Beza arahan dan pandangan peribadi

Sultan Selangor telah bertitah bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa raja. Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik? Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?

Titah itu adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau “decree”. Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu. Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan “gazette” tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya. Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik – untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja.

Jadi tak timbul soal Tok Guru Nik Aziz melanggar arahan Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Najib Razak. Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang tak sependapat dengan pendirian peribadi Sultan Selangor. Pada zaman sekarang dan mengikut Perlembagaan, tak sependapat hanya bererti berbeza pandangan. Ia bukan satu kesalahan. Ia juga bukan perbuatan menghina.

Lainlah pula bila Sultan Pahang menitahkan supaya Kartika Sari Dewi tidak perlu dirotan; ia adalah keputusan yang sah kerana baginda ada kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri untuk berbuat demikian. Itu pun ramai yang membantah dan melenting, malah ada yang mengkritik keputusan Sultan Pahang, termasuk dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Jadi mengapa Najib tidak membela Sultan Pahang atas keputusan baginda yang sah dari segi undang-undang tetapi hanya mahu membela Sultan Selangor walaupun itu hanya pendapat peribadi?

Sebabnya, politiklah. Bila Sultan melakukan sesuatu yang nampak menguntungkan UMNO, maka mesti Najib bela. Sepatutnya Perdana Menteri mesti faham perbezaan antara perintah dan arahan, dengan pendapat dan pandangan peribadi, dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.  Barulah rakyat terutamanya orang Islam tidak mudah dipesongkan dengan dakyah politik.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

3 Comments on “Beza arahan dan pandangan peribadi”

  1. bigjoe99 Says:

    In the perverted mixing of politics and religion in this country like the perversion of institution in this country and given the basically also perverted politics and economics of the royal families, the Sultan of Selangor words here is basically putting trying to put a finger into a broken dam.

    It is inevitable that the mosque will be politically-perverted beyond recognition under BN rule. There is no real long term solution to avoid that end.

  2. jamilkucing Says:

    Askm datuk zaid

    setuju benar apa yang datuk kata.pedulikan melayu-melayu kolot yang amsih menyalak daulat tuanku sedangkan pemimpin mereka menghina sultan secara terang terang. saya tidak mahu bercerita pasal sultan atau raja sebab negara ini masih di zaman british. walaupun mengaku telah ke bulan dan langit.

    sebenarnya yang berkumpul. atau mengeluarkan kenyataan itu semuanya berupah.mana ada ahli umno ikhlas untuk membantu bangsa atau menghormati sultan dan raja. lagi satu seperti yangs aya kata kepada datu du serendah malam kelmarin.

    Saya menyokong penuh kalau datuk zaid membuats ebuah laman web atau blog KENALI PEMIMPIN ANDA .kita bongkar siapa mereka. kita tunjukan kepada rakyat siap kaki botol.kaki betina, kaki judi. kalau sebelum ini tiada siapa termausk pemimpin pakatan yg berani. datuk buats ebabs aya tengok datuk bukan ahli politik putar belit. datuk seorang yg jujur dalam politik. go ahead .saya sentiasa menyokong datuk.

    jamilkucing
    http://bbcatlover.blogspot.com

  3. sandusdawood Says:

    Memang sukar utk berjuang di malaysia,kita di perintah oleh sestem yg kalau dibanding dgn negara2 lain sangat terkebelakang , musuh2 demokrasi sangat
    kental membina dinding2gelap yg mengurong fikiran2 bebas ,
    datok, saya merasa hari yg akan tiba akan semakin gelap mereka bukan saja membina dinding2 malah mereka sedang membina penjara2 fikiran dengan berbagai hilah
    memperkudakan institusi2 negara dgn mematikan perasaan malu dan kebertanggongjawab kpd jenerasi2 depan.walau bagaimanapon perjuangan datok bagi menegak keadilan,kedaulatan undang undang masti di terus kerana rakyat menanti cahaya bersih tampa di selubongi oleh debu2 rasuah,penyalahgunaan kuasa,pembunuhan terhadap minda2 suci,dan kehidopan sejahtera yg di redai oleh subhanahu wataala.sekian
    selamat berjuang dan teruskan rakyat bersama mu…


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: