Pagar Makan Padi
Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata: “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”. Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.
Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun. Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.
Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, iyu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka. Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu. Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?
Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu. Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia. Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?
Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul. Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Tak kan lah ini pun tak faham.
Explore posts in the same categories: 1
March 22, 2010 at 5:07 am
Awang Selamat ini tidak berapa selamat, nampaknya ;-D
March 22, 2010 at 9:03 am
Zaid,
True, True.
My only hope is that Malays will not be fooled by Awang, Utusan and UMNO. Continuing to put their faith in these Evil Ones will lead them to doom.
If what Perkasa and Awang say is true, then, they are in fact blaming UMNO for neglecting the Malays for half a century of rule.
The Malay ruled. The Malays had absolute power. UMNO Malays are rich, filthy rich. But, alas, the Malay masses are poor. Why?
Because UMNO robbed their own kind and enrich themselves.
And they want Malays to continue to trust them.
Malays, wake up. Don’t be fooled again and again by UMNO, Perkasa and Utusan.Do so at your own peril.
March 22, 2010 at 9:40 am
Awang Selamat,
selamat Periuk nasi, nanti pencen nyesal
March 22, 2010 at 11:34 am
The argument here is that the Malays problem is one of class warfare. The problem with this argument is that especially the Malays in the rural area don’t have a basis to understand it. Their question is bread and butter – how much will their income go up if they get rid of corruption?
If you sir is to make it with your elite betrayal argument, there need to be a number behind the argument. By simple estimate, the income of Malays would have been minimum of double what it is now if not for the corruption and NEP. That is minimum. The basis of that minimum is based on 1/3 of Singapore’s income if the UMNO/BN govt just copy it – not even removing the NEP but just running it clean with open tender and proper planning.
In reality it could have been higher. The per capita income of Malaysia if run without discrimination would easily surpassed Singapore.
So the question is now what does it mean if Malaysia is tranparently run – even accounting for lower growth, it will be at least 50% higher than what UMNO/BN can deliver in the next 20 years.
March 28, 2010 at 1:07 am
Hi all,
People in power,control a lot of information and has the means to abuse the power given.
That is why Malaysia absolutely needs a two-party system.
The people do not have enough information to question their leaders. Though they see something very wrong with our economy, education system, judiciary…
We need another party in parliment as a check and balance.
I am glad to see, rational people from all races attack racists, and groups like PERKASA, the Chinese papers and Utusan. BUT UNFORTUNATELY THIS IS NOT ENOUGH. The Government of the day, our leaders must clearly announced that these radical papers and groups can have their say, but they absolutely do not agree with it. Left unchecked, after a time,the people will be radicalised to an extent that cannot be corrected.
Good night, all.
March 31, 2010 at 8:31 pm
tuan,sepatut nya perkara2 tentang hak2 bumiputra/bukan bumi
telah di selesai sejak 50th dulu tapi amat malang kerangka fikiran mereka tertingal jauh kebelakang atau
pon mereka sengaja mencipta isu iniutk melalaikan rakyat
malaysia dari melihat kedepan demi utk servival kekuasaan mereka, contoh nya di sini kita punya masalah
dlm isu2 besar sengaja didiamkan,seperti pengintipan terhadap asset ATM,pkfz,kecurian asset(injin k.terbang)dan yg terbaru,apco.perkara2 ini kalau kita berada di negara barat pasti telah menjatuhkan atau sekurang2 nya seseorang menteri telah meletak jawatan.tapi sangat malang bagi rakyat malaysia kita
mewarisi kerangka politik fiudalisma yg mementingkan pimpinan dari negara.keluarga dari masyarakat majmuu.yg pasti kalau kita inginkan perubahan kita mesti berani merubah sestem yg ada di peti undi dan susun semula politik malaysia biar sesuai dgn citarasa jenerasi baru , adakah kita bersedia kearah itu ? .