Khalid Samad

Khalid Samad dari PAS adalah seorang pemimpin politik yang saya hormati kerana beliau berani mempertahankan perkara atau prinsip yang benar walau pun mungkin ada orang anggap ia akan rugi dari segi politik. Itulah yang membezakan ahli politik yang ada intelek dan integriti dengan orang politik yang bersifat murahan dan oportunis. Orang yang rakus biasanya tak faham isu yang diperkatakan, atau kalau pun dia faham isu, orang jenis itu akan terus berdrama dan berlakon untuk mendapat sokongan orang ramai dengan diperalatkan melalui ucapan sensasi dan penuh emosi.

Saya melihat Khalid sebagai seorang manusia yang berani apabila beliau mengatakan Enakmen Agama Islam Selangor 1988 yang membuat larangan penggunaan perkataan-perkataan seperti ilahi, nabi, wahyu, masjid dan sebagainya kepada orang bukan Islam adalah tidak lagi sesuai dan perlu rombakan. Cadangan bernas beliau sebaliknya telah memberi ruang kepada kumpulan NGO Islam untuk membuat laporan polis terhadap Khalid atas alasan kononnya menghina Islam dan Sultan. Inilah reaksi kumpulan yang tidak biasa dengan muzakarah dan musyawarah serta perbezaan pendapat. Mereka hanya mahu Khalid dihukum dan ditutup mulut dan mindanya. Usaha untuk memahami dan membincangkan pandangan beliau tidak penting langsung bagi kumpulan NGO Islam. Yang penting bagi mereka, Khalid mesti dihukum.

Sebenarnya maksud Khalid, pada hemat saya, adalah begini: Larangan terhadap orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan tertentu oleh Majlis Agama Islam di mana-mana negeri sekali pun mestilah difahami dalam kontek sabenar. Apa pun prinsip atau peraturan mesti dilihat dan dikaji dalam kontek tertentu. Kontek larangan untok orang bukan Iswlam dari menggunakan perkataan tertentu mesti dilihat dari kontek larangan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan orang agama lain memujuk dan berusaha untok “convert “ atau menukar agama Islam itu. Jadi tujuan Enakmen itu ialah secucok dengan dan berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang negeri termasuk Enakmen Islam tidak sah kalau ia melanggar undang-undang Persekutuan. Di bawah Perlembagaan kita memang orang dari agama lain tidak dibenarkan memujuk atau mempengaruhi orang Islam untuk peluk agama mereka. Ini larangan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. Jadi kalau mereka berniat nak pujuk atau dakwahkan agama mereka kepada orang Islam, maka sebab itulah mereka tak boleh gunakan perkataaan yang diwartakan di bawah Enakmen itu.

Maksudnya larangan menggunakan perkataan yang disenaraikan itu termasuk nama Allah hanyalah dalam konteks apabila seseorang itu cuba mempengaruhi orang Islam. Sebagai contoh, jika seorang paderi atau sami yang beberapa kali bertemu dengan seorang Islam memperkatakan tentang bagaimana agama Kristian itu sesuai dengan sanubari si polan Islam itu dengan menggunakan perkataan Allah, nabi dan wahyu, maka di situlah asas larangan yang sah. Ini adalah kerana perkataan itu digunakan dalam konteks untuk menarik orang Islam menukar agamanya. Itu lah maksud Enakmen itu.

Tetapi penggunaan perkataan Allah, wahyu, nabi, masjid dan sebagainya dalam konteks percakapan biasa tidak boleh dilarang. Contohnya, kalau anak Ah Chong menyanyikan lagu negeri Selangor atau Johor yang memohon Allah melanjutkan usia Sultan atau Sami Velu bertanya jirannya “Ahmad, kamu nak ke masjid ke petang ini?”, maka itu tidak boleh menjadi kesalahan. Mana ada undang-undang dalam dunia yang sah boleh melarang orang awam menggunakan sesuatu perkataan. Apa asas larangan itu? Apa rasa orang Melayu kalau orang India kata jangan gunakankan nama Iswara pada kereta Proton kerana Iswara adalah salah satu nama tuhan Hindu? Begitu juga jika orang Melayu diminta jangan menggunakan perkataan Sanskrit seperti syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Jadi Khalid memang patut dipuji kerana mahu menegakkan kebenaran. Kerana mahu memperjelaskan dan kemaskini Enakmen itu. Orang Islam kena faham apa tujuan larangan itu dan apa tujuan Enakmen yang tidak jelas itu. Kumpulan NGO Islam sepatutnya menyokong usaha supaya Ebnakmen 1988 itu diperkemas dan diterangkan dengan jelas . Barulah orang kata kita orang Islam ini faham agama sendiri dan faham undang undang Negara.. Jika ikut sentiment dan emosi dengan menolak kebenaran, maka jangan salahkan orang lain jika mereka tuduh orang Islam takut kepada bayang bayang. Takut kapada dialog dan diskusi, dan hanya suka hukum orang saja. Samoga Khalid menang lagi di Selangor

Explore posts in the same categories: 1

4 Comments on “Khalid Samad”

  1. ghazaliabu Says:

    Saya merujuk kepada temubual di Al-Jazeera yang di hadiri oleh YB Khalid Samad, Pn Marina Mahathir dan Sdr Yusri Mohamed (UIAM). Dalam kita menyatakan kebenaran dan mempertahankan prinsip yg benar, kaedah penyampaiannya juga mestilah berhemah dan bertepatan dengan etika temubual. Untuk temubual tersebut, pada hemat saya gelagat YB Khalid Samad tidak bersesuaian dengan kebenaran yg dibawanya.

  2. rainwonder Says:

    Salam Dato’
    kita perlukan lebih ramai politician macam Dato’ sendiri, Khalid Samad, abang beliau Shahrir… Orang macam ini yang boleh bawa Melayu naik… sebab mereka tak lihat Melayu hanya dari konteks Melayu, tapi melangkaui sempadan agama,bangsa dan serantau.
    Yang ramai dlm kabinet ialah ‘parrot’,pemikiran luar kotak tak digalakan…kesudahnya macam katak bawah tempurung… Kalau yang pandai cakap pun,tak consistent…seorang Menteri kata,di Sabah/Sarawak boleh… Semenanjung tak boleh…Tak tau lah kalau dia merujuk pada China, one country ,two system.

    rainwonder
    TQ

    check it out:”have you forgotten what have Allah warned you”… click below

    http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=29398:apakah-kamu-telah-lupa-amaran-allah&catid=16:from-around-the-blogs&Itemid=100132

  3. kaypou Says:

    Saya bersetuju & berpendapat sama dgn Bro Zaid! Tetapi mengapa YB Zul Kulim amat biadap dalam tulisan terkini @ blog beliau terhadap Bro Khalid? Ketara sangat sengaja mau cari pasal untuk bertelagah sesama sendiri dgn matlamat memecahbelahkan ikatan erat Pas-Keadilan. Saya telah sekian lama mengikuti perjuangan Bro Khalid & sungguh pasti serta yakin dgn kejujuran & pengalaman lama luas beliau dlm gerakan da’watul Islamiyyah. Saya bersikap, selain dari menyegarkan ikatan silaturrahim sesama saudara2 seIslam, kita juga perlu lebih mendekati mereka2 yg bukan Islam & tidak mengambil tindakan2 yg boleh menjauhkan mereka dari kita. Bukan begitu Bro Zaid?

  4. teanrean Says:

    Datuk Zaid,

    Pedebatan mengenai perkara ini telah menyebabkan negara kita kerugian banyak masa dan menyakitkan hati ramai orang tanpa apa apa faedah. Mahkamah, polis, akhbar, bloggers dan ramai lagi pihak mengalih pandangan dari masalah lain yang lebih kritikal untuk negara.

    Masalah ekonomi, pembangunan sosial, keruntuhan sistem perundangan dan banyak lagi diketepikan kerana kita semua sibuk dengan perkara yang sepatutnya bukan isu kerana Perlembagaan telah menetapkan perkara ini dengan jelas.

    Khalid Samad dan Pakatan secara keseluruhan jangan terlalu ghairah dengan isu ini kerana itulah niat UMNO untuk memesongkan pendapat umum mengenai segala kepincangan dalam negara.

    Kini UMNO ketawa melihat Khalid dan Zulkifli bertelagah sedangkan mereka giat mencari peluang untuk meruntuhkan pentadbiran keraaan negeri-negeri di bawah Pakatan.

    Pakatan harus menumpukan usaha dan tenaga untuk memimpin negeri dengan baik disamping mengiatkan lagi aktiviti mendaftar lebih ramai pengundi terutama di kalangan muda. Kemenangan rakyat hanya mungkin sekiranya Pakatan tetap berfocus pada usaha untuk menang pada pilihanraya akan datang. Perkara lain adalah secondary.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: