Tengku Razaleigh dan Pakatan

Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.

Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu. Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.

Bercakap mengenai strategi politik, saya bukan pakar atau ada apa-apa agenda tersendiri. Saya sekadar ingin melihat satu perancangan dari parti-parti pembangkang yang harus diketahui oleh rakyat; tentang bagaimana pelan tindakan mereka untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pusat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Buat masa ini pelan itu, kalau pun ada, masih tidak jelas.

Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka.Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan.Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari.

Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama. Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah.

Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO.

Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan serius adalah mengkaji semula impian yang terlalu tinggi untuk menang besar di Sabah dan Sarawak. Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008. Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?

Yang penting untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN. Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari.

Saya harap tidak ada sesiapa akan terasa hati dengan cadangan-cadangan saya atau menuduh saya mahu tunjuk pandai. Saya tidak ada niat sedemikian. Namun begitu, saya tetap dengan pendirian bahawa segala usaha perlu dilakukan oleh semua parti pembangkang dan individu dengan seberapa segera supaya hasrat rakyat yang mahukan perubahan dapat dicapai.

Jika masih ada di kalangan Pakatan yang cuma memberi keutamaan kepada kepentingan parti masing-masing atau kedudukan mereka diletakkan lebih tinggi dari kepentingan muafakat, saya anggap mereka ini sebenarnya bukan pejuang perubahan. Golongan ini hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Rakyat akan melihat golongan tak ada bezanya dengan pemimpin UMNO dan BN.

Kita masih dalam era reformasi. Ini bererti semua pihak mesti sanggup membuat pengorbanan. Pemimpin tidak boleh suruh rakyat berkorban jika mereka sendiri tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Rakyat sentiasa mengawasi tingkah-laku para pemimpin, terutamanya mereka yang sanggup menggagalkan usaha perubahan ini demi kekuatan kumpulan mereka. Jika para pemimpin ini masih berdegil dan mengikut kaedah lama, rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya umum akan datang.

Explore posts in the same categories: 1

20 Comments on “Tengku Razaleigh dan Pakatan”

  1. mycintamalaysia Says:

    Saudara Zaid,
    Some good point of yours. However, we can’t choose personalities but must thru valid democratic means. If PAS held the largest seats in Parliment, then the honour is for PAS to lead this Coalition, so if its PR or DAP then the same. This is to avoid unwanted element among own supporters as well as criticism can be used against by the BN and cause friction. Of course, personalities makes the party image but democratic foundation to determine leadership is stronger and always proven. Hope as your capacity as the “chairman” for now, can trigger some discussion of this topic among the leadership of the Pakatan parties. I’m sure evertyhing can be discuss and can be agree by concensus.

  2. atsaari Says:

    Salam buat YBhg saudara Zaid,
    Memang kita tidak dapat nafikan, terdapat kebebalan pada pemikiran pembesar-pembesar Pakatan Rakyat. Akan tetapi saya dan ramai lagi rakyat Malaysia momohon kepada saudara Zaid untuk tidak mengambil semua ini sebagai ‘major setback’ dalam usaha saudara Zaid untuk memperjuangkan perkara yang sebenarnya – Pakatan Rakyat, perjuangan rakyat untuk kebenaran, ketelusan, keadilan dan DEMOKRASI yang utuh.
    Memang perkara sebegini pasti berlaku jika masih terdapat pembesar-pembesar politik yang LUPA akan perjuangan yang tulen, selagi ada dikalangan mereka yang masih mementingkan ‘personal glory’ daripada perjuangan mutakhir. Memang ini lah lumrah manusia.
    Saudara Zaid pasti lebih maklum, seperti di dalam tulisan saudara, ‘Saya Pun Melayu’, rakyat Malaysia kini adalah lebih arif tentang segala apa yang berlaku. Teruskan perjuangan saudara dan rakyat Malaysia akan tetap mengenang jasa dan perjuangan saudara, satu hari kelak. Kedudukan dan pengalaman saudara Zaid didalam bidang guaman adalah sangat memberi ‘advantage’ dalam usaha merasionalkan segala ini. Pilihan saudara Zaid untuk memilih Tuan Guru Nik Aziz sebagai pengerusi PR adalah amat tepat sekali. Walaupun saudara Zaid tidak memegang apa-apa kedudukan didalam PKR atau PR, saya amat memaklumi akan kepentingan perjuangan saudara dan kedudukan saudara. Teruskan perjuangan.

  3. faizalzainol Says:

    Dato’

    idea dan cadangan yang sangat bernas,
    semua pemimpin PR wajar ketepikan ego dan kepentingan peribadi tetapi meletakkan kepentingan rakyat dan perjuangan pada tahap yang tertinggi.

    walaubagaimanapun mungkin Dato perlu memperdalam dan memperkemaskan struktur organisasi PR dan mendapatkan pendangan umum/awam agar organisasi yang ditampilkan akan memberikan persepsi yang terbaik utk PR kepada masyarakat Malaysia umumnya.

    juga perlu pertimbangkan risiko perlantikan TGNA, prosedur lantikan, dan kapasiti apa yang menyebabkan beliau dilantik?. Sama ada beliau dilantik atas kapasiti “individu/peribadi” atau atas kapasiti “mursyidul am PAS”?.

    Jika perlantikan TGNA atas kapasiti “Musyidul Am PAS”. Sekiranya PAS memiliki “mursyidul am yang baru” sebagai contoh, Prof Dr Harun Din dilantik menjadi Mursyidul Am PAS, apakah beliau juga akan automatik dilantik menjadi Pengerusi PR?

    Semuanya perlu diperkemaskan dan jika perlu dihebahkan kepada umum untuk mendapat persepsi dan hasil persepsi tersebut dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama nanti. Supaya ketika pembentangan posisi dibuat, tiada lagi yang membantah.

  4. anakkeadilan Says:

    Dato sebenarnya mereka semua gembira akan perkembangan ini tetapi tidak membuat apa-apa pengumuman ini adalah kerana pada pendapat saya terdapat musuh dalam selimut yang masih mahu menubuhkan kerajaan dengan BN-UMNO.

    Saya setuju dengan Tok Guru menjadi pengerusi. Sebagai ahli PKR saya rasa beliaulah paling sesuai. Tetapi yang penting adalah meminta Tok Guru jaga kesihatan beliau.

    Secara peribadi saya ingin mencadangkan kepada Dato yang PR patut mempelawa parti Sabah/Sarawak untuk serta seperti SAPP and SNAP. Ini adalah kerana bagi ramai rakyat Sabah dan Sarawak mereka tak pernah dengar nama PKR. Yg hanya dengar ialah DAP dan Anwar Ibrahim. Kita perlu parti ini untuk bertapak. Cuba renungkan cadangan saya ini. Lawatan pemimpin sebenarnya tidak cukup. Yang penting ialah menambah ahli. Please TRY MARKETING/ PROMOTION/ BRANDING. At the end of the day politic is just like business. It need all this formula.

  5. e96anban Says:

    That is why it is important to have a common policy that is being worked on by Mr.Zaid. I common policy is important and binding in a sense it is agreed by all the 3 parties and will speak in the same language after that. That will also allow future component parties to join Pakatan Rakyat provided they agree to the common policy.

    Of course all the 3 parties have distinct difference in their fight. DAP is fighting for level playing field. PKR fights for Constitution as the supreme law, meaning apart from the 3 sectors which gives privelege to Bumiputra, there should be level playing field everywhere. PAS on the other hand finds for Islamic way of doing things, replacing constitution to syariah law.

    But what you refuse to acknowledge is, despite the different way of wanting to implement things, their objective remain almost similar. Fighting corruption, freedom to dissent and gather(ISA, sedition), freedom in judiciary, freedom of information (OSA & Publication act), no discrimination to cronies, social justice for the all poor regardless race, more autonomy to states.

    All the above is currently being implemented by UMNO/BN.
    – If UMNO practice corruption and cronyism while DAP doesnt, deoesnt that makes DAP policy closer to Islam compared to UMNO?
    – If UMNO practises blatant abuse of Judicial Power as compared to DAP (as we have seen in Perak), doesnt that makes DAP closer to Islam compared to UMNO.
    – If DAP fights for equal rights compared to UMNO who believes in racial supremacy, doesnt that makes DAP fight closer to Islam compared to UMNO? I am sure you will agree that Islam forbids discrimination based on race.
    – If DAP fights against ISA, while UMNO prefers to chuck you in jail at their pleasure; dont you think DAP fight is closer to Islam compared to UMNO.

    Its not important whether you are Islam or not, what is more important is whether you fight for what Islam teaches. From what I see, the majority in DAP may not be Islam, but DAP fight is certainly more Islamic compared to UMNO!!! I will regards PAS will be Hypocrite if they join UMNO, as that means they agree to corruption, abuse of power, cronysim, and racism.

    And by the way, you mentioned that Singapore marginalise their minority. You ought to know that UMNO led Malaysia is not different.

    • jimbokim Says:

      Well said. One can be totally “unIslamic” in name and appearance but totally “Islam” in its fight and struggle for justice and compassion whereas another can be “Islam” only in name.

  6. 291000ka Says:

    Dato,

    Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan segelintir ADUN dan MP PR yang membawa isu kaum mereka sahaja adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai rasis. PR mewakili semua kaum di Malaysia dan sepatutnya mempertahankan hak setiap orang yang bergelar manusia, walaupun mereka bukan warga Malaysia. Saya amat tidak setuju dengan ADUN Selangor Manoharan dan MP PKR Zulkifli Nordin yang hanya melihat isu yang menyentuh kaum ataupun agama mereka. Untuk mencapai keadilan yang menyeluruh maka PR haruslah bertindak dan melakukan pembaruan yang bersifat universal dan bukan terpinggir hanya kerana undi sahaja. Saya percaya bahawa PR boleh mencapai apa yang BN telah gagal untuk capai-iaitu sebuah negara yang benar-benar BERSATU dan tidak terbahagi sepertimana yang berlaku sekarang.

    • jimbokim Says:

      Must also defend foreigners from Bangladesh and other places who are bullied and treated like less humans. This will not win votes but PR must stand for human compassion not just main politik.

  7. e96anban Says:

    …cont

    And by the way, you mentioned that Singapore marginalise their minority. You ought to know that UMNO led Malaysia is not different.

    At least singapore is no.3 amoung corruption free countries, highest concentration of millionaires, one of the cleanest country, world class university, world class public transport, have had a malay and indian as president, currently have an indian as finance minister, have lower income tax compared to malaysia, positive burget surplus with high reserves for bad times due to prudent spending. Come to think of it the singapore government policies are closer to Islamic teaching compare to UMNO led government. Such a shame!!!

    Finally, each n every Singapore citizents can go to europe and spead S$2 for 1 euro (as compared to malaysia RM5 to 1 Euro). Their fresh graduate who earns S$2000 equals to a manager earning RM5000 in Malaysia.

    Ironic when Malaysia is blessed with rich natural resources. Yet turning out to be a poorer cousin. I’d never vote for crooks at UMNO, as i believe even an crippled PR can do a better job than UMNO can.

    • malloucius Says:

      When was a Malay or Indian ever be a president in Singapore?

      I’d love to know if that is true,

      Republic, more like a Lee dynasty in Singapore.

      Lim Kit Siang will turn this country to Lim dynasty soon.

      DAP fought for equal rights because they know, that would surely give more advantages to Chinese. This is more likely blatant lies to hide the real agenda.

    • malloucius Says:

      Ahh, apologies, yes It is. I took it wrongly as Prime Minister, yes there were one Malay, but only one and no more.

      And look at the Prime Minister, and the marginalized minorities,

      Indian, and Malay mostly.

    • e96anban Says:

      Hi malloucius,

      I’d love to hear how the Spore government marginalise the minority? Perhaps you could help provide the data on how they marginalise. In education? Government contracts? Positions in universities? Justice?

      Singapore implements full meritrocracy. While it may make the weaker one to lag, it doesnt in any way unfair policy. Their policy brings the best out of their people. The same could not be said in Malaysia. There is no denying that loopsided policy have caused Malays to be dependant on government. Its easy to see why this is happening, the current Malay mindset is like this:
      1) Why do I need to work hard to get 15As when a simple 1st grade will assure me of a scholarship.
      2) Why do I need to reduce my costs and put up a more competitive tender offer when with my current inflated tender i will surely get the project?

      Malaysia is no Singapore. For Singapore they have no natural resources, their only resources are their people and an clean government. Malaysia are rich with natural resources. If only the Malaysian govenment eliminate corruption and wastage, that money could be used to improve the lives of the marginalized WITHOUT compromising on meritrocracy. Just look at the wastage listed below and think how malaysia would have been if all these wastages are utilized for social uplifting instead.

      I hope you will not get stuck with narrow view and fearmongering that BN is propagating. As long as they remain in power, the wastage will continue. They use Malay agenda as a tool to enrich themselves, for as long as Malays remain dependand and poor, UMNO will always have support.

      The statistics below speak for itself:

      Do you know that:

      Last year, Petronas gained a total pre-tax profit of RM86.8 billion and so far, it has earned about RM600 billion. As the surge of international oil prices, it’s profits will as well substantially grow. But the government has reduced fuel subsidies by a wide margin, turning Malaysia into one of the world’s most expensive oil price oil-producing countries. It makes the people wonder where the huge profit of Petronas has gone?

      Former Work Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said in the Parliament last year that the government has compensated a total of RM38.5 billion to 20 highway companies. Also, as the government has stopped building the Scenic Bridge in Johor, it has to compensate RM300 million construction cost to the bridge contractor. Isn’t the spending of such huge amount a waste?

      Former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim revealed that the Central Bank has lost RM30 billion in foreign exchange trading in the 1990s. Who was the manipulator behind it? (Second Finance Minister was in charge of Bank Negara’s Forex trading at that time)

      Malaysia Airlines was said to have suffered losses every year. But why to spend RM1.55 million to buy three paintings to decorate its chairman’s office? And why to spend RM7,525 per day to recruit a foreign senior general manager?

      Proton Holdings bought a 57.75% stake in MV Agusta for €70 million but sold it at €1 (RM4.50) a year later, causing Proton to lose €75.99 million (RM 348 million)?

      Other excesses and wastages:

      1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

      2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)

      3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.

      4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). Eric Chia, was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company

      5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market

      6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

      7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)

      8. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

      9. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million

      10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

      11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown.

      12. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million.

      13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”

      14. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge

      15. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks

      16. National Astronaut Programme – RM 40 million

      17. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million

      18. Eye on Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket

      19. RM 4.63 billion, ’soft-loan’ to PKFZ

      20. RM 2.4 million on indelible ink

      21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to the highway companies. RM 380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.

      22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.

      Bailouts –
      23. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion

      24. Putra transport system, which cost RM4.486 billion

      25. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion

      26. National Sewerage System costing RM192.54 million

      27. Seremban-Port Dickson Highway costing RM142 million

      28. Kuching Prison costing RM135 million

      29. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam costing RM8.3 million.

      30. Le Tour de Langkawi costing RM 3.5 Million

      31. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

      32. APs scandal had been going on year-after-year going back for more than three decades, involving a total mind-boggling sum of tens of billions of ringgits

      33. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits

      34. Travel around Malaysia and see for yourself how many white elephants like majestic arches, roads paved with fanciful bricks, designer lamp posts, clock towers, Municipal Council buildings that looks more like Istanas, extravagant places of worship, refurbishment of residences of VIPs, abandoned or under-utilised government sports complexes and buildings, etc! Combined they could easily amount to the hundreds of billions of ringgits!

      35. Wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount. Whatever amount, you bet it is COLLOSSAL!

      In Time Asia magazine issue on March 15 2004, South East Asian economist at Morgan Stanley in Singapore Daniel Lian, figures “that the country may have lost as much as U$$100 billion (RM320 billion) since the early 1980s to corruption.” Mind you, this is only corruption and it does not include wastages!

  8. belagakini Says:

    YBhg Dato,

    Saya amat menghargai apa yang telah Dato lakukan untuk Pakatan Rakyat, cuma saya minta buat masa ini jangan dulu menilai apa yang Dato telah lakukan, tapi tambahkan lagi usaha.Sebagai penduduk Sarawak, say ingin melontarkan pandangan sebegini. Pada PRU-13 nanti, kalaupun PR tidak dapat merampas tampuk pemerintahan Negeri. Namun saya yakin PR akan menguasai sekitar 40% penguasaan kerusi. Selebihnya akan dimenangi BN. Sebabnya bukan masyarakat luar bandar tak mahukan PR, tetapi perjuangan PR masih jauh untuk difahami. Sedang masyarakat luar bandar terus disogok dengan rasuah wang ringgit semasa pilihanraya. Hanya ada satu saja cara untuk merampas pemerintan dari BN sarawak. Iaitu dengan menghasilkan sebanyak mungkin CD yang berkaitan dengan kekejaman BN, penguasaan Taib dan kroninya terhadap ekonomi sarawak dan rampasan tanah-tanah NCR rakyat yang berleluasa. Hanya melalui dokumentari yang mudah difahami ini sahajalah dapat membantu menyedarkan masyarakat pedalaman.Bila tiba musim pilihanraya, edarkan saja, dan sama-samalah kita nantikan akan kesannya.
    Pendudk Bakun yang teraniaya.


  9. […] “Malah Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju terhadap cadangan serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi sekali gus tindakan itu akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO,” dipetik dari blognya hari ini. […]


  10. […] Tengku Razaleigh dan Pakatan Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar […] […]

  11. alias601213 Says:

    Keadaan yang ideal ialah mewujudkan satu parti politik Pakatan Rakyat tanpa ada parti-parti komponen. Tetapi ini agak mustahil boleh berlaku di Malaysia kerana kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama yang hidup secara berpisah-pisah dari sudut pendidikan, bidang pekerjaan dan politik.

    Untuk langkah jangka pendek mungkin parti-parti komponen yang berbeza agenda ini dapat disatukan untuk mencapai matlamat yang sama.

    Mungkin boleh dimulakan dengan bersatu bagi memperjuangkan hak demokrasi yang tulin, kebebasan badan berkuasa seperti polis, pencegah rasuah dan badan kehakiman. Memperjuangkan keadilan sosial, bebas dari rasuah, juga politik yang menekankan untuk membela nasib rakyat.

  12. gemowe Says:

    Dear Datuk,

    Firstly, I’m glad to see you writing again. Welcome back. Your blogs give us an insight into what’s really going on in Pakatan.

    On the issues; Non-Muslims make up more than 40 percent of the population (Aboriginal non-Muslim Malays in Sabah & Sarawak are not Malays).

    To appeal to non-Muslims, PAS has pushed its Islamic-state agenda into the background and campaigns instead on a pledge to turn Malaysia into a ‘welfare state’. PAS also stresses that, under its policies, Islamic law would only apply to Muslims. But this is not evidenced by the policies they’re pushing for.

    It’s highly unlikely that:

    i. 40% of the population wants the current secular Constitution to be changed to an Islamic one.

    ii. 60% of the population will agree to do away with Bumiputera rights

    But in order to win in the next election, Pakatan’s common manifesto must NOT CHANGE any of the above and all leaders from PKR, PAS and DAP must unanimously state so. And it seems to me that the only party so far that agrees with the above is PKR.

    Otherwise, the road to be the next Government will be just a dream.

  13. anakkeadilan Says:

    Dato:

    Tengku adalah orang yang sesuai untuk menjadi pengerusi caucus ini. Berdasarkan yg beliau adalah orang yang founded Petronas, maka apa jua kandungan dalam agreement dgn Kelantan akan diketahui beliau juga. Within his finger tips. Malahan Tengku juga di respect oleh semua orang, PR dan BN.

    Sebenarnya wang itu sangat diperlukan oleh Kelantan untuk pembangunan. BN selalu tuduh PR tak tahu tadbir. Tetapi sedangkan wang milik Kelantan tidak dikembalikan manalah ada duit tambahan untuk bangun negeri.

    Di dalam perakaunan kita lihat wang cukai Kelantan hanya cukup untuk expenses. Kalau nak buat investment, revenue kena naik. Tak kan itu pun Umno BN tak faham. Saya harap Dato dan rakan-rakan PR dapat buat sesuatu untuk Kelantan.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: