Mahkamah Zaki

Mahkamah Era Tun Zaki

Selepas pemecatan hakim-hakim oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988, Allahyarham Tun Suffian Hashim telah menyatakan bahawa badan kehakiman Malaysia akan hanya pulih dari segi kewibawaan dan kepercayaan rakyat dalam masa 50 tahun akan datang. Daripada langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, saya melihat efisiensi Mahkamah sudah meningkat manakala kes-kes tertunggak banyak diselesaikan . Ini adalah satu perkembangan yang baik. Saya harap Majlis Peguam akan terus memberi kerjasama kepada badan kehakiman supaya Mahkamah kita lebih mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih cepat dan adil.

Hakim-hakim Mahkamah Tinggi juga telah menunjukkan sikap ‘bebas” dan berani dalam beberapa kes sejak kebelakangan ini. Bebas dan berani ini dalam konteks kehakiman ialah berani membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang serta Perlembagaan tanpa mengira sama ada keputusan itu popular atau tidak, sama ada dipuji atau dicemuh orang ramai. Hakim-hakim tidak sepatutnya mengambil kira sama ada pembangkang atau kerajaan menyokong keputusannya; keputusan yang bijak dan adil adalah tanggungjawab mereka.

Antara contoh-contoh ketegasan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berani dan bebas baru-baru ini adalah:

• Kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dengan syarat tidak disalahgunakan oleh majalah Herald milik Gereja Katolik Malaysia;
• Kes Mahkamah Tinggi di Bintulu yang mengiktiraf hak Orang Asal Sarawak berhubung tanah adat (NCR); dan
• Kes Mahkamah Tinggi di Kucing yang mengiktiraf konsep adat Melayu “serah” dalam tuntutan pampasan penat lelah dalam usaha membangunkan tanah.

Mahkamah Persekutuan juga membuat keputusan yang tepat dalam soal “indefeasibility of title” dalam Kanun Tanah Negara bila mereka menolak keputusan awal yang sungguh tidak masuk akal. Mahkamah sekarang nampaknya lebih berwibawa jika dibandingkan dalam tahun-tahun 1990an daulu.

Kini apa yang ditunggu oleh rakyat ialah sama ada Mahkamah kita akan berani dan bebas dalam membuat keputusan yang adil dan tepat dalam kes-kes “politik”. Kes-kes ini akan menentukan sama ada hakim-hakim akan benar-benar bebas atau masih terikat dengan cara lama waktu zaman Mahathir dahulu. Cara lama ialah di mana beberapa hakim “sub standard” digunakan untuk membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan atau orang-orang tertentu sahaja dengan mengenepikan prinsip undang-undang dan Perlembagaan tanpa rasa malu.

Sebab itulah keputusan kes Menteri Besar Pakatan Rakyat lawan Menteri Besar Barisan Nasional di Perak minggu depan akan menjadi penentu sama ada Mahkamah era Tun Zaki akan berbeza dengan era sebelum ini. Ia akan menentukan sama ada amalan demokrasi berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang (rule of law) akan wujud semula di Malaysia.

Kalau Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum 2008 menang dalam kes ini, maka kita yakin pemulihan Mahkamah telah bermula dan roh arwah Tun Suffian tidak perlu menunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan pemulihan badan kehakiman di Malaysia. Sebaliknya, kalau seorang lagi yang telah merampas kuasa melalui politik melompat yang diisytiharkan menang, maka kita akan kembali kepada zaman perundangan gelap seperti suatu masa dahulu.

Explore posts in the same categories: 1

One Comment on “Mahkamah Zaki”

  1. anakmamat Says:

    So what say you about the 5-0 judgement ? Do you still see any hope for Zaki’s court of executioners ? Doesnt this prove that Malaysia has regressed into a pariah state a long time ago – even while you are still in UMNO ?
    Question now is that can the Rulers of Kedah, Kelantan, and Selangor ask their MBs to just resign if the Opposition in these states merely petition their respective Sultans that they have the majority ?


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: