Melayu Telah Berubah, Utusan Belum…

Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang. Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini. Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya. Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.

Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideologi utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut. Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas. Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati UMNO pun tertoreh; dan bila hati UMNO tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.

Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu. Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta. Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas? Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu UMNO dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka. Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati UMNO maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati UMNO.

Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walaupun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut. Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.

Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut. Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju. Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara. Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan UMNO setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?
Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya UMNO telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari UMNO? Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.

Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah. Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah. Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1 Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu). Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang.

Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan UMNO, tahu bahawa bila dasar UMNO dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar UMNO. Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu. Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar UMNO dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu. Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan. Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

Explore posts in the same categories: Politik, Umum

29 Comments on “Melayu Telah Berubah, Utusan Belum…”

  1. bkho Says:

    Can Utusan editors be arrested for sedition?
    Hmmm………….

  2. singpenang Says:

    Well stated, Sir.

    May your tribe increase in this beautiful land of Malaysia.

  3. zainazri Says:

    Sir,

    i would love to be able to say the things that you say, unfortunately my ability to project my ideas in words is nowhere close to yours. so sir, for that, thanks a whole bunch.god bless..

  4. oceanuz Says:

    Every well said.
    Everyone is changing and matching forward in this ever challenging world.
    But UMNO and its gang could not bear that and they are trying as hard as they could to drag the rest with them down the drain.
    Like you said, dah tak laku.

  5. nikmj Says:

    Well written article Datuk. Utusan is UBN media, what is being published there is UBN ideas and propaganda.

    BN masih anggap rakyat bodoh, mudah ditipu

  6. neoseeker Says:

    And they still think that they are the number 1 press in the nation.

  7. ekiin Says:

    “Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati.”

    Itulah kenyataan yang paling benar dan sahih.
    Jikalau hati sudah buta, memang semua fakta pun jadi sampah.

    Teruskan usaha anda, Dato.

    Terima Kasih,

    EK

  8. kyle8c Says:

    Kata-kata inilah yang berada di hati saya buat beberapa bulan ini. Apakah yang telah orang bukan Melayu tuntut yang ‘semakin keterlaluan’? Memang isu2 spt biasiswa, tempat universiti dan sekolah vernakular telah lama dibincangkan dan kerajaan tidak pernah pun menangani isu2 ini secara serius. Macam mana orang bukan Melayu boleh ‘meminta lebih’ apabila ‘permintaan’ sebelum ini belum ditunaikan lagi.

    Harap-harap orang Melayu tidak akan terpedaya dengan retorik2 spt ini dari Utusan.

    Teruslah mengarang Dato’.

  9. dochmal Says:

    zaid,
    terima kasih kerana menulis…tolong teruskan.

  10. dinobeano Says:

    Well done, Zaid. You have a nice layout to match the quality of your writings. You are reaching out to the rural malays and those proficient in Bahasa Malaysia, thereby filling a void. Salams. Din Merican

  11. e96anban Says:

    Satu artikel yang kena pada tempatnya. Terima kasih kepada Dato Zaid. Setiap kali bila bukan melayu menyuarakan sesuatu, UM terus membangkitkan amaran jangan pertikaikan hak melayu.

    kemudian, terdengar pula suara meminta bukan melayu pulang ke negara asal. tetapi malaysialah negara asal saya. tanah tumpah darah, kesetiaan saya terhadap negara saya tidak berbelah bahagi, tetapi sayangnya dianggap orang asing dan musuh di negara sendiri.

    saya tidak percaya bukan melayu meminta bantuan yang berlebih-lebihan. orang bukan melayu yang mampu telah lama melanjutkan pelajaran keluar negeri.

    tetapi yang kurang mampu tidak dapat peluan biasiswa atau kursus yang sepatutnya walaupun keputusan mereka cukup bagus. adakah salah sekiranya kita meminta yang kurang mampu ini dibantu oleh kerajaan, sedangkan anak menteri diberi biasiswa walaupun keputusan tak seberapa. adakah permintaan ini berlebihan? adakah ini balasan kewarganegaraan yang di beri kepada nenek moyang kami?

    saya berharap orang seperti Datuk Zaid akan menjadi perdana menteri satu hari nanti. saya percaya negara ini cukup kaya untuk memperkayakan seluruh rakyat malaysia terutamanya bila tiada kronisme dan menyelewengan wang seperte PKFZ.


  12. […] “This is probably the reason why its readership is on the decline. It’s theme and main plot is race, race and race,” he added in a blog posting. […]

  13. votewiselymalaysia Says:

    most honourable sir, you may have said it very well, and all praise to you for your honesty, for your stand against hypocrisy and umnosisation.

    however, i must express my displeasure that, in all you profound wisdom, you have neglected to remind umno of who the real malays are.

    while the raving and ranting against chinese and indians who for umpteen generations have contributed to the transformation and development from before the fms to malaya and now malaysia, hundreds of thousands, probably even millions, some casually but many having to brave, crossed the straits of malacca, assumed a new identity and nationality, settled in our sovereign land of milk and honey, and called themselves malays and bumiputras – just because they look like and have names which sound like and profess the same faith as genuine malays.

    yes, some bigotry first generation non-malaysians “malays and bumiputras” have such audacity and pungency to milk the benefits of genuine malays and join in the umno war cry against the legitimate citizenship of those who built the honeycomb for them.

    most honourable sir, zaid, perhaps you could be so kind as to give a history lesson and factual account of who is and should be and should not be a bumiputra and a malaysian malay (pardon the need to define malay as malaysian or otherwise – for this is the only short-sight in the federal constitution – one anomaly which can legally transform any ethnicity to malay.

    or perhaps, call for the sampans and tongkangs and sailboats to set adrift vessels full of persona-non-gratia back to where they originated from and where they rightly belong.

  14. wabill Says:

    There is something about UMNO and its call to Malays that is intriguing. Utusan’s leanings too is intriguing. Indeed they cannot surely be posturing to be the savious of all Malays as much as they like to. Surely they cannot be speaking to protect all Malays. Would it not be blasphemous for tem to say that they want to protect the likes of Anwar Ibrahim and the rest of the Keadilan Maalays? And what about the PAS Malays?

    But sruely htey are talking about the interests of the likes of Mahathir, Khir Toyo, Zambri and a whole host of others who are not exactly Malay in the purest sense.

    I am posturing that like the Nazis, who many recklessly assume them to be only Germans, the Malays UMNO and their ilk refer to is no more than an idea. It is not exactly a genetic reference to a human species. The idea here being that they should be UMNO loyal at the foremost. Islam, Malay language, Malay race, and culture have far less bearings to this. How else do you explain first and second generation Indonesians fetted with more privileges than a fourth generation Chinese? How else do you explain Indian Muslims becoming powerful war lords in UMNO? And all of them go under the guise of being called Malay.

    UMNO’s Malay is more an idea like Nazis were an idea. Not all Germans were Nazi and not all Nazi WERE Germans. Just like that not all UMNO Malays are Malays and not all Malays are UMNO Malays.

  15. shanelooi Says:

    satu artical yang sangat bagus, saya sokong.


  16. […] “This is probably the reason why its readership is on the decline. It’s theme and main plot is race, race and race,” he added in a blog posting. […]

  17. raolah Says:

    Dear Dato Zaid.

    Very good evening Dato. Bravoo Dato on ur writings…..

    I feel that this guy Awang Selamat (Utusan Melayu) an idiot and have no sence Malaysian and rely hypocrete and living in his own world. The govermenty do something about this guy.

  18. nazryan Says:

    Dear Sir, Salam

    On this subject, I am not ashamed to admit that I am one of the NEP by product. And coming from a beautiful heritage of Javanes, Chinese, Ceylon and others – I somehow feel the pain of my fellow Malaysian brothers and sisters.

    But then again as per in any school and universities in a just civilization, equal right shall be given to all Malaysian regardless of races, financial and even political belief. That was then and this is now.

    Waking up to a new world after schooling, bracing the ever challenging of career development, I notice that there is another breed of Malay (and even Chinese/ Indian etc) whom enjoy an even higher class than other Malaysian. I have seen how they success, failed (actually no such word of fail) to un-imagination level. It really makes me feel sick. At the same time I have seen many Malay successes in each corner of the world without NEP. Thus where is the justification of NEP?

    After the math of 1998, my wife and I followed Ezam Mohd Nor path and active in politic. At that time he was in Keadilan in charge of Subang parliamentary seat. We followed him to Bukit Lanjan squatters (now proudly stand the Curve). At that time I never felt so humble in my life. A basic thing for myself maybe a luxury for others. However, due to some constrain, we could not continue with our struggle in Keadilan.

    We followed from far but very near in heart, on what happened to DSAI, the birth of Parti Keadilan Rakyat and many other event, some beautiful but many sad.

    But now, all that is over. With DSAI, you and other towering Malaysian, we will and can reformed to a new Malaysia where every Malaysian is of equal right in politic, economy, education ect.

    Together we can. InsyAllah!

  19. textpad Says:

    Are you saying that pro-Malay racist policies are the only way that the Malay race can continue to survive, and if meritocracy is applied then the Malays will become marginalized?

    Are you saying that leeching off the efforts of other races and waiting for handouts by the government is the only solution for Malay survival?

    Wahai orang Melayu, kamu tiada sedikit maruah pun ka?


  20. […] Zaid Ibrahim. Ini barulah 1Malaysia. Dipetik dari tulisan Zaid Ibrahim. Disusun oleh […]

  21. antifeudal Says:

    Syabas saudara Zaid. Saudara memang ada otak bro.

  22. textpad Says:

    As usual, Singapore becomes a convenient bogeyman for you and your ilk. What do Malays in Sg have to do with this at all? We’re talking about Malays in Malaysia yang ketakutan sampai kencing dalam seluar as soon as they think about the possibility of having to compete fairly against other races. Macam ni masih nak mintak respek dari kaum lain ka? Tengok muka lu pun cukup menyampah dah.

    Fortunately for this country the majority of Malays nowadays are more like Zaid Ibrahim, who are aspiring, intelligent and willing to earn their fair share – instead of incompetent cowards like you whose only “skill” in life is to depend on the government for freebies and handouts.

  23. abyone Says:

    Tahniah, kerana tulisan yang membangunkan jiwa anak-anak melayu. Pemimpim sepatutnya mempunyai kebolehan sedemikian. Pemimpin yang saban hari memnyogok orang melayu bahawa mereka selama-lamanya memerlukan NEP, hanya berjaya me’layu’kan orang melayu itu sendiri.

  24. textpad Says:

    All that “neighboring country” shows is what happens to lazy Malays when there is no NEP to protect them. Many of them even fail to so much as graduate from high school because there are no MPM-controlled O-levels to give artificially high marks to underperforming Malays, nor special matrikulasi schools that let Malays enter universities even though they cannot pass STPM, nor racist policies to hand out scholarships to Malay students with inferior grades.

    Never mind the fact that the “neighboring country” performs consistently when it comes to world rankings for a corruptionless, transparent and efficient government. When you cannot perform, blame the other races in the “neighboring country” for “suppressing” you. When cannot find a good reason to build the crooked bridge so UMNO cronies can pocket billions of taxpayer ringgit, let’s blame the “neighboring country” too. How convenient.

  25. azymechanical Says:

    Utusan ni sepatutnya dah kene “banned” dah sama macam Harakah.

    Boikot Utusan.

    http://azymechanical.blogspot.com

  26. textpad Says:

    So incompetent cowards like you are scared of being marginalized, like you should very well be for the sake of the country.

    If you cry and whine about the possibility of being marginalized: then simple, don’t do it to other people, and we’ll be merciful to you in return when the time comes.

  27. alvi3 Says:

    saya pun pernah cuba baca utusan, apabila baca, saya rasa tak aman ,berat sebelah dan tak logik. harap agar orang ramai dapat mengenali apa yg patut dan tak patut.

  28. nikkamarul3400 Says:

    Nie datok nk cerita pasal utusan atau benci UMNO??


Leave a comment