Gus Dur

Gus Dur: ulamak anti-rasis, pejuang kebebasan dan demokrat tulen

Sebaik saja saya menaiki teksi di lapangan terbang Jakarta, supirnya terus menyampaikan khabar sedih bahawa Gus Dur telah meninggal dunia. Entah mengapa itu yang diberitahu terlebih dahulu kepada saya. Mungkin itulah cara supir itu berkongsi kesedihannya dengan saya terhadap kembalinya pemimpin besar mereka ke Rahmatullah. Terasa benar kesedihan saya bersama-sama dengan rakyat Indonesia di atas pemergian Gus Dur atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid yang menjadi Presiden Indonesia yang keempat.

Gus Dur bukanlah pemimpin yang termasyhur, dinamik dan banyak wawasan. Allahyarham juga bukan pemimpin yang pandai berpakaian suit Barat segak ala Saville Row atau jaket Nehru. Malah, beliau juga tidak dilihat memakai topi ala “English country gentleman”. Malah, semasa menjadi presiden, Gus Dur tidak pernah cuba menjadi pemimpin dunia ketiga dengan menghentam dan memaki hamun Amerika Syarikat serta kuasa-kuasa besar lain.

Cara Allahyarham macam orang kampung. Pakaiannya selalu batik Jawa yang nampak sederhana kualitinya. Dia bercakap pun tidak seperti pemidato besar. Dia juga hampir buta semasa memegang jawatan presiden. Ramai yang memperkecilkan sumbangan Gus Dur tetapi itu mungkin kerana mereka ini terlalu asyik dengan pemimpin yang suka cakap besar dan pandai bergaya serta banyak bercerita tentang mercu tanda gergasi dan bangunan pencakar langit. Mereka ini tidak sedar bahawa hati dan fikiran Gus Dur sentiasa celik.

Gus Dur juga membangunkan Indonesia tetapi dengan caranya yang tersendiri. Jasanya ialah mempertahankan demokrasi bagi Indonesia. Beliau mempertahankan pluralisme, menerima kepelbagaian etnik Indonesia sebagai satu “nation”. Beliau memberi hak dan penghormataan kepada rakyat Indonesia yang berketurunan Cina dan mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara Indonesia yang sebelum itu merasakan diri mereka diketepikan. Beliau membenarkan rakyat Papua menggunakan nama asal mereka Papua dan bukan lagi Irian Jaya. Beliau bagitu simpati dengan perasaan rakyat Aceh untok mendapat autonomi walaupun tetap tegas dalam usahanya menyatukan republik Indonesia.Usaha ini disambut baik sehinggakan pengaliran wang keluar ke Singapura berkurangan. Dengan itu ekonomi Indonesia mula dibangunkan semula bersama semua kaum. Malah dia yang mengisytiharkan Tahun Baru Cina sebagai cuti umum di Indonesia. Bagi Gus Dur, seorang ulamak terkenal, diskriminasi kaum atau “racism” adalah pelanggaran hak asasi manusia yang paling buruk dan hina.

Gus Dur juga memberi nafas baru kepada usaha membawa ajaran Islam tradisional kepada satu tahap yang lebih progresif, yang menerima elemen kemodenan. Sudah tentu usahanya itu menimbulkan kontroversi. Beliau pernah dituduh menolak ungkapan Assalamualaikum kerana mencadangkan, kalau sekadar menyapa, tidak ada salahnya disebut selamat pagi, selamat sore dan selamat malam. Orang yang jahil agama terus mencercanya kerana tidak faham penjelasan Gus Dur bahawa salam dalam sembahyang tidak boleh diubah, hanya sapaan saja yang patut mengikut keselesaan tempatan. Dia sebenarnya mahu kurangkan pengaruh budaya Arab yang tidak boleh menghakis budaya Nusantara serta menjejaskan ajaran Islam itu sendiri.

Gus Dur adalah seorang ulamak tradisional tetapi kematangan fikirannya dalam soal demokrasi, hak asasi dan kebebasan telah memalukan golongan moden yang masih dibelenggu perkauman dan kesempitan agama. Gus Dur pernah mencadangkan supaya Indonesia menarik balik pengharaman ideologi komunis atas dasar kebebasan. Bila ditanya dalam satu wawancara TV Indonesia apa gunanya kebebasan kalau masyarakat huru-hara, beliau menjawab, masyarakat akan hanya huru-hara apabila orang tidak mahu berfikir. Bagi beliau, kebebasan itu bukan satu kesalahan.
Apa pun kesilapan pentadbiran atau pandangannya, Gus Dur tetap saya anggap sebagai seorang intelek dan ulamak terkemuka. Mungkin ada yang berkata Gus Dur tidak boleh dianggap pemimpin cemerlang tetapi itu tidak bererti kita harus menafikan jasa dan sumbangan Allahyarham sebagai seorang pemimpin humanis, adil, penuh dengan rasa kemanusian dan mengamalkan kebebasan. Hati dan amalannya mencerminkan jiwa sederhana yang dituntut oleh Islam. Rasa bongkak tidak pernah ada dalam dirinya; tidak seperti seorang pemimpin di rantau ini yang kita semua tahu terlalu bangga diri dan besar ego dalam dirinya.

Selamat jalan Gus Dur. Semoga roh mu dicucuri rahmat Allah. Buat sahabat-sahabat saya di Indonesia, semoga semangat Gus Dur akan terus diperjuangkan demi mempertahankan demokrasi, kebebasan, hak asasi dan serta hak-hak kaum minoriti.

Explore posts in the same categories: 1

2 Comments on “Gus Dur”


  1. Salam Tahun Baru Datuk ,
    Saya merasa bangga kerana datuk seorang jauhari yang mengenal manikam!Dengan mengenali Ulamak besar Allahyarham Gus Dur maka tersentuhlah kita tentang perjuangan sebenar agama Islam yang ikhlas dan bertanggung jawab di hadapan Allah SWT oleh mereka yang bergelar khalifah atau pemimpin.
    Dewasa ini rakyat Malaysia khususnya orang Melayu telah tertagih candu yang amat menghayalkan iaitu “UMNO”(kalau dulu Karl Mark pada tahun 1818,tersilap cakap bahawa agama itu candu,tapi hari ini kalau dia masih hidup sudahpasti dikatakannya UMNO itulah candu sebenar orang Melayu)

    1-Pemimpin kita mesti orang UMNO,(miskipun kayaraya ,bergaya dan pakar putarbelit serta pakar jual harta Negara.)
    2-UMNOlah yang melahirkan ulamak /pemimpin yang menjaga agama islam (miskipun duk asyik hipokrit nak jaga agama bila nama kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam majalah Herald oleh mahkamah ,tapi tidak pernah bersedeh berdepan dengan bertambahnya manusia murtad yang menggunung tinggi dan anak2 zina yang bercambah di seluruh Malaysia)
    3-UMNO juara rakyat,Dato Seri Mat najib kata apa saja rakyat perlu,UMNOlah tempat mengadu (tenguklah apa rakyat dapat per kapita Negara hanya 6,500 USD sekarang ni,miskipun hampir 300 billion ringgit dilabur oleh UMNO lebih 20 tahun,kalau kita bagi kat Mydin (taukeh pasaraya mydin dan pengurusanya) sudah lama Malaysia capai Negara maju pada 2010 (per kapita 13,000 USD),UMNO dapat minyak free dari Petronas tapi jual kat rakyat RM2.70 dengan pendapatan purata bulanan rakyat Malaysia RM3,686=0.07% tapi di Singapura RM5.20 tapi rakyatnya pendapatan purata bulanan RM14,979 =0.03%!.Apatah lagi ringgit Malaysia yang rendah kerna kurangnya produktiviti eksport dan permintaanya akibat ketiadaan kekuatan ekonomi untuk masyarakat perniagaan dunia memegangnya bukan kerana George Soros” mangsa pencaksilat Tun Mahatdir”
    Sepertikata Mat Pit, Pak tih(heroin) oleh Juaraku
    4-UMNO mendahului rakyat,(rakyatlah yang terdahulu susah,rakyat makan sumber proten tercemar ayam ternak yang tidak dikawal dan ikan Thailand yang penuh bahan kimia tetapi dijadikan kerbau bajak membayar tol,cukai itu cukai ini GST,saman polis ,banjir kilat ,rumah kos rendah yang sudah hampir pupus dan kos hidup yang membusung tinggi dengan seorang Menteri Satu lesen @ AP @ Permit yang dikawalnya hingga harga telur ayam Malaysia lebih mahal dari di Bangkok,Thailand
    Kita tercari-cari ubat penyembuh ketagihan ini untuk orang Melayu siang dan malam namun Dato telah menunjuknya hari ini dengan menyedari cadangan penyembuhannya dan kilau mutiara pemimpin sebenar yang disayangi rakyat dunia dan akhirat iaitu pemimpin yang boleh setanding dengan bekas Presiden Indonesia ini!

  2. jameyah Says:

    Salam Datuk,

    Semoga roh Allahyarham Gur Dur, dicucuri rahmat dan hidayat dari Allah saw. Islam yang difahami beliau adalah Islam yang penuh toleransi dan memberi penghormatan kepada agama dan fahaman-fahaman lain…

    Inilah masalahnya dengan “orang melayu”, kerana masih berada di zaman kegelapan yang amat sangat. Islam dan kalimah “Allah” seoalah-olah hak eskulisif mereka…sedangkan ajaran Al-Quran tidak pernah diamalkan dengan betul. Al-Quran hanya dijadikan bahan untuk tandingan dan dibacakan penuh merdu…tetapi adakah Al-quran hanya untuk dilagukan dan dipertandingkan?????….dan orang melayu melenting bila perkataan “ALLAH” digunakan oleh pengikut agama lain…tetapi fahamkah orang melayu kenapa ianya digunakan???…siapa yang memulakannya????….Bayangkan agama kristian di sarawak….semua kelas pengajiannya menggunakakan bahasa “Malaysia” atau bahasa “melayu”….kerana apa?….supaya …penganutnya boleh menghayati ajarannya….sebab kalau digunakan bahasa asalnya…makan ajarannya tidak difahami…..dan ajaran tersebut menjadi hampa dan sia-sia….tetapi pernahkah orang “melayu” sendiri terfikir bahawa bahasa itu adalah jiwa sesuatu bangsa…bahawa bahasa itulah petunjuk kepada ketamadunan bangsa itu sendiri????….

    dan orang melayu akan terus menjerit-jerit dan kecoh bila isu-isu berkaitan “Islam”…diperkatakan oleh orang lain…selain orang melayu….dan sudah tentunya orang melayu paling kecoh adalah orang melayu “…….”…yang menganggap dialah pejuang bangsa melayu….jadi di mana nilainya 1 Malaysia di mata orang-orang “melayu” ini……

    semoga bangsa malaysia yang baru…akan faham konsep negara bangsa…dan terus mendokong kehidupan yang lebih seimbang dan memberi penghormatan yang sewajarnya….kepada semua rakyat….


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: