Beza PAS Dan UMNO?

Rasa gembira dan puas hati selepas berkempen di Permatang Pasir bertukar menjadi gelisah dan penuh kebimbangan. Dalam keadaan negara yang tak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan oleh UMNO dan media miliknya serta kes yang melibatkan kematian petugas Pakatan Rakyat, tiba-tiba YB Hassan Ali, Exco Selangor, mengeluarkan kenyataan pada hari membuang undi di Permatang Pasir bahawa orang-orang Islam yang didapati minum beer atau arak akan ditangkap oleh pegawai-pegawai Majlis dan Jabatan Agama yang akan diberi kuasa. Apa niat sebenar beliau? Nampak nya begitu yakin sekali ketua PAS ini dengan kekuatan mereka sekarang hinggakan sanggup mengambil risiko ini.

Saya kata risiko kerana tidak cukup dengan itu, Hassan Ali juga akan menangkap orang Islam yang berkerja di tempat minuman itu dijual atau ada kaitan secara langsung dengan penjualan itu. Mengikut laporan berita beliau menyatakan bahawa orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Nampaknya ini akan melibatkan pekerja Melayu dalam hotel, bar, pub dan mana-mana tempat yang menjual beer atau arak seperti kedai runcit, kedai 7-Eleven dan banyak lagi. Drebar lori yang kerjanya mengangkat minuman haram itu juga mungkin dikenakan tindakan. Mungkin juga pegawai kastam yang menilai cukai barangan itu juga dikenakan tindakan.

Kalau kita ikut lojik YB itu, semua pegawai Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan juga bersalah kerana membenarkan beer dan minuman yang dianggap haram dijual di Malaysia, kerana ia membolehkan orang Islam membelinya. Saya tidak tahu bagaimana penguatkuasaan arahan seperti itu akan dilaksanakan tanpa kerumitan yang besar.

Saya juga hairan mengapa Hassan Ali ghairah mahu menangkap orang dan tidak pula mencadangkan perkara yang lebih mudah dilaksanakan. Sepatutnya semua beer dan minumam keras diharamkan sahaja di seluruh Selangor, barulah ada keadilan sejagat. Bukan ikan bilis saja jadi sasaran, malah orang elit pun tidak boleh atau selindung di sebalik undang-undang. Nanti bila PAS mengambil alih Putrajaya, boleh lah pula diharamkan beer dan minuman keras di seluruh negara. Ini samalah seperti cara kerajaan mengharamkan dadah di negara ini. Inilah saja cara kita boleh memastikan orang Islam tidak dimalukan di khalayak ramai apabila didapati bersalah seperti keadaannya sekarang ini. Cara-cara yang lain hanya akan menyusahkan orang yang tak ada kena-mengena dengan perbuatan itu iaitu minum minuman keras.

Ketua Pemuda PAS pun tak kurang hebatnya kerana mendesak kerajaan supaya membatalkan konsert kumpulan pop Michael Learns To Rock yang akan diadakan di Genting tidak lama lagi. Saya tak faham apa tujuan bantahan itu dibuat. Saya juga tak pasti sama ada puluhan ribu umat Islam akan ke Genting, tempat perjudian antarabangsa yang diluluskan oleh kerajaan, untuk menonton konsert itu. Lagipun, kalau konsert itu tidak dibenarkan sekali pun, orang Islam yang berminat masih boleh menonton DVD kumpulan itu setiap hari. Kalau pun tak ada DVD pun, masih boleh download dari internet atau mendengar lagu-lagu kumpulan itu di radio dan TV. Jadi apa hasil dari perbuatan mengharamkan konsert itu? Jangan lah ikut pemimpin BN/UMNO yang membenarkan konsert tapi kerana penaja konsert itu syarikat minuman keras maka orang Islam tidak dibenarkan menonton. Kita sudah menjadi Negara “apartheid” sekarang ini. Beza nya kita guna agama untok memisahkan rakyat dan regim apartheid Afrika Selatan pula menggunakan ras atau warna kulit. Jangan lah mengambil pendekatan mudah saperti BN dan UMNO. PAS mestilah menunjokan keupayaan membuat keputusan mentadbir yang lebih harmonis, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan. Kalau tidak, rakyat yang lebih sederhana pemikiran dan amalan hidup mereka, dan dari golongan muda, akan menganggap PAS parti yang ekstrem. Ini akan menjejaskan peluang PAS untuk memerintah Kerajaan Pusat. Mungkinkah PAS sekarang tidak berminat lagi untuk menang pilihan raya atau memerintah Kerajaan Pusat kerana lebih suka berjuang untuk mengharamkan itu dan ini daripada menggunakan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana yang diajar oleh tokoh-tokoh besar Islam?

Malah, dari peringkat tertinggi PAS pula, Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan supaya mengekalkan hukuman rotan terhadap seorang wanita Islam yang didapati bersalah minum beer. Pemimpin PAS itu merasakan itulah cara terbaik untuk menunjukan amalan Islam kepada dunia. Orang-orang “kafir” di Barat yang mendalam ilmu “jurisprudence” hukum mereka, selalunya tidak mengenakan hukuman berat kepada orang yang melakukan kesalahan buat kali pertama, kecuali bila menerima hukuman mandatori. Mereka mengambil kira fakta lain dalam pertimbangan mereka bagi pesalah kali pertama, terutama bagi orang yang telah mengaku secara sukarela bahawa mereka bersalah. Dalam kes wanita Islam itu, dia telah pun mengaku salah dan menyesali perbuatannya. Setahu saya cerdik-pandai agama Islam juga banyak bercerita tentang firman-firman Allah yang menggalakkan kita supaya memaafkan orang yang sedar perbuatan salah mereka.

Dalam hal ini saya menganggap tindakan dan kenyataan Perdana Menteri supaya hukuman rotan ini digunakan sebagai langkah terakhir atau “last resort” adalah wajar dan berpatutan. Ingatlah bahawa Islam bukan agama birokrasi; ia penuh hikmah dan kebijaksanaan. Kalau tidak masakan tamadun Islam begitu gemilang dan dihormati dunia pada suatu masa dahulu. Jadi saya harap Mahkamah Syariah di Pahang tak payahlah tunggu pesalah membuat rayuan; mereka ada kuasa untuk menyemak dan mengkaji semula keputusan mereka, sama seperti mahkamah-mahkamah lain di dunia ini.

Saya juga berharap bahawa rakan-rakan PAS saya dalam Pakatan Rakyat supaya memikirkan semula perkara ini. Jika benar kita berjuang untuk menegakkan keadilan, perkara paling utama yang mesti kita perangi habis-habisan adalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta perbuatan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama. Semua ini boleh menghancurkan masyarakat. Pengalaman menunjokan bahawa ada kerajaan Islam di luar negara hari ini yang ghairah nak tangkap dan sebat orang Islam masih bergelumang dengan najis rasuah dan penyelewengan. Banyak pula anak muda mereka terjebak dengan dadah, dan mengandong tanpa bapa. Banyak lagi perkara yang Pemuda Pas boleh memberi perhatian yang hasilnya tentu lebih memberi manfaat kapada orang Islam. Imej Islam yang macam mana kita mahu mempamerkan?

Explore posts in the same categories: 1

23 Comments on “Beza PAS Dan UMNO?”

  1. Dark Knight Says:

    Dear Sir,

    PAS must decide what the want to be. A political party or a religious missionary group. The two seems to be poles apart. Politics is an art of possibilities and religion is an act of faith.

    We have seen what so called ‘religious’ people has done to places like Afghanistan or Somalia. They completely destroy any semblance of a country.

    On one end PAS is quite determine to drag us back to the stone age and on the the other UMNO is hell bent on destroying this country with is corrupt ways and abuses. We are caught between the devil and the deep blue sea.

  2. timmysay Says:

    I was trying to write the exact same thing, but you did it better! Thanks for voicing out and preventing a PAS-DAP War II.

    Ustaz Nasha thought by winning big in Permatang Pasir, he could afford to voice his controversial statement after his long silence. He is trying to regain some lost ground, only to find out he will lose more later.

    Nasrudin, I did not doubt his loyalty, but his politic IQ is pathetic. He looks at the world and issues through a key hole. That’s why small petty problems look so huge to him.

    Hasan Ali, this guy is smart but with too much motives. He’s hoping DAP to bite on his latest statement. Let me try to give him some suggestion, instead of catching Muslim beer drinkers, why don’t him and his staffs spent some time in Sportstoto, Magnum and Da Ma Cai shop during Ramadhan. He will be surprise with the amount of sins committed there.

    Datuk Zaid, last but not least, do talk to Hadi too, if you have the time. He’s pure, simple and a good man, but he’s too easy to be persuaded by wrong advice. In short, he is not too political-savvy, but he listens. Make sure he understands that Putrajaya remains the ultimate goal and Islam won’t be forsaken because of that.

    http://www.twitter.com/timmysay

  3. mountdweller Says:

    Salam Dato’

    Saya dari awal lagi agak tidak senang dengan beberapa statements dari YB ni. Adakah dia ni manusia jenis celupar atau cakap tanpa berfikir panjang akibat dari apa yang dia perkatakan?

    Dia ni motivator tanpi tindak tanduk dan tutur katanya tidak melambangkan kedalaman berfikir.

  4. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Saya berpendapat segala kegawatan sosial yang berlaku mutakhir ini kepada negara kita adalah berpunca dari silap tadbir kerajaan BN sekarang. Maafkan saya andainya saya silap.

    Contohnya dalam kes arak, sepatutnya, mengapa umno dari dahulu lagi tidak mengadakan undang-undang mencegah orang-orang melayu terutamanya di kota-kota besar seperti K.L dari terlibat aktiviti berkaitan dengan arak. Sekarang gejala itu dah tak terkawal.

    Umno hanya retorik dalam hal-hal keagamaan tapi tidak berbuat apa-apa. Mereka hanya bangga dengan kehidupan duniawi tapi tak peduli langsung akan kehidupan ukhrawi.

    Jangan salahlah majoriti rakyat berugama islam negara ini yang rata-rata mempertikaikan akan penangguhan perlaksanaan hukuman kes Kartika. Ini pada pandangan mereka mencemarkan kesucian agama islam itu sendiri walau pun di pertikai oleh banyak orang yang tak faham hukuk-hakam agama islam.

    Bagi saya kes

    • koolgeek Says:

      this is a multiracial, multireligious country. what do you mean by ‘gejala’?

    • koolgeek Says:

      the answer to this problem is coexistence. there are laws already in place that prevent sale to and consumption of alcohol muslims. so it is wrong to say there aren’t any laws.

      as for earning a decent living in alcohol related business, i don’t think this is a problem. if muslims are strong in their faith, they will stay clean of alcohol even if they work in a place that serves alcohol.

      people who think like you are not practical. this is what i call cave mentality. MAS serves alcohol on board. Hotels too. by your logic, many muslims in malaysia will be jobless.

      it’s amazing how Muslims in Msia focus on the cosmetic rather than the true meaning of islamic values.

      fyi, many non Muslims in Msia stay clear of alcohol too (except on special occasions), but why in urban cities, alcoholism is such a big problem among Malays?

      think about it.

  5. kzaman09 Says:

    ini adalah sama seperti kes-kes lain walaupun kes-kes lain bukan kes syariah. Orang salah tetap salah sebab melanggar undang-undang.

    Perkara utama di sini ialah undang-undang telah dicabul. Dato jangan samakan dengan pemimpin BN, undang-undang mereka cabul terang-terangan macam kes di Perak tu, sungguh memalukan. Kerajaan negeri hanya akan jatuh sekiranya undi tak percaya di adakan di dewan undangan negeri, bukan di tempat lain. Kalau benda tu A ia tetap A, bukan B.

    Saya adalah layman Dato, tapi pada saya kalau dah termaktub dalam perundangan maka memang dah tak boleh ubah. Tak payah berhujah panjang. Macam mana orang luar tak kata mahkamah Malaysia Mahkamah Kanggaro. hakim-hakim tu semuanya tak menggunakan akal fikiran.

    Seperti yang Dato katakan tentang Hassan Ali tu, saya memang tidak setuju dengan tindakannya yang agak keterlaluan, walaupun saya ini agak tidak boleh berkompromi dengan orang-orang yang telah melanggar undang-undang baik sivil ataupun syariah.

    Dalam islam kita perlu bijak menangani sesuatu permasaalahan seperti kes arak. Kebijaksanaan kita dapat menyesaikan kes itu tanpa menjejaskan hukuman yang telah di tetapkan. Ibarat kata umpama menarik rambut dalam tepung agar tepung tidak berselerak.

  6. bctan266 Says:

    I am sure those leaders of PAS realize that many of PAS’ seats have been won with the help of the non-Malays. The latest in Permatang Pasir is just another one.

    So in the light of that fact, to many of us the recent divisive overtures by some of PAS’s leaders (though well intended in their hearts) somehow are causing the party to appear as if it is sliding back dangerously to the days of old when most liberal-minded people would not touch PAS with a barge pole.

    That old mentality of “better-the-UMNO-devil-we-know-than-the-Talibanised-heads-that will-run-riot-over-our-lives-with-PAS” applied. Will it again be such?

    Now, Hassan and Nasha, and others yoked by the same burden of assuming the role of morality police, you are really playing the spoiler to a future Malaysia that is liberal and internationally acceptable.

    Are you willing to destroy the nascent hope that promises so much to future Malaysians.

    Islam, I know, is about tolerance too. That was always the plank of my talk with friends who would not touch PAS.

    And now you are using the platform of Islam to show how narrow and intolerant you are. And to make worse the sense of betrayal that I am feeling, you were the faces of liberal Islam in my book, at one time.

    In obsessively pushing your agenda you stomp on the very people who gave you the support.

    Collectively, we held high our hopes in you when we put our cross for Pakatan on 8th Mar 2008. Alas, now you go and spoil it by doing something stupid (to many of us, your desire to see the “dominance of form over substance” is narrow-mindedly stupid)!

    In our book, and yours too, a betrayal of trust is sinful. It does not matter whose book we are using. Insofar as earning and keeping trust goes, the injunction is universal. You have breached that sacred trust!

    Let it not be too late now for if the tide of change ebbs away, it will take a long time to return.

  7. koolgeek Says:

    PAS is digging its own grave and burying the whole PR with it.

    It is a party that cannot tolerate a multiracial, multireligous, multicultural society.

    In addition of dreaming of an Iranian Islamic revolution here, PAS is also showing all the racism attributes of UMNO. Ketuanan Melayu is very much alive in PAS.

    So tell me, how do we move this country forward if people like these get to Putrajaya? Malaysia will only move farther backwards.

  8. drydiver Says:

    YBhg Dato’ Zaid,

    The manner in which PAS has conducted itself these few days has left me feeling very uncomfortable. While kudos rightly go to PAS and Pakatan Rakyat for the win in Permatang Pasir, the comments of its Deputy President Nasharudin Mat Isa in rejecting the Bar Council’s call for the abolishment of caning and the opposition of its Youth Leader to the Michael Learns to Rock Concert all coming on top to Dr. Hussein Ali’s empowerment of mosque officials to catch those who break Islamic laws add more fuel to my fears that PAS indeed wants to create a state not governed by Ketuanan Melayu, but Ketuanan Agama. They seem intent on bringing about sharp distinctions between Muslims and non-Muslims; the “apartheid” practice you spoke of.

    As a Malaysian, it is my hope to see the emergence of a “new politics” to replace the poison of racialism that has been the staple of our society especially since 1969. However, while PKR and DAP have their differences which are well known and to be expected given that they must work out their ways in working together, PAS seems to have an agenda completely on their own which will create a more divisive Malaysian society. PAS has not ruled out their desire to introduce Syariah into Malaysia and at a recent public forum entitled, “Can Pakatan Rakyat Survive?”, the PAS representative said it would only be done through the democratic process and that the Syariah will only apply to Muslims. This is bad enough! As a non-Muslim, I do not want to see fellow Malaysians governed by different standards. I do not want to feel that there are one set of rules from my fellow Muslim Malaysians and another for the other portion of our society. That itself creates divisions which may run deeper that what we face now. And a house that is divided against itself cannot stand. Even the government feels the need to play to this cry for such a distinction in the banning of Muslims from the Black-Eyed Peas’ Arthur’s Day concert.

    While Tony Phua of DAP may have tried to assure those of us at that forum that PAS and DAP agree on 95% of the issues, I say that it is the 5% difference on key critical issues that will make or break Pakatan Rakyat. The time is now to make clear limits on the ideologies and doctrines of Pakatan Rakyat, not later. Those hard issues have to be addressed now and not left till later. While it is my sincere wish that Pakatan Rakyat wins the next general election, unless ideologies and a clear idea of the kind of new politics is defined now and adhered to by the parties, I fear that this coalition will be unstable and more trouble will await us ahead.

    DryDiver
    Kuala Lumpur

  9. koolgeek Says:

    art was right. PAS is a chameleon. one that is now swelling too big in the head.

  10. alias601213 Says:

    Itulah yang kita nampak beza PAS dengan UMNO. PAS mahu partinya dilihat lebih Islam dari UMNO.

  11. kienwong Says:

    Salam Dato.
    You are a true leader in this country. Malaysia needs leader like you, Dato’.

  12. pemudabaru Says:

    Salam Dato’,semoga Dato’ dan keluarga sentiasa sihat.

    Saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan saya utk posting terbaru Dato’ kali ini. Selalunya saya sentiasa bersetuju dgn Dato’ tapi kali ini saya mohon untuk berbeza pendapat dgn Dato’kerana ini merupakan pandangan paling lemah Dato’ dan jauh bezanya dgn garapan segar dan bernas Dato’ dalam buku tulisan Dato’.

    Berkenaan dengan perkara yang pertama tentang isu arak di Selangor. Pandangan peribadi saya tentang isu ini, PAS telah memulakan satu jalan baru yg sepatutnya telah lama wujud di negara kita. Lebih baik memulakan satu usaha daripada terus tidak melakukannya. Saya fikir semua kita percaya setiap kejayaan bermula dari langkah pertama. Masalah yang bakal berlaku dalam penguatkuasaan yang akan dijalankan pastinya Dr Hassan sendiri sedia maklum saya yakin beliau telah bersiap sedia untuk menambahbaik mekanisme bagi menguatkuasakan peraturan itu. Pastinya kita semua sedar bahawa setiap urusan berkaitan dengan perniagaan minuman keras adalah haram disisi agama Islam dan usaha PAS ini menggambarkan parti itu melakukan apa yang termampu dalam kuasa yang ada untuk membersihkan orang Islam di Malaysia dari perkara tersebut. Mungkin sesetengah orang percaya bahawa mengharamkan perniagaan yang melibatkan minuman keras adalah yang terbaik. Pandangan itu ada benarnya namun ia seolah-olah menafikan apa yang dibolehkan kepada orang yang bukan beragama Islam, jadi saya rasa PAS telah mengambil pendekatan secara hikmah dalam hal ini. Dalam isu hukuman sebat kepada pesalah yang meminum arak, ramai pakar perundangan Islam bersetuju bahawa itulah hukuman yang sepatutnya malah jumlahnya boleh mencapai sehingga 80 kali sebatan namun kita tidak boleh menyamakannya dengan sebatan sivil kerana kaedahnya jauh berbeza. Saya yakin hukum yang telah ditentukan oleh Allah tidak layak bagi manusia untuk mengubahnya.

    Sebagai seorang pemuda, saya juga tidak boleh lepas mengatakan bahawa saya juga berminat dengan hiburan seperti konsert MLTR namun saya juga sedar bahawa gejala negatif yang terlalu banyak dalam penganjuran konsert seumpama itu. Pergaulan bebas dan aktiviti sosial yang melampau merupakan satu kelaziman dalam konsert-konsert seperti itu malah Mufti Perak, Tan Sri Hasrussani pernah mengharamkan Konsert Sure Heboh (kini Jom Heboh). Saya berpendapat tentangan dari pemuda PAS ada asasnya.

    Saya masih ingat bahawa Presiden PAS pernah berkata “PAS rela ditolak rakyat dalam menegakkan Islam” namun saya yakin jika faham keadilan yang dibawa Islam, PAS akan terus mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Namun dalam perjuangan itu, KeADILan dan DAP perlu bersama-sama untuk menjanjikan perubahan yang lebih baik buat Malaysia. Semoga kerjasama Pakatan Rakyat dapat diteruskan untuk Malaysia Baru.

    Sekian, Wassalam.

  13. 10joules Says:

    Hi,

    Saya bersependapat dengan si alias601213 tu.

    Susah untuk percaya bahawa parti PAS hanya dipenuhi pemimpin yang ‘out of touch’ dengan perasaan and sentimen penyokong-penyokongnya.

    Mugkinkah mentaliti “haram ini haram itu” instead of menangani gejala-gejala yang lebih parah seperti yang diutarakan dalam pos ini, didalangi oleh ‘the truth’ bahawa banyak di kalangan pengundi yang tidak dapat menghayati betapa bahayanya gejala rasuah, dadah and pembuangan bayi terhadap fabrik sosial negara ini.

    Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah pemimpin-pemimpin ini yang ‘bijaksana’ memilih jalan yang membawa gratifikasi segera – dengan bersuaha untuk mengamalkan budaya “haram ini, haram itu”, memandangkan segala usaha and keputusan dalam membantasi gejala-gejala buruk yang lain yang turut sesat dari ajaran Islam bukan sesuatu yang akan dilaung-laungkan oleh segolongan besar penyokong PAS.

    Malah, dalam ‘corporate world’ juga pekerja-pekerja yang biasanya diberi ‘promotion’ and dinaikkan gaji mereka kadangkalanya terdiri daipada golongan yang pandai dalam ‘firefighting’ dan berwayang-wayang di hadapan bos.

  14. aizamdotnet Says:

    Assalamualaikum Dato,

    Hukum tetap hukum dan ada nas nya.. sila rujuk artikel disini dato;

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=869&Itemid=72

  15. blyap53 Says:

    dear dato, it would be nice if all your article are translated into english to enable those who are not fluent in BM to enjoyed your thoughts.

    thanks

  16. mohd2196 Says:

    Malaysia dah lama dah amalkan merotan pesalah. Paling menyiksakan. Tetapi orang tak komplen pun.

    Malaysia dah lama dah jalankan hukum gantung sampai mati. Tapi orang tak komplen pun.

    Sebaliknya kalau dikaitkan dengan Islam, maka hukum tersebut dikata zalim. Membuatkan pelabur lari. Dan bermacam lagi.

    Apakah istilah yang digunakan kepada orang yang luarnya kelihatan Islam, tetapi sebenarnya dihatinya menentang Islam?

    from prof hamirdin

  17. hollow666 Says:

    Dark Knight says:

    “We have seen what so called ‘religious’ people has done to places like Afghanistan or Somalia. They completely destroy any semblance of a country.”

    Saya kurang setuju…
    Saya percaya, jika semua orang dalam dunia ini benar2 mendalamai agama masing2, takkan berlaku peperangan dan penindasan. Tiada agama yang inginkan umatnya hidup dalam kesusahan. Peperangan terjadi sebab kurangnya penghayatan mengenai agama. Saya tidak pasti mengenai Jews, tapi rasanya agama2 lain semuanya menitik beratkan keamanan.

    Saya yakin saudara menganggap siapa yang fanatik dgn agama (islam terutamanya) adalah pengganas dan cenderung untuk melakukan keganasan (terutama pada agama lain). Sebenarnya, agama islam sendiri tidak mengajar umatnya menyembelih tebusan (seperti yang dilakukan oleh Taliban) bahkan islam menyuruh agar tahanan dilayan dengan baik selagi mereka tidak memudaratkan. Saya percaya, Kristian, Budha, dan lain2 agama juga begitu..tiada agama yang menyuruh umatnya membunuh umat agama lain kecuali ajaran sesat..Keharmonian antara agama akan terwujud selagi kita saling hormat menghormati..

    “On one end PAS is quite determine to drag us back to the stone age.”

    Mungkin saudara berkata sedemikian kerana PAS suka mengharamkan hiburan…mungkin saudara juga berfikir bahawa PAS menggubal undang2 untuk rakyatnya beribadat 24 jam…
    Sebenarnya Islam tidak mengharamkan hiburan..cuma tidak boleh berlebihan…

    pemudabaru said

    “Dalam isu hukuman sebat kepada pesalah yang meminum arak, ramai pakar perundangan Islam bersetuju bahawa itulah hukuman yang sepatutnya malah jumlahnya boleh mencapai sehingga 80 kali sebatan namun kita tidak boleh menyamakannya dengan sebatan sivil kerana kaedahnya jauh berbeza. Saya yakin hukum yang telah ditentukan oleh Allah tidak layak bagi manusia untuk mengubahnya.”
    “Sebagai seorang pemuda, saya juga tidak boleh lepas mengatakan bahawa saya juga berminat dengan hiburan seperti konsert MLTR namun saya juga sedar bahawa gejala negatif yang terlalu banyak dalam penganjuran konsert seumpama itu. Pergaulan bebas dan aktiviti sosial yang melampau merupakan satu kelaziman dalam konsert-konsert seperti itu malah Mufti Perak, Tan Sri Hasrussani pernah mengharamkan Konsert Sure Heboh (kini Jom Heboh). Saya berpendapat tentangan dari pemuda PAS ada asasnya.”

    saya setuju dengan pemudabaru..

  18. hollow666 Says:

    SEBAT CARA ISLAM
    1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
    2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
    3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
    4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
    5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
    6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
    7. Tidak melukakan kulit pesalah.

    SEBAT CARA SIVIL
    1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
    2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
    3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
    4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
    5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
    6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
    7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
    8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: