Perak 2; Sodomy2

UMNO menyerang Parti Keadilan Rakyat bertubi-tubi kerana ia mahu Barisan Nasional mendapatkan majoriti dua prtiga kerusi Parlimen dengan apa cara sekali pun. Dengan kuasa dua pertiga itu, mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan. Mereka boleh ubah suai kawasan Parlimen . Mereka mahu lebih banyak kerusi majoriti orang Melayu kerana UMNO ingat orang Melayu tetap menyokongnya. Kononnya kalau tambah kerusi majoriti Melayu, maka kerusi UMNO dalam pilihan raya akan bertambah. Oleh itu, untuk dapatkan majoriti dua pertiga ini, UMNO berjaya menarik beberapa orang Ahli Parlimen PKR untuk menyokong BN bagi tujuan ini. Nampaknya hasrat Najib untuk mengembalikan kerusi dua pertiga di Parlimen akan tercapai. Saya percaya ada beberapa Ahli Parlimen PKR lagi akan keluar parti tidak lama lagi.

Sekarang kita bukan saja ada “Sodomy 2”; tetapi kita juga berhadapan dengan fenomena politik “Perak 2” di mana apa yang terjadi di Perak sudah pun bermula di peringkat pusat. Fenomena menggunakan wang, sogokan dan imbuhan ditawarkan untuk orang-orang PKR ini untuk berpaling tadah. Ini bukan kenyataan yang dibuat untok menutup kelemahan PKR dan kepimpinannya.Ini lah yang benar-benar berlaku. Inilah maklumat dan laporan yang kita terima dari orang ramai. Memang ada aspek tertentu dalam pengurusan parti yang perlu kita perbaiki, dan perkara ini sudah pun diakui dan tindakan telah pun diambil. Tetapi kita tidak dapat menahan “political mercenaries ” atau mereka yang sanggup menggadai perjuangan dengan wang dan jawatan, daripada melompat keluar dari parti kita.

Walaupun berberapa pemimpin parti melompat, sebenarnya sokongan rakyat bertambah. Inilah kekuatan kita yang sebenar. Inilah yang perlu disebar dan difahami oleh penyokong Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sokongan padu para pemimpin dan ahli-ahli Parlimen DAP dan PAS terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim; ini menunjukkan perpaduan kita yang kukuh dan ikhlas. Kita bersama telah dapat mengatasi politik rasuah ini. Pilihan raya akan datang bergantung kepada kuasa rakyat, dan bukan kepada beberapa kerat “political mercenaries” yang melompat ini.

Saya dan kawan-kawan dalam PKR tetap akan mempertahankan perjuangan politik Pakatan Rakyat. Setelah selesai fenomena melompat ini, keadaan akan tenang kembali. Kita tidak akan lumpuh, malah kita akan lebih kuat. Kita akan lebih teliti dalam memilih calon, kita akan lebih cermat melantik wakil dalam jawatan tertinggi parti. PKR telah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat daripada serangan wang ini, tetapi kita masih subur dan kuat. Ini bererti ramalan Pak Pandir kononnya PKR akan lumpuh hanyalah mimpi di siag hari kerana mereka tahu siapa sebenarnya yang telah kehilangan sokongan rakyat.

Saya harap rakyat Malaysia yang mahukan perubahan tetap yakin dengan perjuangan kami. Kalau dulu tak ramai yang berkaliber yang mahu bertanding di bawah tiket PKR, kini sudah sampai masanya anda menyahut cabaran untuk bersama-sama kami mengubah politik negara. Jika anda yang berwibawa tak mahu menyertai perjuangan ini untuk membasmi rasuah, salah guna kuasa, politik perkauman dan bermacam gejala buruk lain, maka mereka yang tak berkaliberlah akan mengisi kekosongan ini.

Explore posts in the same categories: 1

2 Comments on “Perak 2; Sodomy2”

  1. votergetvoters4pr Says:

    Really we cannot do anything about this repressive evil n corrupted goverment nor can we do much about froggies and fraud of phantom voters. However apart from vetting for more principled candidates for GE13 which is the job of PR with advices from RPK and other well intention bloogers or NGOs, we the Rakyat can do more than just casting our precious vote for PR. We should do our own ” VOTER GET VOTERS” campaign by personalising our email signature. i.e sign off with this ” VOTER GET VOTERS” campaign for a FREE & BETTER Malaysia ( auto generated) . This is what we all can do personally without much efforts. Another idea to raise political awareness is to ask PR via PAS,DAP and PKR or even some well known Pro PR bloggers to print T-shirts and car stickers with those words and sell to us readers. Hope you are receptive to this ideas and spread the new so that more ppl are willing to buy this POLITICAL ACTIVIST awareness items so that we can persuade PR to do it for fund raising too. I am willing to buy 10 T-shirts and 20 car stickers or pin buttons, give to my friends and MOST important is to wear them and creat political awarenees. I am glad you joined PKR for a FREE n BETTER Malaysia

  2. dukuhead69 Says:

    Tragedi negara ini adalah pelacuran terhadap duit atau jawatan yang terdapat dimana-mana, dari atas ke bawah dan yang melibati kesemua masyarakat Malaysia tidak ambil kira kaum atau agama(?). Sepertimana yang dihuraikan oleh DSAI, proses “penyucian” PKR sedang dijalankan. Syabaslah. Lebih baik hilang beban orang-orang yang boleh dibeli dengan duit/jawatan sekarang sebelum Pakatan Rakyat naik ketaraf kerajaan wilayah. Biar ini pada suatu hari yang tak lama lagi menjadi suatu ajaran yang benar dan peringatan yang kukuh, baik pun kepada DSAI atau Najib bahawa wakil rakyat Tidak Boleh dibeli dengan duit atau jawatan. Mereka yang mahu “berurus niaga” begini akan menerima padah kelak.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: