Jawapan Saya

Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat saya terima ialah mengenai tulisan saya yang paling mutakhir sekali. Saya mengutarakan pendapat dalam tiga hal. Pertama, mengenai arahan Exco Kerajaan Negeri Selangor Hassan Ali dari PAS mengenai usaha menangkap mereka yang minum arak dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penjualan arak di Selangor itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar. Kedua, pendapat saya supaya Pemuda PAS tak perlu melarang atau mendesak pembatalan konsert Michael Learns To Rock di Genting. Ketiga dan akhir sekali, mengenai hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno kerana minum beer. Saya tidak bercadang mengulangi pendirian saya yang ditulis sebelum ini selain dari menjawab beberapa komen yang pedas dan hangat tetapi sayangnya tidak berasas dan menyeleweng dari isu sebenar.

Menegenai cadangan Hassan Ali itu, saya mengatakan arahannya sukar dilaksanakan kerana melibatkan banyak isu, termasuklah kuasa Raja dan polis. Juga ianya tidak sepatut dibuat pada hari orang mengundi di Permatang Pasir kerana hal-hal kontroversi boleh merugikan Pakatan Rakyat dan PAS. Saya lebih memikirkan masa depan PAS kerana sekarang ini sudah mula diterima oleh orang Islam dan bukan Islam. Jadi dalam soal mentadbir kita mesti teliti, berhati-hati dan berhemah. Jangan menampakkan diri kita ini ekstrem. Itulah cara kita menjaga hati rakyat; terutama yang lain kepercayaan dari kita. Tetapi kalau cadangan Hassan Ali ini dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab, dan juga memberi keuntungan kapada PAS, buat sajalah. Adalah tidak adil bagi sesetengah pembaca membuat tuduhan yang menghina saya secara peribadi dalam soal ini. Soal tunduk kepada tekanan orang bukan Islam tidak timbul sama sekali.

Mengenai konsert itu, saya cuma mencadangkan kepada Pemuda PAS supaya berikhtiar memikirkan masalah negara yang jauh lebih serius seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Ini semua punca keruntuhan masyarakat dan tamadun. Pemuda PAS boleh berusaha secara proaktif membela nasib orang miskin dan kurang upaya. Mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada isu pengangguran orang muda yang sekian hari makin bertambah. Soal kesan muzik Barat kepada anak muda kita, carilah pendekatan yang lain yang tidak perlu sampai melarang orang lain yang nak tonton. Disiplin diri kan lebih baik kalau diajar dan dilatih terlebih dahulu. Manusia mana pun tak suka dipaksa. Lagi pun lagu-lagu pop boleh dibeli atau diperolehi dimana-mana, dan Michael Learns To Rock ialah kugiran tahun 90-an yang sesuai kepada orang yang lebih dewasa yang sudah pasti lebih tahu menjaga moral dan nilai hidup mereka.

Dalam soal rotan wanita yang minum beer itu, banyak komen saya terima. Kesemuanya penuh emosi tetapi jelas banyak yang tidak memahami isu sebenar. Sebagai contoh, pertubuhan NGO yang menggelar diri mereka Pembela Islam telah dengan bongkaknya memberi amaran kepada Peguam Negara dan Kerajaan Pusat supaya tidak masuk campur dalam soal Mahkamah Syariah. Mereka juga marah-marah kepada pihak yang tidak setuju dengan hukuman itu dengan menuduh orang yang berbeza pandangan dengan mereka sebagai orang yang tidak menghormati Islam. Pada masa yang sama, mereka konon nya merujuk kepada undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas hujah mereka itu. Jadi saya terpaksa memperjelaskan isu ini sekali lagi. Ingat ya, saya menyentuh mengenai undang-undang yang ada di negara kita.

Undang-undang Syariah adalah undang-undang negeri, iaitu digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang negeri, termasuk enakmen agama Islam, mestilah tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan. Kalau bercanggah, maka ia tidak sah. Jadi bila kita katakan hukuman rotan Mahkamah Syariah Negeri Pahang itu tidak sah, ia adalah kerana undang-undang Persekutuan atau “Federal law” di Malaysia melarang wanita dirotan. Jadi hukuman rotan itu dalam kes khusus itu tidak sah. Ini bukan bererti kita menolak Islam atau undang-undang Islam. Undang-undang Syariah Negeri Pahang mestilah tak lari dan bercanggah dengan Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965 dan juga Criminal Procedure Code (rujuk Seksyen 289). Oleh kerana ianya bercanggah, maka hukuman rotan terhadap wanita itu tidak sah. Saya harap Pembela dan penyokong mereka, terutamanya peguam-peguam di kalangan mereka, selalu membaca dan terus membaca supaya dapat mengeluarkan pandangan yang jujur, benar dan tepat.

Tidak semua tokoh Islam sependapat dalam semua perkara. Ini sememangnya hikmah dalam kebebasan bersuara dalam Islam sejak zaman-berzaman lagi; malah di kalangan imam-iman besar dahulu pun ada perbezaan pendapat. Dalam kes yang kita bincangkan ini, Imam Feisal Abdul Rauf dan beberapa intelek serta ulama Islam juga berpendapat hukuman rotan tidak wajar untuk kesalahan minum arak. Kata mereka arak itu lebih banyak buruk dari baik nya. Jadi jauhkanlah diri dari arak. Ini bukan saya kata, ini kata mereka.

Malah, pada bulan Mei yang lalu, Mahkamah Persekutuan Syariah Pakistan yang terdiri daripada Ketua Hakim Besar Haziqul Khairi, Hakim Sallahudin Mirza dan Hakim Fida Mohamad telah membuat keputusan sebulat suara – setelah mendengar hujah dan pandangan ahli fikir dan ulama Islam – bahawa Al-Quran tidak menetapkan hukuman rotan kerana minum arak. Ketiga-tiga hakim itu memerintahkan kerajaan Pakistan supaya meminda undang-undang Syariah yang sedia ada. Untuk pengetahuan umum, undang-undang Syariah di Pakistan lebih keras dan tegas daripada undang-undang Syariah di negeri Pahang. Terpulanglah kepada ulama dan ahli fikir Islam di Malaysia untuk menilai dan menimbang perkara ini.

Apa pun hujah dan pandangan kita janganlah mudah menuduh orang yang berfikiran lain dari kita itu sebagai musuh Islam. Kita tahu Islam itu bermahzab dan banyak pula para imamnya. Jika Islam dijadikan seperti satu pasukan bolasepak yang kita sokong, termasuk membenci dan mencaci pasukan lawan, maka akan hancurlah Islam itu sendiri. Tak mungkin orang Melayu/Islam akan maju kalau pemikiran sempit dan jumud menjadi petunjuk. Islam menggalakkan kita mencari ilmu. Kalau kita sendiri menutup pintu ilmu dan merasakan diri sudah pandai, sukar untuk kita kembali ke zaman gemilang Islam seperti dahulu.

Kalau kita mahu nilai dan hukum Islam berjaya dilaksanakan, maka kita perlu kepada pemikir dan ulama Islam yang jujur, pintar dan berhemah, yang juga tahu bagaimana untuk menggubal undang-undang yang tidak bercanggah dengan undang undang Persekutuan. Ini bukan soal tunduk kepada sesiapa atau apa-apa; ia juga bukan soal nak tunjuk megah dan bongkak serta tak mahu bertolak ansur. Ia adalah soal hikmah untuk memastikan undang-undang Islam itu sah dipakai dan tidak dipertikaikan orang. Masa saya kecil-kecil dahulu pun, orang di kampung saya sudah diajar awal-awal lagi tentang sejarah dakwah Nabi Muhammad S.A.W. setelah mendapat wahyu di Makkah. Tiada paksaan sama sekali melainkan menyampaikan dakwah
dengan cara yang sopan, mulia dan terhormat walaupun berada di tengah-tengah masyarakat Jahiliah.

Explore posts in the same categories: 1

23 Comments on “Jawapan Saya”

  1. timmysay Says:

    To those who disagree with Dato Zaid,

    Do not tempted to assume that those who disagree with you have fundamentally different values; to the extent of suspecting that they are motivated by bad faith, and perhaps are bad people.

    Learn to agree to disagree and take note of all criticism as they might have a point. Use it as a motivation to improve.

    You all have placed too heavy a premium on winning arguments and discrediting each other rather than solving the problems of our country.

    Zaid is sincere in offering his advice; he really wants PAS to make their latest motto, “PAS for ALL” a reality.

    Don’t look at an issue through a key hole. Look at it from the moon, then we’ll see clearer picture. Being wise or being right; is all about the choices of what PAS wants to become in the future.

    Don’t jump into the rat-race with UMNO to try to prove who is more Islamic. “Ketakwaan” (or Faith) to a religion cannot be measured by any other means. It is the relationship between a person and his GOD, and who are we (3rd party) to judge whether the relationship is strong or weak, only GOD knows.

    Have a good day Dato’ Zaid.

    • pakmalekbaretta Says:

      Salam Reformasi Sdr Zaid & semua…

      Hari ini Pak MB nak tumpang blog sdra Zaid bagi mewarwarkan pelancaran blog sendiri dengan isian artikel di antaranya :-

      1. Mula Kena Tampar Dek Polis Semasa Berumur 7 Tahun.
      2. Ada Bukti MB Selangor Ejen Umno ??
      3. Bila Lampu Terpadam..
      4. TSKI Dilantik Sebagai MB Selangor Bukanlah Kerana Ketokohannya..
      5. Rakan Persekolahannku..
      6. Perjuangan Para Reformis Diiktirafkan..

      Layarilah pakmalekbaretta.wordpress.com
      pakmalekbaretta.wordpress.com

    • tempiasali Says:

      Hello and greetings Dato Zaid,
      Well spoken and I totally agree – there is and should not be an emphasis on who is more Islamic – judge not your friends or foe,for one day we too will be judged.Merdeka Day 52 years on is no easy feat,have we not learnt all these years what independence really means,freedom is not to be taken for granted.A strong nation,balanced in its treatment of society,be the best judge of all.

  2. bloghasmadi Says:

    Assalamualaikum.
    Saya telah membaca tulisan Dato’ serta komen-komen terhadapnya. Mengharapkan bahasa yang indah-indah daripada pengomen-pengomen memanglah mustahil di dalam dunia internet ini. Masing-masing dengan gaya dan kepongahan mereka tersendiri. Cuma saya suka dengan idea dan minda Dato’. Terdapat pertentangan yang jelas di antara Dato’ dengan ideologi dan perjuangan PAS lebih-lebih lagi golongan konservatif di dalam PAS. Justeru, saya mencadangkan kepada Dato’ dan kepada pihak PAS supaya berbincang untuk meleraikan isu perundangan Islam dan perlaksanaan syariah Islam seperti mana yang PAS mahukan. Dato’ perlu menyedarkan mereka tentang realiti perlaksanaan Islam serta mencadangkan kepada mereka langkah-langkah yang perlu diambil supaya ideologi mereka itu dapat direalisasikan.

    Sederas mana pun air sungai,
    aur tetap bergantung ditebing.

    Sekian. Terima kasih.

  3. mohd2196 Says:

    salam dato

    memang saya amat yakin niat dato ikhlas dan harus di hargai oleh semua.

    cuma saya rasa penulisan dato tentang isu itu sedikit kelam kabut, butirannya tidak berapa jelas.setelah membaca penjelasan dato dalam “jawapan saya” saya yakin yg beremosi akan reda dan yang marah akan sejuk cuma dato jangan la berkecil hati dgn segelintir ahli PAS yg di akui terlalu bersemangat tanpa tengok fakta.

    cuma saya sebagai umat islam dan ahli pas .terasa juga jika ada kawan2 kita dlm dap dan pkr pun kadangkala tidak mahu memahami dan menguris perasaan kami.dato tengokla komen2 di mkini,mtoday dan minsider, mereka hentam suka hati saja dato.jeff ooi pun bukan nak minta maaf cuma retract saja.saya pun ahli jim, hantar anak sekolam pun kat al amin.bekerja keras untuk menangkan yb bukan islam di dun dan parlimen kawasan saya malah lebih keras dari ahli parti mereka.

  4. bctan266 Says:

    I like the imageries that timmysay use…that of imploring these this section of PAS to look at issues not through a keyhole, but instead from up above – the moon. Simply these two images categorise the kind of people who are trying to interpret what it means to be the followers of the command of Allah (or God).

    Through time we have seen how religious zealots of all ‘faiths’ run riot over societies in their attempt to impose the views of their group or leaders on others in their midst.

    Narrow minded they were unwavering; enslaved to their own views or those imprinted into their minds by their ‘imams’. But the painful fact remains. They see only through keyholes. Often, they have none of their own.

    I don’t know if there is a sin bigger than to let others take over one’s mind.

    The kind that look through keyholes are literally that. They are the ones that can be recruited to go and spy on their neighbours one day? Much like the Mat Skodeng squad Ali Rustam tried to put together a few years back to much ballyhoo from Malaysians of all faiths.

    Is this the kind of government that Hassan Ali’s trying to impose upon Selangor and one day Malaysia? No, thank you Pakatan Rakyat. Nip this in the bud!

    Malaysians need Muslim leaders who are able to see the bigger picture – from the moon – to lead this nation of multicultural and religious practices. (BTW, Teresa Teng’s song The Moon Represents My Heart has often been played in dinner functions organised by pockets of the Chinese population to declare their support for PAS in many recent by-elections. So Hassan, let us not scare them away, huh?)

    And brothers in Pemuda Pas. Open up your mind, Michael Learns to Rock is so Siti Nurhaliza in their branding.

    Just because they are from the West and they have the word ‘Rock’ to their name makes them bad. I am sure ‘good Muslims’ would have enough decorum and respect not ‘to let their hair down’ during the month of Ramadhan. But if the others so go and ‘let their hair down’ are they necessarily bad Muslims? MAny non-Muslims brothers and sisters of yours are hoping to go for the show.

    Loosen up and breathe in. Send more oxygen to the brain, will you?

    PAS for All, my foot!

    • mohd2196 Says:

      from bct266

      “Loosen up and breathe in. Send more oxygen to the brain, will you?

      PAS for All, my foot!”

      dato this is what i meant

    • nkchai Says:

      bctan 266,
      please mind ur words as well. especially the last parts.
      islam a practical n simple religion @ way of life. it’s just that some people tend to be emotional when making statements. the same goes to u too. islam is about educating first. so, pls do not get carried awy with ur emotions, k. it is good that we can agree to disagree, but sometimes the logic being used is way out of line. one is supposed to look at things from a few different perspectives n look at the bigger picture. anyway, i tend to agree with what zaid ibrahim has mentioned.
      btw, i m a muslim, a practising one too.

      • hsenag Says:

        Hi there, I noticed your little feud and thought of giving my view. Regarding “Loosen up and breathe in. Send more oxygen to the brain, will you? PAS for All, my foot!” as stated by bctan. I think what he meant was he is not happy with the way PAS is going about its ways. It has nothing to do with insulting Islam in any way. NKchai, you need to look carefully. Its all a matter of opinion. Apart from his last statement, his logic was in line. You can correct him for being rude but thats about it. With regards to the subject, I feel that one should not impose what one believes over others. By canceling the tour, other people are affected and hence, there is no argument on stating that the concert should be banned. We are all civilized, well at least most of us are. Therefore, it is important to be tolerant. If PAS is against people attending the concert, they should make a statement ADVISING all Muslims not to attend. After that, it is up to them if they want to attend it or not.

        Regarding the big picture, I think all of us need to be tolerant with one another. For all the non-muslims who keep bashing these extremists; never bring religion into the issue. Insult the people not the religion. Those who insult the religion are no different from those extremists. I think once people in Malaysia can be more liberal and accepting towards one another, only then can we all live in peace. Cheers.

  5. ajip2406 Says:

    Dato Zaid

    selepas ini BN akan serang PAS dengan menganjurkan lebih banyak lagi konsert di Malaysia

    http://chunwai08.********.com/2009/08/black-eyed-peas-concert-only-for-non.html

    percayalah, kalau PAS masuk dalam perangkap ini, kemungkinan perubahan pada PRU ke 13 tidak akan berlaku

    harap dato dapat buat sesuatu

  6. kzaman09 Says:

    Salam Dato,

    Saya bersetuju dengan pengulas di atas bahawa ini adalah semuanya di sebabkan permainan politik umno. Setelah gagal memecahbelahkan PR atas dasar perkauman asabiyyahnya, kini umno menukar strategi menggunakan kaedah agama.

    Serangan pertamanya adalah kes arak di Selangor dan kini menular ke kes Kartika. Sambil membuat serangan sambil minum air, iaitu melalaikan rakyat dengan isu-isu hangat agar masalah pengganguran, jenayah yang tak terkawal, rasuah, ketidakmampuan memerintah, masalah dalaman parti mereka, ekonomi dan seribu macam permasaalahan negara dapat di hindarkan dari pengetahuan rakyat. Ini adalah biasa bagi kerajaan-kerajaan di dunia apabila merasakan hayat pemerintahan mereka dah hampir tiba.

    Cumanya pakatan PR jangan dengan mudah memasuki perangkap mereka dan sebaiknya berbincang antara satu sama lain dengan berhemah apabila timbulnya sesuatu isu.

    Saya yakin kedudukan BN pada masa kini tersangat lemah, dan peluang ini perlulah diambil oleh PR untuk memaksimumkan kekuatan dengan mengambil tindakan yang tidak akan menguris perasaan mana-mana hati rakyat yang bersatu padu untuk melihat BN di kuburkan secepat mungkin.

    Perjuangan PR sentiasa direstui oleh rakyat yang mahu melihat penubuhan negara Malaysia yang baru yang lebih dinamik, addi hormati dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

    Apa pun alasannya, saya berharap parti-parti seperti PAS, PKR dan DAP janganlah terlalu mementingkan ideologi masing-masing kerana tujuan kita yang asal adalah menakluki Putrajaya dan apabila melakukan sesuatu mesti ingat siapakah yang menaikkan kita ke kedudukan sekarang kalau tak bukan rakyat jelata di kota-kota dan ceruk kampung yang bertungkus-lumus memperjuangkan hasrat murni kita itu.

    Sekian.

  7. timmysay Says:

    Perangkap orang yang pasang, tapi yang masuk perangkap itu PAS sendiri sebab terdapat pemimpin-pemimpinnya yang berIQ politik rendah.

    1.Apa tujuan Nasrudin buat kenyataan tentang konsert sehari sebelum pengundian P.Pasir?
    Semata-mata kerana UMNO tuduh PAS berkawan dengan DAP sebab itu mereka kata PAS tolak Islam. Nasrudin dalam niat baiknya ingin menjawab balik tuduhan UMNO; mencari isu konsert dan cuba menuding jari balik ke UMNO bahawa UMNO yang menolak Islam bukannya PAS.

    2. Apa tujuan Hasan Ali buat kenyataan kontroversi mengenai arak?
    Ini punya sebab UMNO tuduh Hasan Ali hangat-hangat tahi ayam — dan sebab itu beliau nak tunjukkan melalui tindakan bahawa beliaulah orang yang benar-benar membela Islam.

    3. Apa tujuan PAS masuk campur dalam hal Kartika?
    Sama sebab dalam merotan Kartika, UMNO akan mendapat nama dia pembela hukum syariah. Apabila nampak UMNO tidak berani melakukannya, PAS ambil peluang untuk tunjukkan dia juga pembela hukum syariah.

    Betul ke seluruh masyarakat akan berubah ke arah lebih baik jika arak tiada dan konsert tiada? Masalah utama PAS ialah selalu terjerat dalam pertandingan banding-membanding dalam isu agama/bangsa dengan UMNO. Tak payah buat begitu, rakyat sudah pandai menilai.

    Dan sekarang ini orang melihat PAS sebagai parti yang bakal menggantikan UMNO, jangan pulak biar orang-orang ego tertentu merosakkan pandangan ini.

    Semua orang tahu PAS memperjuangkan Islam; dah 50+ lebih tahun dah, orang tahu siapa PAS. Dan majoriti rakyat sekarang sudah menerima dan menyokong amalan Islam yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz kerana terbukti perlaksanaannya di Kelantan.

    Sebab itu tak perlulah lagi untuk PAS untuk sengaja mencari isu untuk menjawab tuduhan UMNO; yang akhirnya menyebabkan diri sendiri terjerat.

  8. bctan266 Says:

    Sedara, Mohd2196 & nkchai,

    Janganlah cepat melatah. Nak marah, itu hak kome.

    Saya ajak PAS to “Look at the bigger picture…from the moon.

    Bukan tujuan saya hendak menjadikan forum Dato Zaid ini arena untuk kita bertikam lidah.

    Bila saya cakap: “Pas for All, my foot” yang sedara marah sangat tu, maksud saya ialah Pas ni kenalah fikir orang lain juga…cakap biarlah sama macam bikin.

    Janganlah pula nanti jadi macam di Shah Alam hari ini. Yang UMNO punya orang berarak bawa kepala lembu kerana bantah pembinaan kuil. Biarlah kita mengambil sikap yang lebih inclusive.

    Yang kamu tak mahu c=]konsert diadakah di GEnting Highlands tu, ramaikah orang PAS yang tergoncang iman nak ke sana? Napa tak protest GEnting biarkan judi?

    Bukan saya nak hina. Tapi hormatlah orang lain juga. Itu saja. Sebagai rakyat Malaysia kIta sama-sama berhak.

    Loosen up, take a deep breath.

    • nkchai Says:

      bctan266,
      i think u r the one who is being emotional here. u like to end ur comment with sarcasm. isnt that being emotional? i’m merely stating the fact. if u r being rationale, u wouldnt make a sweeping statement such as the one above, as well as putting me in the same league like the other guys. being muslim doesnt mean i m a Pas member, and i surely dont believe what happened in Shah Alam yesterday was the act of sane muslims. as much as i respect freedom of speech, i cant accept those kinds of acts, irrespective of their beliefs. mankind should learn to live life in peace n harmony, to tolerate one another doesnt matter what the religion is, to advise n seek advice, to be full of patience, to deal with the truth only, but once lust n greed get the better of oneself, then the soul will be corrupted, n God will cease to exist.


  9. […] Jawapan Saya Sejak saya mula “blogging” dua bulan dahulu, komen yang paling banyak dan hangat saya terima ialah mengenai tulisan […] […]

  10. Wong Ka Wai Says:

    Memang bertuah PR terdapat pemimpin yang berilmu seperti saudara Zaid Ibrahim.

    Tidak beremosi tetapi berakal dan membuat hujah yang berfakta.

    Sayang sekali UMNO tidak menghargai aset intelektual yang tinggi ini.

    p/s: Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1).

    Sila layari http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/

    (dikemaskini dengan gambar dan langkah penyediaan)

  11. 1sos Says:

    Dear YB,
    Its sad to know that PAS has got big-headed after winning the many by-elections since the last GE. I believe many non muslims voted for PAS including myself because we felt that the PR alliance needs every support it can get to break the wall of UMNO dominance because all of us wants a just and caring government that looks after the rakyat irrespective of race or religion.

    However if PAS continues with their racially driven rhetorics, I assure you they will loose a good majority of votes from the non-muslims in the next GE. PAS must be very ignorant to think that their idealogy of hardline religious mandate is now accepted by non muslims because of the votes they are getting from them.

    Please continue writing in your blog as we know you are sincere in what you pen down which is for the good of all Malaysians.
    Wasalam.

  12. hollow666 Says:

    Mintak Dato tolong bg pndangan mengenai isu ‘demo kepala lembu’ kt seksen 23…

    salam

  13. bctan266 Says:

    Dear nkchai,
    Let this be our last exchange as I don’t think the other readers and Datuk Zaid appreciate our taking up this space as a personal bickering platform.
    “Loosen up, take a deep breath” could also be taken to mean: Come on, let’s relax and look at things again from the other person’s perspective.
    And when did I say you were a PAS member? You picked my thread of the discussion and positioned yourself to be included in my reply, and I did. I am surprised that you assumed that that was my take of you. No, for all I care you could be an UMNO diehard. Does not matter.
    What mattered to me was the way a group of PAS people are doing things. I wanted to get PAS to look at things not from a key hole but instead from the moon…borrowing one of the bloggers’ phrases. MLTR concert was the issue I wanted to bring across besides what I perceive to be the overzealousness of Hassan Ali. (I know PAS people for being the more reasonable ones…compared to another lot of champions of Islam)
    The way these two issues were handled was to my mind not healthy for the nascent alternative blend of politics that is emerging in our midst, vis-a-vis the point of view of the non-Muslims who are growing in support for PAS. Why kill the goose that is just starting to lay ‘golden/silver’ eggs?
    I care enough to speak up because they risk jeopardising what we have been hoping for decades to see happen in our country – a viable two-party system of government.
    If I had offended you, please accept my apologies, and to you too mohd2196. But I stand by my right to be considered when decisions are made that could affect my rights even though I don’t car e much for MLTR.
    And in many ways I am glad that the Cow Head March came about this time. The racial and religious hankering as well as rightist posturing of some section of our population is getting too shrill for comfort. It helps to bring back a dose of sanity, don’t you think?
    Most of us seek the middle road. The fear of such a thing getting out of hand is real, if the various religious and cultural wounds are allowed to seep and ooze.
    Lest you misunderstand me again, nkchai…
    Don’t you see? It takes stupid acts of some people around us and of ourselves too to make us and the others realise that what we are dicing with could leave an ugly imprint so in our psyche that it may take years to remove. The non-acceptance for PAS by the non-Muslims in the past is one example. So, to see that beautiful nascent partnership being undone by some ill thought out decisions of some based on their parochial interests would indeed be a shame.

  14. Prasert E.C. Says:

    Salam, Datuk, saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk dalam ketiga-tiga perkara. Kita rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai kaum, agama dan budaya, harus berfikir dari sudut “kepelbagaian” yang kita miliki. Sekiranya kita berfikir dari sudut “kaum aku” atau “agama aku”, maka nilai kepelbagaian yang kita miliki langsung hilang nilainya.

    Malaysia beruntung memiliki pemimpin yang berjiwa besar seperti Datuk. Namun dalam sistem politik perkauman, pemimpin berjiwa besar adakalanya tidak popular kerana bercanggah dengan kehendak golongan tertentu yang berfikiran sempit.

    Pemimpin tertentu dalam PAS nampaknya begitu selesa bertindak dalam ruang yang “sempit” sebagaimana yang selalu dipraktikkan oleh pemimpin Umno. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana PAS memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan melalui Islam. Sedangkan Islam itu sendiri tidak menganjurkan umatnya berfikiran sempit.

    Syabas, Datuk, teruskan perjuangan. Rakyat Malaysia memerlukan orang seperti Datuk untuk membuka kembali minda yang tertutup dan terpesong oleh rejim hegemonik BN.

  15. gemowe Says:

    Good afternoon Datuk,

    I guess in a democracy, everyone has a right to voice out different opinions. And the only way to impose anything on anyone is thru the laws passed by duly elected representatives of the people and case law by our judges.

    Our lawmakers should know that.

    As, being human, there will be extremists from every race………and they make the news and help sell the papers. We just need to SPEAK UP when we hear extremist views. This is so that the people out there know that the majority view out there is of a law abiding and moderate public.

    Quote,” All it needs for Evil to triumph is for Good men to do nothing”.

    Thank you for speaking up for us moderates.

  16. myrayza Says:

    Pendapat yang sangat bernas. Teruskan dalam memberi penerangan kepada kami yang tidak berapa tahu mengenai undang2.

  17. Admin Says:

    salam perjuangan dato dan para sahabat semua, teruskan berjuang………

    admin,
    aliffafnan

    http://ntvirus.wordpress.com/


Leave a comment