Kesian Isa Samad

Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan UMNO (yang sekarang seolah-olah diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad) riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan UMNO perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh UMNO mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam UMNO dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.

Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang UMNO ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin UMNO. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi UMNO, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari UMNO yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan UMNO, rasanya tak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam UMNO semata-mata nak tunjuk kononnya UMNO ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak $4billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal . . Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan UMNO?

Kalau tak mahu Isa Samad bertanding, cakap saja kerana dia orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja UMNO mahu muka baru.. Saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menghormati pilihan akar umbi, terutamanya UMNO Bahagian Teluk Kemang, yang benar-benar mahu Isa Samad bertanding. Beri peluang kepada Isa untuk bertanding.

Explore posts in the same categories: 1

10 Comments on “Kesian Isa Samad”

  1. zeqzeq Says:

    as-salam..

    4 billion itu besar memang besar..juta-juta–>>>>>>billion.bilion.. tak patut memang tak patut..kalu terlepas…

  2. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Orang umno ni Dato, banyak kerja lain yang lebih memerlukan kewajaran untuk bertindak tidak di lakukan, tapi kerja yang tak berfaedah pula di dahulukan.

    Kerja mereka hanyalah untuk menipu rakyat yang rata-rata lebih celik dan berakal lebih dari kalangan mereka. Saya teras lucu dan terpinga bila melihat gelagat mereka ini, lalu berfikir, adakah mereka ini sedar yang rakyat sekarang sedang memerhati dan menunggu masa untuk membungkus mereka pada PRU13 ni kalau masih berfikiran buat bodoh saja.

    Mana taknya, orang mendedahkan surat kabinet dalam internet, mereka pula bukan nak siasat kehilangan wang rakyat tapi menyibuk nak tangkap orang yang mendedahkannya. Betul-betul dah hilang kewarasan mereka ini.

    Internet ni jangan main-main, kalau dedah pun takkan dapat tangkap orangnya, pasal mereka pun licik juga. Itulah dunia tanpa sempadan. Lebih baik mendakwa mereka yang terlibat kalau kerajaan pusat sekarang benar-benar nak bertahan. Pokoknya rakyat bukan nak apa, cuma nak uji samada PM baru ni cakap serupa bikin atau tidak. Kalau masih lagi dok bersandiwara dengan rakyat, hati-hati, kerana rakyat masih tak melupakan niat mereka untuk melihat umno dan BN khususnya menjadi bahan lipatan sejarah setahun dua lagi.

  3. sunwayopal Says:

    Choosing Isa Samad works best of all.

    Lets hope they do it.

    1) UMNO will b even more clearly linked with money politics.

    2) it puts the current leadership on a collision course with MM. Always good for us.

    3) And in event Pakatan creates upset, even better with Isa as the candidate.

  4. ahbengkia Says:

    Isu sebenar bukan samada Isa Samad bertanding atau tidak. Biar sesiapa pun calun UMNO/BN, tujuan PR ialah untuk mengakahkan parti/kerajaan yang korupt and tak guna lagi bagi Malaysia.

  5. ahbengkia Says:

    PR must sell the idea that no matter who in BN win the coming by election, it is not going to make an iota of difference to the image/substance of BN. Can UMNO/BN be any less corrupt with or without Isa Samad? That is the message PR should be selling. However, if PR wins the by election, it is going to create a big boost to the opposition. Part of the political struggle is build momentum and I believe a PR win will signal the end of UMNO/BN.

  6. gemowe Says:

    SALAM DATUK,
    Memang betul kerajaan kena siasat bagaimana dokumen OSA boleh di keluarkan, supaya tak berlaku lagi. Tetapi kalau dokumen yang disiarkan itu benar dan dapat tunjuk bahawa satu kesalahan telah dibuat… janganlah nak tangkap orang yang dedahkan kesalahan itu, tetapi pula siasat dengan bersungguh-sungguh orang yang tandatangan dokumen itu.

    Rakyat tahu yang OSA (Official Secrets Act) bukan untuk digunakan untuk melindungi kesalahan.

    Thank you for speaking what is right and fair and not what is popular.


  7. […] Kesian Isa Samad Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan UMNO (yang sekarang seolah-olah diketuai oleh Dr […] […]


  8. […] has the support from one person who had shamelessly sleeping with the enemy. Zaid Ibrahim in his blog article, literally gave his support for Isa Samad to […]

  9. beruangyogi Says:

    It is so obvious that UMNO’s standard of corruption is different from the rest…

    They set the standards, the impose the standards and they uphold the standards…

    So it doesn’t matter if you’re found guilty,
    it doesn’t matter that you have siphoned the Rakyat’s money…
    it doesn’t matter that you are now making a comeback because “the rakyat” (umnoputras !!)want you..

    What matters is that the corrupt can now make a return and take more money !!!

    Look at the way the corruption trial is going for the 2 ex-Keadilan assemblymen traitors in Perak..
    Soon the judge will throw out the case for “lack of evidence” !!!


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: