Calon BN

Kalau anak-anak kita berniat atau bercita-cita mahu menjadi peguam, maka syarat kelayakan perlu diberitahu kepada mereka terlebih dahulu. Selain dari mendapat ijazah undang-undang, mereka mestilah mempunyai rekod yang menunjukkan mereka adalah “a fit and proper person”. Peguam mestilah seseorang yang tidak melakukan perkara jenayah, tidak muflis dan tidak menipu. Malah dia tidak boleh melakukan apa-apa saja perbuatan yang boleh dianggap cemar atau menunjukkan buruk pekerti. Oleh kerana kerjanya melibatkan orang ramai, maka kepercayaan orang ramai kepadanya mestilah kukuh dan tidak terjejas. Dia tidak boleh pecah amanah. Itulah syarat-syarat asas nak jadi peguam .

Lainlah kalau anak-anak kita bercita-cita nak jadi wakil rakyat Barisan Nasional. Untuk mencapai cita-cita itu, dia tidak memerlukan rekod yang baik atau bersih dalam hal urusannya dengan orang ramai. Lihat sahajalah calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, iaitu Rohaizat Othman, yang telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam kerana syarikat guamannya menggunakan wang kliennya , sabuah koperasi,kira-kira RM160,000. Peguam tidak boleh menggunakan wang pelanggan mereka selain dari tujuan asal wang itu diberi kepada peguam tersebut untuk disimpan.

Orang kuat UMNO Zahid Hamidi, yang kini menjadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang, dan Ketuan Penerangan nya menganggap Rohaizat sebagai ‘hero”telah mempertahankan Rohaizat sebagai pilihan terbaiknya. Tak mahu ketinggalan , Muhyiddin Yassin turut menyokong Zahid. Apa lagi mereka nak buat, dah tak ada calon lain. Lalu mereka berkata kesalahan calon itu sebenarnya isu persepsi semata-mata. Mereka tuduh bekas rakan kongsi Rohaizat bernama Yusri yang bersalah. Tak pasal-pasal orang lain kena.

Majlis Peguam pecat Rohaizat lama sabelum hari penamaan calon. Majlis Peguam tidak tahu BN akan pilih Rohaizat. Mereka membuat keputusan berdasarkan penyiasatan rapi. Mahkamah Tinggi pula telah pun mendengar rayuan Rohaizat dan menolaknya; ia mengekalkan keputusan Majlis Peguam yang telah menggugurkannya sebagai seorang peguam. Jadi bila para pemimpin UMNO kata itu soal persepsi, mereka jelas tidak mengerti makna perspesi. Mereka cuba menutup hakikat sabenar. Apakah mereka ingat rakyat Malaysia masih jahil? Malah bila rakyat berkata UMNO sekarang terlalu perkauman, penuh dengan rasuah dan gila kuasa, para pemimpinnya pun kata itu persepsi. Tetapi kita tahu ini semua bukan persepsi. Ini semua ada bukti dan asasnya. Perkataan persepsi itu tidak boleh digunakan bila ada asas kukoh. Persepsi ertinya tanggapan yang tidak ada asas.
.

Begitulah UMNO. Kepada mereka, orang yang tak layak jadi peguam, masih layak untuk menjadi wakil rakyat. Nampaknya soal amanah dan akauntabiliti kepada rakyat sudah tidak penting lagi buat UMNO. Itulah nilai politik parti keramat ini. TPM Muhyiddin Yassin , yang mulakan kempen tuduh Anwar Ibrahim pengkhianat, sekarang pula membelasah Majlis Peguam, kononnya badan itu ada agenda sendiri untuk membantu pihak pembangkang. Sedangkan Majlis Peguam hanya menjelaskan keputusan yang diambil oleh mereka mengikut lunas undang-undang. Mahkamah Tinggi pun sudah setuju dengan Majlis Peguam. Agak nya dalam pemikiran Muhyiddin, Mahkamah Tinggi juga ada agenda lain. Bagitulah UMNO, selagi kita tak setuju dengannya, semua pihak dianggap ada muslihat menentangnya. UMNO kini hidup dalam ketakutan.. Semoga orang Permatang Pasir sudah bersedia untuk memberi pengajaran kepada UMNO..

Explore posts in the same categories: 1

8 Comments on “Calon BN”

  1. fair2 Says:

    Dear Dato Zaid,

    My take is RM 161k is peanut to Umno; as the famous saying of Erasmus :-

    ” In the land of the blind the one eyed man is king”.

  2. bigjoe99 Says:

    Permatang Pasir hanya akan menerajui apa yang akan di buat oleh SELURUH NEGARA untuk mengajar kebiadapan UMNO…

  3. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Untuk menjadikan kita sebagai manusia, kita perlu amanah dan jujur walau apa pun pekerjaan kita.

    Orang yang jujur dan amanah akan di pandang tinggi dan di hormati dari manusia yang sekadar mengejar kedudukan dan pangkat yang bersifat munafik.

    Bila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, terputuslah amalannya dengan kehidupan di dunia kecuali 3 perkara:

    1. Bersedah jariah.

    2. Ilmu yang di pergunakan orang.

    3. Anak soleh yang berdoa kepada ibubapanya.

    Kesimpulannya ialah, di masa-masa kita masih hidup di dunia ni, berbuatlah seberapa banyak amalan baik kepada sesama manusia dan tidak pentingkan diri sendiri walau apapun alasannya.


  4. […] Calon BN Kalau anak-anak kita berniat atau bercita-cita mahu menjadi peguam, maka syarat kelayakan perlu diberitahu kepada […] […]

  5. katunai Says:

    UMNO masih berada di dunia khayalan,yang betul semua UMNO,orang lain selama tidak menyokong UMNO BN tidak betul walaupun hakikatnya betul

    calon UMNO Permatang Pasir walaupun sudah terang lagi bersuluh melakukan amalan yang bertentangan dengan etika guaman sehingga digugurkan dari menjadi peguam masih tetap mendapat sokongan padu dari pemimpin tertinggi.

    tindakan sokongan ini hampir sama dengan amalan masyarakat arab jahiliah yang mengamalkan dasar asobiyyah.

    ini kes di semenanjung,ada juga yang mendedahkannya.
    di Sabah,ramai YB2 UMNO BN yang melakukan berbagai kesalahan tetapi tetap juga dipilih menjadi calon dan menang.

    PRU 12 yang lalu,ada calon UMNO yang pernah ditangkap dan didakwa di mahkamah Indonesia kerana “kesalahan memasuki negara tersebut secara tidak sah”. itu kata surat khabar.
    perkara sebenar kenapa mereka ditahan tidak didedahkan oleh surat khabar kerajaan.

    kalau setakat kesalahan imegresyen tu tak brapa berat. tetapi persoalannya kenapa mereka memasuki Indonesia secara tidak sah. YB ini merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya raya,tak kan tak mampu nak buat pasport?
    ini satu kes.

    Banyak lagi kes salah laku yang tidak melayakkan YB2 UMNO tidak layak menjadi pemimpin…

  6. kangfahri Says:

    salam dato.

    Jujurnya semasa dalam umno dahulu dato adalah orang no 2 paling saya benci selepas nazri aziz,seolah tiada lagi pandangan baik untuk dato, namun setelah apa yang dato lakukan saya agak terbuka sedikit ruang dan pandangan kepada dato, mungkin rakyat terus akan menilai dato, sikap dan pendirian itu mungkin hanya ALLAH lah yang MAHA TAHU namun dari apa yang dilihat dato seperti cuba memperbaiki diri,

    syabas diucapkan kepada dato,

    segala salah dan silap dato diharapkan ikhlas dan jujur mengaku untuk keberanian dan kebenaran, dan kemudian perbaiki yang mana yang silap, pemimpin seperti inilah yang ditunggu oleh rakyat, tidak hina dan tidak dayus barang sedikitpun melihat jika dato berbuat seperti sedemikian.

    didoakan moga dato sentiasa beristiqamah dan terus berjuang di atas landasan kebenaran, kerana kebenaran itu jelas dan kebatilah itu juga jelas. akhir kata moga malaysia terus didalam rahmat ALLAH dengan pemimpin2 yang beriman. wsalam

  7. grkumar Says:

    http://takemon.wordpress.com/

    In order for us to be absolute judges in the causes of others, some introspection is required. Honesty is the fuel of real couage.

    There is a tinderbox political and social landscape out there which we fuel through malicious and opportunistic garbage in the name of freedom of expression and democracy which is a self inflicted moral wound that needs healing.

    GR Kumar

    http://takemon.wordpress.com/

  8. azymechanical Says:

    UMNO kian takut dengan orang2 disekelilingnya.

    Mungkin satu hari nnt, mereke sendiri tidak mempercayai antara satu sama lain lagi.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: