Little Napoleon

Parti Keadilan Rakyat hari ini membuat keputusan merujuk kes Zulkifli Nordin kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk menyiasat serta membuat keputusan terhadap beliau dalam masa 30 hari. Parti juga mengeluarkan “gag order” atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti serta merosakkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Hebat bunyi keputusan PKR. Nak ikut “due process “atau proses keadilan dalam undang undang.Sebenarnya ramai orang merasakan PKR tidak serius untok mengambil tindakan. Malah ada yang mengagak tidak akan ada satu keputusan yang tegas akan diambil dalam tempoh tersebut. Sementara itu Zulkifli Nordin setiap minit akan terus menghina pendirian Pakatan dalam TV UMNO dan surat khabar UMNO dan tidak akan peduli arahan parti, sama seperti yang telah dia lakukan pada masa-masa yang lepas.

Hairan juga keadaan ini, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang manusia yang tidak boleh disentuh oleh parti; entah mengapa ada keistimewaan itu. Sebab itulah Zulkifli menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai “Firaun Kecil” atau “Little Napoleon”, iaitu merujuk kepada pegawai parti yang tidak ada taring; maksudnya orang seperti saya.

Selepas hari ini, saya yakin PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangan nya. Hanya yang mudah dan expedient,.PKR hari ini tak jauh bezanya dengan UMNO; cuma ia hanya seperti acuan atau “a poor man’s version of” UMNO.

Ada pihak amat takut untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin, walaupun jelas tindakannya yang mahu menghancurkan parti dari dalam, kerana bimbang dengan persepsi bahawa orang Melayu dan Islam sayang kapada Zulkifli Nordin . Dia konon nya popular dengan “isu Islam nya”. Tapi Zulkifli Nordin bukan wira Islam. Bukan wira Melayu. Sikap, perbuatan dan kata-katanya sama dengan jaguh-jaguh UMNO. Lagi pula Zulkifli Nordin terang-terang membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti dan Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukannya hanyalah memberi gambaran kepada umum bahawa PKR dan Pakatan Rakyat telah mengkhianati umat Islam dan Raja Melayu kerana kononnya sanggup membiarkan orang agama lain menghina Islam, terutamanya dalam isu penggunaan perkataan Allah.

Bagi saya, kalau kita tidak yakin dengan pendirian kita dalam soal penggunaan perkataaan Allah ini, dan isu lain yang dibawa olih Zulkifli Nordin ikut saja UMNO dan Zulkifli Nordin. Tapi kalau kita yakin, kalau kita berpegang kapada prinsip dalam Perlembaggaan Persekutuan , dan pendapat alim ulamak maka kita mesti teruskan dengan pendirian kita.. Sampai bila kita mahu berpolitik dua alam; di sana kita berpegang kepada satu prinsip, di sini kita bertukar kepada prinsip lain pula.

Mungkin ada rakan-rakan yang akan berkata tindakan akan diambil selepas siasatan jawatankuasa parti, dan minta saya bersabar. Ikut lunas undang undang. Saya memang setuju, sebab itu kita sepatutnya gantung Zulkifli Nordin sementara siasatan selesai. Kerana kesalahan nya jelas dan berterusan bagi mereka yang dapat dan mahu melihat. Kita perlu berlaku adil kapada dia , tetapi kita juga perlu berlaku adil kapada ratusan ribu ahli parti yang mengharapkan pembelaan dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti dan Pakatan Rakyat.

Dalam memperkatakan semua ini saya mungkin dipecat olih parti Keadilan kerana saya tidak ada kekebalan saperti sasetengah pemimpin PKR. Tapi saya biasa kena pecat dan saya akan terus menyuarakan perjuangasn politik yang sihat dan bermaruah untok kebaikan PKR dan Pakatan. Kita tidak mampu menjadi parti yang akan membawa perubahan kapada politik dan pentadbiran Negara kalau Zulkifli Nordin pun kita tidak bolih selesai dengan cara yang sepatutnya. Nampaknya PAS lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan kapada ketua negeri Selangor nya Dr Hassan Ali, tetapi PKR takut kapada ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Explore posts in the same categories: 1

18 Comments on “Little Napoleon”

  1. jebatbintuah Says:

    Ini dia tokoh Melayu yang jati, rasional dan berakal. Tidak gentar atau takut berdiri demi prinsip-prinsip asas dan keadilan. Melayu seperti ini bagaikan spesis yang semakin pupus, spesis mulia yang terdiri daripada tokoh-tokoh lama seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Dato’ Onn Jaafar.

    Sekiranya PKR gagal menimbangkan nasihat dan pandangan Saudara Zaid dalam isu ini, maka berhati-hatilah PKR kerana keyakinan rakyat akan semakin merosot. PKR akan dilihat sebagai parti yang lemah atau UMNO ‘lite’ yang hanya mampu melaungkan retorik ‘reformasi’ tapi tidak berani atau mampu melaksanakan reformasi. Bak kata Chegubard Badrul Hisham Shaharin, ‘perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata’.

    Sekian.

  2. cruzgeng Says:

    Datuk Zaid,
    Steady dulu Boss.. DSAI tahu apa yg dibuat.. sama-sama kita tunggu.. tapi 30hari tu terlalu lama… Harap Datuk boleh bagi DSAI nasihat.
    Thank You.

  3. ez03 Says:

    Tabik Datuk! Saya sokong benar dengan pendirian Datuk. Kalau PKR tak mahu kehilangan Zulkifli maka PKR tidak yakin dengan perjuangan. Mungkin ramai yang marah dengan PKR sekirannya saudara Zul diambil tindakan NAMUN lagi ramai yang marah dan hilang keyakinan terhadap PKR sekirannya tiada tindakan tegas diambil. Memang benar, saya akui kebanyakan pemimpin/ahli PKR yang berbangsa Melayu sebenarnya datang dari UMNO sendiri. Perangai buruk yang lama masih lagi terbawa-bawa. Bila lagi masa untuk berubah? Manakah laungan ‘Reformasi’ kalau takut buat tindakan?


  4. Salam Dato,

    Saya tidak memikirkan yang PKR akan membuat keputusan dengan sangat drastik ke atas Ahli Parlimen Kulim ini, tetapi dengan menangguhkan keputusan sehingga hari yang ke-30 memberi gambaran betapa PKR sangat lemah mempertahankan prinsipnya. Adakah wajar YB Zulkifli dipecat? Ya. Sudah semestinya. Itu bukan keputusan yang kabur, tindak-tanduknya jelas membawa beliau kepada keputusan pemecatan. Loud and clear. Saya teringat ucapan DSAI sejurus beliau keluar penjara; Ada yang datang dengan menuntut segala macam imbuhan sebagai galang ganti usaha mempertahankan DSAI ketika dalam penjara, ada yang mudah merajuk dek kerana perjuangan mempertahankan DSAI tidak dihargai selepas DSAI keluar penjara dan mereka mudah mengalah serta menyertai UMNO kemudiannya. Dan ada pula yang semakin lantang melaung betapa dia sahajalah yang kuat mempertahankan DSAI semasa beliau dipenjara. Maka saya kira, mereka ini terus-menerus dalam keadaan ‘terpelihara’ daripada sebarang tindakan emosi mereka. Maka, pada hemat saya YB Zul ini tidak terkecuali. Maka DSAI dan PKR semakin tersepit. Maka semakin seperti yang saya pernah mendengar sendiri dari mulut MB Kedah – Ustaz Azizan – PKR ini datangnya dari UMNO, maka kadang-kadang mereka tidak mempunyai tarbiyyah yang kuat dan acuan pemimpin mereka menghasilkan ‘UMNO’ juga. Adakah tindakan pemecatan YB Zul ini boleh menjejaskan ‘keseronokan’ yang mungkin akan diperolehi hasil keputusan mahkamah ke atas MB Pakatan Ir Nizar atau pemecatannya akan memberi ‘peluru’ baru kepada UMNO menghentam PKR dan PR? Atau tindakan pemecatan YB Zul akan menyaksikan pilihanraya kecil yang boleh jadi akan menyebabkan PKR akan kalah di situ dan UMNO akan mula bersorak memberitahu PKR tidak mempertahankan Islam dan memecat ahli yang kuat mempertahankan Islam? Jika itu semua pertimbangannya, maka saya sangat yakin, PKR belum cukup bersedia ke Putrajaya selepas PRU-13 nanti. Jika itu pertimbangannya, maka apa guna pendapat Dr Yusof Qhardawi dan Dr Asri diterima pakai? Jika itu pertimbangannya apa guna PKR dengan tegas mempertahankan prinsip tentang penggunaan kalimah ALLAH dari kalangan panganut Kristian? Semuanya akan jadi sia-sia. Maka elok simpan sahaja YB Zulkifli Nordin ini dan sertai UMNO.

    Nor Miswary Ramli
    Shah Alam
    normiswaryramli.blogspot.com

  5. jayenjr Says:

    Dear Datuk

    I am Shanker. If you recall at the meeting between Malaysian church heads & PKR reps at Luther House about 3 Sundays ago, I raised the question of how PKR plans to deal with Zulkifli. And I recall what DSAI’s reply was, and that stern action will be taken should the YB from Kulim fail to toe party line in the future. Well, that was then. Today, we see how the Zulkifli issue is dragging PKR’s reputation into the mud – if I may suggest it as such. Some newsblogs are full of criticism of how DSAI is handling this matter – http://khookaypeng.blogspot.com/ or http://harismibrahim.wordpress.com/2010/01/27/pkr-parti-kena-rembat/ or http://harismibrahim.wordpress.com/2010/01/27/zul-no-fear-little-pharaohs-zul-have-big-chief-sitting-bull-by-the/ . Datuk, at the church meet, I felt that it was somewhat significant that church leaders who in the past were contend voting BN into power, were now prima facie endorsing DSAI/PR’s hopeful march to Putrajaya. This latest news will certain not escape their attention; not so much of what or who Zulkifli is; but rather PKR’s apparent failure to rein in decisively on this chap. I would love to write in to DSAI directly; unfortunately, there is no email address that I could find on most of his websites. But make no mistake : Many Malaysians are utterly disappointed that Zulkifli received no more than a slap on the wrist. How will that affect the middle Malaysia & the fence sitter voters? Thank you.

  6. niknik68 Says:

    seperti ayat pepatah, “Fool me once, shame on you; fool me twice, shame on ME” … jadi, “Pertama kali, shame on Zul; kali kedua, shame on PKR”

  7. alias601213 Says:

    Walaupun Zulkifli Nordin nampak seperti membebankan PKR, tetapi kita tidak patut bertindak terikut-ikut seperti UMNO yang menyekat peluang ahli-ahlinya melahirkan pendapat yang berbeza. PKR dan PR yang memperjuangkan kemurnian demokrasi harus memberi ruang untuk berhujah dan memberi pendapat seluas-luasnya kepada siapa jua. Inilah keunikan yang harus ada pada PR. Kalau tidak, apa bezanya dengan UMNO dan BN. Keunikan inilah yang akan membuatkan orang ramai rasa selesa dalam PKR dan PR kerana mereka berasa bebas dapat memberi pendapat tanpa takut dicantas dan disingkir.

    • jebatbintuah Says:

      Alias,

      Awak tak paham.

      Pakatan Rakyat dan PKR memang menerima pendapat yang berbeza dan toleransi terhadap pendapat yang bercanggah.

      Ini tak langsung menjadi masalah.

      Masalahnya ialah tindakan Zulkifli Noordin melancarkan laporan polis terhadap rakannya dalam Pakatan Rakyat, iaitu YB Khalid Samad, tanpa merujuk parti PKR langsung. Ini tindakan yang biadap, melanggar peraturan parti dan gabungan Pakatan Rakyat, tidak menghormati rakan-rakan dari parti PAS, dan sikap bertindak melulu ini telah banyak kali dilakukan oleh Zulkifli Noordin.

      Sudah tiba masanya orang seperti ini disingkirkan daripada PKR dan Pakatan Rakyat kerana tidak sesuai dengan etika dan cara berkerja Pakatan.

      Zulkifli Noordin dapat terus berkhidmat dengan sebaiknya dari LUAR PKR dan Pakatan Rakyat, sama ada sebagai calon bebas atau sebagai ahli UMNO yang baru.

    • 4rakyat Says:

      1) secara umumnya, boleh berbeza pendapat. macam ub zul kata dulu “this is new politics”. new style. ok, but there has to be limit. and i think yb zul crossed that limit.

      2) if a party member of a political party (or any organisation for that matter) disagrees with the party’s main policies, he/she has two choices. follow (but can express differing opinions) or get out of the way. i bliv yb zul should get out of the way. this is correct position.

      3) no one shld force yb zul to just “telan” whatever the party wants. he is obviously an individual yang “amat berprinsip”. tapi kalau prinsip peribadi tak sehaluan dgn prinsip parti, apa lagi boleh buat? as a matter of honour, just disassociate yourself with the party lah. tak ada siapa yang betul, atau salah. hanya dua pandangan yang berbeza dalam satu isu.

      4) that way, everybody retains their honour.

      5) lagi tak baik kalau dua-dua pun nak continue bersama tapi tak sama pendapat.

      6) kalau yb zul betul2 pegang kuat pada prinsip dia sendiri, tindakan keluar parti bukan sesuate yang jahat ataupun tak baik. i am not recommending him to leave pkr. in fact i am urging him to ‘sacrifice a bit’ for the sake of the party. we all make sacrifices in one way or another. as a party member, we have to put party’s stand first.

      7) but yb zul claimed to be a “muslim first” above everything else. all is well here. no problem. if this stand is negotiable, then stay. if it is not, then go.

      8) jangan rosakkan parti demi prinsip sendiri.

      9) ini sama dgn dilema ku li. nak nego pasal royalti minyak bagi pihak kelantan, tapi muhydin cakap tak boleh…mesti ikut pendirian parti…dsb. pakatan supporters say unfair. must let ku li make own decisions.

      10) jadi, sini kami jangan paksa yb zul buat apa2 yang dia pegang kuat. like i said, kalau boleh berkompromi (sedikit pun cukuplah. demi parti.), bagus. kalau tak boleh, pun ok. tapi kena tahu “what to do lah”. as an honourable individual.

      11) either way is ok. this is also the “new politics” that yb zul should understand.

      12) ini semua tak ada dalam umno. cara umno ialah “it’s either my way or the highway”.

      4RAKYAT

  8. fair2 Says:

    Not sure what had happened to YB Zul, prior to 12th GE, the guy seemed to be a decent man, I even contributed RM 500 to his campaign funding.. gee..what a waste of my money.
    May be he was stricken by lightning..the brain went haywire already..

    • fair2 Says:

      Come to think of it, may be the lightning or the “YB” hat is too heavy for his head; resulting every now and then he keeps hearing voices “Islam under threat” “Islam under threat” “act now” “act now”…in his head..

  9. ghazaliabu Says:

    Saya hormati pendirian YB Zul dalam isu nama Allah ini cuma ‘manner’ yang beliau gunakan tidak sesuai dengan adab berpersatuan. Jika beliau tidak bersetuju dengan pendirian Pakatan itu tidak dan pendirian itu wajar dihormati, (seperti kata Alias). Sementara pendirian beliau layak dihormati, begitu jugalah pendirian rakan2 YB yang lain dalam Pakatan juga wajar dihormati.

    Elok YB Zul bersemuka dgn YB Khalid Samad dan bermaafans serta mengambil jalan menghormati pendirian masing2.

  10. ghazaliabu Says:

    Manner yang digunakan penting dalam menyampaikan sesuatu message. Begitu juga saya tidak bersetuju dengan manner yg digunakan oleh YB Khalid dalam Al-Jazeera semasa berdepan dengan Sdr Yusri

  11. gemowe Says:

    Dear Datuk,

    Good evening.

    I don’t think either Muslims or Non-Muslims will just disappear from Malaysia. So both should not feel under threat. What they sould worry about is the lack of transparency and accountability and corruption.

    It may be that Zulkifli really believes in what he says…. or maybe it’s politics, hanya dia sahaja tahu. In a democracy, everyone must be able to have a say, even if we don’t agree with them, we must fight to allow them to have a say.

    However, a political party has to stand for something, e.g., 1 Malaysia, or meritrocracy, or moderation, or religion, etc, etc. And if members have a different view, so be it. But there must be a declaration from the party leaders on whether they agree with said view or not. If they do not agree, keep saying so. And come election time, drop the candidate. If they do, state so also.

    The public will be judged by the decision of the leaders. Not of a single member.

    All PAS, PKR and DAP leaders have an opportunity to show great leadership here, by the way they respond.

    Selamat malam.

  12. hyenous Says:

    Dato’

    Saya berharap dalam isu ni jangan dibiarkan menjadi lebih teruk, apa yang saya cuba sampaikan penyelesaian cara baik lebih afdal dari kita bergaduh sesama sendiri.

    UMNO mentertawakan kita kalau kita macam budak-budak. Harap Dato’ dan para pimpinan boleh lah cari jalan penyelesaian tanpa membesarkan lagi isu ni.

  13. hyenous Says:

    Saya benar berharap yang Dato boleh selamatkan PR, dan PKR khususnya. Tak kiralah apa keputusan untuk YB Zul.

  14. qalbisalimi Says:

    salam alaik/sejahtera..dato’ & semua..
    membawa kebaikan kpd semua adalah saranan dlm semua agama..kebaikan akan dilihat baik pada perlaksanaannya,perjuangannya,kesungguhannya..
    namun..suara hati pada semua manusia adalah seragam sebenarnya..suara yg paling dalam di dlm hati itu lah puncak kehendak semua warga..iaitu terbaik dari yg paling baik..persoalannya adakah tindakan zulkifli itu baik pada perlaksanaannya,perjuangannya,kesungguhannya..suara hati tak menipu..jika tindakannya kelihatan baik,maka kebaikan lah kesannya..malangnya..tanya lah suara hati saudara ku sekelian..benarkah kebaikan telah di tonjolkan oleh zulkifli..syabas utk dato’ zaid,yb khalid samad,tengku razaliegh..dan beberapa pimpinan pakatan rakyat yg tidak mencari populariti,fokus pada perjuangan..yg haq tetap haq..menumbangkan umno adalah kerja utama seluruh warga pimpinan pakatan..kami sebagai rakyat yg celik akan keadaan sekitar ini amat yakin akan hari-hari itu..bila kita makan ikan bakar cencaru,kita mesti buang ulit kerasnya dahulu..bahaya kalau tertelan..bisa sekali..dato’ seri anwar ibrahim sgt perlu buang kulit-kulit cencaru ini..jika tidak tinggalan pimpinan akan lebih celaru menghadapi hari2 mendatang..teruskan usaha2 murni dato’ zaid,yb khalid samad..kami bersedia dgn apa cara pun utk tumbangkan umno..itu tujuan asal..jgn sedetik pun lari dari orbit ini..


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: