar belit cakap cakap nya. Nik Aziz patut di belai oleh parti parti component PR terutamanya PKR dan jangan biar dia sendiri sahaja membelai diri sendiri walaupun did mampu.

  5. teanrean Says:

    Datuk Zaid,

    Majlis peguam salah. Mahkamah tinggi salah. PIBG salah.
    Uztaz Nik Aziz salah, Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim apa lagi?

    Tambah pula Ronnie Liu, Karpal Singh, LKS dan semua orang bukan Islam.

    Yang betul cuma UMNO?

  6. katunai Says:

    PAS Dulu dan Sekarang..
    1. Pemimpin2 PAS perlu lebih bijak berhadapan dengan media. mereka perlu mahir dalam menjawab sebarang persoalan dari pihak media terutamanya media2 yang sudah dikenal pasti akan memutar belitkan fakta sebenar.
    Jangan mudah terlompat untuk membuat kenyataan media dalam sesuatu perkara melibatkan kepentingan parti.
    Mungkin ramai menyedari bahawa kebanyakan pemimpin PAS terlalu ikhlas dan jujur serta lurus dalam menjawab soalan2 pihak media,jadi mereka perlul berhati2 dan Datuk Zaid kena bagi kursus khas kepada pemimpin PAS ini, soalan2 peguam dengan pihak media lebih kurang sama saja,boleh putar belit…
    (macam pak lah mula2 jadi PM,dia ada penasihat khas untuk menjawab soalan pihak media)

    2.Ahli PAS dulu adalah dikalangan orang tua2 yang berpendidikan tidak formal dan pondok lama. Pemikiran mereka kurang terbuka dalam isu2 global. sementara hari ini,ahli PAS terdiri dari berbagai peringkat dari biasa hingga profesional termasuk juga dikalangan pemimpim2 tertinggi.
    Para profesional Agama ini perlu lebih terbuka dalam mengatur strategi politik Islam sesuai dengan situasi dan kehendak semasa tetapi tidak boleh lari dari dasar parti.

    3. Pemimpin PAS perlu bijak dalam mengetengahkan sesuatu isu agar sentiasa nampak profesional.

    4. Pemimpin PEMUDA PAS sekarang perlu lebih mantap dan profesional,jangan terikat dengan sistem politik tradisional. Kepada ketua pemuda; bagi saya,isu calon UMNO pematang pasir berkahwin dua dan mengabaikan isteri keduanya itu sepatutnya tidak dilaungkan oleh PEMUDA PAS,isu itu adalah hak peribadi individu dalam rumahtangganya sendiri,menghebohkan hak peribadi itu sama juga mendedahkan keaiban orang lain,itu bukan isu nasional. JAdi kena hati2 untuk menjadikan PAS lebih terkini..
    wassalam


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: