Setelah Sebulan

Saya minta maaf kerana telah sebulan tidak menulis. Maklumlah agak sibuk sedikit termasuklah menunaikan ibadah Haji di Makkah baru-baru ini. Alhamdullilah, semua kerja ibadat telah selesai. Malah sempurna juga kerja menjayakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Sabtu lepas. Inilah perkara yang saya ingin huraikan hari ini.

Kejayaan konvesyen itu memang tidak boleh dinafikan. Sudah tentu UMNO dan media miliknya akan terus memperlekehkan usaha murni kita dan mengatakan itu semua cakap-cakap kosong sahaja dan tidak boleh dilaksanakan. Ada pula yang berkata, tidak ada perkara baru yang diketengahkan. Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain. Malahan, mereka juga tidak malu mengaku bahawa mereka ini menghayati ajaran dan amalan Islam.

Yang paling ketara dan jelas ialah Pakatan Rakyat; DAP, KeAdilan dan PAS, telahpun sebulat suara bersatu untuk berpegang teguh kepada empat perkara pokok – menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari dengan kehendak agama dan kepercayaan kita; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat; dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa. Ini adalah paradigma baru dalam politik negara.

Apa yang bakal menjadi cabaran kepada kita bukanlah menangani dakyah UMNO (walaupun ini memang perlu dilakukan) tetapi seperti kata Pemuda PAS, kita jangan jadikan konvesyen itu sebagai satu kejayaan satu hari sahaja. Ia perlu disusuli dengan kegiatan bersama dalam usaha bersungguh meyakinkan rakyat bahawa kita akan laksanakan janji tersebut. Kita perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita membawa mesej serta fahaman politik yang berbeza.

Orang-orang Cina dalam Pakatan Rakyat mestilah menunjukkan bahawa kita bukan hanya mementingkan isu orang-orang Cina. Orang-orang India bukan sahaja memperjuangkan isu sekolah Tamil. Orang-orang Melayu pula tidak harus terus-terusan memperkatakan tentang kelemahan mereka serta meminta pertolongan ekonomi. Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mesti mengembalikan maruah kepada perjuangan politik Malaysia. Kita perlu buktikan muafakat sejati di antara kaum. Kita perlu menjalankan pentadbiran negeri serta negara yang adil dan saksama. Inilah sebenarnya cabaran yang menanti kita semua.

Perkembangan dunia hari ini akan membawa perubahan nilai di negara kita. Usaha-usaha meningkatkan kedudukan ekonomi dan taraf hidup mesti dibawa bersama dengan hak-hak keadilan, demokrasi dan kebebasan. Nilai inilah yang berpihak kepada kita.

Jika kita kuat berkerja, hasilnya juga lumayan. Tetapi bukanlah untuk orang-orang politik mendapat kuasa. Lebih penting hasil ini adalah untuk rakyat menikmati pembaharuan yang kita perjuangkan. Kita bukanlah mahu berubah semata-mata untuk perubahan. Tetapi kita berubah untuk menjadikan negara dan masyarakat kita berada di tahap lebih baik.

Dalam hal ini, saya amat yakin bahawa semakin ramai orang-orang Melayu Islam telah menyedari bahawa masyarakat yang bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi merupakan tuntutan utama dalam Islam. Apa jua label atau slogan yang dilaung-laungkan tidak akan sama apabila dibandingkan dengan amalan sebenar yang berteraskan nila-nilai murni yang dituntut. Itu adalah Islam sebenar dan bukanlah hanya bercakap pasal hal-hal Islam. Inilah juga merupakan teras empat perkara pokok yang mahu diperjuangkan atas nama Pakatan Rakyat.

Explore posts in the same categories: 1

3 Comments on “Setelah Sebulan”

  1. jameyah Says:

    Apa yang Dato’ katakan adalah benar, ianya bukan pernyataan sehari…tetapi perjuangan sepanjang hayat….kalau kita ingin melihat masyarakat Malaysia yang benar-benar faham dan menghayati erti sebuah negara yang merdeka….masih banyak yang perlu diberi perhatian….harus jadikan Islam satu cara hidup bukan adat yang telah terlalu lama didokong oleh orang melayu…Semoga ini merupakan langkah pertama menuju ke langkah-langkah setersunya….berjumpa kita di Putrajaya…….Syabas…

  2. alias601213 Says:

    Tahniah, teruskan usaha murni itu untuk menjadikan Malaysia lebih baik untuk rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

    Buku ‘Saya pun Melayu’ tulisan Dato’ telahpun ditejermah ke dalam Bahasa Inggeris dan telah mendapat response yang baik dari bukan Melayu.

    Tulisan Dato’ dalam buku itu memang banyak mengkritik dasar-dasar kerajaan UMNO, syukur kerana ia tidak diharamkan. Moga Dato’ dapat menulis satu buku lagi menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

  3. gemowe Says:

    Seamat petang Datuk,

    Congratulations on the agreement for PR.

    Most people are tired of hearing of mismanagement and bribery going unpunished. I’m glad that the points cover tackling bribery and racial politics.

    Many issues such as Lingam case (AG says nothing wrong because he’s just following available evidence), quality of representatives (some disciplined for bribery and still allowed to contest polls, some resist arrest), indiscriminate use of ISA to arrest journalists (at least it seems so to the public), questioning witnesses without any procedure or video, Petronas profits, PKFZ losses (still no idea where the monies went), collapsing buildings (there is no way for shoddy workmanship or materials to be hidden in any checks, really) and lately lost jet engines (this is unbelievable).

    I’m sure there are many reasons why persons are not prosecuted. Maybe it is due to poor evidence gathering and adherence to proper procedure, or maybe it is really just poor internal management that allows bribery and theft, maybe really poor accounting.

    Malaysia faces real challenges as it’s not enough just to point out wrong doings or carelessness in carrying out ones duties, but also to make sure that the “system works” such that wrongdoers are caught and are able to be punished. If Govt agencies are lax, and jobs are iron rice bowls, with the worst that can happen is a transfer, then is seems that the profit from ‘bribes outweighs the risks’, as there is really no punishment.
    Govt agencies should be apolitical and the racial mix must be such that it will also look fair to all races. Otherwise, however fair they run, there will be perceived unfairness.

    It’s really funny to some of us that you have to get a Minister to get the Govt to move, whether to investigate a collapse or corruption, or to build a road or bridge or school (and sometimes these very Ministers get ignored). It should be these very Govt agencies that should investigate, allocate and build without any green light from our lawmakers. And our lawmakers should concentrate on making fair laws thru debate.

    Malaysians must work together, or else the globalised world will leave us behind, very very suddenly. Right now the Malays, Chinse and Indians in peninsular are just worried about their own interests while corruption remains, competitiveness decline and ‘tidak apa’ attitude prevails.

    I also hope PR does not tie business with politics. I personally do not care if PR builds a new school, highway, bridge or doles out contracts and licenses…. these will come along with good governance. I care about national policies that will affect our children and theirs.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: