Syabas Tok Guru dan Khalid Samad

YB Nurul Izzah dari Lembah Pantai begitu murah hati. Dia memuji saya sebagai seorang pemimpin politik Melayu yang berani sederhana dan berprinsip. Saya amat berterima kasih kepadanya. Tetapi sebenarnya ada ramai lagi pemimpin Melayu Islam yang tidak ekstrem dan bersifat sederhana. Mereka berani ,ada prinsip dan integriti. Mereka juga wajar kita beri perhatian dan sokongan .Orang Melayu Islam di negara ini memerlukan kepimpinan yang sederhana dan berperikemanusiaan seperti Tok Guru Nik Aziz dan YB Khalid Samad.

Berbeza pula dengan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein yang bangga kerana dapat menunjukkan kepada kepimpinan UMNO dan kuncu-kuncu mereka di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor bahawa dialah yang prihatin dengan nasib orang-orang UMNO. Orang-orang inilah yang berarak dengan kepala lembu membantah cadangan pembinaan sebuah kuil kerana kononnya kuil itu dekat dengan rumah mereka. Hishammuddin sedikit pun tak rasa bersalah atau meminta maaf terhadap tindakan mengancam rusuhan kaum dan menghina kaum serta agama lain. Malah dia pula menjadi jurucakap kumpulan ini dengan berkata mereka tidak berniat untuk menghina sesiapa. Sudah tentu selepas lawatan ke tempat itu dan kenyataan Menteri yang sedemikian rupa, maka siasatan polis juga mungkin selesai begitu sahaja selepas ini. Jika pergaduhan kaum berlaku atas provokasi kumpulan kepala lembu itu, apakah Hishammuddin berani bertanggungjawab?

Pada zaman penjajahan dahulu, iaitu sebelum UMNO bermaharajalela di negara ini, Masjid Kapitan Keling telah dibina di sebelah kuil Hindu Arulmigu Mahamariamman di Pitt Street di Pulau Pinang. Di hadapan masjid itu pula ada gereja Kristian St George’s Church. Orang Islam masa itu bila sembahyang di masjid itu tidak pula rasa tersinggung atau goyang iman mereka. Mereka tidak pula menyembelih lembu dan berarak membawa kepala lembu serta memaki hamun kaum dan agama lain. Yang berkuasa di Pulau Pinang pada zaman itu adalah orang Kristian. Mereka berhak untuk melarang pembinaan Masjid Kapitan Keling dan kuil Hindu di sebelah gereja mereka. Kuasa ada pada mereka. Mereka boleh memberi alasan kononnya mereka tersinggung dann terguris hati jika masjid dan kuil dibina di sebelah gereja mereka. Mereka boleh berkata sembahyang mereka tidak sempurna atau tidak diterima Tuhan kalau ada masjid dan kuil yang berdekatan dengan gereja mereka. Tetapi penjajah Inggeris tidak pula berbuat demikian. Malah dekat situ juga ada kuil Kuan Yin Teng untuk orang Cina. Nampaknya pada zaman dulu, manusia Malaya boleh hidup saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masa itu orang Melayu Malaya tidak perlu dibawa ke seminar khas Biro Tata Negara untuk menginsafkan mereka tentang nasib agama dan bangsa. Masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang mana pengarangnya seperti Zainuddin Maidin dan anak-anak didiknya telah mengajar orang Melayu supaya membenci kaum dan agama lain.

Jika masyarakat Pulau Pinang terdiri dari berbagai kaum, Kelantan pula yang majoriti penduduk adalah orang Melayu turut bersikap terbuka. Kerana sifat unik orang Kelantan ini, maka UMNO tidak sempat tumbuh segar dan dengan itu selamatlah nasib orang Melayu Islam Kelantan. Darah mereka belum tebal dengan rasa benci dan perkauman yang meluap-luap. Jiwa Islam Melayu yang dipupuk dalam suasana kampung masih tenang dan beradab. Kalau orang Kelantan “gedebe” pun, ia tidak ada kena-mengena dengan kebencian kaum dan agama. Orang Kelantan ke masjid dan surau untuk melakukan ibadah tetapi tidaklah pula mereka rasa tersinggung bila melihat kuil Buddha yang besar tersergah di kawasan mereka. Hanya di Kelantan ada tiga wat Buddha yang terbesar; Buddha Berdiri di Kampung Balai, Buddha Berehat di Kampung Berok dan Buddha Bersila di Kampung Jubarak. Semua wat Buddha ini dibina dengan harga berjuta ringgit; berada dalam kawasan majoriti besar orang Melayu Islam. Tetapi Melayu Islam di kampung-kampung ini tidak sama dengan sesetengah Melayu canggih di Seksyen 23 Shah Alam. Melayu kampung di Kelantan mendengar nasihat Tok Guru Nik Aziz untuk hormat agama lain. Mereka tahu apa yang Tok Guru ajar itu memang berlandaskan Al-Quran yang melarang umat Islam mempermain-mainkan agama orang lain. Orang Melayu Islam di Kelantan juga tidak terguris hati mereka bila kerajaan membina sabuah masjid di Rantau Panjang yang bentuk rupa saperti rumah maharaja Cina. Malah mereka bangga dengan sikap toleran dan keterbukaan Islam yang di tonjolkan olih Tok Guru.

Sepatutnya orang Melayu di Shah Alam mendengar nasihat YB Khalid Samad, seorang pemimpin Melayu Islam yang sederhana dan peka kepada tuntutan dan masalah rakyat di negara majmuk Malaysia ini. Khalid telah menulis dengan berani dalam blognya: “Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini di sebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?”. Kalau nak tahu lebih lanjut isu kuil dan kepala lembu itu, sila layari: http://www.khalidsamad.com

Khalid dan Tok Guru adalah antara pemimpin Melayu Islam yang patut kita banggakan kerana mereka mampu menyelamatkan negara ini dari terjunam ke dalam kancah pergaduhan kaum dan pertelingkahan agama yang dashat. Saya yakin ada ramai lagi orang Melayu Islam yang berpendirian sederhana tapi tegas dan benar-benar menghayati prinsip jujur, ikhlas dan toleran mengikut ajaran Islam. Orang-orang seperti inilah yang wajar kita dengar pandangan mereka. bukan penghasut dan pembenci kaum dan agama.

Explore posts in the same categories: 1

15 Comments on “Syabas Tok Guru dan Khalid Samad”

  1. bloghasmadi Says:

    Salam Dato’,
    Pakatan Rakyat juga perlu berbangga kerana ada Dato’.

    • aceswin Says:

      read your books and am proud to have a fellow malaysian who still do believe in the spirit of the rule of law…hurrah to azhar azizan harun too!!!

  2. Alijagat Says:

    Correct, correct, correct

  3. beruangyogi Says:

    Sungguh sedih Dato’ !!!!

    Ini sudah menjadi taktik gerila yang dilakukan oleh UMNO, khususnya Pemuda UMNO… untuk mengkucarkacirkan kawasan tempatan… mengguris hati kaum-kaum lain ataupun penganut agama lain…

    Mulut dari seorang pemimpin Pemuda UMNO sudah mengesahkan mereka sebagai dalang disebalik protes-protes… bukan di Selangor sahaja, malah di semua negeri-negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat…

    Mereka memobilisasikan orang untuk berkumpul.. membekalkan wang mencetak risalah-risalah, banner, sepanduk untuk ditayang jelas-jelas…

    TAPI yang “cerdiknya” pemimpin-pimimpin UMNO ini ialah muka mereka TIDAK menonjol… cuma “rakyat tempatan” yang berada di barisan depan, lebat dengan wang ringgit di kocek mereka…

    SUNGGUH SEDIH !!! DAN HANYA SATU CARA KITA BOLEH MENGHADAPI MEREKA >>> TUKAR KERAJAAN PUSAT DI PILIHANRAYA AKAN DATANG !!!

  4. mountdweller Says:

    Salam Dato’

    Perkara ini berlaku mungkin kerana situasi dan keadaan yang berbeza. Kita di Kelantan, Melayu adalah majoriti. Jadi kita/Melayu tidak merasa terancam/selamat tetapi di negeri-negeri lain di bahagian Pantai Barat taburan penduduknya mungkin dah jadi 50-50 atau kurang. Jadi mereka/Melayu di sana akan merasa terancam. Maka emosi akan memainkan perananya di samping api-api politk yang kian menular.

    UMNO sudah sememangnya merasa terancam. Jadi untuk survival politik pemimpin-pemimpinnya akan mengeksploitasikan apa yang ada potensi untuk dijadikan isu walau pun nampak gila.

    Bagi orang yang sedang lemas, kepala taik terapung pun akan dicapainya!

  5. yobleh Says:

    salam dato,
    memang sukar tetapi bukan sesuatu yang mustahil untuk kita mengubah pemikiran melayu keluar dari kongkongan mentaliti dijajah. kita masih terasa tak selamat dibumi sendiri oleh sentimen yang dimainkan oleh golongan tertentu terutamanya dari umno walaupun perlembagaan telah memutuskan beberapa hak istimewa orang melayu

  6. otl58 Says:

    Salam Dato,
    Pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya di dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Oleh itu strategi mereka ialah “devide and rule” di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Untuk mencapai hasrat ini, mereka cuba “buat kacau” di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan. Akan banyak lagi kacau-bilau di negeri-negeri ini yang akan dibuat oleh UMNO, oleh itu ketabahan dan kekuatan pemimpin-pemimpin Pakatan sangat-sangat diperlukan. Apa kata kalau kita arah kekacauan ini di negeri-negeri yang diperintah oleh BN!!!!

  7. aiezuddin Says:

    salam dato`

    bagi saya ini adalh sketsa pemimpin pemimpin umno.bagi meraih sokongan orang orang melayu,yang seperti kita ketahui semakin menolak cara pemerintahan BN. mereka inilah ekstremis kaum yang tidak bertempat dan tidak bertamadun.

    apakah ekstremis kaum seperti hishamuddin akan mendapat tempat di hati rakyat.?.

  8. leejpb Says:

    Dato Zaid,

    Tok Guru Nik Aziz, Khalid Samad and yourself will be amongst the leaders who will lead the nation to greater heights. All religions preaches love and compassion. There should be no barriers between us. Though a buddhist, it is my desire one day to pay my respect to Tok Guru, a true religious master.

    Sadhu Sadhu Sadhu

  9. kyle8c Says:

    Memang tepat kata-kata Dato’. Di tempat asal saya pun ada Madrasah (sejak 1901) yang bersebelahan dengan tokong Cina (sejak 1883). Ada juga kuil yang jaraknya kurang drpd 100 meter dari masjid. Tidakpun umat-umat yang mengadu azan dan solat diganggu dan membawa sepanduk untuk menunjuk perasaan.

    Tapi saya rasa golongan ekstremis akan tetap wujud walaupun UMNO tumbang. Yang penting ialah bagaimana pihak pemerintah boleh mengawal pihak-pihak ekstremis (dari mana-mana kaum dan agama) drpd bertindak sewenang-wenangnya.

    Malangnya Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita telahpun mempertahankan tindakan org2 ini. Sungguh mengecewakan.

  10. sandusdawood Says:

    datok, parti2 yg berasaskan perkauman patut di tumbang
    kan demi perpaduan rakyat malaysia secara hakiki,penub
    uhan parti perkauman di restu oleh penjajah BRITISH bo
    leh jadi mereka bertujuan utk mempurak peranda tanah melayu pda waktu itu sepaya berlaku kekacuan.walau bagaimana pon barangkali datok oon sedar apa yg akan
    berlaku pada masa depan lalu bliau menubuh parti negara utk rakyat berbilang kaum tetapi malang beliau gagal dlm usha murni nya.
    datok, saya rasa buat masa sekarang hanya PKR adalah
    satu2 wadah bagi rakyat malaysia yg cintakan keharmuni
    an dan keadilan diantara kaum bisa di jadikan parti yg
    benar2 di wakili oleh semua kaum.oleh itu saya berhara
    p pemimpim2 PKR benar2 peka dalam masaalah ini,buat lah apa yg patut utk mengkaderkan ahli nya dgn ideol
    ogi sepaya hikayat lumpat parti di kalangan pimpinan tidak menhantui pengundi dan masa depan perjuangan.

  11. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Ketika ini tak dapat apa yang saya nak kata berkenaan dengan isu kepala lembu, cuma saya sangat terkejut dan menggelengkan kepala.

    Inikah yang di mahukan oleh melayu umno, mencemar kesucian agama islam. Tiada tindakan apa-apa daripada Hishamudin malah dari percakapannya semacam membela puak-puak ini yang sangat bahaya untuk negara.

    Dato, pada saya inilah sebenarnya “teroris” ala malaysia yang boleh di masukkan kedalam senarai pengganas dunia.

    Yang hairannya tiada tindakan keras di kenakan keatas manusia umno ni, yang terang-terang mencabul undang-undang. Negara ini perlu pemimpin baru bagi menggantikan yang sedia ada kerana ini membawa kerosakan pada negara.

    Pemimpin seperti Hishamudin ni adalah hipokrit dengan menekan rakyat yang hendak menghapuskan ISA, tetapi hendak mengekalkan ISA, tapi tak menggunakan ISA keatas “teroriS” ini yang sah merbahaya bagi negara seperti Malaysia.

  12. bkho Says:

    I don’t believe there’s a single sentence in the Quran that would condone what has happened.
    UMNO is practising deviated Islam, they condone hatred, violence and bigotry!

  13. kaharjr Says:

    [20.134] And had We destroyed them with chastisement before this, they would certainly have said: O our Lord! why didst Thou not send to us an apostle, for then we should have followed Thy communications before that we met disgrace and shame. (Al Quran @ The Reading, Ta Ha, 134)

    FREE FOODS OFFER – Sustenances from Heaven (Al Quran) served in Malay local style, fresh and new, clean, not bloody, nor of porks, nor dead meat, nor slayed by any other names than God alone at:

    http://messengerofgodtoday.blogspot.com

    Our blog is open for 24 hrs. Sustenances served are fresh all times, can be shared by many and can be ‘tapau'(print) to bring back home for your family.

    Offers are for those who are in needs, poor, orphans and in the journey; those who wants believes.

    Those who reject to eat and just our dishes as ‘haram’ then they’ll be the live-stock or the prey for others to gain the benefits out of them.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: