Renungan Hari Raya

Akhbar The Star telah memberi tumpuan dan perhatian rapi terhadap cadangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung tahun ini. Penulis rencana itu Joceline Tan menulis panjang lebar dalam kolumnya dua hari sebelum hari raya. Ini diikuti pula oleh penulis bebas Baradan Kuppusamy tiga hari kemudian. Mereka nampaknya mahu tahu sejauh manakah realistiknya harapan bahawa PAS, DAP dan KeADILan dapat mencari muafakat dalam hal-hal sensitif dan berbeza. Rakyat jelata pun ingin tahu sejauh mana Pakatan Rakyat sanggup melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.
Memang usaha mencari kata sepakat ini sukar dan amat mencabar sekali. Saya sedar tentang perkara ini tetapi kita ada tanggung jawab kepada rakyat bahawa Pakatan ini bukan hanya sekadar pakatan membantu satu sama lain sewaktu pilihan raya sahaja. Ianya juga bukan sekadar pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan bersama dasar-dasar yang kita janjikan dalam manifesto. Memang usaha ini sukar tetapi ini mesti kita cuba laksanakan, dan cuba mencari muafakat terlebih dahulu.
Sebagai contoh, bila Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri, sepatutnya PAS menyokong usaha ini. Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act), jika usaha murni awal SELCAT di Selangor telah pun disanggah dan dicabar oleh PAS.
Berhubung cadangan menggubal Akta Hak Mendapatkan Maklumat yang sememangnya terkandung dalam manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pihak yang sudah pun menguasai kerajaan negeri sepatutnya mengorak langkah ke arah pelaksanaan usaha ini. Maksud saya, KeADILan yang menerajui Selangor, PAS yang memimpin Kelantan dan Kedah serta DAP di Pulau Pinang, sepatutnya dapat melakukan sesuatu ke arah menjayakan hasrat ini. Tak payah tunggu nak sampai ke Putrajaya.
Untuk menjayakan undang-undang ini, mungkin masih perlu hal-hal tertentu terus diklasifikasikan sebagai “sulit” tetapi inilah masanya kita buka rahsia-rahsia kerajaan selama ini supaya rakyat dapat maklumat yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih telus dan kurang rasuah. Kita harus terima hakikat bahawa kerajaan yang terbuka akan memberi peluang yang lebih adil kepada rakyat. Khalid Ibrahim di Selangor dan Husam Musa di Kelantan telah pun membuat kenyataan terbuka tentang kesedian mereka melaksanakan dasar ini, tetapi sampai sekarang belum tercapai hasrat itu. Itulah beza antara janji dan pelaksanaan. Janji mudah dilafazkan tetapi melaksanakannya memerlukan pendirian dan iltizam politik yang kuat. Inilah cabaran sebenar parti-parti dalam Pakatan.
PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama? PAS berjanji mahu memghapuskan akta-akta zalim seperti ISA dan OSA, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan sebagainya. PAS juga berjanji akan menghormati hak asasi maanusia. Tetapi Pemuda PAS Terengganu masih lagi mahu “menangkap dab memberi nasihat” kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri. Nampaknya mereka rasa tangkapan yang dibuat oleh pegawai bertauliah yang diberi kuasa oleh majlis agama negeri sekarang ini masih tak cukup. Pemuda PAS juga mahu mengharamkan konsert itu dan ini. Seolah-olah bagi Pemuda PAS, usaha menentang rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan menabur api perkauman itu kurang penting berbanding usaha memastikan anak-anak muda yang baru belajar bercinta dan ingin bebas menonton hiburan disekat daripada menikmati sedikit kebebasan itu.
Rakyat ingin tahu di manakah garis panduan kebebasan yang dijanjikan dalam negara demokrasi pimpinan Pakatan Rakyat dengan dasar PAS mengenai hal-hal Islam dan bukan Islam, termasuk kebebasan individu yang sudah tentunya terhad mengikut tafsiran yang rigid. Rakyat juga ingin tahu tentang jaminan kebebasan Islam – yang dijanjikan dan yang diamalkan. Ini kerana kebebasan dan kreativiti Islam di zaman keagungannya dahulu terkenal di seluruh dunia., tetapi yang menghairankan ialah mengapa zaman ini kebebasan Islam semakin sempit dan tertekan ?. Parti-parti dalam Pakatan harus sedia menjawab persoalan ini sebelum bermulanya Konvensyen Pakatan pada Disember depan.

Explore posts in the same categories: 1

6 Comments on “Renungan Hari Raya”

  1. jacknaim Says:

    hakikatnya pakatan rakyat lebih banyak mencipta gimik politik berbanding melaksanakannya. hakikatnya, masa hadapan pakatan rakyat masih lagi kelam.

    berkenaan PAS, saya menyokong perjuangan mereka tetapi nampaknya sedikit kekuasaan telah mengaburi mata mereka. jika dulu mereka boleh bersabar tapi kini nampaknya mereka sudah hilang sabar dalam melaksanakan hukum hudud. benar, menegakkan hudud itu penting, tetapi apakah penting kita melaksanakannya dalam keadaan masyarakat tidak faham dan kuasa masih belum stabil??

  2. munirah Says:

    Dear Datuk Zaid,

    as the rakyat can differentiate statements coming from an individual party leader like Zulkifli Noordin do not actually represent the stance of the whole party; you could also investigate and verify with PAS party leaders whether Hasan Ali’s outburst is a statement agreed by all from the party or only part of his machinations to wrest power from pkr’s tan sri khalid. You talk about Pakatan’s problems but here you indeed are only again showing to us the rakyat how the PR leaders never really understand each other and there is only the endless politickings & dramas. There really is a dearth of leadership in Pakatan Rakyat..

  3. ahbengkia Says:

    What you said in relation to PAS’s attitude and policy is very true. The party is too caught up in a time wrap not able to keep pace with changes. Sometimes I can’t help but feel that the party is too indoctrinated with ideas that are not opened to challenge. This is tragedy I must say. They will not hesitate to invoke God’s words and religious sensitivity to defend and silent those who stand on their way. Sometimes I could also feel that in that religious bigotry, racism and “ketuanan” are ever present.

    If PR will to survive and endure, it must draw some lessons from Lee Kuan Yew’s battle with the Communists, Chinese chauvinists and militant Trade Unionists. The early years of PAP worked with communists, Chinese chauvinists and trade unions, but the party also had the resolve and tenacity to forge a multi-racial, a multi-religious and a non communist Singapore. PR can not be a coalition of all seasons. The coalition must stand up for something. It can’t be an Islamic party one day, a multi-religious party the next and a secular state the day after. It is smacked with hypocrisy and opportunism. Let me repeat, the coalition must stand for something. Those can not subscribe must be cast out.

    In PR controlled states, the party must show leadership to do the right things and not to engage in appeasement or populist tendency. In Penang for example, it is not the controversial street sign in Chinese that matters. It is cleanliness and street orderliness that are important. We know as a state govt, Penang has limitations. Be that as it may, it also has certain jurisdiction and power. Has the state govt been effective? Have we seen any significant change in livelihood of Penangites? I could see the same disorderliness, the unsightliness and filthiness all around.

    Sometimes we can’t do much because we have no power. Sometimes we have power, but do not know how to use it. If the top civil servants in the state would cooperate, kick them out and get contract officers to fill their positions. Didn’t you fellows appease the Perak State Secretary (and I did warn you fellows long before the crisis happened in Perak in another blog)? See what he did to your state government?

    • ahbengkia Says:

      Sorry, the last paragraph,
      ..….If the top civil servants in the state wouldn’t cooperate, kick them out and get contract officers to fill their positions.

  4. kyle8c Says:

    Saya amat berharap bahawa konvensyen PR Disember ini boleh menunjukkan kekuatan kepimpinan dan perpaduan PR sehingga menggegarkan BN.

    Akan saya menunggu berita baik dari Dato’ dan para pemimpin PR.

  5. amkpermatangpauh Says:

    Salam Dato,

    Minta Izin copy and paste artikel ni kedalam blog AMK Permatang Pauh.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: